
Bagaimanakah niat solat yang betul dan sempurna?
Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai niat dalam solat yang betul dan tepat dalam solat.
Soal jawab soalan lazim berkaitan niat dalam solat juga turut disediakan bagi membantu anda.
- Maksud Niat
- Syarat Sah Niat Solat
- Makna Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin
- Bahagian Wajib Dan Sunat Dalam Sesuatu Niat
- Qashad Dan Ta’yin Dalam Solat Sunat
- Soal Jawab Berkaitan:
- Adakah niat adalah sebahagian daripada rukun solat ataupun syarat sah solat?
- Kita perlu niat dahulu atau takbirratul ihram dahulu?
- Mengapa kita perlu berniat? Bukankah kita berniat secara automatik apabila melakukan sesuatu perkara?
- Bolehkah angkat takbir tanpa menyebut “Usolli” terlebih dahulu?
- Saya tidak dapat melafazkan niat dalam bahasa Arab. Bolehkah saya lafaz niat dalam bahasa melayu?
- Adakah niat perlu selari dengan takbiratul ihram? Bagaimana sekiranya niat itu hadir lebih awal ataupun sedikit lewat daripada takbiratul ihram?
- Adakah sah solat jika niat tidak disertakan dengan “Lillahi Taala”?
- Saya berniat untuk solat ganti isyak tetapi berubah niat bagi melakukan solat tunai isyak. Adakah ini dibenarkan?
- Saya mengerjakan Solat Zuhur pada lewat waktu. Semasa rakaat kedua, baru saya sedar waktu tersebut sebenarnya sudah Asar. Bolehkah saya ubat niat kepada Solat Asar?
- Saya was-was sama ada sudah niat solat atau tidak ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang semula takbiratul ihram atau berhenti solat dan ulang semula solat?
- Selesai solat, saya baru teringat yang saya tidak menetapkan jumlah rakaat dalam niat ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang solat?
- Nota Rujukan
- Penutup
Pengenalan
Ini adalah bab 3 dari siri panduan solat sempurna.
Untuk bab ini, saya akan menerangkan mengenai rukun solat berkaitan niat dalam solat secara spesifik.
Matlamat panduan ini adalah agar kita semua tahu dan faham mengenai niat dalam solat secara sempurna seterusnya ibadah kita menjadi lebih baik.
Mari kita mulakan..
Maksud Niat
Apakah maksud niat?
Maksud niat adalah seperti berikut:
Niat ialah gerak hati sendiri untuk melakukan sesuatu bersama-sama dengan perbuatannya.
Dan perbuatannya itu bukan dilakukan dengan secara terpaksa.
Firman Allah:
Dan tidaklah mereka disuruh melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepadaNya dalam agama…
— Surah al-Bayyinah ayat 5
Ijmak ulama mengatakan perlunya niat dalam solat dan ibadah umum.
Tujuannya adalah untuk:
- Membezakan ibadah dengan adat
- Membezakan ibadah sama ada fardu, sunat atau nazar
- Membezakan jenis-jenis ibadah sama ada solat subuh, zuhur, asar… dll.
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya amal-amal itu dinilai dengan niat, dan sesungguhnya untuk setiap seseorang pahalanya berdasarkan apa yang dia niatkan.
(Hadis ini masyhur riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim dan selain mereka.
Syarat Sah Niat Solat
Terdapat beberapa syarat sah bagi niat:
1. Hendaklah dilakukan dengan hati 1. Berniat ketika takbiratul ihram iaitu menghadirkan niat bermula dari huruf Alif dalam kalimah َللّٰهُ dan sebelum huruf Ra’ dalam kalimah أَكْبَرُ (disebut muqaranah kamaliyyah).Niat boleh dihadirkan di antara kedua-dua huruf itu (muqaranah ‘urfiyyah)
1. Ketika berniat, 3 perkara ini wajib ada dalam niat:- Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin, jika solat fardu.
- Qashad dan Ta’yin, jika solat sunat yang ada waktu
- Qashad sahaja jika solat sunat Mutlak
Makna Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin Dalam Sesuatu Niat
Para ulama menetapkan beberapa syarat yang perlu ada dalam niat solat.
Dalam melafazkan sesuatu niat, ia akan terdiri daripada tiga komponen.
3 komponen atau perkara ini dikenali sebagai Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin.
Tiga bahagian ini disyaratkan untuk solat fardu.
Untuk solat sunat pula, hanya dua sahaja bahagian yang disyaratkan.
Manakala untuk solat sunat mutlak hanya satu daripadanya disyaratkan.
Tanpa perkara-perkara ini, niat tidak sah dan tidak sempurna.
| Istilah | Makna | Merujuk Kepada Sebutan |
|---|---|---|
| Qashad | Melakukan sesuatu kerana gerak hati sendiri | “Usholli” (Sahaja aku) |
| Ta’arrudh / Fardhiyyah | Menyatakan fardu | “Fardu” |
| Ta’yin | Menentukan solat fardu apa (Subuh, Zuhur …) | “Zuhri”, “Asri” |
Bahagian Wajib Dan Sunat Dalam Sesuatu Niat

Qashad Dan Ta’yin Dalam Solat Sunat
| Jenis solat sunat | Contoh | Mesti ada | Contoh |
| (i) Solat sunat yang mempunyai waktu (ii) Solat sunat yang mempunyai sebab | Contoh solat yang mempunya waktu: Solat sunat rawatib Contoh solat yang mempunya sebab: Solat minta hujan dan gerhana | (i) Qashad dan (ii) Ta’yin *Tidak wajib berniat ‘sunat’, tetapi sunat jika berniat ‘sunat’ | أُصَلِّى سُنَّةَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى 1) Qashad: Usolli (sahaja aku) 2) Ta’yin: Qabliyyatan (sebelum) |
| Solat sunat mutlak | Solat yang tidak mempunyai waktu dan sebab, semata-mata sunat sahaja | Qashad sahaja | أُصَلِّى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Qashad: Usolli (sahaja aku solat) |
Soal Jawab berkaitan Dengan Niat Dalam Solat
1. Adakah niat adalah sebahagian daripada rukun solat ataupun syarat sah solat?
Menurut mazhab Syafi’e dan Maliki, niat termasuk dalam rukun hati (qalbi).
Justeru itu, solat tidak sah tanpa niat atau tanpa niat yang betul.
Sementara pada mazhab Hanbali dan Hanafi dan sebahagian Sarjana mazhab Maliki, mereka menganggapnya sebagai syarat sah solat.
Bagaimana pun, keempat-empat imam mazhab sepakat menyatakan solat tidak sah tanpa niat.
2. Kita perlu niat dahulu atau takbirratul ihram dahulu?
Niat dalam ibadah berbeza dengan rukun-rukun lain.
Ini kerana, niat adalah qasad dan kehendak bagi melakukan sesuatu ketika melakukannya.
Sekiranya niat dilakukan sebelum takbiratul ihram, ia dinamakan azam, iaitu sesuatu yang dicita-cita tetapi belum dilakukan.
Sekiranya seseorang itu bercadang untuk solat zuhur di masjid pada waktu zuhur nanti, itu adalah azam bukan niat.
Takrif niat ini dijelaskan dengan lebih sempurna dalam kitab I’anatul-Thalibin seperti berikut:
(Niat) dari segi syaraknya pula ialah keinginan bagi melakukan sesuatu dengan disertai perbuatan melaksanakan. Iaitu keinginan bagi melakukan sesuatu dalam keadaan ketika menginginkannya itu disertai dengan perbuatan bagi mendapatkan sesuatu itu.
(I’anatul-Thalibin, jilid 1, muka surat 126)
Sekiranya mendirikan solat subuh, niat atau keinginan bagi mendirikan solat subuh dua rakaat semata-mata kerana Allah, perlu hadir dalam hatinya ketika dia melafazkan takbiratul ihram.
3. Mengapa kita perlu berniat? Bukankah kita berniat secara automatik apabila melakukan sesuatu perkara?
Niat dalam ibadah berperanan membezakan sesuatu perbuatan itu sama ada ia menjadi ibadah ataupun sekadar adat kebiasaan.
Perbuatan yang dilakukan sebagai ibadah perlu dilakukan semata-mata kerana Allah, bukan kerana sebab lain ataupun kerana tidak sengaja.
Banyak perbuatan kita yang sama dengan ibadah, tetapi tidak dianggap ibadah kerana tidak dilakukan semata-mata kerana Allah.
Misalnya, mereka yang berpuasa kerana mahu menjaga bentuk badan tidak dianggap sebagai puasa sunat ataupun wajib.
Mereka yang melakukan pergerakan dalam solat yang mirip dengan pergerakan senaman, tidak dianggap ibadah jika dilakukan semata-mata demi menjaga kesihatan.
Mereka yang berada di dalam masjid kerana menunggu rakan tidak mendapat pahala iktikaf sekiranya tidak berniat melakukan iktikaf
4. Bolehkah angkat takbir tanpa menyebut “Usolli” terlebih dahulu?
Niat ialah keinginan hati yang hadir seiring dengan perbuatan.
Memandangkan ia perbuatan hati, sudah tentu empunya diri sahaja yang tahu.
Lafaz Usolli yang diucapkan sebelum takbiratul ihram hanya lafaz niat yang sunat diucapkan.
Mazhab Syafi’e dan Hanbali menghukum lafaz niat sebagai sunat yang bertujuan menetapkan niat dalam hati.
Terdapat perbezaan pendapat dalam mazhab Maliki dan Hanafi yang beranggapan lafaz niat tidak disyariatkan dalam solat.
Kecuali sekiranya, orang yang hendak mengerjakan solat itu was-was.
Oleh yang demikian, semua mazhab utama tidak melarang secara mutlak lafaz niat ini.
5. Saya tidak dapat melafazkan niat dalam bahasa Arab. Bolehkah saya lafaz niat dalam bahasa melayu?
Lafaz niat hukumnya sunat, bukan wajib.
Ia bertujuan membantu hati menetapkan niat.
Oleh itu dibolehkan mengucap lafaz niat dalam bahasa yang difahami.
6. Adakah niat perlu selari dengan takbiratul ihram? Bagaimana sekiranya niat itu hadir lebih awal ataupun sedikit lewat daripada takbiratul ihram?
Sesetengah orang mempunyai masalah sukar untuk berniat serentak dengan takbiratul ihram, sehingga menyebabkan angkat takbir berulang kali.
Berkaitan masalah ini, pendapat muktamad (yang dipegang) dalam mazhab Syafi’e ialah sunat melafazkan niat pada semua ibadah.
Ia diqiaskan kepada perbuatan Nabi SAW bertalaffuzh (melafazkan niat sebelum) ketika mengerjakan haji dan umrah, berpuasa dan berkorban.
Qias adalah salah satu sumber hukum (adillah syar’yyati) dalam mengeluarkan (istinbat) hukum dalam Mazhab Syafi’e
Rasulullah SAW pernah melafazkan niat ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Daripada Anas r.a beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW mengucapkan, ‘Labbaika, (aku menyahut seruan-Mu ya Allah) aku sengaja mengerjakan umrah dan haji.
— Riwayat Muslim1
Imam Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan di dalam Tuhfah, bahawa Usholli ini diqiaskan kepada haji.
PENDAPAT ULAMA
Imam Ramli menyebutkan di dalam Nihayah al-Muhtaj, 1/437:
Disunatkan melafazkan apa yang diniatkan sebelum (hampir-hampir) takbiratul ihram (solat) agar lidah dapat membantu hati dan agar menghindarkan daripada was-was.
Di dalam Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah ‘Ulama SeMalaya di Kepala Batas, Pulau Pinang setelah merujuk kepada kitab An-Nihayah, At-Tuhfah, Al-Muhazzab, Al-Mughni dan lain-lain dalam mazhab Syafi’e, sebabnya ialah:
- Ia menolong hati untuk lebih tetap untuk solat
- Menjauhkan was-was
- Memelihara qaul (pendapat) yang mengatakan wajib bertalaffuzh.
- Qias pada niat haji seperti dalam riwayat Anas di atas2
Menurut Ustaz Azhar Idrus, siapa yang kesukaran ia berniat di dalam takbir maka diberi kelonggaran atasnya bertaklid kepada pendapat imam Hanafi dan Hanbali yang mengatakan sah berniat sebelum takbir dengan masa yang sedikit.
Maksud masa yang sedikit itu ialah berniat ketika hendak mengangkat takbir.
Perkara ini adalah bersandarkan kaedah الأمر إذا ضاق اتسع yang ertinya:
Suatu perkara itu apabila sempit ia maka dilonggarkan sedikit hukumnnya.”
Maksudnya apabila seseorang itu menghadapai kesukaran untuk menghadirkan niat ketika melafazkan takbir maka diberi kelonggaran hukum baginya untuk berniat sebelum dari takbir.
Begitu juga pendapat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, niat boleh didahulukan daripada takbir.
Begitu juga, niat tempatnya di dalam hati tetapi melafazkan dengan lidah bagi menghadirkan hati adalah dibolehkan mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’ Syafi’iyyah.
7. Adakah sah solat jika niat tidak disertakan dengan “Lillahi Taala”?
Sah solat tanpa menetapkan kerana Allah (lillahi taala), kerana semua ibadah yang kita lakukan hanya untuk Allah.
Tetapi digalakkan mengaitkan perbuatan itu kerana Allah bagi menguatkan rasa hati.
8. Saya berniat untuk solat ganti isyak tetapi berubah niat bagi melakukan solat tunai isyak. Adakah ini dibenarkan?
Tidak sah solat yang berubah daripada solat ganti kepada solat tunai.
Ini kerana, salah satu syarat niat solat adalah tetap jenis solat yang dilakukan — sama ada tunai atau qada, sunat atau fardu.
9. Saya mengerjakan Solat Zuhur pada lewat waktu. Semasa rakaat kedua, baru saya sedar waktu tersebut sebenarnya sudah Asar. Bolehkah saya ubat niat kepada Solat Asar?
Solat yang dilakukan di luar waktunya tidak sah.
Menukar niat kepada solat yang lain juga tidak diharuskan kerana niat memerlukan ketetapan jenis solat yang dikerjakan.
Ini kerana awak sudah memutuskan niat solat fardu yang pertama, sedangkan niat solat fardu yang kedua tidak dilakukan ketika takbiratul ihram.
10. Saya was-was sama ada sudah niat solat atau tidak ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang semula takbiratul ihram atau berhenti solat dan ulang semula solat?
Solat adalah ibadah yang memerlukan niat.
Melakukan solat dalam keadaan syak dan tidak pasti menyebabkan solat tidak sah.
Ulama mazhab Syafi’e menyatakan dalam situasi ini, anda hendaklah berhenti daripada solat itu dan mengulangi semula daripada takbiratul ihram dan niat.
Ini kerana asal sesuatu perkara yang diragui dianggap seperti tiada.
11. Selesai solat, saya baru teringat yang saya tidak menetapkan jumlah rakaat dalam niat ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang solat?
Tidak disyaratkan menetapkan jumlah rakaat setiap solat fardu yang dikerjakan, asalkan ditetapkan jenis solat itu.
Solat anda sah dan tidak perlu diulang.
Tetapi digalakkan menetapkan jumlah rakaat untuk bebas daripada perbezaan pendapat dengan ulama-ulama lain yang mewajibkannya.
Nota Rujukan
Rujukan panduan ini adalah:
- Praktikal Solat Sempurna, Ustaz Muhadir Haji Joll
- Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Ustaz Rohidzir Rais
- Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
- Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.
Penutup
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam meningkatkan kualiti solat.
Jika ada sebarang persoalan berkaitan topik ini, bolehlah nyatakan hal tersebut pada ruangan di bawah.
Jika ingin solat ganti/ qada’ . Adakah niat yang wajib hanyalah “sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat qada” sahaja ? Saya kurang tahu lah..mohon penjelasannya ustadz
Assalamualaikum ustaz , saya nak tanya macam mana kalau ketika solat datang lintasan hati tukar niat . setiap kali solat tiba2 datang lintasan hati tukar niat . saya solat zohor tiba2 datang lintasan hati solat asar . perkara ni jadi gangguan saya ketika solat ustaz , adakah sah solat saya?saya mohon sangat2 jawapan ustaz .
Wassalam.
Abaikan perasaan was-was tersebut kerana itu adalah bisikan syaitan dalam hati kita.
Assalamualaikum ustaz , saya nak tanya macam mana kalau ketika solat datang lintasan hati tukar niat . setiap kali solat tiba2 datang lintasan hati tukar niat . saya solat zohor tiba2 datang lintasan hati solat asar . perkara ni jadi gangguan saya ketika solat ustaz , adakah sah solat saya? saya mohon sangat2 jawapan ustaz
1.salam , boleh ke kalau saya baca niat zohor dalam hati ” usolli fardhoz zuhri arba’a roka’atin adaa’an Illahi taala ” lepastu baru angkat takbir , sebb saya susah sikit kalau nak niat sekali dgn takbir .
2.kalau saya baca niat ( sebelum takbir )usolli dalam hati tapi menyusun ayat bolee ke ?
3.kalau saya baca niat ( sebelum takbir )usolli dengan lafaz sehingga bole mendengar ( tidak terlalu kuat ) bole ke ?
harap ustaz dapat membalas pertanyaan saya :)
Wassalam,
1) Ya boleh, diberi kelonggaran dalam syara’ untuk orang yang susah takbir sambil niat.
2) Boleh.
3) Boleh. Tapi sebenarnya tidak wajib untuk melafaz niat, yang wajib adalah niat dalam hati sahaja. Tapi jika susah untuk niat dalam hati, boleh lafaz melalui mulut untuk dengar bagi membantu diri menetap niat solat.
Semoga membantu
Assalamualaikum Ustaz. Adakah semua niat perlu dibaca di dalam hati seperti niat mandi wajib dan niat solat. Satu lagi, boleh ke saya menyebut allahhuakbar setiap kali saya melakukan pergerakan seperti rukuk, bangun dari rukuk, sujud, bangun dari sujud. Akhir sekali, boleh ke saya berniat dahulu sebelum angkat takbir. Saya selalu berniat dahulu sebelum angkat takbir. Adakah solat saya sah.
Wassalam,
1) Ya, niat wajib dihadirkan di dalam hati untuk melakukan setiap ibadah.
2) Ya memang perlu untuk bertakbir semasa melakukan pergerakan solat.
3) Niat perlu dihadirkan semasa takbir. Tetapi untuk orang yang sukar melakukan sedemikian, maka diberi kelonggaran untuk niat terlebih dahulu sebelum takbir.
Assalamualaikum ustaz saya nak bertanya walaupun pertanyaan saya ni mcm x de kene mengena sgt..nak tnyy time saya hbis solat blh tak saya doakan supaya Nabi Muhammad S.A.W dan kerluarganya dan para sahabatnya dikurniarkan kesihatan yg baik..blh kan saya doakan mcmtu??
Wassalam.
Boleh, tetapi kurang afdal.
Doa yang baik, afdal dan beradab adalah dengan mendahulu selawat keatas nabi dan mendoakan Baginda dan para keluarganya serta sahabat.
Baiklah..terima kasih ustaz?
ustaz blh ke kalau saya lafaz niat yg ussolli tu dulu pastu niat dlm hti sahaja aku solat fardhu zohor 4 rakaat tunai kerana Allah Taala pastu takbirratul ihram and truskan solat blh ke??
kalau slh mintak tlg trgkan yg btul ustaz please?
Ya boleh, betul dah cara awak.
InsyaaAllah sah solat awak. ?
Alhamdulillah..terima kasih bnyk² ustaz?
Sama-sama.
Salam ustaz bukan ka angkat takbir wajib masukkan niat sekli??kalau niat dahulu dalam hati pastu angkat takbir tanpa memasukan niat ketika takbir tu sah ka solat tu??..satu lagi soalan ustaz sy masa solat fardu sy hnya sebut “aku solat zohor” ketika angkat takbir adakah sah solat sy..sebab sy tak sebut “aku solat fardu zohor”fardu tu sy tak sebut pun..
Sebb agak panjang bg sy…mohon penjelasan ustaz
Wassalam
1) Memang kena niat semasa takbir, tetapi untuk orang yang sukar diberikan kelonggaran. Boleh rujuk jawapan detail dari ust azhar disini: https://www.youtube.com/watch?v=JpiaZTIgMoA
2) Fardu wajib disebut sebab niat solat mesti ada Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin. “Fardu” adalah Ta’arrudh
Jika ingin solat ganti/ qada’ . Adakah niat yang wajib hanyalah “sahaja aku solat fardhu subuh qada” sahaja ?
Ya betul.
Bagaimana nak beza niat itu lintasan hati bukannya susun lafaz niat dlm minda?
Sama sahaja tu.
Mufti perlis ulas niat itu bkn susun kata dlm minda cth: sahaja aku solat fardhu zohor…dia ambil cth zaman Nabi SAW bila nak solat terus angkat takbir.
Ya betul, memang tiada dalam mana-mana hadis tentang cara niat solat yang khusus. Ini semua adalah ijtihad ulama’ sahaja, sebab itu pandangannya berbeza-beza.
Assalamualaikum Ustaz, adakah sah solat jika niat solat slma ini salah.
Contohnya,(sahaja aku solat fardhu Zohor mengikut imam…)
Wassalam.
InsyaaAllah sah selagi awak niat dalam hati.
Sebutan niat tidak spesifik, asalkan hati awak berniat untuk solat fardu tersebut.
Salam uztaz, selama ini saya tidak berniat dalam hati ketika takbiratul ikram, saya hanya melafazkan niat sebelum solat. Adakah solat saya sebelum ini diterima dan perlukah saya qada semua solat saya?
Wassalam
InsyaaAllah sah, sebab bila awak berlafaz di mulut maka insyaAllah hati awak automatik ikut sama niat.
Salam Ustaz, dalam niat berjemaah..makmuman @ imaman, apakah hukumnya wajib atau sunat?
Wassalam,
Hukumnya sunat untuk solat yang selain dari solat Jumaat. Hanya solat Jumaat yang wajib.
Salam Ustaz, adakah ia wajib untuk berniat dalam bahasa melayu? Adakah solat saya sah jika saya hanya berniat dalam bahasa Arab?
Wassalam,
Tidak wajib. Jika awak sudah niat dalam bahasa arab tiada masalah.
Yang penting awak niat dalam hati untuk solat semasa angkat takbir.
Assalamualaikum tuan. Saya agak tidak jelas dengan cara melafazkan niat tersebut. Adakah boleh kita berhenti sebagai contoh kita berhenti sekejap setelah kalimah “Allah” Untuk berniat dalam hati, baru kita sambung “hu akbar”?
Contohnya macam ni. Saya lafazkan kalimah ” Allah” di mulut. Kemudian saya berhenti seketika untuk berniat di dalam hati ‘aku solat sunat tahajjud’, kemudian baru saya kembali melafazkan di mulut “hu akbar”. Bolehka begitu?
Lagi satu perkara, adakah sah niat saya tanpa ‘sahaja aku’ dan tanpa saya nyatakan berapa rakaat beserta ‘kerana Allah taala’? Mohon penjelasan.
Maaf kerana soalan yg terlampau paniang?
Wassalam
1) TIdak perlu berhenti begitu.
Awak lafaz niat dahulu sehingga selesai kemudian angkat takbir “Allahuakbar” (insyaaAllah masa takbir tu akan hadir secara automatik niat ‘sahaja aku solat…”
2) Ya sah.
Yang wajib hanyalah “sahaja aku solat fardu zohor/asar/maghrib…etc”
Sebutan lain itu hanyalah sunat sahaja.
Ustad masih kurang jelas tentang niat dalam hati ketika takbir
Sbb ketika melafazkan takbir
Hanya terfokus kepada takbir
Dan tidak dapat niat dalam hati dalam masa yg bersamaan ketika takbir di lafazkan,
Ada petua ka ustad agar boleh melafazkan takbir dalam masa yg sma boleh niat solat sekali..
Atau seperti ini kah cara nya
Ketika takbir Allahuakbar
Ketika mula menyebut alif terus niat “sahaja solat fardhu subuh dua rakaat tu ia kerana Allah Taala”
Maksud nya bersamaan biar pon dah habis takbir tp kita tetap niat dalam hati smpai habis..
Bgitu ka ustad..
Maaf ustad..
Iya, begitulah.
Tidak perlu jadikan ia sukar.
Angkat takbir dan terus niat “sahaja aku solat subuh/etc..”
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh…
Ustaz adakah sah solat jika saya berniat dengan bahagian yang wajib dalam niat….
Maksudnya ketika mengangkat takbir hanya diselarikan dengan usolli fardhu zuhri…..
Dikeranakan terlalu panjang agak susah saya ketika hendak menselarikan ketika mengangkat takbir…
Sekian..
Wassalam,
Boleh.
Kalau sukar dalam arab boleh lafaz dalam bahasa melayu “sahaja aku solat fardu zohor”
Assalamualaikum w.b.t
Hendak bertanya berkenaan niat solat sunat
Usolli sunatan ATAU usolli sunatal? Adakah dua2 ny diterima?
H
Wassalam,
Ia bergantung kepada jenis solat yang dilakukan.
Kalau ragu-ragu boleh niat sahaja dalam bahasa melayu.
Assalamualaikum w.b.t
Hendak bertanya berkenaan niat solat sunat
Usolli sunatan ATAU usolli sunatal? Adakah dua2 ny diterima?
Saya doakan penulis ini ke syurga, masyallah bagi sya penulisan nya mudah difahami. Lengkap semua. Semoga usaha ini mnjadi pahala yg terus mngalir .
Alhamdulillah.
Terima kasih kerana mendoakan saya :-)
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya apakah hukum niat ada’an semasa solat sunat?
Contoh : Usolli sunnatan tarawih rakaataini ada’an imaman/makmuman lillahitaala
Terima kasih.
Wassalam, tidak perlu sebut bila mengerjakan solat secara berjemaah.
Tetapi jika tersilap, ia tidak membatalkan solat kerana lafaz niat adalah sunat dalam solat.
Yang wajib adalah niat dalam hati.
Assalamualaikum. Adakah solat saya sah sekiranya tersilap melafaz “Sami Allahu Liman Hamidah” semasa bangun dari sujud lalu terus melafazkan Allahuakbar semasa duduk antara dua sujud sejurus menyedari kesilapan itu
Wassalam,
Sah, tidak mengapa kesilapan kecil sebegitu dimaafkan dalam solat