Doa Tidur & Doa Bangun Tidur (Bantuan Ejaan Rumi)

doa tidur
Doa Tidur

Bagaimanakah doa tidur?

Bagaimana pula doa ketika mendapat mimpi buruk dan bangun dari tidur?

Ini adalah panduan bacaan doa tidur, bangun tidur dan ketika mendapat mimpi buruk, secara ringkas dan mudah.

Apa yang menarik:

Bantuan ejaan dalam rumi dan bacaan audio juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Selain itu, disertakan juga amalan-amalan sunat sebelum tidur (cara Nabi) dalam Islam.

Semoga panduan ini dapat membantu anda tidur dalam tenang dan dalam keimanan.

Doa Tidur

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu

Maksudnya:

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”

Doa Bangun Tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”

Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”

 

Amalan-Amalan Yang Disunatkan Sebelum Tidur

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan berkat, Rasulullah SAW menggalakkan beberapa perbuatan sebelum tidur:

1. Berwuduk Sebelum Tidur

Kepentingan perkara ini ada dua sudut.

Pertamanya, terdapat hadis di mana Rasulullah SAW berkata:

Sucikan tubuh-tubuh ini dan Allah akan menyucikanmu. Ketika mana seorang hamba meluangkan masanya dalam keadaan bersuci, malaikat meluangkan malamnya di dalam rambut (hamba) tersebut dan ia tidaklah ia berpaling pada malam itu kecuali dia (malaikat tersebut) berkata: “Ya Allah ampuni hambamu kerana ia tidur dalam keadaan bersuci”

— Tabarani

Keduanya, amalan ini adalah persediaan kepada kemungkinan mati di dalam tidur.

Jadi seperti mana seorang yang meninggal dunia – dibersihkan dan dimandikan sebelum ditanam – seseorang tidur dengan membersihkan dirinya, menyediakan rohnya untuk bertemu Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Bila kamu tidur, berwuduklah seperti kamu lakukan untuk solat, berbaring di atas kananmu dan katakan: ‘Ya Allah! Aku menyerah kepada-Mu dan aku serahkan segala urusanku kepada-Mu dan aku bergantung pada-Mu untuk keberkatan-Mu kedua-duanya dengan harapan dan ketakutan kepada-Mu. Tiada dapat melarikan diri daripada-Mu ya Allah! Aku percaya kepada Kitab-Mu yang telah Engkau wahyukan kepada Nabi-Mu yang telah Engkau hantar’. Dan jika kamu meninggal dunia pada malam itu, kamu akan meninggal dalam keimanan. Jadikan kata-kata di atas kata-kata terakhirmu (sebelum tidur).

— Bukhari


2. Solat Witir Sebelum Tidur

Terdapat salah faham bahawa solat malam (solat sunat) dan witir hanya boleh dilakukan pada sepertiga malam terakhir sebelum Subuh.

Ini menyebabkan ramai orang menjadi tidak bersemangat dan tidak mencuba untuk melakukannya.

Sebenarnya, masa untuk solat malam dan witir boleh bermula selepas Isyak sehinggalah waktu subuh.

Aisyah meriwayatkan:

Pesuruh Allah melakukan solat witir pada setiap bahagian malam, pada permulaan, pertengahan dan waktu akhir. Namun, baginda akan menyudahkan witirnya sebelum subuh”

— Bukhari dan Muslim

Yang sebenar, adalah lebih baik jika seseorang dapat tidur dan bangun semula pada pukul 3.00 pagi untuk melakukan solat tahajud dan solat witir.

Tetapi jika ini dirasakan berat, saya mengesyorkan untuk kita mula bersolat malam (solat sunat selain tahajud) dan witir sebelum kita tidur, walaupun ia cuma dua rakaat solat sunat dan tiga rakaat solat witir.

Solat sebelum tidur akan menambahkan lagi kerehatan dan ketenangan sebelum kita tidur dan memudahkan proses untuk kita tidur.

Abu Hurairah meriwatkan:

Sahabatku (Nabi Muhammad SAW) telah mengarahkan aku untuk melaksanakan tiga perkara: tiga hari puasa setiap bulan, dua rakaat solat dhuha dan melaksanakan witir sebelum tidur

— Muslim


3. Membaca Doa Tidur

Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita doa-doa khusus untuk dibaca sebelum tidur yang mana ia mengingatkan kita bahawa tidur itu adalah saudara kepada kematian.

— tentang kuasa Allah ke atas kita dan dan semua urusan kita, serta untuk mengesahkan (reaffirm) keimanan kita kepada-Nya.

Doa sebelum tidur adalah seperti yang diajarkan diatas.

 

Penutup: Kepentingan Tidur Dalam Islam

Allah berfirman di dalam al-Quran:

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan? Dan Kami telah menjadikan tidur untuk kamu berehat?

— Surah an-Naba ayat 8–9

Kita dapat menyimpulkan bahawa tidur bukanlah suatu aktiviti yang mengganggu (nuisance activity), tetapi ia adalah petanda kekuasaan Allah dan suatu nikmat daripadaNya.

Sungguh menarik untuk diambil perhatian bahawa walaupun dengan segala kemajuan saintifik yang ada pada zaman moden ini, tiada sesiapa yang benar-benar tahu mengapa kita tidur!

Menurut Dr. Andrew Meil, Bapa Perubatan Integratif (father of integrative Medicine), yang menulis artikel dalam the Time Magazine (2015) berkenaan Kuasa Tidur bahawa:

Otak agak sibuk ketika tidur, saling berhubung dengan pelbagai cetusan aktiviti otak pada setiap malam.

Adakah aktiviti ini semacam suatu bentuk kemaskini untuk mengekalkan fungsi-fungsinya secara optimum? Kita tidak tahu.

Mungkin ritma tidur dan berjaga akan sentiasa menjadi misteri: sesuatu yang kita alami tetapi tidak akan pernah difahami sepenuhnya 

— Petikan dari The Power of Sleep, Weil Andrew M.D. Time Inc Special. The Science of Sleep. July 2015. The 9 New Sleep Rules, Sarah Begley, Time Inc Special, The Science of Sleep, July 2017.

Sebagai muslim, kita percaya bahawa tidur adalah nikmat dan seperti setiap nikmat lain.

Ia sepatutnya digunakan untuk kita berterima kasih kepadaNya melalui ibadah, dan bukan dengan mengingkariNya – dengan terlebih tidur dan terlepas solat serta mengabaikan tanggungjawab kita.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.


Jika anda berminat dengan topik tidur yang berkualiti, anda boleh membaca artikel-artikel ini:

  1. Kepentingan Tidur Dari Perspektif Islam
  2. Berapa Lama Sepatutnya Tempoh Tidur Kita Setiap Malam?
  3. 7 Langkah Mendapat Tidur Yang Lena & Berkualiti
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zainon Zainal
Zainon Zainal
9 bulan yang lalu

Alhamdullilah dengan perkongsian ilmu disini saya dah mempraktikkannya selama satu udah. Terimakasih Ustaz .

Wan ismail
Wan ismail
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya ada tak doa yg boleh hilangkan mimpi yg bukan2 sebelum tidur,sebb saya mimpi saya mati lah,ada maksud ke mimpi saya itu?

Ishak Ahmad
Ishak Ahmad
2 tahun yang lalu

Alhamdulillah
Shukran ustaz atas Ilmu yg diturunkan disini…
Jazakallahhu khairan khatsira

Sariati
Sariati
4 tahun yang lalu

Saya mengikuti your blog and your telegram. Sangat comprehensive dan senang untuk saya faham. Bimbingan ustaz dlm mengerjakan solat terawih, witir telah membantu kami sekeluarga mengerjakannya dibulan ramadan yg baru berlalu. Boleh ke saya bertanya jika ada kebolehan ustaz mengalih bahasakan blog Ustaz dlm bahasa Inggeris. Suami saya mualaf dan tidak tahu bahasa melayu. Saya rasa this is by far, one if the few good blogs/website khusus untuj solat, niat, do’a2…..

Terdahulukan dengan terimakasih dan wassalam