Jika Perpisahan Itu adalah Lebih Baik

perpisahan
perpisahan | this is over by ~nono-sukar

When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah..

Perpisahan. Clash. Break up. Putus.

Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?

Mungkin inilah perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita.

Kita merasakan ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja.

Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.

Ada juga diantara kita yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang tidak merestui. Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai lagi alasan yang kita tidak mampu kawal.

Dan yang paling baik dan terpuji bagi saya, adalah mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin menjaga agama dan maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.

Namun saya pasti, setiap terjadinya “putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata, kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis perasaan ini even sedikit.

Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.

Tetapi mengapa kita perlu bersedih berlebih-lebihan?

Apakah alasan utama yang kita untuk terlalu sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih ghaib. Lagikan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.

Kenangan? Kerana terlalu banyak saat indah bersamanya?

Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan menyandarkan hidup kita hanya kepada kenangan.

Mungkin pada waktu lalu kita gembira bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa lalu.

Dan kesedihan yang sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini.

Percayalah, kita akan temui bahagia setelah diuji untuk bersabar. Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa.

Atau mungkin menjadi sebuah proses untuk melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.

Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup.

Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?

Takut untuk Memutuskan cinta?

Ini lagi satu masalah yang menghantui kebanyakkan orang.

– Takut untuk meminta kata putus.

Memang susah untuk memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.

Sebelum itu, apa yang menyebabkan kita patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka itu seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan maksiat, tidak memberatkan agama.

Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari Allah, pelajaran, ibu bapa.

Jangan teruskan hubungan dengan orang yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan.

Suruhlah dia datang jumpa ibu bapa, jika dia betul-betul dengan anda. Janji mulut sahaja tak cukup, kena tunjuk usaha.

Percayalah, cinta selepas nikah itu lebih indah.

Saya ulang sekali lagi, cinta selepas nikah itu lebih indah.

Memutuskan, perkara sukar tetapi sebenarnya mudah.

Kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti hati seseorang. Kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka putus sahaja.

Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun ingkar kepada Allah?

Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. 

Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. 

Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu

Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. amin..

perpisahan
perpisahan
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

79 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
nisa
nisa
4 tahun yang lalu

boleh tak admin bantu saya ? saya keliru sangat sekarang ni? kalau boleh sy nk pm admin utk bertanya soalan.

felwi
felwi
4 tahun yang lalu

tapi sakit yang saya rasakan tetap sama dan berulang-ulang. saya takut perkara itu membuat saya hilang kawalan..tapi saya masih ingat pada tuhan dan family. saya akan sentiasa berdoa agar kesakitan itu hilang.

felwi
felwi
4 tahun yang lalu

kami chat melalui watsapp dan dia melayan saya dingin. tetapi saya tidak banyak bertanya. saya tunggu sehingga dia balik d tempat kerja. setelah itu,saya memulakan perbualan, saya tahu dia banyak berfikir. saya menyuruh dia jujur apa yang berlaku dan apa yang ingin dia luahkan. dia memberitahu bahawa kekasih lamanya telah kembali. hati saya pata saat itu sangat sakit,sangat pedih,dan tubuh saya berasa lemah. tapi saya kuatkan hati dan terus bertanya. saya sangat kecewa dengan satu perkataan “dia calon menantu pilihan mama”. sakit sangat. terngial-ngial kata-katanya. apa saya harus buat. saya mahu berjumpa ibubapanya. saya nekad tapi dia melarang sebap dia tidak mahu saya terluka.saya juga kecewa sebab dia tidak berusaha memujuk ibubapanya seperti mana saya berusaha memujuk ibubapa saya. saya menangis setiap malam. dia ajak saya untuk berteman, perkara itu sangat menyakitkan. dia memberitahu saya bahawa kami tidak akan dapat bersama. sebab dia utamakan ibubapa. dia tidak mahu membuat ibunya sedih. dan dia memilih untuk ‘single’ . sekarang dia masih bersama saya sehingga saya betul-betul lupakannya..saya sedang mencoba menerima kenyataan bahawa kami tidak akan dapat bersama. doakan saya agar saya boleh. ini kedua kali saya ‘move on’ dan dia juga bantu saya. satu yang saya sangat takut iaitu bila malam tiba. kerana setiap malam saya pasti akan terjaga dan menangis sendiri. hal itu diluar kawalan saya. saya pasti akan meraung menangis sehinggalah saya terlena kembali.

felwi
felwi
4 tahun yang lalu

saya juga merasakan hal yang sama pada saat ini..apa perlu saya lakukan . saya suda pernah ‘move on’ sekali dan mengambil masa setahun lebih untuk pulih. Dan sekarang ini saya bercinta dengan seorang lelaki di tempat kerja saya juga. sangat sakit untuk melupakan seseorang yang kita pernah sayang. tapi kali ini saya sedar akan kesilapan saya . saya terlanjur sayang dengan dia. saya bercinta dengan dia selama 8 bulan. pada awalnya,saya hanya menerima dia hanya untuk menghilangkan rasa sakit hati pada kekasih lama. setelah lama saya bersamanya saya semakin selesa dengannya. dia yang membawa saya agar serius dalam hubungan. saya berasa ragu-ragu sebab ini pertama kali lelaki serius dengan saya..tapi hubungan kami tidak mudah. terlalu banyak perbezaan kami. saya berbangsa dusun dan beragama kristian, manakala dia berbangsa bugis dan muslim. pertama kali saya menerima dia, dia ada berkata “kau tidak kisah kah? sebab kita berlainan bangsa dan agama.” dan saya pun menerimanya begitu sahaja. sebab saya sangka kami mungkin akan berpisah nanti. tetapi , saya semakin mahu dengannya. mahu terus dekat dengan nya..sehingga pada satu masa dia ingin berjumpa dengan family saya dan saya binggung. bagaimana saya hendak memberitahu ibubapa saya..sejujurnya saya sayangkan dia. dan saya tahu ibubapa saya memang tidak akan setujuh. saya hanya memberitahu dia yang saya akan usaha memujuk ibubapa saya. sehinggalah suatu saat dia balik ke kampung dan saya dapat rasa cara layanan dia kepada saya..

Ahmad Albar
Ahmad Albar
5 tahun yang lalu

Aku rela jika inilah ketentuan Illahi

ieqa atieyqah
ieqa atieyqah
Reply to  Ahmad Albar
4 tahun yang lalu

Aku redha jika perpisahan ini adalah takdirku

Maslisa
Maslisa
5 tahun yang lalu

sukar sekali untuk melepaskan orang yang sudah banyak mengubah diri kita. ?

Umy
Umy
6 tahun yang lalu

Alhamdulilah….sy akn cuba yg terbaik untk memulakan kehidupan yang baru..tapi cuma kadang terfikir..kenapa orang selalu buat kita mcm tu..sedangkan kita dah cuba yang terbaik????

siaw
siaw
Reply to  Umy
5 tahun yang lalu

sebelum kita jumpa seseorang yg betul² milik Kita, Allah akan temukan kan Kita dengan orang² yg salah, justeru itu, janganlah letakan mereka lebih tinggi kedudukan nya melabihi Allah swt, cintai Allah lebih tinggi dari mereka, sesungguh nya Allah laa yg memegang hati kita & mampu membolak balikan hati manusia ?

Tina
Tina
6 tahun yang lalu

Perpisahan sangatlah sakit, lemas, gak berdaya dan rasa tidak ada arah untuk dijalani lagi. Semoga Tuhan berikan kekuatan untuk kita semua. semoga dia bisa bahagia dengan yang diputuskan nya. Aku hormati semua keputusannya karena aku menyintainya, asal dia bahagia dan harus iklaskan demi hidupnya bisa lebih tenang dan bahagia.

anie
anie
6 tahun yang lalu

alhamdulillah, perkongsian yang sangat baik. Saya pun baru sahaja merasakan betapa sakitnya ditinggalkan. Tapi memang benar, bercinta tanpa ikatan yang sah sangat menjurus kepada kemaksiatan. Semoga ada hikmah yang besar atas perpisahan kami. Walaupun sudah dua bulan lebih berpisah, saya masih ingat semua kebaikan yang dia buat. Perpisahan juga atas dasar ingin menjauh dari maksiat. Semoga saya dan dia mendapat sesuatu yang indah untuk diri masing-masing.

Ben
Ben
6 tahun yang lalu

MasyaAllah saya dah cuba yg terbaik utk bimbing dia ( isteri ) , 4 tahun dan tahun ke 4 perkahwinan saya diuji dgn krisis ibu mertu + kewangan, tapi masih saya tetap salur nafkah sekadar kemampuan. Sewa rumah x pernah fail, siap jaga pantang smpi habis 60 hari.. pernah 8 bulan duduk rumah jaga anak bawah setahun masa tu. Tapi apakah daya .. apa yang saya buat semua tak mencukupi, hari makin hari masalah terus menghampiri. Saya akui saya tersilap langkah kerana saya cuba pisah kan anak2 ( saya berenti keje 24jam) bawak anak2 balik kampung off hp sebulan ) sebab saya risau tentang keselamatan anak saya kerana 2 minggu sebelum itu dia dah mula arahkan saya untuk sewa bilik dan dia balik tinggal dgn ibunya + ayah ( drugedit ) .. saya boleh lawat dia hari minggu… semuanya kerana dia x mau di transfer ke Johor.. memandang saya masih bekerja di kl tapi gaji masih x dpt nak menampung hutang dan perbelanjaan di KL.. bygkan dari 7000basic jatuh ke 2500 … dia suruh saya byr kereta n rumah bersama ( 1000 sebulan , saya cuma tolong sebab gaji dia x mampu beli rumah ) 80% masih dalam
Prosess pembinaan … bagi saya itu agak kejam. Adakah seorang isteri sanggup tengok suami bersusah payah seorang diri menanggung hutang dia ( saya sendri zero hutang terpaksa duduk bilik byar hutang dia pulak )

Selepas sebulan saya dikampung isteri saya dtg ambik anak2
Saya terus balik kl failkan hak
Penjagaan sementara dan terus ghaib… no tel tukar , pindah rumah..

Nota kepada awak … takpe la awak buat mcm ni.. dah 6 bulan saya x dpt
Jumpa anak.. semua krn duit.. duit lagi penting .. saya ambik awak dari awak skirt atas lutut smpi awak solat 5 waktu berhijab …

Kalau dulu 2 hari saya x jumpa
Awak saya dah mcm kene bomoh.. saya gila 2 bulan rindu anak

Skrg dah 8 bulan .. Allah tolong saya hidup tanpa awak … terima kasih ..

Kerana awak saya balik kepada Tuhan saya