Hukum Telan Kahak Ketika Sedang Puasa

hukum telan kahak semasa puasa

Apakah hukum telan kahak ketika sedang berpuasa?

Adakah perbuatan ini membatalkan puasa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya mengalami masalah berkahak jadi ingin tahu kalau sedang berpuasa apakah hukumnya kita telan kahak itu?


JAWAPAN:

Jika seorang yang puasa mengeluarkan kahak dari sebelah dalam halkum atau dari dadanya ke tempat yang zahir yaitu mulutnya lalu ditelannya semula maka batal puasanya.

Tetapi tidak batal kalau ditelan kahak yang belum keluar ke tempat yang zahir misalnya kahak yang ada di bawah dari halkumnya.

Kahak yang ada di dalam mulut sayugianya diludah.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Tunis:

عِنْدَ الإِمَامِ الشَّافِعِيِّ وَالإِمَامِ أَحْمَدَ البَلْغَمُ إذَا أَخْرَجَهُ الشَّخْصُ إِلَى الظَّاهِرِ ثُمَّ بَلَعَهُ فَطَّرَهُ إِنْ كَانَ صَائِمًا، وَإِنْ كَانَ مُصَلِّيًا أَفْسَدَ عَلَيْهِ صَلَاتَهُ، هَذَا إِنْ أَخْرَجَهُ إِلَى مَحَلِّ الخَاءِ وَهُوَ أَعْلَى الحَلْقِ، أَمَّا إِنْ ابْتَلَعَهُ مِنَ الدَّاخِلِ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيَ إِلَى الظَّاهِرِ مَا علَيْهِ شَىْءٌ لَا يُفْطِرُ الصَّائِمُ وَلَا تَفْسُدُ الصَّلَاةُ. : موقع سُحنون – بوّابة أهل السنّة والجماعة

Ertinya:

Disisi mazhab Syafie dan Hanbali kahak yang dikeluarkan oleh seseorang kepada had zahir yaitu mulutnya kemudian ia telan akan kahak itu maka batal puasanya jika dia sedang berpuasa.

Dan jika dia sedang solat maka batal solatnya.

Hukum ini ialah apabila dia keluarkan kahak itu kepada tempat terbit huruf kha’ yaitu diatas halkum.

Ada pun jika ditelannya dari dalam sebelum sampai kahak itu kepada zahir maka tidak membatalkan puasanya dan tidak juga membatalkan solatnya.”

Kesimpulan

Jika seorang keluarkan kahak yang ada dibawah dari halkumnya atau yang ada pada dadanya kemudian ditelannya kahak itu maka batal puasanya.

Jika dia telan kahak yang ada di bawah dari halkumnya yang belum naik ke mulutnya maka puasanya tidak batal.

Jika tidak sengaja tertelan kahak walau dimana kahak itu berada nescaya tidak batal puasanya melainkan kahak yang sudah keluar dari mulutnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Liyana
Liyana
2 tahun yang lalu

Kalau baru tahu macam mana? Adakah kita perlu gnti balik puasa kita? Sebab mmg xigt, kalau pernah terbuat benda ni.

bleblebleeh
bleblebleeh
Reply to  Liyana
2 tahun yang lalu

ayok

Alif 2002
Alif 2002
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz apa hukum kita telan air liur yang sengaja dikeluarkan dari kerongkong tetapi saya tidak sedar ada kahak yang bercampur dengan air liur lalu telan kembali kerana susah untuk dibezakan

bleblebleeh
bleblebleeh
Reply to  Alif 2002
2 tahun yang lalu

hmm