Janganlah Kamu Bersedih

bersedih

bersedih

Ada waktu kita bersedih

Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Mungkin Anda pernah membaca ayat ini: Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)

Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih?

Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita. Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita. Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah

Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis.

Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah,  supaya kita bebas dari api neraka.

Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.


Bersedih Itu Adat Manusia

Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih.

Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan. 

Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan. Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.


Bersedih Tidak Diajarkan

Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS.At-Taubah:40)

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)

Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. Abu Dawud)


Bagaimana supaya kita tidak bersedih?

Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua kekuatan agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.

Pertama:

Dari ayat diatas (At Taubah:40) bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingati bahawa Allah bersama kita.

Jika kita sedar bahawa Allah bersama kita, oleh itu apa yang perlu kita takutkan?

Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.


Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d:28)


Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu bi zikrillah, dengan berzikir memuji Allah.

Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berzikir.

  1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
  2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  3. Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi reda setelah berzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Harus diingat,  zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


Kedua:

Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang (Hadith riwayat Abu Daud)

Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.


Kesedihan adalah keperluan. Tetapi tidak boleh berlebihan

Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.

Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh: Kematian rakan karib, guru tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada Allah di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 1,819 other subscribers

EarthSecret

Comments

  1. nurul says

    assalamualaikum. kata2 yang bersemangat. tp sy masih sentiasa sedih. sy sedih dgn hdup sy yang tiada kawan rapat dan berse0rangan ,keluarga saya pula jauh di kampung. setiap hari lepas balik kelas ,saya masuk bilik mata saya terus mengeluarkan air mata. di rumah sewa pula sy tdk disukai rakan2 yang lain. sy berse0rangan. saya pernah mengamalkan d0a di atas tp air mata saya tdk b0leh bhenti mengalir. saya tidak tahan sentiasa menangis begini. sy lemah dan hati sy senang terusik. sy memerlukan d0r0ngan untuk menghadapi semua ini.. saya tidak kuat. apakah d0a yang terbaik dan zikir yang dapat memberikan ketabahan hati?

  2. yana says

    Some time apa yg kita ingin or harapkn x semua dpt d capai sepenuhny.. sedih dan ad kala nya sy rasa cm pasrah.. tp nk buat mcmna..semua perkara pasti ad sebabny dan pasti ad hikmahny..sy yakin allah akn mmberi yg lbih baik dr sebelumny.. thanx 4 da artikl.. :)

  3. sue says

    Saya sangat sedih kerana saya selalu menjadi mangsa manusia yang saya sayang sampaikan saya berdoa yang tidak baik kepadanya seperti berdoa dia akan mendapat kemalangan. Hati saya menjadi sangat sakit dan hari-hari saya akan berfikir tentangnya. Ada kala saya menangis dan ada kala saya marah.saya dah macam orang yang hilang arah. Saya pernah cuba cara seperti dalam artikel ni tapi berkesan sementara sahaja.

  4. ina says

    Saya sedang merasa sangat sedih, karena suami saya ingin menceraikan saya. Saya Dan suami saya memang sama-sama pernah salah, tapi saya masih sangat menyayanginya, Dan ada anak saya yg nanti dapat menjadi korban. Suami saya sudah tidak mencintai saya lagi.

      • meyy says

        Saya jg sama mba posisi dg mba, sy sangat sedih. Sy selalu menangis. Sy sdh coba shlt, dzikir n slalu berdoa spy hati suami sy dibuka. Awalny suami sy mau dan bilang syg kpd sy. Tp smakin ksini dy smakin tdk perduli lagi. :( smoga doa sy dijawab.. Amin

  5. Hasnul Hakimi says

    Saya masih bersedih, walau dah baca semua hujah ini. Saya berumur 27 tahun. Rakan sebaya saya dah jutawan manakala Allah takdirkan saya masih miskin. Ternyata Allah tidak pelulikan saya. Saya juga mentauhidkan Allah tetapi kenapa dibuatnya saya begini? mohon pencerahan….

    • says

      Jangan bersedih dan kata begitu wahai sahabat. Awak kene terus berusaha.. Kekayaan bukan segalanya didunia ini, kadang kadang kemiskinan dan kesederhaan itulah kebahagiaan kerana yang penting itu adalah rahmat Allah. Teruskan berusaha, berdoa. Semoga awak sentiaasa di berkati .

    • infiru says

      salam, saudara…umat Islam yang memulakan penyebaran Islam ini dahulu juga adalah drpd kalangan hamba…hikmahnya, Allah nak menunjukkan bahawa kehidupan berTUHAN itu membebaskan manusia drpd penghambaan kepada sesama manusia…Rasulullah saw juga hidup susah saudara, malah lebih susah drpd kita kalau saudara baca kisah sirah Rasulullah…tapi hikmahnya baginda dekat dengan Allah…bukan harta atau wang ringgit yang menjamin kedekatan Allah dengan kita tapi ketaqwaan dan redha atas ujian yang menimpa…Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar…semoga aqidah terpelihara…sabar atas ujian…apa yang kita mahukan, kesenangan dan kemewahan itu ada…malah lebih indah ia di syurga sana…sabar lah…hidup ini sementara cuma…

  6. sueila ismail says

    subhanallah..artikel ini sgt memberi kesan dlm jiwa hamba..sesungguhnya Allah lebih menyayangi suami hamba.muga hati terus tabah dan redha atas segala ketentuan Ilahi..moga disana jodoh kita ditemukan kembali.amin..terima kasih.

  7. damia says

    terima kasih tuk artikel ni..sy menangis td tp sy lega selepas membaca nye..Alhamdulillah..sebelum ni kalau sy sedih,sy akan pendam dan cari peluang utk bersendirian dan menangis..sy tdk suka di lihat sesiapa kalau sy menangis dan sy xtau nk b’cerita dgn siapa..smbil sy menangis sy akn b’doa pd ALLAH utk d beri kekuatan..

  8. ana says

    Salam..
    sy bru ‘ditolak’ semalam..hehe, rse kecewa, smpai nk tidur lena pun ambil mse berjam2..
    tapi bngun dr tidur sy tekad nak bersemnagat balik..
    mungkin dia bukan terbaik untuk sy dan bukan saya yg terbaik untuk dia..
    skrang bila, sy terpandang someone persis mcm dia, sy rse sedih balik..:(
    terima kasih atas2 kata2 pujukan di atas..
    Terima kasih :’)

  9. saya says

    terima kaseh, artikel ni benar2 membuka mata. sy sdg mghadapi saat2 duka. dan kadang2 rase sedih kerana takot memikirkan jika ALLAH tidak mendengar rayuan doa sy kerana dosa2 yg sy lakukan.. sy sedih kalau ALLAH jauh dr sy sbb sy lupekan dia sehinggalah dugaan dtg, baru sy cari ALLAH. selepas bace artikel ni, hati jd tenang sedikit.. kerana betollah. ALLAH sentiasa bersama kite sebenarnyer. alhamdulillah.

  10. nor says

    byk bnda yg btkn sy sdih…….. kdg2 sy pom xphm dgn dri sy. sy xth dn xpndai nk cerita ap yang sy rs kt org len… sy br clash dgn si dia tp sy xth nk bgtw kt spe dan kenpa sy pts.. tp bnda2 mcm ni bt sy down sdgkn sy skrg pljr thn akir dan spttny sy fokus pd finl proct sy

    • says

      Saya teringat kata – kata Hilal Asyraf,

      - “Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya.”

      Tapi saya tahu, kita sebagai manusia normal, kita tidak dapat lari kekecewaan dan kesedihan kerana cinta. Bersabarlah.. Insyaallah, masa akan meredakan.. cuma tinggal kita untuk kuatkan diri.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *