Kucing Haiwan Yang Bersih!

kucing
kucing

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis.

Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit haiwan ini mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

 

Kajian Yang Dijalankan  

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel.

Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu.

Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. 

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

 

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria.

Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

 

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk.

Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum.

Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Kabsyah menjawab, “Ya”.

Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air.

Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.

Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. 

Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat.

Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur.

Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih.

Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

50 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Amir
Amir
1 tahun yang lalu

Terima kasih share info pasal kebersihan kucing. Memang penting untuk difahami oleh pemilik kucing. Teruskan berkongsi pengetahuan yang berguna ni. Kucing memang ohsem

want
want
2 tahun yang lalu

Jangan kelirukan org, dalam Mazhab Sunni kencing dan berak kucing ialah najis (sila rujuk yg lebih pakar utk penjelasan). Tetapi air LiUR kucing ialah TIDAK najis.

Dr.george maqshud official report ttg kajian TAK wujud, ramai giler org copy paste benda ni tepek kat sosial media, klinik baitharah pun ntah kat mane..

Moral of the story: sebelum nak share information check dulu kebenaran information tu, hadis pon sama sbb ade yg daif. And kalau relating dgn Islam ikut Mazhab tempat community yg ko share tu contoh kat Malaysia Mazhab Sunni

Want
Want
Reply to  want
2 tahun yang lalu

Mazhab Shafi’i*

haka
haka
3 tahun yang lalu

kucing memang pergi ke litter boxnya, tetapi, saya perhatikan kadang terdapat sedikit air kencing pada kemaluan kucing apabila dilap dengan tisu apabila selesai membuang, kadang didalam litter box sendiri terlihat dia terpijak najis sendiri, adakah perlu saya beesihkan kemaluan dan kaki kucing setiap kali dia selesai membuang?

Kucing haiwan sekitar rumah bukan dlam rumah
Kucing haiwan sekitar rumah bukan dlam rumah
3 tahun yang lalu

Xde bersihnye kalau dah berak merata nak2 kucing jiran berak kencing dalam kasut …atas lantai di beraknya……rumah aku kalau ada kucing….aku jadi bersin sampai nak tercabut hidung seksa ya Allah aku nak solat pon tidak khusuyuk………….xpe la kan aku alahan kucing nak buat camne..kan….dan yang aku perhati…bukan semua kucing la bersih ada sesetengah kucing pembawa kuman berbahaya…ada beberapa faktor seperti sperti kelembapan kbykan di malaysia semua tmpat lembab…kalau kau nak bandingkan kucing arab ngn malaysia ni aku boleh jamin la ..kucing kat arab lagi bersih tmpt arab ni kering mmg xde bakteria nak hidup…..lagi satu byk hadis dhaif pasal kucing dari riwayat hadis nabi ni….cer google……hadis daif ni elak la kalau nak nak berhujah…..pencinta kucing suka sgt guna nama nabi sesuai mengikut kehendak nabi….tu yang aku benci…….bak yg paling aku benci kucing bila dia berak kencing atas sofa ..sampai kiamat tak hilang bau haprak tu

Nad
Nad
4 tahun yang lalu

Nak Tanya..kalau kucing kencing dlm bilik air..lpstu dia keluar camtu je Tampa kita basuh kaki die..najis ke rumah??

Jeyton
Jeyton
Reply to  Nad
4 tahun yang lalu

Takde seseorang yg jwb soalan ni ke.. aku pun nakkan kepastian jugak ni

amir
amir
Reply to  Nad
3 tahun yang lalu
  1. asalamualaikum saya akan jawabkan , jawapan dia adalah tak , kucing kebiasaannya akan kencing dinding , yang jita kena cuci nya adalah dinding bilik air saja , rumah tak yah , kucing lepas kencing dia akan jilat KEMALUAN dia sendiri ok faham tak ?
Hede b Hami
Hede b Hami
4 tahun yang lalu

Apa kah hukum kucing yang memijak Al Quran ketika kita sedang baca Al Quran

Pendekar Punk
Pendekar Punk
Reply to  Hede b Hami
4 tahun yang lalu

Kalau kucing tu dah pijak2 najis nya lepas tu memijak mijak Al Quran bukan dah salah kat situ ke.

amir
amir
Reply to  Pendekar Punk
3 tahun yang lalu

lepas kucing berak or kencing dia akan cuci sendiri najisnya kecualilah masa dia sakit , jadi tak pe

amir
amir
Reply to  Hede b Hami
3 tahun yang lalu

kucing tidak mempunyai akal fikiran jawapan dia tak pe

fatayats
fatayats
7 tahun yang lalu

assalam alaik. nak tanya kalau haiwan lain macam mane? apa statuts air yang ada dalam bekas hasil daripada sisa haiwan?

amir
amir
Reply to  fatayats
3 tahun yang lalu

tak pe tidak haram kecuali ANJING DAN BABI

Meow Meow
Meow Meow
7 tahun yang lalu

Walaupun kucing sememangnya haiwan yang bersih, masih ada manusia yang tidak begitu yakin dengan kebersihan semulajadi kucing.. Moga fakta yang dikongsikan ni akan memberikan keyakinan kepada mereka yang membaca.. :)

Kukuh Nugroho Utomo
Kukuh Nugroho Utomo
8 tahun yang lalu

sesama blog kucing

ditunggu kunjungan baliknya

Kunucats

Sa'adatul
Sa'adatul
8 tahun yang lalu

Kalau kucing tu minum air dari cawan kita then kita minum baki air itu boleh ke?