Anda menghadapi masalah untuk tidur?
Tahukah anda, kurang tidur boleh membuatkan anda tidak bahagia dan menjadi gila?
Namun ada pelbagai kaedah untuk membantu kita tidur, antaranya dengan teknik pernafasan.
Teknik pernafasan ini boleh membantu anda untuk tidur dan melelapkan mata dalam masa kurang dari satu minit.
Kaedah ini diperkenalkan oleh pengamal kesihatan, Dr. Andrew Weil, pakar dalam bidang pernafasan, meditasi, dan bagaimana ia boleh digunakan untuk melawan rasa stress.
Bagaimana Kaedah Ini Dilakukan?
Ianya sangat senang.
Hanya bernafas melalui hidung selama 4 saat, tahan nafas selama 7 saat, dan hembus keluar melalui mulut selama 8 saat.
Cara ini akan memperlahankan kadar denyutan jantung dan juga akan merangsang otak kita melepaskan hormon yang akan membuatkan kita berasa tenang.
Dengan menggunakan kaedah pernafasan ini, ia membantu anda melawan kesan semulajadi adrenalin (hormon yang membuatkan tubuh kita sentiasa berjaga terutamanya dalam situasi bahaya).
Mungkin pada permulaan anda mengamalkan kaedah ini, anda akan berasa pelik dan sedikit tidak selesa.
Namun jika anda teruskan, anda akan merasa sangat rileks, kadar denyutan jantung yang perlahan dan fikiran yang aman.
Juga jangan lupa baca doa tidur yang diajarkan nabi ini.
Cubalah lakukan kaedah ini malam ini, dan nyatakan apa yang anda fikir dan rasa dalam bahagian komen dibawah.
Tinggalkan Komen Anda..
Nafas melalui hidung 4sec, tarik nafas 7sec dan hembus 8sec. Begitu?
Amalkn bca quran sblum tdur, hntikan tabiat main hp sblm tdur(krna akn lbih skar tdur) ,Riadah slepas asar ,krgkn tdur sbelah siang .Brdoa smoga Allah mmprmudahkn kta tdur dan bgn esok paginya, In Shaa Allah bole try dlu tips ni?
Dulu saya tidur awal jugak..sejak2 ni saya slalu tidur selepas subuh..dh try nk tidur awal still tk boleh lelapkan mata disebabkan gajet
tambi x jadi
saya tidak boleh tidur malam sudah 3 hari, siang dapat tidur hanyalah 3 jam sahaja. macam2 cara saya dh cuba, tetap tak boleh juga . jadi apa patut sayq buat ye?
saya tak tidur 3 hari, tapi saya dh cuba macam2 .. apa patut saya buat?
sama la… sekarang dh ok ka??
Malangnya,..x berkesan cara nj
Baru junpa artikel ni.. nanti saya komen..mlm ni nak try..
pada pandangan saya cara ini tidak berkesan kepada saya kerana saya pernah mencuba kaedah ini namun saya masih lagi x dapat tidur
Ni mesti students uia
Tak.