Bagaimana Dimurahkan Rezeki Dan Dilancarkan Perjalanan Hidup?

dimurahkan rezeki
Dimurahkan rezeki | Life by arhcamt

Pernahkah anda semua berharap agar sentiasa dimurahkan rezeki dan mempunyai perjalanan hidup yang sentiasa lancar?

Maksud saya keadaan hidup yang jarang sekali melalui keadaan-keadaan seperti kesempitan wang, penyakit dan ditimpa musibah. Hidup yang sentiasa tenang dan jarang sekali untuk pening kepala dalam memikirkan masalah yang menimpa hidup.

Memang, tiada manusia yang tidak pernah terlepas dari masalah hidup. Dan tidak semua manusia dikurniakan rezeki yang sama oleh Allah SWT.

Namun kita semua boleh memohon dimurahkan rezeki dan dipermudahkan hidup kepada Allah. Bagaimana caranya?

Salah satu caranya ialah dengan, MENGHORMATI & MENGASIHI IBUBAPA

Ya, bertuah bagi mereka yang masih mempunyai ibubapa. Kerana ia adalah jalan paling mudah untuk dimurahkan rezeki masih terbuka luas.

Kisah Dimurahkan Rezeki #1

Saya ada mengenali seorang sahabat sejak dari kecil lagi. Kami berkawan rapat sehingga sekarang. Salah satu perkara yang saya perhatikan pada sahabat saya ini adalah rezekinya sentiasa murah dan perjalanan hidupnya sentiasa lancar.

Bagaimana dia dimurahkan rezeki?

Setiap kali peperiksaan besar dia sentiasa cemerlang dan jarang sekali mengalami masalah wang. Pernah, wangnya kehabisan pada bulan tersebut kerana terpaksa membeli buku-buku untuk pengajian.

Namun, dengan takdir Allah, dia mendapat offer untuk membuat kerja sambilan (menjadi jurugambar) sehingga boleh menyara kehidupannya sehingga cukup bulan.

Bukan sekali, tapi banyak kali setiap kali dia kesempitan wang. Alhamdulillah, bantuan Allah sentiasa datang kepadanya.

Rahsianya adalah dia sangat menghormati ibu dan bapanya – dia memang jenis tidak melawan kata-kata mereka. Hanya mengikut sahaja.

Dia tidak pernah melaung kepada ibu bapa hatta meninggikan suara. Jika dipanggil dari jauh sekalipun, dia akan pergi dekat kepada ibubapanya dan bercakap dalam nada yang lembut dan sopan.

Satu perkara yang amat menarik bila dia merasa marah kepada ibubapanya, dia akan terus mengunci mulut dan masuk ke dalam bilik, kerana khuatir mulutnya akan mengeluarkan ayat yang mungkin menyakitkan hati ibu dan bapanya.

Oleh itu, saya melihat ini sebagai hikmah yang Allah berikan kepada sahabat saya itu kerana sangat menjaga hati ibu bapa.

Kisah Dimurahkan Rezeki #2

Ada satu lagi kisah yang suka untuk saya kongsikan mengenai hikmah menjaga hati ibu bapa.

Kisah ini berlaku kepada kenalan perempuan saya, dimana dia telah memutuskan percintaannya dengan seorang lelaki kerana arahan ibu bapa yang ingin menjodohkan dia dengan pilihan mereka.

Dia tidak menentang, malah menurut segala permintaan keluarga kerana ingin menjaga perasaan dan hati ibubapa.

Diringkaskan cerita, selepas dia berkahwin, Allah telah melimpahkan dia dengan pelbagai kemudahan dan kesenangan. Menjadi antara calon anugerah dekan kerana cemerlang dalam peperiksaan, keluarga dilimpahkan kesenangan dan paling menarik sekali adalah Allah memudahkan urusan bersalin beliau tanpa masa yang lama dan komplikasi yang lain.

Penutup

Mengapa ini boleh terjadi?

Kita perlu ingat bahawa antara doa yang dimakbulkan oleh Allah adalah doa daripada kedua ibubapa kita. Insyaallah jika kita sentiasa menjaga dan membuatkan hati mereka gembira, maka mereka akan redha kepada kita. Pasti mereka akan mendoakan kebaikan kepada kita dan itu pastinya akan dimakbulkan oleh Allah.

Ibnu ‘Umar menegaskan bahawa,

“Tangisan kedua-dua ibu bapa termasuk kederhakaan yang besar”

[Hadis riwayat Bukhari, Adabul Mufrad halaman 31. Lihat Silsilah al-Ahadists ash-Shohihah karya Al Imam Al Albani, 2.898]

Sekarang kita dapat ketahui bersama kepentingan dan kelebihan menjaga hati ibu bapa. Cuba kita ingat kembali, betapa kita sering membuatkan ibu bapa marah dan menangis.

Betapa sering kita menolak perintah dan permintaan mereka?

Memang tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam beribadah kepada Allah, tetapi bagaimana sikap kita menolak juga mestilah dengan cara yang baik.

Segeralah kita meminta maaf pada ibu bapa kerana redha Allah bergantung kepada mereka.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad ahlam firdaus
Muhammad ahlam firdaus
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Saya ingin memohon sedikit bantuan kewangan bg membantu saya.saya muhammad ahlam firdaus seorang mahasiswa yg skrg sedang melanjut kan pengajian saya di Indonesia dlam bidang syariah

Saya tidak menerima mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,hanya tajaan dari kedua orgtua saya,mereka tidak la berpendapatan tinggi.ayah saya hanya la bekerja sebagai jaga keselamatan di kilang,manakalah ibu saya suri rumah yg menanggung saya dan adik2 sy yg masih di bangku sekolah.sy mempunyai 8 adik beradik dan skrg tinggal 7 kerana abg saya batu shj pergi menghadap ilahi akibat kanser tulang tahap 4.

Jadi,sy amat2 lah memerlukan bantuan dari pihak tuan utk membantu saya,jika pihak tuan memberi bantuan dlam bentuk pinjaman sekali pun sy sudi membayar nya semula.

Sekian wasalam.
Whatsapp:0196135660

H.Dahlan
H.Dahlan
9 tahun yang lalu

banyak wawasan menemukan kebutuhan hidup dengan cara islami

kakipelangi
kakipelangi
9 tahun yang lalu

Semoga kita semua menjadi anak yang sentiasa membahagiakan ibu bapa

syuk
syuk
11 tahun yang lalu

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)