Ini adalah panduan mengerjakan Solat Sunat Awwabin.
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan solat awwabin dengan betul.
Apa yang menarik:
Ejaan dalam rumi juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..
Maksud Solat Sunat Awwabin
Awwabin berasal daripada perkataan Awwab yang bermaksud kembali kepada Allah dengan bertaubat dan beristighfar. Solat sunat Awwabin (Ψ΅ΩΨ§Ψ© Ψ³ΩΨ© Ψ§ΩΨ£ΩΨ§Ψ¨ΩΩ) adalah solat sunat yang dilaksanakan antara waktu Maghrib dan Isyak.
Solat ini dinamakan al-Awwabin iaitu kembali mengingati Allah dengan melaksanakan amalan sunat kerana pada waktu tersebut (antara Maghrib dan Isyak manusia sedang leka dan lalai dengan aktiviti santai seperti makan malam, berbual-bual, tidur dan urusan yang lain.
Adakah Solat Sunat Awwabin Adalah Solat Dhuha?
Terdapat juga sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa solat sunat Awwabin adalah Solat Sunat Dhuha. Sebaliknya ada ulama yang berpendapat bahawa ia adalah solat di antara waktu Maghrib dan Isyak kerana terdapat dalil daripada hadis Nabi tentangnya.
Dalam hadis riwayat Hudzaifah bin al-Yaman katanya:
Lalu, aku menemui Nabi, maka aku pun melaksanakan solat Maghrib bersama Baginda. Kemudian Baginda meneruskan solar sehingga solat Isyak
(Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Solat sunat Awwabin ini juga menjadi rutin dan amalan harian para sahabat Rasulullah malahan mereka amat mengambil berat tentang amalan sunat pada waktu tersebut.
Dalam sebuah atsar yang diriwayatkan oleh Abdul Rahman bin al-Aswad daripada bapa saudaranya yang berkata:
Suatu waktu yang mana aku tidak pernah menemui Abdullah bin Mas’ud pada waktu tersebut melainkan aku mendapati beliau sedang bersolat iaitu waktu di antara Maghrib dan Isyak. Beliau pernah berkata: la adalah waktu kelalaian.
Dalam sebuah atsar yang lain, Abdullah bin Umar pernah berkata:
Solat sunat Awwabin adalah bermula di antara masa para jemaah solat Maghrib mula bergerak keluar sehingga kembali semula untuk menunaikan solat Isyak.
(Riwayat Ibn Abu Syaibah)
Solat sunat Awwabin juga disebut sebagai solat malam kerana waktu malam bermula setelah masuknya waktu Maghrib.
Justeru itu, setiap ibadat sunat yang dilaksanakan selepas waktu Maghrib dianggap telah mencapai maksud qiyamullail.
Ibn Abu Syaibah pernah meriwayatkan dalam al-Musannaf daripada Anas bin Malik bahawa beliau pernah melaksanakan solat di antara waktu Maghrib dan Isyak. Lalu beliau berkata: Itu adalah solat di awal malam.
Malahan para ulama mazhab bersepakat bahawa digalakkan agar melazimi solat-solat sunat antara waktu Maghrib dan Isyak.
Mengikut fahaman Mazhab Shafi’e yang dipegang orang Islam di Malaysia, Solat Sunat Awwabin membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isyak.
Waktu Perlaksanaan Solat Sunat Awwabin
Solat sunat Awwabin dikerjakan dalam masa antara Maghrib dan Isyak.
Dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebaik-baiknya enam rakaat dengan tiga salam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang solat selepas Maghrib enam rakaat, maka disamakan untuk orang itu ibadah selama 12 tahun
β Riwayat Tirmizi
Niat Solat Sunat Awwabin
Bagaimanakah niat Solat Sunat Awwabin?
Niat Solat Sunat Awwabin adalah seperti berikut:
1. Dua rakaat pertama diniatkan untuk memelihara iman.
Untuk rakaat pertama dan kedua, bacalah niat:
Usolli Sunnatal AwwaBin Ma’a HifZil IMaan Rak’Ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat Awwabin serta menjaga iman 2 rakaat kerana Allah Taala
2. Dua rakaat yang kedua dilakukan dengan niat bertaubat.
Untuk rakaat ketiga dan keempat, bacalah niat:
Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’at-TawBati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama bertaubat 2 rakaat kerana Allah Taala
3. Dua rakaat yang ketiga dilakukan dengan niat bersama istikharah.
Untuk rakaat kelima dan keenam, bacalah niat:
Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’al IstiKhaaRati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala
Bilangan Rakaat
Berdasarkan dalil dari beberapa hadis-hadis yang menyebut tentang bilangan rakaat solat sunat Awwabin, dapat dirumuskan bahawa:
- Bilangan rakaat yang minimum adalah dua rakaat.
- Bilangan rakaat yang sederhana adalah enam rakaat.
- Bilangan rakaat yang sempurna adalah dua puluh rakaat. Jika melaksanakan solat sunat Awwabin lebih daripada dua rakaat, maka pelaksanaannya secara dua rakaat dua rakaat yakni setiap dua rakaat dengan satu salam.
Nota
Jika masa agak terhad, umpamanya ada kuliah Maghrib atau majlis ilmu, maka boleh dikerjakan dengan kadar yang minimum iaitu dua rakaat sahaja.
Cara Solat Sunat Awwabin
Kaedah Perlaksanaan Solat Sunat Awwabin ini akan menerangkan kaedah solat sebanyak 6 rakaat (dipisahkan oleh 2 rakaat – 2 rakaat)
Solat ini dilakukan selepas selesai Solat Sunat Ba’diyyah Maghrib
Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Awwabin adalah seperti berikut:
- Mulakan Solat Sunat Awwabin dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Taala” untuk setiap dua rakaat.
- Bacalah Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah lazim seperti al-Kafirun (untuk rakaat pertama) atau al-Ikhlas (untuk rakaat kedua) dalam setiap rakaat.
- Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali dengan menjaga tumaβninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
- Untuk rakaat kedua, bangun dengan membaca takbir, bacalah Al-Fatihah dan surah lazim yang lain, diikuti dengan rukuk dan sujud.
- Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.
- Berdoalah dengan khusyuk memohon keampunan dari Allah SWT.
Penting untuk diingat, solat Awwabin dilakukan dengan niat yang ikhlas dan penuh keinsafan.
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat Awwabin dalam hati.
Lafaz niat solat awwabin diniatkan untuk memelihara iman:
Usolli Sunnatal AwwaBin Ma’a HifZil IMaan Rak’Ataini Lillahi Ta’ala
Atau boleh juga berniat dalam bahasa melayu:
Sahaja aku solat sunat Awwabin serta menjaga iman 2 rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:
Qul YΔ Ayyuhal-KΔfirΕ«n. LΔ AβBudu MΔ TaβBudΕ«n. Wa LΔ Antum βΔbidΕ«na MΔ AβBud. Wa LΔ Ana βΔbidum MΔ βAbattum. Wa LΔ Antum βΔbidΕ«na MΔ AβBud. Lakum DΔ«nukum Wa Liya DΔ«n
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): βHai orang-orang kafir! βAku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. βDan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. βDan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. βDan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. βBagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamakuβ.
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Rakaat Kedua
10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
11. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas
Qul HuwallΔhu AαΈ₯ad. AllΔhuαΉ£-αΉ’amad. Lam Yalid Wa Lam YΕ«lad. Wa Lam Yakul LahΕ« Kufuwan AαΈ₯ad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): β(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; βAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; βIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; βDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNyaβ.
Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi
13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
14. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
β¦ kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
Doa Selepas Memberi Salam
Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:
AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii
Maksudnya:
Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.
Selesai membaca doa ini, terus bangun dari duduk untuk melakukan rakaat seterusnya iaitu rakaat ketiga dan rakaat keempat.
Rakaat Ketiga
20. Rakaat Ketiga Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Lafaz niat Solat Sunat Awwabin untuk rakaat ketiga dan keempat adalah diniatkan dengan taubat:
Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’at-TawBati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama bertaubat 2 rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
21. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
22. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:
Qul YΔ Ayyuhal-KΔfirΕ«n. LΔ AβBudu MΔ TaβBudΕ«n. Wa LΔ Antum βΔbidΕ«na MΔ AβBud. Wa LΔ Ana βΔbidum MΔ βAbattum. Wa LΔ Antum βΔbidΕ«na MΔ AβBud. Lakum DΔ«nukum Wa Liya DΔ«n
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): βHai orang-orang kafir! βAku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. βDan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. βDan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. βDan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. βBagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamakuβ.
23. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
24. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
26. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Rakaat Keempat
29. Rakaat Keempat Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
30. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
31. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas
Qul HuwallΔhu AαΈ₯ad. AllΔhuαΉ£-αΉ’amad. Lam Yalid Wa Lam YΕ«lad. Wa Lam Yakul LahΕ« Kufuwan AαΈ₯ad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): β(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; βAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; βIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; βDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNyaβ.
Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi
32. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
33. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
34. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
35. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
36. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
37. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
38. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
β¦ kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
Doa Selepas Memberi Salam Rakaat Keempat
Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:
AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii
Maksudnya:
Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.
Selesai membaca doa ini, terus bangun dari duduk untuk melakukan rakaat seterusnya iaitu rakaat ketiga dan rakaat keempat.
Rakaat Kelima
39. Rakaat Kelima Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Lafaz niat Solat Sunat Awwabin untuk rakaat kelima dan keenam adalah diniatkan dengan istikharah:
Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’al IstiKhaaRati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
40. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
41. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:
Qul YΔ Ayyuhal-KΔfirΕ«n. LΔ AβBudu MΔ TaβBudΕ«n. Wa LΔ Antum βΔbidΕ«na MΔ AβBud. Wa LΔ Ana βΔbidum MΔ βAbattum. Wa LΔ Antum βΔbidΕ«na MΔ AβBud. Lakum DΔ«nukum Wa Liya DΔ«n
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): βHai orang-orang kafir! βAku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. βDan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. βDan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. βDan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. βBagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamakuβ.
42. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
43. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
44. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
45. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
46. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
47. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Rakaat Keenam
48. Rakaat Keempat Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
49. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
BismillΔhir-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. Al-αΈ₯amdu lillΔhi rabbil-βΔlamΔ«n. Ar-raαΈ₯mΔnir-raαΈ₯Δ«m. MΔliki yaumid-dΔ«n. IyyΔka naβbudu wa iyyΔka nastaβΔ«n. IhdinaαΉ£-αΉ£irΔαΉal-mustaqΔ«m. SirΔαΉallaΕΌΔ«na anβamta βalaihim, ghairil-magαΈΕ«bi βalaihim wa laαΈ-αΈΔllΔ«n
50. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas
Qul HuwallΔhu AαΈ₯ad. AllΔhuαΉ£-αΉ’amad. Lam Yalid Wa Lam YΕ«lad. Wa Lam Yakul LahΕ« Kufuwan AαΈ₯ad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): β(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; βAllah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; βIa tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; βDan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNyaβ.
Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi
51. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal Aβzim Wabihamdih
52. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
53. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
54. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa βAaFini Waβfu Anni
55. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal Aβla Wabihamdih
56. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
56. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
β¦ kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
Doa Selepas Memberi Salam Rakaat Keenam
Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:
AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii
Maksudnya:
Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.
Selesai membaca doa ini, maka selesailah Solat Sunat Awwabin 6 rakaat tersebut. Alhamdulillah.
Doa Selepas Solat Sunat Awwabin
Tiada doa yang khusus selepas Solat Sunat Awwabin, jesteru itu berdoalah apa sahaja yang diingini tetapi sebaik-baiknya mohonlah keampunan kepada Allah ο·» dan mohon agar diberikan ketetapan iman dan ketaatan kepada Allah ο·».
Sebagai tambahan, anda juga boleh merujuk wirid dan doa selepas solat ini: Wirid & Doa Selepas Solat
Fadilat & Kelebihan Solat Sunat Awwabin
Apakah kelebihan mengerjakan Solat Sunat Awwabin?
Berikut adalah beberapa dalil mengenai kelebihan solat ini:
1. Diampunkan Dosa
Dalam al-Hawi al-Kabir, menurut al-Mawardi terdapat sebuah riwayat daripada Nabi yang menyebut:
Sesungguhnya Baginda melaksanakan solat antara Maghrib dan Isyak sebanyak dua puluh rakaat, dan Baginda bersabda: Ini solat Awwabin, maka sesiapa yang mendirikannya akan diampunkan dosanya.
(Hadis riwayat al-Tabrani)
2. Pahalanya Sama Seperti Ibadat Selama 12 Tahun
Para ulama salafus soleh menjadikan solat sunat Awwabin in sebagai amalan mereka di mana mereka menamakannya Solat Ghaflah kerana manusia sering lalai pada waktu tersebut dan mereka sibuk dengan urusan makan malam dan tidur.
Konsisten dalam melaksanakan solat sunat Awwabin merupakan amalan yang sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahaw Rasulullah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat enam rakaat selepas solat Maghrib tanpa diselangi antaranya dengan perbicaraan, samalah pahalanya dengan ibadat selama dua belas tahun.
(Hadis riwayat al-Tirmidzi)
3. Dibina Rumah Untuknya Didalam Syurga
Dalam kitab al-Mughni disebutkan bahawa Allah berfirman:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan amal-amal soleh).
(Surah al-Sajdah ayat 16)
Anas bin Malik ketika memperkatakan tentang ayat in menyebut bahawa para sahabat & mengerjakan amalan sunat antara waktu Maghrib dan Isyak dengan melaksanakan solat. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
Sesiapa yang melaksanakan solat (sunat) sebanyak dua puluh rakaat selepas solat Maghrib, maka Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga.
(Hadis riwayat al-Tirmidzi)
4. Termasuk Dalam Golongan Orang-Orang Bertaubat
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan secara marfu oleh Muhammad bin al-Mukandir bahawa Nabi bersabda:
Sesiapa yang bersolat sunat antara waktu solat Maghrib dan solat Isyak, maka itulah solat orang-orang yang bertaubat (Awwabin).
(Hadis riwayat Ibn al-Mubarak)
5. Amalan Untuk Masuk ke Syurga
Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Rabiβah bin Kaβab al-Aslami, bahawasanya Rasulullah Sallallahu βalaihi Wasallam telah bersabda kepadanya yang maksudnya:
βPohonlah sesuatu (kepadaku). Lalu aku (Rabiβah) berkata: Aku memohon kepada Tuan untuk menemani Tuan di syurga. Lalu Baginda bersabda: Ada lagi? Lalu aku (Rabiβah) menjawab: Itu sahaja. Baginda bersabda: Bantulah aku (untuk memperbaiki) dirimu dengan memperbanyakkan sujud (sembahyang sunat).β
β Hadis riwayat Imam Muslim
6. Memperbaiki Kekurangan Pada Solat Fardu
Imam Ahmad pula meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah Sallallahu βalaihi Wasallam telah bersabda yang maksudnya,
βSesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari kiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada MalaikatNya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hambaKu, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hambaKu ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hambaKu itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.β
β Hadis riwayat Imam Ahmad
Dengan demikian, orang yang mendirikan solat sunat antara waktu Maghrib dan Isyak ini akan diberikan ganjaran di atas solat tersebut, di samping merebut peluang yang besar kelebihannya pada waktu berkenaan ketika mana kebanyakan manusia sedang leka dan lalai.
Malahan, ibadat antara dua waktu tersebut sudah termasuk dalam amalan qiyamullail.
Penutup
Lakukan solat sunat ini sementara menanti waktu Isyak.
Ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu.
Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah ο·» merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Nota Rujukan:
- Panduan Solat Sunat Harian, Ustaz Faez Bin Mohd al-Hashimi
- Anugerah Allah Dalam Solat Rawatib, Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
- Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
- Kelebihan Solat Awwabin, Ustaz Ahmad Rizam [Pautan]
- Cara Solat Awwabin, Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat β Datoβ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum. Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang jelas dan terperinci. Website Tuan menjadi rujukan dan panduan utama saya yang berada di negara asing, untuk mempelajari tentang solat-solat sunat. Semoga Allah memberkati Tuan kerana mempermudahkan untuk umum mendapat panduan berharga ini. π€²π»
Walaikumsalam.
Alhamdulillah, gembira saya mengetahuinya.
Terima kasih juga atas maklumbalas daripada pihak tuan.
Jazakallahu kheir
Alhamdulillah dengan izin Allah saya jumpa blog ini. Terima kasih Ustaz atas perkongsian ilmu. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada Ustaz.
Waalaikumussalam, terima kasih atas kata-kata yang baik dan doa yang diberikan. Semoga Allah SWT juga memberkati dan mempermudah segala urusan Anda.
qobiltu ijazahπ
Alhamdulillah, semoga segala ilmu yang diperolehi membawa manfaat dan menjadi sumber kebaikan dalam kehidupan anda. Jika ada soalan atau perkara yang ingin dikongsi, saya sedia membantu.
Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada anda. ππΉ
terima kasih atas perkongsian. Mohon share agar Sama2 mendapat manfaat. Penjelasan yang mudah difahami. Shukran ya ustaz.
Terima kasih kembali atas kata-kata anda.
Saya sangat gembira dapat membantu dan berbagi ilmu. Semoga perkongsian ini dapat bermanfaat untuk anda dan orang lain.
Jika ada pertanyaan atau isu lain yang ingin anda ketahui, jangan ragu untuk bertanya.
Semoga Allah SWT senantiasa memberkati dan memudahkan setiap langkah kita dalam mencari dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Shukran jazilan.
Terima kasih diatas perkongsian yang bermanfaat. Seumur hidup saya, baru kini saya mengetahui adanya solat sunat awwabin dan manfaatnya sangat luar biasa.
Alhamdulillah, saya bersyukur dapat memberikan informasi yang bermanfaat untuk anda.
Solat Sunat Awwabin memang memiliki keutamaan yang luar biasa dalam Islam. Solat ini dilakukan antara Maghrib dan Isyak dan merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memperbanyakkan amalan baik.
Keistimewaan solat Sunat Awwabin terletak pada ganjaran pahala dan keberkatan yang diberikan oleh Allah SWT bagi mereka yang melaksanakannya dengan ikhlas dan penuh kesedaran. Ini adalah salah satu contoh bagaimana Islam mengajarkan kita untuk senantiasa mengisi waktu kita dengan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kepada pencipta.
Semoga pengetahuan ini menjadi amalan jariyah untuk anda dan membawa manfaat dalam kehidupan rohani. Jika ada lagi yang ingin diketahui atau dibincangkan, saya sedia membantu. Semoga Allah SWT senantiasa memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepada kita semua. Aamiin.
Terimakasih atas perkongsian
Jazakallahu kheir
Ustaz, adakah 2 rakaat solat sunat hajat dikira masuk dalam 6 rakat solat sunat awwabin sekiranya dilakukan antara waktu maghrib dan isya?
Doa lepas solat tu mcm terbalik dengan yang ustaz baca. Yg mana satu betul? Ke boleh saja manaΒ². T.kasih