Perigi Cari Timba : Haruskah Hanya Berdiam Diri?

Perigi Cari Timba
Perigi Cari Timba

Menjadi muslimah bukan beerti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan aggresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.

Perigi Cari Timba. Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya.

Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.

Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”.  ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Risikonya adalah antara diterima atau ditolak.

Kalau diterima maka hal itu merupakan sebuah jawapan yang indah dan kita inginkan. Tetapi jika ditolak, perkara ini adalah bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina.

Malah hal ini merupakan ladang kesabaran yang akan mendatangkan pahala yang besar.

Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga.

Oleh itu kita harus memilih orang yang dipercayai memiliki sifat amanah sebagai wakil kepada kita untuk menyampaikan hasrat hati. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah.

Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita. Orang tengah itu boleh jadi ahli keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, guru atau ustaz/ustazah kita.

Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah… malu!

Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

Malu kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Kalau pun halangan ia melibatkan “harga diri” atau lebih mudah kita faham sebagai adat. Sesetengah orang kononnya, perbuatan ini dianggap sebagai “aib” atau menyalahi adat, aib ni boleh beri kesan sama ada pada perempuan ataupun keluarga.

Kenapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup kita perlu kalah dengan adat sedangkn syariat membenarkannya, persoalan ini sebenarnya balik kepada kembali kepada masing-masing individu, mana yang lebih utama adat atau kebahagian yang sejati.

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan.

Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

kesimpulannya, nak kawin ni senang cuma kita sahaja yang memberat-beratkan dengan pelbagai alasan.

Adakah bila kita sukakan seseorang, kita hanya perlu duduk ditikar sejadah dan berdoa sambil mengharapkan jodoh atau orang yang kita sukai itu datang bergolek kepada kita?

Tidak. Yang penting usaha. Ia senang.

Jika sukakan seseorang, hantarkan wakil untuk menyampaikan hajat kita. Kemudian jika kedua pihak bersetuju, boleh lah aturkan perkara yang seterusnya.

Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi org perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan.

Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.

.

rujukan:

1. Halaqah.Net

2. I love Islam

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

35 thoughts on “Perigi Cari Timba : Haruskah Hanya Berdiam Diri?”

  1. Salam admin, saya mempunyai seorang kwan . Saya sudah memberitahu isi hati saya dan berharap agar dia dpt menerima saya sebagai bakal isterinya .Namun , dia menolak atas sebab dia tidak lagi bersedia , masih belajar dan jauh ( dia belajar di mesir ) . Dia berkeras untuk kami terus menjadi kawan . Saya boleh untuk menjadi kawan tapi saya akan terus berharap dan berdoa agar dia menerima saya suatu hari nanti. Bolehkah begitu … ? Bolehkah saya menyimpan harapan sedangkan dia sudah menolak . Sekian, wasalam.

    Reply
  2. salam ustaz , em mcam mne caranya ntuk meluahkan perasaan saya trhdap si dia . tpi si dia tdak mmpunyai mana2 teman wanita . & sya merasakan dia dia baik bgi saya . tpi dlam masa yg sama saya tdak mahu ditolak . kerana dia kawan saya , dn mungkin lepas saya menyatakan perasaan saya . dia tidak akan menegur saya lagi . em bagaimanakah ? tolong rply :'(((

    Reply

Leave a Comment