Masalah Was-Was & Susah Niat Dalam Takbir

Susah Niat Dalam Takbir

Bagaimana jika ada masalah was-was dan susah niat dalam takbir?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya sangat susah nak berniat dalam masa angkat takbir sampai berulang kali angkat takbir.

Adakah memang kena berniat tiap kali hendak sembahyang dan apakah cara yang boleh saya ikut supaya saya boleh solat dengan mudah seperti orang lain?


JAWAPAN

Niat ketika mengerjakan solat adalah wajib oleh itu siapa yang tidak berniat maka solatnya tidak sah dengan sepakat ulamak empat mazhab.

Tempat berniat ialah dalam hati dan wajib berniat di dalam takbiratul ihram.

Jika berniat dahulu dari takbir atau selepas selesai takbir maka niat tersebut tidak sah.

Ada pun di sisi mazhab Hanafi dan Hanbali dan satu qaul mazhab Maliki sah niat sebelum angkat takbir dengan masa yang sedikit.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah:

Dan ada pun hukum berniat pada sembahyang itu maka sungguhnya telah sepakat sekelian imam mazhab yang empat atas tidak sahnya sembahyang dengan ketiadaan berniat.

Waktu berniat itu telah sepakat tiga imam mazhab yaitu Maliki dan Hanafi dan Hanbali atas bahawa sah terdulu niat atas takbiratulihram dengan masa yang sedikit.

Dan bersalahan oleh ulamak mazhab Syafie yang berkata mereka itu tidak dapat tidak mesti adalah niat itu berserta dengan takbiratulihram dengan sekira-kira jikalau selesai dari takbiratulihram dengan tiada niat maka batal sembahyangnya.”

Akan tetapi siapa yang kesukaran ia berniat di dalam takbir maka diberi kelonggaran atasnya bertaklid kepada pendapat imam Hanafi dan Hanbali yang mengatakan sah berniat sebelum takbir dengan masa yang sedikit.

Maksud masa yang sedikit itu ialah berniat ketika hendak mengangkat takbir.

Ini adalah bersandarkan qaedah الأمر إذا ضاق اتسع

Ertinya : “Suatu perkara itu apabila sempit ia maka dilonggarkan sedikit hukumnnya.”

Maksudnya apabila seseorang itu menghadapai kesukaran untuk menghadirkan niat ketika melafazkan takbir maka diberi kelonggaran hukum baginya untuk berniat sebelum dari takbir.

Orang yang kesukaran berniat dalam takbir maksudnya dia tidak boleh menghadirkan niat ketika mengucapkan takbiratulihram setelah dia bersungguh untuk melakukannya sehingga menjadilah tiap kali sembahyang itu menyukarkan atasnya.

Dan begitu juga diberikan kelonggaran ini kepada orang yang was-was yang tidak boleh bertakbir dan niat sekali gus.

Ada pun yang tidak menghadapai kesukaran berniat dalam takbir maka wajib atasnya menyertakan niat di dalam takbir.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mohamad haiqal
Mohamad haiqal
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustad kalau nak tahu kita ni niat susah sangat dalam takbir, sebagai contoh saya dah cuba niat dalam takbir dan saya was- was sampai saya melakukan . Takbir sebanyak empat kali kerana niat saya susah nak masuk dalam hati dan kalau saya niat sebelum takbir baru dapat . Jadi pertanyaan saya yang kedua adalah kalau saya sebut (guna mulut )sahaja saya/aku solat fardu zohor dan dalam hati saya tahu nak solat zohor lalu saya melakukan takbir ilhram jadi sah ke ustad atau kena buat dua kali seperti sebelum dan ketika takbir tapi kalau semasa takbir saya susah nak niat . ( saya dah cuba 2 minggu niat dalam hati ketika takbir masih gagal sampai sekarang )

Nabil
Nabil
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya,maksud niat dalam hati seperti beritahu dalam hati ke?