SOLAT SUNAT SEBELUM Dan SELEPAS ZUHUR (Panduan Lengkap)

solat sunat sebelum solat zuhur

Bagaimana cara mengerjakan solat sunat sebelum zuhur dan selepasnya?

Ini adalah panduan lengkap cara mengerjakan solat sunat sebelum (qabliyyah) Solat Zuhur dan solat sunat selepasnya (ba’diyyah). Panduan ini ditulis secara langkah demi langkah yang lengkap.

Setiap bacaan dipermudahkan dengan trasliterasi rumi untuk membantu anda.

Semoga memberi manfaat.

Maksud Solat Sunat Qabliyyah & Ba’diyyah Zuhur

Solat sunat sebelum dan selepas solat Zuhur adalah merujuk kepada solat sunat yang mengiringi solat fardu zuhur. Solat ini juga dikenali sebagai Solat Sunat Rawatib.

Solat sunat sebelum Zuhur dipanggil Solat Qabliyyah Zuhur, manakala solat sunat selepas Zuhur dikenali sebagai Ba’diyyah Zuhur.

Solat sunat Zuhur terbahagi kepada dua jenis iaitu Muakkad dan Tidak Muakkad.

Penerangan lanjut mengenai Solat Sunat Rawatib boleh dirujuk pada pautan ini: PANDUAN LENGKAP SOLAT RAWATIB BA’DIYYAH & QABLIYYAH

Solat Sunat Sebelum Solat Zuhur (Qabliyyah Zuhur)

solat sunat qabliyyah zuhur

Solat sunat sebelum solat Zuhur dikerjakan sebanyak empat rakaat secara berasingan dengan dua salam iaitu dikerjakan secara dua rakaat dua rakaat.

Solat sunat dua rakaat yang pertama adalah sunat yang muakkad sedangkan solat sunat dua rakaat yang kedua adalah sunat yang bukan muakkad, yakni sunat tambahan.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa beliau berkata:

Aku pernah mengerjakan solat (solat sunat) bersama Rasulullah SAW iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat selepas solat Zuhur

— Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA katanya:

Sesungguhnya Nabi SAW tidak meninggalkan solat sunat empat rakaat sebelum solat Zuhur dan solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh

— Hadis riwayat al-Tirmizi

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Solat Zuhur

Solat sunat ini dilakukan setelah masuknya waktu Zuhur sebelum menunaikan solat Zuhur dan berterusan disepanjang waktu Zuhur.

Cara Melakukan Solat Sunat Sebelum Solat Zuhur

Ringkasan cara melakukan Solat Sunat Qabliyyah Sebelum Solat Zuhur

  • Semasa takbiratul ihram, bacakan niat dalam hati: “Usolli Sunnataz Zuhri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala” atau “Sahaja aku solat sunat sebelum zuhur dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacalah Surah al-Fatihah, dan seterusnya bacalah Surah al-Kafirun
  • Lanjutkan dengan rukuk, bangun iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud lagi, dan duduk istirahat sebentar sebelum bangun untuk rakaat kedua.
  • Ulangi langkah bacaan Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas, serta gerakan solat seperti rakaat pertama.
  • Selesai tahiyat, akhiri solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat sebelum Zuhur secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Sebelum Solat Zuhur

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat sebelum Zuhur dalam hati:

Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

 Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat sebelum Zuhur dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Setelah memberi salam, boleh bangun dan melakukan solat dua rakaat lagi sebagaimana niat dan cara di atas sebagai sunat tambahan yang bukan muakkad, sehingga menjadikan solat sunat sebelum Solat Zuhur ini berjumlah empat rakaat dengan dua salam.

Solat Sunat Selepas Solat Zuhur (Ba’diyyah Zuhur)

Sebagaimana disunatkan solat empat rakaat sebelum solat Zuhur, disunatkan juga agar melakukan solat sunat empat rakaat selepas solat Zuhur dengan dua salam.

Solat sunat dua rakaat yang pertama adalah sunat yang muakkad sedangkan solat sunat dua rakaat yang kedua adalah sunat tambahan yang bukan muakkad.

Kelebihan-kelebihan sunat empat rakaat selepas solat Zuhur adalah berdasarkan hadis-hadis sebagaimana solat sunat empat rakaat sebelum solat Zuhur.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Selepas Zuhur

Solat sunat ini dilakukan selepasa selesai menunaikan solat fardu Zuhur.

Cara Melakukan Solat Sunat Selepas Solat Zuhur

Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Ba’diyyah Selepas Solat Zuhur

  • Semasa takbiratul ihram, bacakan niat dalam hati: “Usolli Sunnataz Zuhri Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala” atau “Sahaja aku solat sunat selepas zuhur dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacalah Surah al-Fatihah, dan seterusnya bacalah Surah al-Kafirun
  • Lanjutkan dengan rukuk, bangun iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud lagi, dan duduk istirahat sebentar sebelum bangun untuk rakaat kedua.
  • Ulangi langkah bacaan Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas, serta gerakan solat seperti rakaat pertama.
  • Selesai tahiyat, akhiri solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat selepas Zuhur secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Selepas Solat Zuhur

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat selepas Zuhur dalam hati:

Solat Sunat Selepas Solat Jumaat

  Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat selepas Zuhur dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian,baca surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

   Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

   Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir Sehinggalah Selesai Rakaat Kedua

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Setelah memberi salam, tambah lagi solat dua rakaat seperti mana niat dan cara di atas sebagai sunat tambahan yang bukan muakkad, sehingga menjadikan solat sunat sebelum Solat Zuhur ini berjumlah empat rakaat dengan dua salam.

Solat Sunat Zuhur 4 Rakaat 1 Salam

petunjuk jawapan istikharah

Mengikut Imam Nawawi, Solat Sunat Zuhur boleh juga dikerjakan dengan 4 rakaat sekali gus dengan satu salam.

Kaedah solat ini dilakukan sama ada dengan 2 kali tasyahhud (tahiyat) atau hanya sekali.

Niat Solat Sunat  Sebelum Zuhur 4 Rakaat

Lafaz niatnya adalah seperti berikut:

 Usolli Sunnataz-Zuhri Arba’a RakaaTin QabliyyaTan Lillahi Taala 

“Sahaja aku solat sunat sebelum Zuhur 4 rakaat kerana Allah Ta’ala”

Niat Solat Sunat Selepas Zuhur 4 Rakaat

 Usolli Sunnataz-Zuhri Arba’a RakaaTin Ba’diyyaTan Lillahi Taala 

“Sahaja aku solat sunat selepas Zuhur 4 rakaat kerana Allah Ta’ala”

Cara Mengerjakan

Kaedah melaksanakan Solat Sunat Zuhur 4 rakaat 1 salam bagi solat sunat qabliyyah & ba’diyyah adalah sama seperti pergerakan solat empat rakaat yang lain.

Cuma perbezaannya adalah, kita boleh memilih sama ada melakukan tahiyyat awal atau tidak.

Antara surah yang boleh dibaca:

Rakaat pertama          : Surah al-Kafirun

Rakaat kedua              : Surah al-Ikhlas

Rakaat ketiga              : Surah al-Falaq

Rakaat keempat          : Surah an-Nas

Dan jika tidak membaca apa-apa surah pada rakaat ketiga dan keempat, tidak mengapa dan solat tetap sah.

Qadha Solat Sunat Qabliyyah & Ba’diyyah Zuhur

1. Jika tidak sempat mengerjakan Solat Qabliyyah Zuhur, maka boleh qadha solat tersebut selepas mengerjakan Solat Fardu Zuhur.

Daripada Sayyidatina Aisyah RA, dia berkata:

Sesungguhnya Nabi ﷺ jika tidak sempat mengerjakan solat 4 rakaat sebelum (qabliyyah) Zuhur, Baginda akan mengerjakannya selepasnya (iaitu selepas solat fardu Zuhur)

– Riwayat Imam at-Tirmizi
2. Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Sayyidina Kuraib, Rasulullah ﷺ pernah ditanya oleh seorang perempuan yang diutuskan oleh Sayyidina Kuraib sendiri untuk bertanya solat yang Baginda kerjakan selepas fardu Asar.

Rasulullah ﷺ menjawab:

Wahai puteri Abu Umayyah, kamu bertanya tentang 2 rakaat selepas fardu Asar. Sesungguhnya wakil daripada Abdul Qais datang berjumpa denganku yang menyebabkan mereka menyibukkan aku (sehingga aku terluput) daripada mengerjakan 2 rakaat selepas (Ba’diyyah) Zuhur. Maka 2 rakaat (Ba’diyyah Zuhur) itu, inilah dia (yang dikerjakan selepas Asar itu)

– Riwayat Imam al-Bukhari

Kelebihan Solat Sunat Zuhur

Kelebihan dan keistimewaan solat sunat sebelum solat Zuhur disebutkan dalam hadis-hadis berikut:

1. Waktu Pintu Langit Terbuka

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Sa’ib RA katanya:

Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat empat rakaat selepas tergelincir matahari sebelum menunaikan solat Zuhur, lantas baginda bersabda:

Sesungguhnya itu merupakan waktu di mana pintu-pintu langit dibuka, maka aku suka jika amalan solehku dinaikkan pada waktu tersebut.

— Hadis riwayat al-Tirmizi

2. Diharamkan Daripada Api Neraka

Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum solat Zuhur dan solat sunat empat rakaat selepas solat Zuhur, maka api neraka tidak akan menyentuh dirinya.

— Hadis riwayat al-Nasa’i dan al-Tirmizi

3. Solat Yang Tidak Pernah Ditinggalkan Oleh Rasulullah ﷺ

Dalam riwayat Imam al-Bukhari disebutkan:

Sesungguhnya Nabi ﷺ tidak pernah meninggalkan solat sunat 4 rakaat sebelum solat fardu zuhur dan 2 rakaat sebelum fardu subuh

Nota Mengenai Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Zuhur

1. Apabila mengerjakan solat sunat 4 rakaat Qabliyyah atau Ba’diyyah Zuhur, disunatkan untuk mengerjakannya secara 2 rakaat 2 rakaat, dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat

Cara ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina Ali, dia berkata:

“Adalah Nabi ﷺ solat sunat sebelum solat fardu Asar sebanyak 4 rakaat dengan memisahkan setiap 2 rakaat dengan memberi salam (setiap 2 rakaat)”

– Riwayat Imam at-Tirmizi.

Walaupun hadis ini tentang solat sunat sebelum asar, ia diqiyaskan juga untuk solat Qabliyyah Zuhur.

Ia diperkuatkan lagi dengan hadis daripada Sayyidina Ibnu Umar, Rasulullah ﷺ telah bersabda:

“Solat (sunat) waktu malam dan siang itu 2 rakaat 2 rakaat”

– Riwayat Imam Abu Dawud, Imam at-Tirmizi, Imam Ibnu Majah dan Imam Ibnu Hibban. Imam Ibnu Hibban menghukum ia sebagai hadis sahih
2. Mengikut pendapat Imam Nawawi, solat sunat qabliyah dan ba’diyyah zuhur juga boleh dikerjakan dengan 4 rakaat sekali gus dengan 1 salam, sama ada dengan tahiyat awal atau tidak.

Penutup

Saya berharap panduan ini telah dapat membantu anda mengerjakan solat sunat ini.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang berkaitan topik ini, tinggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaaAllah saya akan meluangkan masa untuk menjawab setiap permasalahan tersebut.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

34 thoughts on “SOLAT SUNAT SEBELUM Dan SELEPAS ZUHUR (Panduan Lengkap)”

  1. Waalaikumussalam warahmatullah puan.

    Ya, boleh. Dalam Mazhab Syafi‘i, solat sunat rawatib sebelum Zuhur memang disunatkan 4 rakaat. Cara yang lebih masyhur (dan umumnya lebih afdal) ialah dibuat 2 rakaat 1 salam, kemudian 2 rakaat 1 salam.

    Namun, sebahagian ulama seperti Imam al-Nawawi menyebut ia juga boleh dikerjakan 4 rakaat sekali gus dengan 1 salam. Jika puan pilih cara ini, lakukan seperti solat 4 rakaat yang lain (sunat buat tahiyat awal pada rakaat ke-2).

    Kedua-duanya sah. Pilih mana yang puan lebih mudah untuk istiqamah.

    Wallahu a‘lam.

    Reply
  2. Assalamualaikum ustaz,

    Saya pernah terdengar bahawa Solat Sunat Rawatib Qabliyyah Zuhur sangat bagus dikerjakan 4 rakaat dengan satu salam . Betul ke?

    Reply
  3. Assalamualaikum ustaz,

    Saya pernah terdengar bahawa Solat Sunat Rawatib Qabliyyah Zuhur sangat bagus dikerjakan 4 rakaat dengan satu salam . Betul ke?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah puan.

      Ya, boleh. Dalam Mazhab Syafi‘i, solat sunat rawatib sebelum Zuhur memang disunatkan 4 rakaat. Cara yang lebih masyhur (dan umumnya lebih afdal) ialah dibuat 2 rakaat 1 salam, kemudian 2 rakaat 1 salam.

      Namun, sebahagian ulama seperti Imam al-Nawawi menyebut ia juga boleh dikerjakan 4 rakaat sekali gus dengan 1 salam. Jika puan pilih cara ini, lakukan seperti solat 4 rakaat yang lain (sunat buat tahiyat awal pada rakaat ke-2).

      Kedua-duanya sah. Pilih mana yang puan lebih mudah untuk istiqamah.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  4. Assalammualaikum, boleh ke kalau kita buat solat qabliyyah 2 rakaat sahaja tanpa solat badiyyah. Atau kene wajib solat kedua duanya

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Ya, boleh saja jika puan hanya ingin lakukan solat sunat qabliyyah sahaja tanpa ba‘diyyah. Ia tidak wajib dilakukan kedua-duanya sekali.

      Solat sunat qabliyyah dan ba‘diyyah adalah solat sunat rawatib yang sangat digalakkan, tapi bukan wajib. Jadi, kalau puan hanya sempat buat qabliyyah sahaja, contohnya 2 rakaat sebelum Zuhur pun sudah mendapat pahala, insya-Allah.

      Yang penting, kita buat setakat yang mampu dan cuba istiqamah.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  5. Assalammualaikum Ustaz,
    Mohon pencerahan sekiranya atas sebab2 tertentu solat Zohornya sudah diakhir2 waktu adakah boleh melakukan sunat qobliyah zohor didalam waktu Asar. Niatnya sama atau dinyatakan sebagai qada’. Jazakallu Khairan.

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Menurut Mazhab Syafi’i, solat sunat qobliyah (sebelum) Zuhur sebaiknya dilakukan sebelum masuknya waktu Asar, kerana ia adalah solat sunat rawatib muakkad yang terikat dengan waktu tertentu. Jika waktu Zuhur telah habis dan waktu Asar sudah masuk, solat sunat qobliyah Zuhur tidak boleh dilakukan lagi dalam waktu Asar.

      Jika seseorang ingin menunaikan solat sunat yang terlepas, ia dilakukan dengan niat qada’. Walaupun solat sunat qada’ dibolehkan, ia biasanya terpakai untuk solat sunat yang mempunyai ganjaran tertentu seperti solat sunat fajar (qobliyah Subuh). Bagi solat sunat qobliyah Zuhur, jika sudah masuk waktu Asar, disarankan untuk teruskan dengan solat sunat Asar.

      Kesimpulannya, solat sunat qobliyah Zuhur tidak boleh dilakukan selepas waktu Zuhur tamat dan masuknya waktu Asar. Jika ingin melakukannya dengan niat qada’, ia tidak mengikut amalan Mazhab Syafi’i.

      Semoga penjelasan ini membantu dan memberi pencerahan.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  6. Assalamualaikum, solat sunat sebelum zohor memg selepas azan zohor kan….
    Macm mana kalau kita nk cepat x perasan belum azan zohor pastu kita solat sunat sebelum zohor adakah tidak diterima?

    Reply
    • Wassalam.

      Ya, boleh sunat zohor hanya dilakukan apabila telah masuk waktu zohor. Jika dilakukan waktu sebelum zohor, ia tidak sah.

      Reply
  7. Waktu boleh tunai solat ba’diah zohor ada kah mesti segera selepas solat fardu atau boleh tangguh selama mana. Tk

    Reply
  8. Salaam tuan.. saya nak bertanya.. boleh Ka saya solat badiyyyah agak lambat.. selepas solat zohor.. agak lambat nak solat baddiyah..

    Reply
    • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Solat sunat rawatib, khususnya yang dianjurkan sebelum atau selepas solat fardhu, adalah disunatkan untuk dilakukan segera sebelum atau selepas solat fardhu berkenaan. Namun, jika anda terlewat atau terlupa untuk mengerjakannya, anda masih boleh mengerjakannya pada bila-bila masa selepas itu, walaupun ia agak lambat.

      Sebagai contoh, jika anda terlewat mengerjakan solat sunat rawatib sebelum solat Zohor, anda boleh mengerjakannya selepas solat Zohor fardhu, atau pada bila-bila masa selepas itu sebelum masuk waktu solat Asar.

      Dalam kes anda, tiada masalah untuk mengerjakan solat sunat rawatib tersebut agak lambat selepas solat Zohor.

      Semoga Allah menerima semua ibadah kita dan memberikan kita kefahaman yang benar dalam urusan agama.

      Reply
  9. Assallammualaiikom..W.b.t..
    Sya ingin brtnya…klau kita nk bwt solat sunt dzohor 4 rakaat slpas dzohor 1 slm..niat nya mcm mna….hrp dpt pncerahn n tksih…..

    Reply
    • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Solat sunat selepas solat Dzohor sebanyak 4 rakaat boleh dilakukan dengan dua cara: 2 rakaat sekali salam, kemudian diikuti lagi dengan 2 rakaat sekali salam, atau 4 rakaat terus dengan satu salam.

      Jika anda ingin melaksanakannya sebanyak 4 rakaat dengan satu salam, niatnya adalah:

      نَوَيْتُ صُنَّةَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلّٰهِ تَعَالَى

      Yang bermakna:

      “Aku niat solat sunat Dzohor empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

      Selepas itu, anda boleh melaksanakan solat sunat tersebut seperti solat biasa, tetapi dengan 4 rakaat sebelum memberi salam.

      Namun, amalan yang lebih biasa di kalangan umat Islam adalah mengerjakan solat sunat Dzohor dengan 2 rakaat sekali salam, kemudian diikuti lagi dengan 2 rakaat sekali salam.

      Semoga penjelasan ini membantu.

      Reply
      • Assalamualaikum. Saya ada kecelaruan sedikit. Dua rakaat sekali salam ni buat dua kali kan? Pastu niat dia sama ke? Sahaja aku solat sunat sebelum zohor dua rakaat kerana allah taala?

        Reply
        • Walaikumsalam Puan Fariha,

          Ya, buat dua kali dan niatnya adalah sama sahaja untuk kedua-dua solat.

          Wallahu a’lam

          Reply
  10. Assalamualaikum tuan adakah kita baca wirid lagi atau selepas salam terus berdoa dalam solat sunat rawatib

    Reply
  11. Assalamualaikum saya ingin bertanya, jika tidak membaca surah lain selepas al Fatihah dan terus rukuk adakah sah solat tersebut? Soalan lain, jika melakukan solat sunat selepas zohor, perlu ke membaca doa?

    Reply
    • Wassalam,

      1) Ya sah solat tersebut. Ini kerana al-Fatihah sahaja yang termasuk dalam rukun solat.

      2) Sunat membaca doa jika ada masa. Namun jika bilal sudah iqamat, maka lebih afdal mengutamakan solat

      Reply
      • Assalam’mualaikum . Ustaz kalau hanya dgn Alfateha tanpa surah pada rakaat 1 & 2 sah. bagaimana masa rukuk dan sujud bacaannya dibolehkan kalau sebutan hanya sekali sahaja dan bukan diulang 3kali ? minta pencerahannya Amin.

        Reply
      • Assalam’mualaikum . Ustaz kalau hanya dgn Alfateha tanpa surah pada rakaat 1 & 2 sah. bagaimana masa rukuk dan sujud bacaannya dibolehkan kalau sebutan hanya sekali sahaja dan bukan diulang 3kali ? minta pencerahannya Amin.

        Reply
        • Waalaikumussalam warahmatullah.

          Ya, sah tuan.

          Jika selepas al-Fatihah tidak dibaca surah lain pada rakaat pertama dan kedua, solat tetap sah kerana bacaan surah selepas al-Fatihah itu hukumnya sunat, bukan rukun.

          Begitu juga bacaan ketika rukuk dan sujud. Jika dibaca sekali sahaja, solat juga tetap sah. Bacaan tiga kali itu adalah kadar yang lebih sempurna dan lebih afdal, tetapi bukan syarat sah solat.

          Maksudnya, yang penting rukun-rukun solat disempurnakan dengan betul dan ada tamakninah. Adapun surah selepas al-Fatihah serta tasbih rukuk dan sujud, itu termasuk amalan sunat yang menambahkan kesempurnaan solat.

          Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua.

          Wallahu a‘lam.

          Reply

Leave a Comment