Apabila Kritikan Tajam Dan Cemuhan Menggoyahkan Kita

kritikan tajam
kritikan tajam

Sang Pencipta dan Pemberi rezeki  Yang Maha Mulia, Allah SWT acapkali mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak tahu menggunakan akal.

Maka apatah lagi kita sebagai manusia yang selalu tersilap dan tersalah.

Dalam hidup ini, terutamanya jika kita jenis seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha untuk membangunkan, maka kita akan selalu menjumpai kritikan-kritikan tajam yang pedas dan pahit.

Bahkan mungkin juga sesekali mendapat cemuhan dan hinaan daripada orang lain.

Mereka tidak pernah diam mengkritik kita sebelum kita dibawa masuk ke dalam liang lahad, menaiki tangga ke langit dan terpisah dengan mereka.

Bila kita berada ditengah kalangan mereka, ada sahaja perbuatan mereka untuk menjatuhkan kita, membuatkan kita bersedih, menitiskan air mata dan mengusik ketenangan kita.

Perlu diingat, orang yang duduk diatas tanah tidak akan pernah jatuh, dan manusia tidak akan akan menendang anjing yang sudah mati.

Kuat Diri Menghadapi Kritikan Tajam

Biarlah mereka marah & tidak suka kepada kita, kerana mungkin kita telah mengungguli mereka dalam perkara kebaikan, keilmuan, tindak tanduk atau harta.

Jelasnya, kita berada dimata mereka.

Oleh itu, waspadalah terhadap setiap apa yang mereka katakan, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan tajam, cemuhan dan penghinaan mereka.

Jika kita merasa terusik dan tergugat oleh kritikan tajam mereka, maka kita telah menjayakan hasrat mereka untuk melihat kita terkubur. 

Yang terbaik adalah menjawab dan membalas kritikan tajam mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik.

Acuhkan mereka dan jangan kita merasa tertekan dengan mereka yang ingin menjatuhkan kita. 

Ini kerana setiap ungkapan mereka yang itu pada hakikatnya mereka penghormatan buat kita, tarbiyyah untuk menjadikan kita semakin kuat.

Semakin tinggi darjat kita, semakin pedas pula kritikan yang bakal diterima oleh kita.

 Kita tak mampu menutup mulut mereka, yang kita mampu adalah menguburkan dalam-dalam setiap kritikan tajam mereka.

“…matilah kamu dengan kemarahan kamu itu..”

— Ali Imran; 119

Kita juga boleh melawan perkataan buruk mereka dengan berdiam seribu bahasa, dengan cara memperbaiki akhlak dan meluruskan setiap kesalahan kita.

Bila kita berangan-angan ingin diterima oleh semua pihak, dicintai oleh semua orang dan tidak pernah dicela, itu  bererti kita telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan pasti tidak akan berlaku.

Kerana ini adalah lumrah kehidupan, kita tidak akan mampu memuaskan hati setiap manusia.. 

.


Nota rujukan:

1.Buku La Tahzan (Dr.Aidh Abdullah Al Qarni)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
radit20
radit20
11 tahun yang lalu

“Jika terusik dengan kritikan dan hujatan yang menyakitkan, itu jauh lebih baik daripada pujian dan sanjungan yang melenakan..
Jadi… tetaplah bersahaja dan istiqomah pada jalan kebaikan agar Alloh SWT ridha dan memberikan kemudahan di segala urusan kita..

Selamat menjalankan ibadah sholat dengan khusyuk dan tawadhuk.

Ukhti Siti Julaikha
Ukhti Siti Julaikha
12 tahun yang lalu

please allowed me to sharing this articel :)
because i think your articel is really worth and nice :)
syukron :)
*barakallah

faqiha
faqiha
12 tahun yang lalu

mukmin yg kuat lebih disukai oleh ALLAH

hamba Allah
hamba Allah
12 tahun yang lalu

so true…manusia x akan pnah puas hati sesama manusia…dunia2…

Ahmad Tarmizi Adham
Ahmad Tarmizi Adham
12 tahun yang lalu

Assalamualaikum,

Ye benar admin, saya setuju dengan artikel ni. kte mmg xmampu nak puaskan ati semua orang. buat mcm2 mane pun, mesti ada je yang nak mengata kte. buat baik ke jahat ke.

btw, thanks for this nice article