Bila Kelemahan Diri Kita Dipergunakan Oleh Orang Lain

kelemahan diri
Jangan biarkan kelemahan diri kita dipergunakan sewanang-wenangnya.

Bila kelemahan diri kita dipergunakan oleh orang lain..

Jangan terpengaruh dengan sanjungan tetapi tetaplah waspada dan sentiasa menghargai orang lain agar orang lain akan menghormati kita”

Rasa mudah kasihan, mudah rasa bersalah..

Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.

Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’.

Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

 

Biasanya Dalam Mengawal Kelemahan Kita, Kita Biasanya:

1. Selalu dipergunakan oleh orang lain, untuk kepentingan dia.

Minta kita melakukan / mengantikan kerja dia misalnya, sedangkan dia hanya bersuka ria ditempat lain.


2. Kita jenis tidak sukakan konflik..

.. atau sekurang–sekurangnya orang bermasam muka terhadap kita, sehingga sanggup bersetuju dengan hampir apa sahaja untuk menghindari pertengkaran.


3. Mudah terpancing dengan permainan emosi.

Kebanyakkan orang suka menjerat orang lain dengan menunjukkan mereka bernasib malang dan perlu dikasihani.

Ingat, bila berhadapan dengan situasi seperti ini, tanyakan pada diri sendiri “adakah orang ini sedang mempermainkan emosi aku?”

– air mata merupakan senjata yang amat ampuh dalam memainkan emosi seseorang.


4. Mudah terpengaruh dengan pujian.

Ketika seorang isteri ingin meminta cerai daripada suaminya, lelaki itu menyatakan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada isterinya itu kerana kecantikan dan kebaikan dirinya.

Segala nekad dan kekerasan hati isterinya akan luntur.

– Pujian seperti ini hanya merosakkan dan membuatkan kita ingin menyenangkan orang lain.


5. Takut untuk merasa berbeza.

Kebanyakkan kita takut untuk berbeza daripada orang lain kerana merasa salah jika berbeza.

Terdapat dua benda yang harus dipertimbangkan.

Pertama, apa yang dilakukan setiap orang belum tentu benar.

Kedua, kalau rujukan utama hidup kita adalah orang lain, kita akan kehilangan kemampuan untuk hidup atas prinsip-prinsip kita sendiri.

Bagaimana Untuk Mengawal Kelemahan Kita?

Perhatikan apa yang telah dikatakan atau dilakukan oleh orang lain untuk ‘mencucuk’ emosi kita?

Siapakah dia?

Pecahkan persoalan dasar yang membuatkan kita keliru.

Kita juga harus menetapkan apa yang harus kita lakukan agar orang lain tidak dapat mengata atau menuduh kita “mementingkan” diri sendiri.

Walaupun kita tidak dapat mengatasi sepenuhnya kelemahan kita kita, tetapi sekurang-kurangnya kita masih dapat melawan manipulasi yang ingin dilakukan oleh orang lain.

Kalau kita selalu gelisah terhadap rasa bersalah, maka jadikan rasa ini sebagai perasaan yang membuatkan kita sentiasa berwaspada.

Lakukan apa yang betul untuk menghindari kemungkinan kita dimanipulasi oleh perasaan kita sendiri

Dengan mengalahkan orang yang cuba mengeksploitasi kita, kita kan memperoleh kembali kawalan diri serta dapat menyebabkan kita selesa dan dihormati orang lain.

Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang mudah dipergunakan adalah disukai oleh ramai orang, tetapi langsung tidak dihormati.

Ingat kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali =)

 

Pernah dipergunakan oleh orang lain? Bagaimana anda mengatasinya?

Harap dapat kongsikan pengalaman atau nasihat anda pada ruangan komen dibawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

73 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
sunflower.
sunflower.
2 tahun yang lalu

ibu aku pernah nasihat dengan pepatah “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali”.

dan terkadang aku keliru, macam mana kita nak berpada-pada dalam membuat kebaikan?

setiap kali kawan-kawan minta tolong, aku tolong je, asalkan ikhlas. tak kira laki perempuan.

tapi one day, bila aku sedar aku dipergunakan, dipermainkan, dilukai oleh Si E, makin aku rasa tak selesa nak berkawan dengan dia.

bila diluahkan kepada sahabat dan ibu bapa, mereka sendiri nasihat kepada aku tak usah dekat dengan dia.

dan satu persoalan berlegar-legar dalam minda aku…kasihan dia sebab katanya aku sahaja lah kawan dia, mak dia pun sudah berharap dengan aku.

jujur kata aku menyesal jadi terlampau baik. terlampau banyak aku bagi nasihat selembut bantal kepada E, hinggakan diri aku sendiri terluka tanpa parut.

tak henti aku fikir :

“nanti dia nak pergi dekat siapa? dia nak berkawan dengan siapa?”

masalahnya, diri aku ni? tak kan hari-hari nak menangis, meronta, memberontak macam orang gila.

kalau aku cerita pada orang asing, mereka mungkin akan ketawakan aku disebabkan perkara kecil ni. sebenarnya, ini bukan perkara kecil kerana sudah ternyata seperti satu kes buli yang tidak jelas di mata tetapi jelas di hati.

ya Tuhan, serius aku tak nak dah rasa benda ni. cukup la sampai sini. aku tak sanggup seksa mental selama setahun.

Hati Batu
Hati Batu
3 tahun yang lalu

Aku seorang yang tak kisah.nak kata aku nak hina aku nak bandingkan aku.janji bulan2 gaji masuk.seposen pun xpotong. Bila aku dah kena mcm tajuk di atas, aku lebih selesa bersendiri.

Jauhkan diri dari manusia suci yg mengkia Ati dan biarkan sj..
Aku tak mengata dia..dan berharap dia xperlulah nak bercakap hal aku.
Lagipun aku xpernah nak brkongsi cerita dgn dia manusia suci.

Nasihat aku laaa nak berkawan pandang kiri kanan.Lebih baik berkawan dengan manusia yg suka bercakap hal kucing, hal kesihatan hal harga emas dan berat badan.
Hahaha…dari bercakap hal org.

Insan teraniaya
Insan teraniaya
4 tahun yang lalu

Tataulah nk kata. Saya ni bkn org jenis yg malas wat keja. Nk kata bagus pn tidak. Tapi saya seorang yg ikhlas dan jujur dalam kerja saya. Sayang nya…bila kita buat kerja dengan baik. Maka ramailah yg ambil kesempatan. Ditempat kerja saya ade seorang suka sgt minta tolong bantu kerja2 dia. Pada awalnya kata hanya tolong shja. Tetapi, kerja itu terus menjadi hakiki saya. Wal hal itu adalah kerja dia. Apabila saya tegur dia saya pula dimarahi. Sehingga menghasut pekerja lain untuk membenci saya. Depan kita dialah intan payung, nyawa. Tapi dibelakang kita. Dialah punca saya jadi makin lama makin menyampah lagi nk kerja disitu. Isu yg saya tak puashati . Pegawai atasan pula back up dia. Kononnya tindakan dia terhadap saya adalah betul. Saya rasa tertekan dengan situasi ini. Kwn2 kerja yg lain pn suka mengambil kesempatan. Kerja yang diberi adalah bkn kerja hakiki saya dan tidak adil demgam agihan kerja yang diberi. Tapi kerja dia…sampai bila saya boleh bertahan begini ? Sampai bila ? Apakah jln penyelesaian yg saya kena buat agar saya dpt lepas dri dibelenggu masalah ini. Minta bantu saya. – insan teraniaya.

Syahidaa
Syahidaa
5 tahun yang lalu

sy mengalami situasi di mana ada satu group sukan ni.. diorg adalah classmatte sy dan mereka tahu kelemahan sy.. sorg bdk lki ni selalu tnye dgn sye.. pastu bila sy jwb kwn kwn mereka gelakkan sy.. mcm mereka mencabar seorg bdk lelaki tu utk bercakap dgn sy.. and sy rasa mcm dipermainkan.. perkara ni berlaku after mereka tahu kelemahan yg sy ada.. sy takut bila di dlm class nanti dia mengejek sy… admin, ada tak doa utk dijauhkan dri org yg suka memperbdohkn org ni..?

SAQ02
SAQ02
Reply to  Syahidaa
1 tahun yang lalu

Robbi najjini minal qoumizzolimin.. tryla berhasil..doa nabi musa.

Rose berduri
Rose berduri
5 tahun yang lalu

Sy pernah mengalami situasi sebegini..dipergunakan..sy tak sampi hati nak menolak permintaan dan bila org mintak tolong..sy akn jd serba salah..padahal bile kita tolong memudahkan urusan dia..duit minyak kereta kita pon dia xhulur soh isi..mcm sy ni dreba dia lak nk bwk dia kesana kesini..naik teksi boley bayar lak tambang..naik kereta sy nk free jer..lama2 bile sy mula bosan dengn situasi ni..sy mula tolak ajakan dia dengan bg berbagai alasan lama2 dia fhm sendiri..dan skrg tiap kli dia mula nk mintak tolong..sy akn berkata jujur sahaja..maaf sy xdpt tolong ade hal..skrg sy dh jd cerdik sikit laa..

Leo
Leo
Reply to  Rose berduri
3 tahun yang lalu

Bagus

Siti
Siti
5 tahun yang lalu

Plg sedih dimanipulasi org terdekat.
Caranya:
Love yourself first
Kenali kekuatan dan kelemahan diri

Benarkan diri buat kesilapan. Kita bukan sempurna. Bila org sebut2 kelemahan diri just say “yes, saya macam tu. So what???”
Biarkan org cakap apa.

hana
hana
Reply to  Siti
4 tahun yang lalu

???

Jas
Jas
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya adalah salah seorang pekerja swasta..saya sedih saya jadi mangsa politik di ofis..asalnya saya bukan seorang yang pandai cakap no kepada siapa2..apa saja mereka suruh saya buat..disebabkan sikap ini saya sangat disenangi mereka..semuanya berubah selepas bos besar selalu melebihkan saya sehingga timbul perasaan tak suka dalam diri mereka sehingga mereka mula tidak pedulikan saya..saya rasa sunyi sangat tiada lagi pedulikan saya..

Nur iman
Nur iman
5 tahun yang lalu

Tq d atas perkongsian ini…..sgt bagus utk dijadikan renungan and get back to the right lane again. Tp harus belajar mengubah diri dan karakter terlebih dulu…….saya terkesima dengan ungkapan stetmen diatas yg mengatakan bila kita mudah dipergunakan x suka konflik dan selalu berbuat baik dan mengelak konflik dgn selalu mengalah maka kita sangat dsukai ramai tapi kita takkan dihormati sesiapa pun jua malah sekiranya kita ingin melangkah sedikit maju ke depan tiada yg memberi semangat dan galakan malah cuba mendownkan kita seolah2 dia ingin khabarkan satu dunia bhw kita tidak layak hanya kerana kita terlampau baik…..pelik tapi benar…..seharusnya biar ada gap antara kita kan?

Amirul
Amirul
Reply to  Nur iman
5 tahun yang lalu

Benar… Itulah yang peliknya dunia realiti ini. Ingat kita tidak kacau orang, selalu menjadi kawan yang akan memberikan aura positif ini akan mendapat kawan yang banyak dan kawan yang baik…. Tetapi malang sekali, itu semua tidak benar, yang benarnya kita akan terua dimain2kan, menjadi bahan ejekan, dan tidak dihormati hanya kerana kita “terlalu baik” tidak sanggup sakitkan hati orang lain. =)

Leo
Leo
Reply to  Amirul
3 tahun yang lalu

Betul

Leo
Leo
Reply to  Amirul
3 tahun yang lalu

Entah lah xtahu nk percaya ke x baik di balas baik jahat dibalas jahat ni nmpak mcm yg jahat ni xde apa2 pun ?

gg123
gg123
5 tahun yang lalu

Salam. Saya ada baca seoraang commenter cakap yang orang yang senang dipergunakan ni orang yang pendiam? No, saya seorang yang ramah, suka senyum dan boleh kata tak pernah marah. Saya bercita- cita nak ada kawan baik tapi hampeh semua tak jadi sebab saya tahu mereka ambik kesempatan. Saya seorang pelajar jadi faham fahamlah apa yang mereka selalu pergunakan saya. Macam2. Saya tahu apa puncanya. Saya bukan orang yang tegas dan tak reti untukcakap NO. Sampai satu tahap saya nangis sorang2 sebab saya rasa dan tahu yang sebenarnya saya dibuli. Saya tak reti nak marah orang tapi orang suka marah2 saya (lepaskan marah) lepastu suka buat apa saja dekat saya (cth macam pukul2 saya dengan alasan bergurau) sedangkan saya cakap sakit pun diorang buat jugak. Masa taip ni sumpah saya menangis saya tak tahan divuli macam ni. Bukan tu je, saya selalu dimalukan depan ramai orang. Sampai satu tahap saya rasa semua orang benci dan menyampah dengan saya. Saya pulak seorang yang mudah berkongsi rahsia sebab mula2 saya fikir diorang ikhlas nak kawan dengan saya. Jadi saya cerita banyaaaak benda. End up, diorang merendah2 kan saya saya jadi less self confidence. Sedih. Saya hanya percaya kepada Allah dan family je sekarang. Saya benci manusia lain :)

AAAAA
AAAAA
Reply to  gg123
5 tahun yang lalu

bersabar yea,, Allah bersama orang2 yang sabar. Faham sangat… jadi kadang2 kena jadi anti sosial, sebab akhir zaman ni mmg susah nak cari sahabat sejati

A.....
A.....
Reply to  gg123
5 tahun yang lalu

situasi sama

Noni
Noni
Reply to  gg123
5 tahun yang lalu

Pernah rasa benci semua orang time rase dibuli

Amir
Amir
Reply to  gg123
5 tahun yang lalu

Situasi kita agak sama,,,sedih tu mmg sedihh arr,,baik jgn fikirkan,,sbb saya rasa mcm nk pecah kepala ni ,,sbb benda ni bermain dlm kepala,,kawan rapat pon dh jdi jarak

Sya
Sya
Reply to  gg123
4 tahun yang lalu

Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung itu jauh lebih baik…insyallah… jangan berharap apa2 pada mahluk..yg penting etikat diri kita… kdg2 itu pun utk didikan kita…huhu maaf ya.. sebenarnya sy nasihatkan diri sy juga ni cerita kita lebih kurag ja…sedang bertabah sy pun..Allahuakbar Ya Allah ampunkan hambaMu ini?

Leo
Leo
Reply to  gg123
3 tahun yang lalu

Saya mcm awk jugak tapi kalau bab beritahu cerita ke Rahsia tu x lah

Be strong ok

mia
mia
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum, kisah ni terjadi awal bulan ni. Susah juga nak terima buat masa sekarang sebab baru lagi kejadian ni. Saya dipergunakan oleh pakwe saya. Kisah dia macam ni, saya dengan dia dah almost 3 yrs & plan nk nikah tahun depan. Dia pn ad minta dengan my umi utk tunang dengan saya dulu.
Btw, family saya dgn dia pn dh saling mengenali antara satu sama lain. Last saya jumpa family dia bln 8 this year. Dlm bln 10 dia dah lain, dia selalu cari salah saya tapi dia akan muncul kalau dia perlukan pertolongan. Bulan 11 dy ada iv utk polis & time tuu dy mtk tlg utk fotostap semua sijil dkt my ofis sbb kedai fotostap lain mesin rosak (lagipun mlm bnyk kedai dah tutup). So sy dengan senang hati pi tlg dia sbb dy nk pergi iv kn so sy mudahkan urusan dia. Lepastu dia buat xlyan saya lagi, saya sabar jer sbb syg (kteorg dh 3 yrs kn) & family saling kenal. 1/12/18 saya dating dgn dia , dah lama xkeluar even duduk dekat sbb busy kn. 5/12/18 kantoi (mlm tuu dia dtg pinjam duit sebab mata dia luka ~tapi dia buat2 jer kot sbb mnggu lepas akak saya jumpa tengok mata dia elok jer~ ). Mlm tuu jgk lha blh kantoi sebab saya amk dompet dia diam2 & letakkan duit dlm tuu (xnak family tahu saya bg pinjam duit sbb nanti dia segan kan). Tetiba mlm tuu saya terdetik nak tgk fon dia sebab saya bkn jenis sllu nk check phone pakwe & mlm tuu saya rasa nk nangis tapi saya segan dgn family & dia ada kt luar rumah dk borak dgn abg ipar saya. Saya tgk contct no perempuan tuu @…… tunang. Saya down giler time tuu tapi sy sabar sbb sy nk dgr penjelasan dari dia. Time dia nak balik saya xmampu nk cakap apa dh, saya suruh dia balik & dia just tnya kenapa tetiba camni. Then dia balik, tp dy xngaku lagi & siap bgtahu tuu adik dy pnya awek. Sy cntct perempuan tu & bru tahu kebenaran tapi sy sakit hati sbb perempuan tuu ckp ‘sekarang dh terbukti hak sape’. 6/12/18 baru dy ngku & just wish minta maaf (senang kan awak) sbb dy tunang bln awal bln 11 2018. Kalau dia lepaskan saya awal2 sy xde nk sedih (tp tulah dy syg nk lepas sbb saya ni mudah untuk dy gunakan bila dy susah). Saya terkilan juga dgn family dy sbb awal bln 11 sy ad lha singgah jap rumah dyorg tapi xmsuk pn sbb sy pi tnya pakwe kerja lagi ker (sbb kbtlan dkt gn rmh dy time tuu so saje g tanya) & ayah dy jwb ap sy tnya je. Family dy pn bersalah jgk kn sorok bnda camni dari sy & family. Sekarang saya faham dah apa itu gunakan org lain utk kepentingan diri sendiri & wujudnya manusia cmni. Semoga dia happy buat saya camni. Bln 3 tahun dpn dyorg nk nikah.