NIAT SOLAT FARDU & SOLAT SUNAT (Senarai Lengkap Rumi)

senarai niat solat

Ini adalah himpunan senarai niat solat untuk solat fardu dan sunat.

Halaman ini diwujudkan untuk memudahkan anda mencari rujukan niat-niat solat secara pantas.

Setiap niat solat juga dipermudahkan dengan ejaan rumi berserta niat dalam Bahasa Melayu.

Semoga membantu.

Niat Solat Fardu


Bahagian ini akan menyenaraikan niat Solat-Solat Fardu dalam arab dan rumi.

Niat Solat Zohor

Niat Solat Zohor adalah seperti berikut:

niat solat zohor

 Usolli Fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala. 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala


Niat Solat Asar

Niat Solat Asar adalah seperti berikut:

niat solat asar

 Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala


Niat Solat Maghrib

Niat Solat Asar adalah seperti berikut:

niat solat maghrib

 Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.


Niat Solat Isyak

Niat Solat Isyak adalah seperti berikut:

niat solat isyak

  Usolli Fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala


Niat Solat Subuh

Niat Solat Subuh adalah seperti berikut:

niat solat subuh

 Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

Niat Solat Jumaat

Lafaz niat Solat Jumaat untuk makmum ialah:

lafaz niat solat fardu jumaat

 Usolli Fardol Jum’ati Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala  

Niat Solat Jumaat Dalam Melayu:

Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Niat Solat Jenazah

Solat Jenazah Lelaki

niat solat jenazah lelaki

  Usolli ‘Ala Hazal Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.


Solat Jenazah Perempuan

naiat solat jenazah perempuan

  Usolli ‘Ala Hazihil Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

Niat Qada Solat

Niat Qada Solat Subuh

niat qada solat subuh

  Usolli Fardhos-subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala


Niat Qada Solat Zuhur

niat qada solat zohor

 Usolli Fardhoz-zuhri Arba’a Raka’atin  Qadaan Lillahi Ta’ala    

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala


Niat Qada Solat Asar

niat qada solat asar

  Usolli Fardhol ‘Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala    

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala


Niat Qada Solat Maghrib

niat qada solat maghrib

  Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala    

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala


Niat Qada Solat Isyak

niat qada solat isyak

 Usolli Fardhol ‘Isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Taala    

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

Niat Solat Jamak & Qasar

Niat Jamak Zohor dan Asar (Jamak Taqdim)

Niat Untuk Zohor

niat solat jamak qasar

  Usolli Fardol Zuhri Qosron Rak’ataini Jama’a Takdiimin Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

Niat Untuk Asar

  Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jama’a Takdiimin Lillahi Taala   

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.


Niat Jamak Zohor dan Asar (Jamak Takhir)

Untuk melakukan Jamak takhir, solat dimulakan dengan solat yang kedua terlebih dahulu.

Niat Untuk Asar

jamak takhir asar zohor

 Usolli Fardol Asri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

Niat Untuk Zohor

niat jamak takhir asar zohor

  Usolli Fardol Zuhri Qosron Rak’ataini Jam’a Takhirin Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.


Niat Jamak Maghrib dan Isyak (Jamak Taqdim)

Niat Untuk Maghrib

  Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jama’a Takdiimin Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

Niat Untuk Isyak

  Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jam’a Takdiimin Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.


Niat Jamak Maghrib dan Isyak (Jamak Takhir)

Untuk melakukan Jamak takhir, solat dimulakan dengan solat yang kedua terlebih dahulu.

Niat Untuk Isyak

 Usolli Fardol Isya’i Qosron Rak’ataini Jama’a Takhirin Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

Niat Untuk Maghrib

 Usolli Fardol Maghribi Salasa Raka’atin Jama’a Takhirin Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala


Niat Solat Jamak Hari Jumaat

Menurut mazhab Syafi’e, harus dijamakkan dengan jamak takdim sahaja dan tidak harus dengan  jamak takhir kerana solat Jumaat tidak mungkin dilewatkan dari waktunya.

Oleh itu, lakukan solat fardu Jumaat seperti biasa terlebih dahulu.

Kemudian, selepas selesai memberi salam, terus bangun dan berniat untuk solat jamak asar seperti berikut:

  Usolli Fardol ‘Asri Qosron Rak’ataini Jama’a Takdiimin Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

Niat Solat Sunat


Bahagian ini akan menyenaraikan niat Solat-Solat Sunat dalam arab dan rumi.

Niat Solat Tahajjud

niat solat sunat tahajjud

  Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala


Niat Solat Taubat

cara solat taubat

 Usolli Sunnatat-Taubati Rak’ataini Lillahi Taala  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala


Niat Solat Dhuha

 Usolli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’alaa.  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.


Niat Solat Hajat

niat solat sunat hajat

 Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala


Niat Solat Tarawih

lafaz niat solat tarawih bersendirian

  Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Lillahi Taala  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.


Niat Solat Witir

Witir 2 Rakaat

witir 2 rakaat

 Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Witir 1 Rakaat

witir 1 rakaat

 Usolli Sunnatal Witri Rak’atan Lillahi Taala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala


Niat Solat Tahiyyatul Masjid

  Usolli Sunnata Tahiyyatal Masjidi Rak’ataini Lillahi Taala  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.


Niat Solat Istikharah

lafa niat solat istikharah

  Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Taala  

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

15 thoughts on “NIAT SOLAT FARDU & SOLAT SUNAT (Senarai Lengkap Rumi)”

  1. Assalamualaikum ustaz. Ketika solat isyak, saya tak boleh niat semasa takbir, maka saya niat sebelum takbir dan melafazkan takbir dengan betul. Ketika pada rakaat ketiga, lintasan hati kata perkataan isyak x masuk dalam niat, tp sy abaikan sbb mungkin bisikan syaitan. Tapi saya yakin ada perkataan isyak dalam niat solat td. Tp keyakianan sy tu x pasti sama ada cepat atau lambat. Selepas solat pun sy yakin dah niat isyak, cuma samar2 sbb hanya gerakan hati je. Solat saya sah ke ustaz jika biarkan keraguan niat itu, dan kalau keyakinan tu lambat, adakah batal solat saya?

    Reply
    • Waalaikumussalam puan,

      Solat puan sah dan tidak perlu diulang.

      1/ Niat sebelum takbir:
      Asalkan ketika mula lafaz “Allahu Akbar” hati puan sedar sedang mahu solat fardu Isyak empat rakaat kerana Allah, niat sudah mencukupi. Niat memang tempatnya di hati, bukan pada lafaz semata-mata.

      2/ Lintasan di rakaat ketiga:
      Bisikan “perkataan Isyak tak masuk” itu termasuk dalam was-was. Puan sendiri kata masih yakin telah niat Isyak, cuma samar. Dalam keadaan ini, kita ikut kaedah:

      Yakin tidak hilang dengan ragu.

      Selagi ada asas yakin bahawa niat solat Isyak sudah hadir ketika takbir, solat tidak batal hanya kerana lintasan ragu di rakaat ketiga.

      3/ Keyakinan datang lewat:
      Tidak memudaratkan. Yang penting: ketika takbiratul ihram tadi, memang sudah terdetik di hati “aku sedang solat fardu Isyak”. Keyakinan yang datang kemudian cuma menyedarkan apa yang memang sudah berlaku, bukan mencipta niat baru.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  2. Assalamualaikum ustaz. Jika semasa solat, sy yakin niat solat dh betul. Lepas solat jadi ragu sama ada saya ada niat “sahaja aku” atau “aku” atau tidak. Tp yakin dah niat “solat fardu asar”, cuma sy x brp ingat ada niat perkataan aku atau tidak. Sah ke solat sy ustaz. Ke kena ulang or qada semula solat?

    Reply
    • Waalaikumussalam puan,

      Solat puan sah dan tidak perlu diulang.

      • Niat tempatnya di hati. Melafazkan “sahaja aku…” hanyalah sunnah untuk membantu hati, bukan syarat sah solat.
      • Keraguan yang datang selepas selesai solat tidak membatalkan apa-apa kerana “yakin tidak hilang dengan syak.”
      • Selagi puan telah hadirkan niat solat fardu Asar ketika takbiratul ihram, solat sudah mencukupi rukun niat.

      Abaikan was-was dan teruskan ibadah dengan yakin. Wallahu a‘lam.

      Reply
  3. Assalamualaikum ustaz. Ketika solat maghrib, belum rakaat pertama tiba-tiba dah azan isyak. Dan solat maghrib yang dilakukan ini dikira qada kan ustaz? Adakah perlu perbaharui niat solat fardu kpd qada jika kita teruskan solat, atau tidak perlu?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Dalam situasi ini, jika seseorang memulakan solat Maghrib dan azan Isyak berkumandang sebelum rakaat pertama selesai, solat Maghrib tersebut masih sah dan tidak perlu diqadakan. Ini kerana solat Maghrib telah dimulakan dalam waktunya, dan selagi niat telah betul dan solat dimulakan dalam waktu Maghrib, solat itu tetap dikira sebagai solat dalam waktunya.

      Berkenaan dengan niat, tidak perlu memperbaharui niat solat fardu Maghrib kepada qada, kerana solat yang dilakukan itu masih dianggap solat dalam waktunya, walaupun azan Isyak berkumandang semasa solat. Niat solat fardu Maghrib yang telah dimulakan dalam waktu Maghrib adalah mencukupi.

      Kesimpulannya, tiada keperluan untuk memperbaharui niat solat kepada qada dan solat Maghrib yang sedang dilakukan itu sah.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  4. Tuan,bolehkah saya dapatkan nota2 doa, wirid & cara solat yg lengkap dlm bentuk cetakan atau adakah tuan bukukan? JIKA ada saya berminat nk beli. Memandangkan saya lbh senang utk merujuk menggunakan buku berbanding telefon

    Reply
    • Walaikumsalam Hajah Wan Zaleha,

      Buat masa sekarang, pihak saya tidak mengeluarkan apa-apa bentuk cetakan. Saya memohon maaf berhubung perkara ini.

      Reply
  5. Assalamualaikum saudara,

    Terima kasih alhamdulillah saudara telah byk membantu saya dlm soal sembahyang syukur apa yang saudara sampaikan ini saya guna kan untuk 5 waktu dan solat taubat lah yang paling saya hargai kerana saudara telah berkongsi ilmu dengan saya. Saya doakan allah tempatkan saudara disisi orang2 yang beriman semasa di alam barzakh nti.

    Sekali lagi terima kasih byk2 saudara,

    Assalamualaikum
    Farudee Nurjab

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati mendengar bahawa panduan dan ilmu yang dikongsikan dapat membantu tuan dalam ibadah harian, terutamanya dalam solat lima waktu dan solat taubat. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua dan memberikan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.

      Terima kasih atas doa yang baik, dan saya doakan agar saudara/saudari juga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT, serta diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam melaksanakan segala ibadah. Amin, ya Rabbal Alamin.

      Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan panduan lanjut mengenai apa-apa aspek dalam Islam, jangan segan untuk bertanya. Saya sentiasa sedia untuk membantu.

      Terima kasih sekali lagi, dan semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

      Assalamualaikum.

      Reply

Leave a Comment