Memahami Konsep Negara Islam

Apakah yang anda fahami dengan konsep negara Islam?

Dawlah berasal daripada perkataan Arab iaitu dala-yadulu-dawlatan yang bermaksud sesuatu tempat, daerah, atau negara yang didiami oleh sekumpulan manusia dan juga ditadbir oleh manusia yang berasal daripada satu bangsa mahupun pelbagai.

Dawlah sama ertinya dengan Bilad.

Ulama memberi definisi yang pelbagai tentang ciri-ciri negara Islam.

  1. Majoriti pemimpinnya ialah beragama Islam dan begitu juga rakyatnya.
  2. Melaksanakan hukum Islam sepenuhnya.
  3. Orang Islam bebas mengamalkan syariat Islam tanpa ancaman dan sekatan.
  4. Keselamatan dan keamanan berpihak kepada Islam

Demikian ialah ringkasan ciri-ciri negara Islam.

Ada ulamak berpendapat, jika ada sebahagian sahaja yang diamalkan, juga boleh diklasifikasikan sebagai negara Islam.

Namun, yang paling penting dalam sesebuah negara itu mestilah memelihara keadilan dan juga keamanan.

Allah berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 135 iaitu:

“Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, menjadi saksi yang menerangkan kebenaran kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu dan sekalipun orang yang didakwa itu kaya ataupun miskin, kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu turuti hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan atau enggan daripada menjadi saksi maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Dalam ayat yang lain, Allah menyebut tentang konsep keadilan yang harus ada pada dalam diri seseorang pemimpin iaitu dalam Surah Al-Maidah ayat 8:

“Wahai orang yang beriman hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap itu hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Allah menegaskan juga dalam Surah An-Nisa ayat 58, tentang amanah itu perlu diserahkan kepada individu yang benar-benar berhak tidak mengikut paras rupa dan status dalam masyarakat:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi melihat.”

Allah juga pernah berfirman untuk memilih dan memberi hak kepimpinan atau hak berkerja kepada individu yang mempunyai kekuatan (kemampuan memimpin) dan juga boleh dipercayai, contohnya dalam potongan dalam Surah Al-Qasas ayat 26:

“..Sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat lagi boleh dipercayai.”

Konklusinya, negara Islam itu perlu disaluti dengan nilai Islam yang membawa kita kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Moga-moga kita tergolong, In Shaa Allah!


Bibliografi

  1. Hashim, M. I., & Azhar, A. (n.d.). Prinsip dan Model Negara Islam: Definisi dan Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Hadhari.
  2. Kashim, M. I., Jamsari, E. A., Ashari, M. Z., Samuri, M. A.-A., & Yaakob, S. E. (2012). Penentuan Ciri Negara Islam Menurut Pemikiran Empat Mazhab. Jurnal Hadhari.

Artikel ini adalah tulisan saudara Sadiq Salihoddin. Semoga memberi input yang berguna kepada semua pembaca.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mohamad
Mohamad
5 tahun yang lalu

1. Tatacara solat sunat tahiyul masjid
2. Tatacara solat sunat hari raya Aidil Fitri

Sadiq
Sadiq
5 tahun yang lalu

sadiqsalihoddin.blogspot.com