Hukum Solat Pakai Sarung Tangan & Seluar Tiga Suku

solat pakai sarung tangan

Apakah hukum solat pakai sarung tangan dan seluar tiga suku?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya ingin bertanya 2 soalan.

Pertama sekarang musim wabak covid jadi ramai yang pakai sarung tangan jadi kalau kita solat tanpa membuka sarung tangan apakah hukumnya solat kita itu?

Kedua apa hukumnya solat orang yang memakai seluar tiga suku separas lutut sebab masa dia sujud seluarnya terangkat sampai nampak lutut?


JAWAPAN:

Ketika mengerjakan solat disunatkan kita tidak menutup kedua tapak tangan kita samada dengan memasukkannya ke dalam baju atau memakai sarung tangan.

Tetapi jika dipakainya juga sarung tangan ketika solat maka solatnya itu adalah sah.

Begitu juga dengan lutut iaitu sah solat jika terbuka lutut kerana lutut tidak termasuk aurat tetapi sempadan bagi aurat yang berada di atas lutut.

Ulamak memakruhkan solat dalam keadaan nampak lutut kerana hampir terbuka auratnya walau pun solatnya itu sah.

Berkata Syeikh Al-Syarqawi :

و يسن كشف اليدين والرجلين و يكره كشف الركبتين

Ertinya :

Disunatkan membuka dua tapak tangannya dan kedua tapak kakinya (dalam solat) dan dimakruhkan membuka kedua lututnya.”

(Hasyiah Syarqawi ‘ala Tahrir)

Dan tersebut pada kitab Kasyifat As-Saja :

ويسن كشف الكفين في حق الذكر وغيره

Ertinya :

Dan disunatkan terbuka dua tapak tangannya pada lelaki dan lainnya.”

(Kitab Kasyifatu As-Saja Syarah Safinatu An-Naja)

Berkata Syeikh Al-Bajuri :

و يكره كشف الركبتين ما عدا ما يجب ستره منهما مع العورة

Ertinya:

Dan dimakruhkan membuka dua lutut selain barang yang wajib tutup dari keduanya serta aurat.”

(Hasyiah Al-Bajuri)

Kesimpulan

Sunat tidak menutup kedua tapak tangan di dalam solat sama ada dengan memakai sarung tangan atau lainnya.

Dan setengah fuqaha’ memakruhkan menutup dua tapak tangan dalam solat dengan sengaja.

Siapa yang terpaksa memakai sarung tangan didalam solat kerana memelihara dari wabak maka hukumnya adalah harus.

Makruh memakai pakaian yang menampakkan lutut di dalam solat sekalipun solatnya itu sah.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Khaliq
Khaliq
4 tahun yang lalu

assalamualaikum ustaz saya nak tanya boleh ke pakai seluar 3 suku dan semasa saya sujud tk nampak pon lutut saya seluar tu masih munutup lutut saya