Islam Adalah Rahmat & Agama Kasih Sayang

Islam agama kasih sayang
Kredit gambar FB Ust Ebit Lew

Ada ustaz yang menghulurkan bantuan kepada orang miskin dengan menyewakan rumah untuknya.

Orang itu sudahlah sakit. Ada pula cucunya yang agak ramai.

Tetapi, ada pula ustaz yang mengherdik perilaku ini sebagai riak.

Kenapa begitu pula?

Allah SWT Mengajarkan Rahmat

Dalam Surah Al-An’am ayat 147 yang bermaksud:

Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: “Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah, dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.

Islam mengajar kita yang kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Manusia akan sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah dalam bentuk yang umum mahupun khusus.

Umumnya, seperti rahmat oksigen yang kita hirup dan khusus pula, seperti nikmat Islam.

Dari awal penciptaan manusia, manusia menghadapi kesusahan menguruskan kehidupan.

Maka dengan itu, Allah menurunkan kitabNya yang berbentuk panduan melalui utusanNya untuk disampaikan kepada sekalian manusia.

Manusia lain pula perlu mengaplikasikan isi kandungan kitab itu semampunya.  

Rasulullah itu diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam menurut Surah Al-Anbiya ayat 107.

Namun kenapa kita menjadi pelaknat? Pentakfir? Tukang hina? Tukang sebarkan fitnah?

  • Mana pergi ilmu-ilmu yang selama ini kita pelajari daripada kitab-kitab muktabar?
  • Mengapa ilmu-ilmu tersebut tidak mampu untuk menyelamatkan diri kita daripada akhlak buruk?
  • Kerana adakah kita belajar untuk berdebat?

Bukan untuk sebarkan kasih sayang dan bukan untuk membantu orang tertindas.

Ingatan Daripada Solat Kita..

Tidakkah kita ingat yang khatib selalu mengulangi satu ayat dari Al-Quran yang mana solat itu mencegah daripada kemungkaran.

Assolatatanha anil fahshaa iwal munkar.

Apabila solat kita banyak rakaatnya namun masih tidak mencegahkan diri kita daripada berbuat kemungkaran.

Sedarlah yang solat kita itu, ada problem.

Perlu dilihat kembali.

Mungkin ada masalah pada pengamatan, kekhusyukkan atau rasa rendah diri bila berhadapan dengan Allah yang Maha berkuasa.

Dalam satu hadis riwayat Imam Muslim, Nabi bersabda:

Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya).

Sepatutnya kita lagi membantu saudara kita yang membantu orang lain. Bukan mengkritik yang entah apa-apa.

Kalau perkara itu sangat kritikal, itu lainlah cerita.

Tetapi ini, bukan kritikal pun sehinggakan kita perlu untuk mengkritik dan menuduh individu tertentu sebagai riak dan sebagainya.

Ini hanya usaha peribadinya, sepatutnya disokong.

Zahirnya terang terang nampak murni, kenapa tidak kita sokong dan bantu?

Kalau kita kritik sekalipun, apa yang menyelesaikan masalah?

Apa yang boleh selesai?

Sekurang-kurangnya orang miskin itu sudah ada rumah sewa untuk menginap.

Agamawan perlu berhenti melakukan perbalahan yang tidak mampu untuk menyalurkan solusi yang praktikal.

Agamawan perlu kreatif dan kritis dalam membantu ummah.

Bukan lagi menyusahkan.

Bila agamawan mengacah nak berbalah begini, masyarakat jadi pening.

Seorang ini ustaz, seorang itu juga ustaz.

Kenapa ustaz itu bantai ustaz ini? Apa salah ustaz ini?

Lepas itu masyarakat yang pro kepada ustaz itu pula bergaduh dengan pengikut ustaz ini.

Akhirnya, apa yang dapat diselesaikan? Tiada apa.

Dapat tengok scene berbalah sajalah.

Agamawan kena sayang antara satu sama lain.

Letakkan prasangka baik terlebih dahulu sebelum nak mengata itu dan mengata ini.

Bukan rugi pun menyayangi orang.

Ia membentuk interaksi antara agamawan dengan lebih harmoni.

Asas Islam Adalah Agama Kasih Sayang

Nabi bersabda di dalam satu hadis riwayat Tirmidzi:

Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.”

Mungkin kita ada masalah untuk berbalik kepada basic.

Basic yang Islam itu agama kasih sayang.

Berprasangka baik. Saling membantu. Bukan mengkeji. Bukan berburuk sangka.

Basic yang Nabi Muhammad itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Perbincangan yang kompleks itu akan jadi tidak praktikal apabila agamawan tidak berfikiran realistik yang lebih dekat kepada kelahiran solusi.

Lebih baik tak tahu banyak, tapi lebih menyelesaikan masalah berbanding dengan tahu banyak, tapi apa pun tak jalan.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Hati Manusia

Jangan judge benda yang kita tak mampu untuk baca.

Berlagaklah seperti manusia biasa yang sepatutnya merendah diri kerana banyak kelemahan semulajadi.

Bukan berlagak seperti tahu semua benda dan cuba untuk mengkasta-kastakan manusia dengan tahap-tahap kemulian yang tertentu.

Doakan sama-sama Allah menerima amalan dia dan amalan kita. Apa kita boleh bantu, bantu. Kalau kita tak mampu nak bantu secara fizikal, doa.

InshaAllah.

Rujukan

JAKIM. (2018). Kasih sayang pelengkap kesejahteraan. Retrieved from JAKIM: http://www.islam.gov.my/images/eKhutbah/1_syawal_Kasih_Sayang_Pelengkap_kesejahteraan.pdf

Kasih sayang dalam Islam dan dalilnya . (2020). Retrieved from Dalam Islam: https://dalamislam.com/akhlaq/amalan-shaleh/kasih-sayang-dalam-islam

The Mercy of Allah (God). (2020). Retrieved from Islamic Pamphlets: http://islamicpamphlets.com/the-mercy-of-allah-god

Artikel ini adalah tulisan saudara Sadiq Salihoddin yang dikirim ke inbox akuislam.com

Semoga memberi input yang berguna kepada semua pembaca.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Student
Student
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya , apakah hukum untuk kita berbangga dengan agama Islam kita , saya risau terlalu bangga akan menyebabkan ke arah riak , ujub dan takbur dan saya nak elakkan perkara ini , saya gantikan bangga dengan gembira , dan juga apa hukum bangga dengan perubahan diri yang semakin baik contohnya semakin bertaubat semakin mudah beribadah dan adakah berkata dan mensihatkan diri termasuk dalam syirik sebab hanya Allah SWT yang menyembuhkan