Bagaimana cara mengerjakan solat sunat sebelum Solat Jumaat dan selepasnya?
Ini adalah panduan lengkap cara mengerjakan solat sunat sebelum Solat Jumaat dan solat sunat selepasnya. Panduan ini ditulis secara langkah demi langkah yang lengkap.
Setiap bacaan dipermudahkan dengan trasliterasi rumi untuk membantu anda.
Semoga memberi manfaat.
Pengenalan
Solat ini juga dikenali sebagai solat sunat qabliyyah dan ba’diyyah jumaat.
Seperti solat sunat zuhur, solat ini juga berfungsi sebagai solat sunat yang mengiringi Solat Fardu Jumaat.
Solat ini dilakukan secara individu atau bersendirian.
Solat-solat sunat rawatib yang lain boleh dilihat pada pautan ini: Solat Sunat Rawatib Ba’diyah & Qabliyah (Panduan Lengkap)
Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat (Qabliyyah Jumaat)
Bagaimanakah solat sunat sebelum Solat Jumaat dikerjakan?
Solat sunat sebelum Jumaat adalah sama seperti solat sunat sebelum Solat Zuhur iaitu dikerjakan empat rakaat dengan dua salam.
Dua rakaat yang pertama adalah sunat yang muakkad, sedangkan dua rakaat yang terakhir adalah sunat yang bukan muakkad.
Pelaksanaan solat sunat sebelum Solat Jumaat ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a:
Aku pernah melakukan solat sunat bersama Rasulullah SAW iaitu dua rakaat sebelum Solat Zuhur, dua rakaat selepas Solat Zuhur, dua rakaat selepas Solat Jumaat.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang daripada kamu melaksanakan Solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat selepasnya
(Hadis riwayat Muslim)
Begitu juga dalam sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Mas’ud:
Dia mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum Solat Jumaat dan empat rakaat selepasnya
(Riwayat al-Tirmizi 5530, Muslim 881, al-Nasaie 501 dan Ibnu Majah 1132)
Waktu Melaksanakan Solat Sunat Jumaat
Solat sunat Qabliyah Jumaat boleh dilakukan diantara dua azan, iaitu belum khatib naik ke mimbar untuk memberi khutbah.
Apabila khatib berkhutbah di atas mimbar, maka ditegah untuk solat kecuali solat sunat tahiyatul masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyatul masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain daripada solat sunat tahiyatul masjid yang tadi.
Cara Melakukan Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat
Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Sebelum Jumaat
- Mulakan Solat: Mulakan dengan Takbiratul Ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat sebelum Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala”.
- Bacaan dalam Solat: Bacalah Surah al-Fatihah, diikuti dengan surah pendek seperti al-Kafirun pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat kedua.
- Rukuk dan Sujud: Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
- Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca Takbir. Ulangi bacaan al-Fatihah dan surah pilihan, diikuti dengan rukuk dan sujud.
- Tahiyyat Akhir dan Salam: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam dua kali.
- Sunat Tambahan: Jika ingin menambah rakaat, boleh bangun untuk mengerjakan dua rakaat tambahan dengan niat dan cara yang sama.
Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat sebelum Jumaat secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Niat Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat sebelum Jumaat dalam hati:
Usolli Sunnatal Jum’ati Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Taala
Sahaja aku solat sunat sebelum jumaat dua rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Rakaat Kedua
10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
11. Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
14. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
Setelah memberi salam, boleh bangun dan melakukan solat dua rakaat lagi sebagaimana niat dan cara di atas sebagai sunat tambahan yang bukan muakkad, sehingga menjadikan solat sunat sebelum Solat Jumaat ini berjumlah empat rakaat dengan dua salam.
Solat Sunat Selepas Solat Jumaat (Ba’diyyah Jumaat)
Sebagaimana solat sunat empat rakaat sebelum Solat Jumaat, disunatkan juga agar melakukan solat sunat empat rakaat selepas Solat Jumaat dengan dua salam.
Dua rakaat yang pertama adalah sunat yang muakkad sedangkan dua rakaat yang terakhir adalah sunat tambahan yang bukan muakkad.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a beliau berkata:
Sesungguhnya Nabi SAW tidak melakukan solat selepas solat Jumaat sehinggalah Baginda beredar, lalu Baginda melakukan solat dua rakaat di rumahnya
(Hadis riwayat Muslim)
Waktu Melaksanakan Solat Ba’diyyah Jumaat
Solat sunat ini dilakukan selepas menunaikan Solat Jumaat.
Cara Melakukan Solat Sunat Selepas Solat Jumaat
Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Sebelum Jumaat
- Mulakan Solat: Mulakan dengan Takbiratul Ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala”.
- Bacaan dalam Solat: Bacalah Surah al-Fatihah, diikuti dengan surah pendek seperti al-Kafirun pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat kedua.
- Rukuk dan Sujud: Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
- Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca Takbir. Ulangi bacaan al-Fatihah dan surah pilihan, diikuti dengan rukuk dan sujud.
- Tahiyyat Akhir dan Salam: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam dua kali.
- Sunat Tambahan: Jika ingin menambah rakaat, boleh bangun untuk mengerjakan dua rakaat tambahan dengan niat dan cara yang sama.
Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat selepas Jumaat secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.
Niat Solat Sunat Selepas Solat Jumaat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat selepas jumaat dalam hati:
Usolli Sunnatal Jum’ati Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat sunat selepas jumaat dua rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
2. Bacalah surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3. Kemudian,baca surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.
Rakaat Kedua
10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
11. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
14. Kemudian Bangun Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir Sehinggalah Selesai Rakaat Kedua
19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
Setelah memberi salam, tambah lagi solat dua rakaat seperti mana niat dan cara di atas sebagai sunat tambahan yang bukan muakkad, sehingga menjadikan solat sunat sebelum Solat Jumaat ini berjumlah empat rakaat dengan dua salam.
Solat Sunat Jumaat 4 Rakaat 1 Salam
Mengikut Imam Nawawi, Solat Sunat Jumaat boleh juga dikerjakan dengan 4 rakaat sekali gus dengan satu salam.
Kaedah solat ini dilakukan sama ada dengan 2 kali tasyahhud (tahiyat) atau hanya sekali.
Niat Solat Sunat Sebelum Jumaat 4 Rakaat
Lafaz niatnya adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat sunat sebelum Jumaat 4 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Niat Solat Sunat Selepas Jumaat 4 Rakaat
Lafaz niatnya adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat sunat selepas Jumaat 4 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Cara Mengerjakan
Kaedah melaksanakan Solat Sunat Jumaat 4 rakaat 1 salam bagi solat sunat qabliyyah & ba’diyyah adalah sama seperti pergerakan solat empat rakaat yang lain.
Cuma perbezaannya adalah, kita boleh memilih sama ada melakukan tahiyyat awal atau tidak.
Antara surah yang boleh dibaca:
Rakaat pertama : Surah al-Kafirun
Rakaat kedua : Surah al-Ikhlas
Rakaat ketiga : Surah al-Falaq
Rakaat keempat : Surah an-Nas
Dan jika tidak membaca apa-apa surah pada rakaat ketiga dan keempat, tidak mengapa dan solat tetap sah.
Masalah Khilaf Berkaitan Solat Sunat Sebelum Jumaat
Terdapat beberapa perselisihan pandangan ulama mengenai solat sunat sebelum fardu Jumaat.
Namun secara ringkasnya, solat sunat Qabliyah sebelum fardu Jumaat adalah ada dalam Mazhab Syafie.
Ikuti penerangan oleh Ust Azhar Idrus berkaitan perkara ini:
Penutup
Saya berharap panduan ini telah dapat membantu anda mengerjakan solat sunat ini.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang berkaitan topik ini, tinggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.
InsyaaAllah saya akan meluangkan masa untuk menjawab setiap permasalahan tersebut.
Tinggalkan Komen Anda..
hi assalamualaikum boleh tanya adakah solat sunat dilakukan dua2 (qabliyah & badiyah) atau salah satu
Waalaikumussalam,
Tiada penetapan khas mengenai perkara ini. Tuan boleh melakukan salah atau melakukan kedua-dua solat sunat Qabliyah dan Ba’diyah Jumaat:
Semoga penjelasan ini membantu.
Alhamdulillah… Penerangan yang baik… Terima kasih atas perkongsian ilmu ini tuan…
alhamdulillah, sama-sama ツ
Amogus
Begitu juga dalam sebuah riwayat daripada Ibn Mas’ud:
Betul ke perkataan “baginda” ada dalam hadis Riwayat Al Tirmizi yang disebutkan ini? Penulis lain sebut Ibnu Masud bukannya Nabi.
As Salam,
Saya ada buat semakan hadis, ya benar tiada disebutkan baginda dalam teks hadis. Ini adalah kesilapan dan kekhilafan dari saya. Saya benar-benar minta maaf dan akan membuat pembetulan segera.
Terima kasih atas teguran yang diberikan.
Maaf ustaz…di dalam penerangan solat sunatnya 4 rakaat tapi di dalam contoh berjadual solatnya cuma dua rakaat..boleh bagi penerangan solat sunat sebelum jumaat itu 2 rakaat ka atau 4 rakaat..
As Salam,
Solat ini boleh dilakukan 2 atau 4 rakaat. Jika awak nak kerjakan sebanyak 4 rakaat, lepas salam rakaat kedua tu, awak boleh bangun untuk buat 2 rakaat lagi.
Jika awak perhatikan betul-betul, saya ada nyatakan dihujung jadual “Setelah memberi salam, boleh bangun dan melakukan solat dua rakaat lagi sebagaimana niat dan cara di atas sebagai sunat tambahan yang bukan muakkad, sehingga menjadikan solat sunat sebelum Solat Jumaat ini berjumlah empat rakaat dengan dua salam.”
Terima kasih ustaz..atas responnya..alhamdullilah..
Sama-sama 😊