Istikharah.
Popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta.
Perkara yang menggeletek jiwa saya pula adalah istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata.
Bukan ‘alat pencari jodoh’.
Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.
Solat Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.
Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.
Mengapa saya nyatakan demikian?
Apabila Istikharah Menjadi Satu Fitnah
Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, istikharah juga mampu manjadi satu fitnah. Bagaimana?
Saya berikan beberapa situasi yang popular.
Contoh 1
Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan.
Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang.
Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.
Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.
Contoh 2
Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri.
Akhirnya, dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan.
Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu.
Namun, Fulanah binti Fulan menolak.
Bagaimanapun, Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama, berdalilkan istikharahnya.
Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
Contoh 3
Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan.
Bagaimanapun, Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya.
Pada masa yang sama, datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya.
Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua, semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.
Walaupun dia sedar dia tidak mampu mencapai, mendekati, dan mendapatkan Fulan bin Fulan yang dilihat dalam istikharahnya itu.
Ya. Ini beberapa situasi. Serabu bukan?
Hati jadi semakin keliru, jiwa jadi serabut, dan kalbu rasa kontang.
Bukankah istikarah itu meyakinkan? Jadi mengapa boleh jadi begini.
Kita Lupa kepada Satu Perkara Lagi, Istisyarah
Istisyarah.
Satu perkara yang manusia sering lupa. Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat orang lain.
Sebagai contoh, ibu bapa.
Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi.
Dalam konteks kita sekarang, situasi mahu memilih pasangan.
Ramai yang meninggalkan perkara ini.
Ini adalah antara sebab mengapa istikharah menjadi perkara yang kemudian menyerabutkan jiwa. Hal ini kerana akhirnya, kita menganggap istikharah itu memang ‘alat pencari jodoh’.
Sebenarnya dari mana kita yakin istikharah itu datang dalam bentuk mimpi dan tanda-tanda ajaib? Sebagai contoh kita dapat lihat wajah seseorang di langit.
Di celah-celah kepercayaan seperti ini, syaitan menyusup dan menyuntik was-was serta keraguan, dan kekeliruan.
Oleh sebab itu, mimpi hakikatnya tidak menjadi dalil. Petanda-petanda ‘ajaib’ itu, bukan dalil. Jawapan kepada orang yang beristikharah itu tidak semestinya adalah mimpi dan petanda-petanda yang muncul.
Kadangkala, kita yang sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Walau apa pun yang kita nampak, kita sebenarnya ‘lihat’ apa yang kita mahu. Dari situ, kita keliru dan kemudian sibuk menyatakan “inilah dia petunjuk daripada Tuhan!”
Kita lupa bermesyuarat dulu dengan keluarga. Sepatutnya kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan. Dari situ kita menilai dan menimbang.
Sekiranya sudah nampak yang mana pilihan terbaik, maka istikharah tidak diperlukan. Jikalau kita rasa tidak yakin, baru kita lakukan istikharah.
Apabila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, lakukan lagi untuk kali yang kedua dan ketiga.
Kemudian tetapkan hati dan buat pilihan!
Rasulullah tidak melakukan istikharah dalam beberapa situasi penting.
Hal ini kerana nabi sudah yakin pilihan itu tepat.
Contohnya dalam peperangan Badar apabila Rasulullah mahu memilih kawasan yang jauh daripada mata air.
Para sahabat pula mencadangkan supaya dipilih tempat yang dekat dengan mata air.
Selepas mendengar penerangan betapa pentingnya membuat kem berdekatan dengan mata air, Rasulullah terus menerima cadangan sahabat itu relevan dan jauh lebih baik daripada cadangan yang pertama tadi.
Ketika peperangan Khandaq pula, apabila Salman Al-Farisi mencadangkan menggali parit, Rasulullah menerimanya tanpa beristikharah.
Ini kerana cadangan itu memang adalah yang terbaik dalam pertimbangan.
Hadis berkenaan istikharah pun tidak menunjukkan kewajipan dalam melaksanakannya
Jabir bin Abdullah menyatakan;
Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada al-Quran. Rasulullah menyatakan. “Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.
Hadis ini direkodkan daripada Bukhari
Hadis ini hadis umum.
Tidak disebutkan hukum wajib melakukan istikharah.
Ini terbukti, apabila Rasulullah sendiri, tidak pula melakukan istikharah dalam beberapa hal.
Kemudian, tidak pernah direkodkan apabila Rasulullah sudah membuat keputusan, nabi beristikharah lagi.
Justeru, orang yang sudah membuat keputusan, hingga sudah bertunang contohnya, maka mengapa beristikharah lagi?
Hidup lahdengan keputusan yang sudah dilakukan.
Berusaha dengan apa yang sudah berada dalam tangan.
Melainkan ketika pertunangan itu, berlaku perselisihan, ataupu sudah jelas kita dengan tunang tidak serasi, maka kita lakukan istikharah.
Jangan lakukan istikharah bagi menjadi jodoh lain.
Bagaimanapun, perlu pula istikharah bagi menentukan ‘apakah putus tunang ini baik untuk aku dan dia?’.
Begitu caranya
Semestinya istisyarah jangan ditinggalkan dalam situasi sedemikan.
Berbincang dengan keluarga, minta pendapat orang-orang tua yang kita kenali, ustaz, dan ustazah yang kita rapat.
Melalui Rasulullah sendiri kita belajar.
Bukan daripada orang lain.
Rasulullah manusia yang Allah paling kasih.
Tidak pula nabi meninggalkan mesyuarat bersama manusia, mengambil pandangan mereka, dan mempertimbangkannya.
Di sini Rasulullah mendidik kita. Kita perlu lakukan perkara yang Allah ajarkan kepada kita.
Dari situ, kita membuat keputusan, berdasarkan selagi keputusan itu tidak bercanggah dengan perintah-Nya.
Kita tidak meletakkan bulat-bulat yang bernama ‘takdir’ dan kepada mengangkat kepala ke langit, menanti ‘wahyu yang baru!’
Artikel ini adalah dipetik daripada buku SEBELUM AKU BERNIKAH; Berusaha Mencapai Mampu, karya penulis terkenal tanah air, HILAL ASYRAF.
Setelah membacanya, saya mensyorkan utk mendapatkan buku ini kerana ternyata banyak ilmu yang sangat bermanfaat. InsyaaAllah, buku ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh semua.
Tinggalkan Komen Anda..
salam ustaz sye dah bertunang dgn lelaki pilihan keluarga. tp sye sdg berkwn dgn lelaki lain. sye rse trpksa membuat pilihan slps kluarga desak. prg tu baik n sebagai nye. lelaki yg sye kwn tu lmbt beri respon. n sye pon bnyk dnga dri pihak lain tntg kwn sye tu. sye xbrbincng dgn dye. sye merajok dgn dye n bertunang dgn pilihan keluarga. kini sye xmmpu nk terima pilihan keluarga sye. kwn lelaki sye tu pon da luahkn perasaan pda sye. membuatkn sye lg xmmlu nk terima tunang sye. sbb sye ade perasaan pda kwn lelaki tu.
Assalamualaikum ustaz, saya telah bertunang. Saya dan tunang kenal di satu aplikasi cari jodoh. Tempoh perkenalan kami tidak lama dan hati saya masih berbelah bagi untuk terima dia sebagai isteri. Namun, disebabkan saya tekad ingin berkahwin dalam tempoh terdekat dan beranggapan bahawa perasaaan suka dan sayang boleh lahir selepas berkahwin, saya memutuskan untuk bertunang dengannya walaupun hati saya masih berbelah bahagi. Salah satu sebab saya memutuskan untuk bertunang adalah kerana saya tidak tahu cara dan bagaimana untuk mengenali tunang dengan lebih dekat dan dalam lagi kerana kami tidak sering dapat berjumpa berdua. Dalam tempoh pertunangan ini, saya merasakan saya dan tunang tidak begitu serasi dan keluarga kami juga tidak begitu sekufu. Semakin hari saya juga menyedari saya tidak boleh lahirkan perasaan suka atau sayang tehadapnya. Saya takut untuk memutuskan pertunangan ini kerana kesian terhadap tunang dan keluarganya. Saya juga takut jika sudah berkahwin perasaan cinta dan sayang masih tidak boleh lahir dari hati. Salahkah saya jika putuskan pertunangan ini kerana tidak mempunyai hati dan perasaan terhadap tunang. Minta pendapat ustaz?
Assalamualaikum ustaz, saya telah bertunang, tempoh pertunangan kami satu tahun setengah atas perbincangan kedua family, saya lakukan istikharah malah makin keliru. Pendapat mak takperlu istikharah. Ada berbincang dengan guru kepada lelaki trsebut katanya lelaki ini baik. Tapi atas nasihat guru saya, saya tidak sesuai dengan lelaki itu ats sbb sbb trtntu. Ada banyak pdpt hingga saya makin keliru. Kadang jwpn sekolah olah tdk sesuai kadang saya nak. Apa patut saya lakukan ya
Assalamualaikun ustaz,sy ad kenal dengan seseorang lelaki ney di tempat kije,kekdang sy tak fhm kekadang die ok kekdang tak,die selalu emosi dgn sy,pastu kejap kang block sy pastu unblock,orang tmpt kije sy ckp mungkin die suka pd sy,tp aty sy mmg tk de rasa suka kat die,sy tye kawan sy,die pun suh sy wat solat istikarah,sy pun buat la lepas sy wat tu,bile sy tgk die,die tk de da nk emosi die cool je,senyum je tk de da nk emosi,pastu bile sy wt istikrah 7 kli berturut2 sy tgk die sy ase tenang je,jd suka tgk die,aty pun mula memikirkan die,sdgkn sblm ney sy tk de perasaan kt die,kekdang sy keliru dgn perasaan sy,adakah sy da suka die @ die jodoh yg telah ditetapkan oleh sy,boleh tak ustaz bg pencerahan pd sy dgn ap yg sy da rasai ney pd die???
Assalamualaikum Ustaz,Bagaimana pula Saya Buat Solat Sunat Isthikarah..Saya Dapat Mimpi Dye Bersama Perempuan Lain..Beberapa Kali Saya Mimpi Tapi Perempuan Berlainan..Tapi Hati Saya Makin Sayang,Makin Rindu Padanya..Saya Buat Isthikarah Sebab Nak Ikat Hubungan Melalui Pertunangan..Apa Patut Saya Buat..Saya keliru
Assalamualaikum ,
saya mempunyai teman istimewa tetapi hubungan kami tidak dpt
diteruskan lagi disebabkan perangai dia . Pada masa yg sama kawan saya perkenalkan kawan dia kepada saya yg dikenali sebagai (D). Sy sudah meminta pandangan (istisyarah) dan mereka memberikan pandangan utk memilih (D) . Adakah sy perlu membuat solat istikharah utk meminta petunjuk lagi ?
Assalamualaikum,
Sya dan teman istimewa ada melakukan solat istikharah, sebelum kami meneruskan keputusan utk hubungan ke alam perkahwinan, namun kami mendapat petunjuk melalui mimpi berbeza. Sya bermimpi dia lah yg memegang tangan sya dan memimpin sya. Namun dia pula bermimpi memegang tangan Sya namun gengaman itu d lepaskan dan Sya berlaku pergi ke arah cahya putih.
Apakah maksud dan apa keputusan yg perlu kami ikuti.
terima kasih Ustaz…
Assalamualaikum ustaz , sy nk tnye sy ade 2 pilihan untk memilih pekerjaan contoh A dan pekerjaan B tp sy keliru untuk sy buat pilihan sbb saya tkt pilihan sy salah , sy dah buat solat istikharah tp perasaan sy selalu memilih untk prkjaan A malahan bile B sy rse ia menyusahkan sy tp dalam masa yg sme sy keliru . Soalan sy adekah itu petunjuk dari allah untuk sy? terima kasih ustaz
Wassalam,
Antara petunjuk istikharah adalah rasa senang hati dan dipermudahkan urusan terhadap pekerjaan itu.
Oleh itu jika awak dah rasa begitu, maka buatlah keputusan dan tawakkallah kepada Allah agar keputusan itu baik untuk dunia dan akhirat awak.
oh okey faham terima kasih ustaz
Assalamualaikim ustaz
Saya sudah istikharah beberapa kali, saya baru saja putus cinta. Dan saya masih simpan perasaan padanya. Setelah beberapa kali saya istikharah perasaan saya terus memikirkan dia dan ada perasaan yakin. Tapi dia tak juga beri respon yang baik terhadap saya, masih taknak berbaik dengan saya. Saya sekarang ni taktahu nak macam mana ustaz. Saya berbincang dengan emak, adik dan kawan dekat saya mereka suruh saya biar saja dia dan beri dia masa. Mohon pencerahannya ustaz. Terima kasih
Wassalam.
Ya begitulah, pandangan saya sama seperti emak.
Walaupun hati kita berat kepadanya, walaupun kita nampak keputusan istikharah itu, tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain kalau dia tidak mahu.
Assalam. Sy nk tny pendapat bagaimana ya sy bakal dikenankan dgn seorang laki plihan org tua.mreka nsihatkan sy lakukan istikharah tp kenapa ya sy rasa berat sgt nk lakukan sblum nie klu sy runsing nk buat kputusan sy akn lakukan istikharah. Nmun kali nie mmg rsa berat sgt mmg xdiakui sy kurang stuju dgn plihan nie
Wassalam,
Kalau selepas buat istikharah beberapa kali dan hati masih berat untuk tidak setuju dengan keputusan ini, maka berterus-teranglah dengan ibu bapa.
Selain dari istikharah, awak juga kena buat istisyarah iaitu tanyakan pendapat dan padangan orang lain.