
Bagaimanakah niat solat yang betul dan sempurna?
Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai niat dalam solat yang betul dan tepat dalam solat.
Soal jawab soalan lazim berkaitan niat dalam solat juga turut disediakan bagi membantu anda.
- Maksud Niat
- Syarat Sah Niat Solat
- Makna Qashad, Taโarrudh dan Taโyin
- Bahagian Wajib Dan Sunat Dalam Sesuatu Niat
- Qashad Dan Taโyin Dalam Solat Sunat
- Soal Jawab Berkaitan:
- Adakah niat adalah sebahagian daripada rukun solat ataupun syarat sah solat?
- Kita perlu niat dahulu atau takbirratul ihram dahulu?
- Mengapa kita perlu berniat? Bukankah kita berniat secara automatik apabila melakukan sesuatu perkara?
- Bolehkah angkat takbir tanpa menyebut โUsolliโ terlebih dahulu?
- Saya tidak dapat melafazkan niat dalam bahasa Arab. Bolehkah saya lafaz niat dalam bahasa melayu?
- Adakah niat perlu selari dengan takbiratul ihram? Bagaimana sekiranya niat itu hadir lebih awal ataupun sedikit lewat daripada takbiratul ihram?
- Adakah sah solat jika niat tidak disertakan dengan โLillahi Taalaโ?
- Saya berniat untuk solat ganti isyak tetapi berubah niat bagi melakukan solat tunai isyak. Adakah ini dibenarkan?
- Saya mengerjakan Solat Zuhur pada lewat waktu. Semasa rakaat kedua, baru saya sedar waktu tersebut sebenarnya sudah Asar. Bolehkah saya ubat niat kepada Solat Asar?
- Saya was-was sama ada sudah niat solat atau tidak ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang semula takbiratul ihram atau berhenti solat dan ulang semula solat?
- Selesai solat, saya baru teringat yang saya tidak menetapkan jumlah rakaat dalam niat ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang solat?
- Nota Rujukan
- Penutup
Pengenalan
Ini adalah bab 3 dari siri panduan solat sempurna.
Untuk bab ini, saya akan menerangkan mengenai rukun solat berkaitan niat dalam solat secara spesifik.
Matlamat panduan ini adalah agar kita semua tahu dan faham mengenai niat dalam solat secara sempurna seterusnya ibadah kita menjadi lebih baik.
Mari kita mulakan..
Maksud Niat
Apakah maksud niat?
Maksud niat adalah seperti berikut:
Niat ialah gerak hati sendiri untuk melakukan sesuatu bersama-sama dengan perbuatannya.
Dan perbuatannya itu bukan dilakukan dengan secara terpaksa.
Firman Allah:
Dan tidaklah mereka disuruh melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepadaNya dalam agama…
— Surah al-Bayyinah ayat 5
Ijmak ulama mengatakan perlunya niat dalam solat dan ibadah umum.
Tujuannya adalah untuk:
- Membezakan ibadah dengan adat
- Membezakan ibadah sama ada fardu, sunat atau nazar
- Membezakan jenis-jenis ibadah sama ada solat subuh, zuhur, asar… dll.
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya amal-amal itu dinilai dengan niat, dan sesungguhnya untuk setiap seseorang pahalanya berdasarkan apa yang dia niatkan.
(Hadis ini masyhur riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim dan selain mereka.
Syarat Sah Niat Solat
Terdapat beberapa syarat sah bagi niat:
1. Hendaklah dilakukan dengan hati 1. Berniat ketika takbiratul ihram iaitu menghadirkan niat bermula dari huruf Alif dalam kalimah ูููููฐูู dan sebelum huruf Ra’ dalam kalimah ุฃูููุจูุฑู (disebut muqaranah kamaliyyah).Niat boleh dihadirkan di antara kedua-dua huruf itu (muqaranah ‘urfiyyah)
1. Ketika berniat, 3 perkara ini wajib ada dalam niat:- Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin, jika solat fardu.
- Qashad dan Ta’yin, jika solat sunat yang ada waktu
- Qashad sahaja jika solat sunat Mutlak
Makna Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin Dalam Sesuatu Niat
Para ulama menetapkan beberapa syarat yang perlu ada dalam niat solat.
Dalam melafazkan sesuatu niat, ia akan terdiri daripada tiga komponen.
3 komponen atau perkara ini dikenali sebagai Qashad, Ta’arrudh dan Ta’yin.
Tiga bahagian ini disyaratkan untuk solat fardu.
Untuk solat sunat pula, hanya dua sahaja bahagian yang disyaratkan.
Manakala untuk solat sunat mutlak hanya satu daripadanya disyaratkan.
Tanpa perkara-perkara ini, niat tidak sah dan tidak sempurna.
| Istilah | Makna | Merujuk Kepada Sebutan |
|---|---|---|
| Qashad | Melakukan sesuatu kerana gerak hati sendiri | “Usholli” (Sahaja aku) |
| Ta’arrudh / Fardhiyyah | Menyatakan fardu | “Fardu” |
| Ta’yin | Menentukan solat fardu apa (Subuh, Zuhur …) | “Zuhri”, “Asri” |
Bahagian Wajib Dan Sunat Dalam Sesuatu Niat

Qashad Dan Ta’yin Dalam Solat Sunat
| Jenis solat sunat | Contoh | Mesti ada | Contoh |
| (i) Solat sunat yang mempunyai waktu (ii) Solat sunat yang mempunyai sebab | Contoh solat yang mempunya waktu: Solat sunat rawatib Contoh solat yang mempunya sebab: Solat minta hujan dan gerhana | (i) Qashad dan (ii) Ta’yin *Tidak wajib berniat ‘sunat’, tetapi sunat jika berniat ‘sunat’ | ุฃูุตููููู ุณููููุฉู ุงูุธููููุฑู ุฑูููุนูุชููููู ููุจููููููุฉู ููููููู ุชูุนูุงููู 1) Qashad: Usolli (sahaja aku) 2) Ta’yin: Qabliyyatan (sebelum) |
| Solat sunat mutlak | Solat yang tidak mempunyai waktu dan sebab, semata-mata sunat sahaja | Qashad sahaja | ุฃูุตููููู ุฑูููุนูุชููููู ููููููู ุชูุนูุงููู Qashad: Usolli (sahaja aku solat) |
Soal Jawab berkaitan Dengan Niat Dalam Solat
1. Adakah niat adalah sebahagian daripada rukun solat ataupun syarat sah solat?
Menurut mazhab Syafi’e dan Maliki, niat termasuk dalam rukun hati (qalbi).
Justeru itu, solat tidak sah tanpa niat atau tanpa niat yang betul.
Sementara pada mazhab Hanbali dan Hanafi dan sebahagian Sarjana mazhab Maliki, mereka menganggapnya sebagai syarat sah solat.
Bagaimana pun, keempat-empat imam mazhab sepakat menyatakan solat tidak sah tanpa niat.
2. Kita perlu niat dahulu atau takbirratul ihram dahulu?
Niat dalam ibadah berbeza dengan rukun-rukun lain.
Ini kerana, niat adalah qasad dan kehendak bagi melakukan sesuatu ketika melakukannya.
Sekiranya niat dilakukan sebelum takbiratul ihram, ia dinamakan azam, iaitu sesuatu yang dicita-cita tetapi belum dilakukan.
Sekiranya seseorang itu bercadang untuk solat zuhur di masjid pada waktu zuhur nanti, itu adalah azam bukan niat.
Takrif niat ini dijelaskan dengan lebih sempurna dalam kitab I’anatul-Thalibin seperti berikut:
(Niat) dari segi syaraknya pula ialah keinginan bagi melakukan sesuatu dengan disertai perbuatan melaksanakan. Iaitu keinginan bagi melakukan sesuatu dalam keadaan ketika menginginkannya itu disertai dengan perbuatan bagi mendapatkan sesuatu itu.
(I’anatul-Thalibin, jilid 1, muka surat 126)
Sekiranya mendirikan solat subuh, niat atau keinginan bagi mendirikan solat subuh dua rakaat semata-mata kerana Allah, perlu hadir dalam hatinya ketika dia melafazkan takbiratul ihram.
3. Mengapa kita perlu berniat? Bukankah kita berniat secara automatik apabila melakukan sesuatu perkara?
Niat dalam ibadah berperanan membezakan sesuatu perbuatan itu sama ada ia menjadi ibadah ataupun sekadar adat kebiasaan.
Perbuatan yang dilakukan sebagai ibadah perlu dilakukan semata-mata kerana Allah, bukan kerana sebab lain ataupun kerana tidak sengaja.
Banyak perbuatan kita yang sama dengan ibadah, tetapi tidak dianggap ibadah kerana tidak dilakukan semata-mata kerana Allah.
Misalnya, mereka yang berpuasa kerana mahu menjaga bentuk badan tidak dianggap sebagai puasa sunat ataupun wajib.
Mereka yang melakukan pergerakan dalam solat yang mirip dengan pergerakan senaman, tidak dianggap ibadah jika dilakukan semata-mata demi menjaga kesihatan.
Mereka yang berada di dalam masjid kerana menunggu rakan tidak mendapat pahala iktikaf sekiranya tidak berniat melakukan iktikaf
4. Bolehkah angkat takbir tanpa menyebut “Usolli” terlebih dahulu?
Niat ialah keinginan hati yang hadir seiring dengan perbuatan.
Memandangkan ia perbuatan hati, sudah tentu empunya diri sahaja yang tahu.
Lafaz Usolli yang diucapkan sebelum takbiratul ihram hanya lafaz niat yang sunat diucapkan.
Mazhab Syafi’e dan Hanbali menghukum lafaz niat sebagai sunat yang bertujuan menetapkan niat dalam hati.
Terdapat perbezaan pendapat dalam mazhab Maliki dan Hanafi yang beranggapan lafaz niat tidak disyariatkan dalam solat.
Kecuali sekiranya, orang yang hendak mengerjakan solat itu was-was.
Oleh yang demikian, semua mazhab utama tidak melarang secara mutlak lafaz niat ini.
5. Saya tidak dapat melafazkan niat dalam bahasa Arab. Bolehkah saya lafaz niat dalam bahasa melayu?
Lafaz niat hukumnya sunat, bukan wajib.
Ia bertujuan membantu hati menetapkan niat.
Oleh itu dibolehkan mengucap lafaz niat dalam bahasa yang difahami.
6. Adakah niat perlu selari dengan takbiratul ihram? Bagaimana sekiranya niat itu hadir lebih awal ataupun sedikit lewat daripada takbiratul ihram?
Sesetengah orang mempunyai masalah sukar untuk berniat serentak dengan takbiratul ihram, sehingga menyebabkan angkat takbir berulang kali.
Berkaitan masalah ini, pendapat muktamad (yang dipegang) dalam mazhab Syafiโe ialah sunat melafazkan niat pada semua ibadah.
Ia diqiaskan kepada perbuatan Nabi SAW bertalaffuzh (melafazkan niat sebelum) ketika mengerjakan haji dan umrah, berpuasa dan berkorban.
Qias adalah salah satu sumber hukum (adillah syarโyyati) dalam mengeluarkan (istinbat) hukum dalam Mazhab Syafiโe
Rasulullah SAW pernah melafazkan niat ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Daripada Anas r.a beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW mengucapkan, โLabbaika, (aku menyahut seruan-Mu ya Allah) aku sengaja mengerjakan umrah dan haji.
โ Riwayat Muslim1
Imam Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan di dalam Tuhfah, bahawa Usholli ini diqiaskan kepada haji.
PENDAPAT ULAMA
Imam Ramli menyebutkan di dalam Nihayah al-Muhtaj, 1/437:
Disunatkan melafazkan apa yang diniatkan sebelum (hampir-hampir) takbiratul ihram (solat)ย agar lidah dapat membantu hati dan agar menghindarkan daripada was-was.
Di dalam Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah โUlama SeMalaya di Kepala Batas, Pulau Pinang setelah merujuk kepada kitab An-Nihayah, At-Tuhfah, Al-Muhazzab, Al-Mughni dan lain-lain dalam mazhab Syafiโe, sebabnya ialah:
- Ia menolong hati untuk lebih tetap untuk solat
- Menjauhkan was-was
- Memelihara qaul (pendapat) yang mengatakan wajib bertalaffuzh.
- Qias pada niat haji seperti dalam riwayat Anas di atas2
Menurut Ustaz Azhar Idrus, siapa yang kesukaran ia berniat di dalam takbir maka diberi kelonggaran atasnya bertaklid kepada pendapat imam Hanafi dan Hanbali yang mengatakan sah berniat sebelum takbir dengan masa yang sedikit.
Maksud masa yang sedikit itu ialah berniat ketika hendak mengangkat takbir.
Perkara ini adalah bersandarkan kaedah ุงูุฃู ุฑ ุฅุฐุง ุถุงู ุงุชุณุน yang ertinya:
Suatu perkara itu apabila sempit ia maka dilonggarkan sedikit hukumnnya.โ
Maksudnya apabila seseorang itu menghadapai kesukaran untuk menghadirkan niat ketika melafazkan takbir maka diberi kelonggaran hukum baginya untuk berniat sebelum dari takbir.
Begitu juga pendapat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, niat boleh didahulukan daripada takbir.
Begitu juga, niat tempatnya di dalam hati tetapi melafazkan dengan lidah bagi menghadirkan hati adalah dibolehkan mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulamaโ Syafiโiyyah.
7. Adakah sah solat jika niat tidak disertakan dengan “Lillahi Taala”?
Sah solat tanpa menetapkan kerana Allah (lillahi taala), kerana semua ibadah yang kita lakukan hanya untuk Allah.
Tetapi digalakkan mengaitkan perbuatan itu kerana Allah bagi menguatkan rasa hati.
8. Saya berniat untuk solat ganti isyak tetapi berubah niat bagi melakukan solat tunai isyak. Adakah ini dibenarkan?
Tidak sah solat yang berubah daripada solat ganti kepada solat tunai.
Ini kerana, salah satu syarat niat solat adalah tetap jenis solat yang dilakukan — sama ada tunai atau qada, sunat atau fardu.
9. Saya mengerjakan Solat Zuhur pada lewat waktu. Semasa rakaat kedua, baru saya sedar waktu tersebut sebenarnya sudah Asar. Bolehkah saya ubat niat kepada Solat Asar?
Solat yang dilakukan di luar waktunya tidak sah.
Menukar niat kepada solat yang lain juga tidak diharuskan kerana niat memerlukan ketetapan jenis solat yang dikerjakan.
Ini kerana awak sudah memutuskan niat solat fardu yang pertama, sedangkan niat solat fardu yang kedua tidak dilakukan ketika takbiratul ihram.
10. Saya was-was sama ada sudah niat solat atau tidak ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang semula takbiratul ihram atau berhenti solat dan ulang semula solat?
Solat adalah ibadah yang memerlukan niat.
Melakukan solat dalam keadaan syak dan tidak pasti menyebabkan solat tidak sah.
Ulama mazhab Syafi’e menyatakan dalam situasi ini, anda hendaklah berhenti daripada solat itu dan mengulangi semula daripada takbiratul ihram dan niat.
Ini kerana asal sesuatu perkara yang diragui dianggap seperti tiada.
11. Selesai solat, saya baru teringat yang saya tidak menetapkan jumlah rakaat dalam niat ketika takbiratul ihram. Adakah saya perlu ulang solat?
Tidak disyaratkan menetapkan jumlah rakaat setiap solat fardu yang dikerjakan, asalkan ditetapkan jenis solat itu.
Solat anda sah dan tidak perlu diulang.
Tetapi digalakkan menetapkan jumlah rakaat untuk bebas daripada perbezaan pendapat dengan ulama-ulama lain yang mewajibkannya.
Nota Rujukan
Rujukan panduan ini adalah:
- Praktikal Solat Sempurna,ย Ustaz Muhadir Haji Joll
- Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat,ย Ustaz Rohidzir Rais
- Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat,ย Dr. Nik Yusri Musa
- Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat,ย Datoโ Ismail Kamusย danย Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.
Penutup
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam meningkatkan kualiti solat.
Jika ada sebarang persoalan berkaitan topik ini, bolehlah nyatakan hal tersebut pada ruangan di bawah.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum,saya ingin bertanya sekira nya saya tidak dpt melafaz kan niat dalam hati semasa takbiratul ikhram boleh ke saya lafaz dlm hati sebelum takbiratul ikhram?tkasih
Waalaikumussalam.
Asal hukum, niat yang sah adalah hadir dalam hati semasa takbiratul ihram.
Tapi jika puan memang susah sangat hendak hadirkan niat ketika takbir, ulama membenarkan berniat sedikit sebelum takbir, kemudian terus angkat takbir tanpa berhenti lama di antara keduanya.
Jadi, boleh berniat dalam hati sebelum takbir jika ada kesukaran, dan selepas itu terus bertakbir dan solat seperti biasa.
Wallahu aโlam
Assalamualaikum. Kalau betulkan niat yang tersilap semasa takbiratul ihram, boleh ke? Contoh, saya nak solat sunat sebelum subuh tapi masa angkat takbir, saya niat dalam hati, sahaja aku solat fardhu subuh selepas itu saya tersedar salah, saya betulkan sunat sebelum subuh. Saya betulkan niat ini semasa saya masih lagi dalam lafaz takbiratul ihram. Adakah boleh saya buat begini?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Dalam Mazhab Syafie, niat solat mesti tepat dan sudah ditetapkan sebelum atau serentak dengan lafaz takbiratul ihram. Jika semasa takbir tuan berniat solat fardu Subuh, kemudian baru sedar dan betulkan kepada solat sunat Subuh ketika masih dalam takbir, maka solat itu tidak sah. Ini kerana niat yang sah mestilah tidak berubah setelah takbir bermula.
Solat dianggap bermula dengan niat yang pertama (iaitu fardu Subuh dalam kes ini), jadi membetulkan niat di pertengahan takbir tidak mencukupi. Maka, disarankan untuk berhenti, niat semula dengan betul (iaitu solat sunat sebelum Subuh), dan ulangi takbiratul ihram.
Semoga jawapan ini membantu dan Allah mempermudah ibadah tuan.
Wallahu aโlam.
Baik. Jazakallah khairan ya ustaz
Assalam, kenapa Allah dan akhbar x boleh dipisahkan dan didiamkan, maksud saya kat tengah2 tu diam untuk niat solat, lepastu bunyi akhbar, saya ada was2 dalam solat dan pernah tersalah faham tentang vd untuk niat solat, rupanya Allah tu kena panjangkan untuk niat, baru bunyi akhbar, sekarang dah niat dengan betul, adakah saya perlu qada’ solat saya. Saya ingatkan tengah2 Allah dan akhbar boleh berhenti untuk niat. kenapa x boleh yer, maaf panjang sangat, maklum was2, ilmu kurang
Waalaikumussalam puan,
Terima kasih atas soalan yang jujur dan sangat penting.
Untuk makluman, lafaz takbiratul ihram โAllahu Akbarโ wajib disebut secara bersambung, tanpa berhenti atau diam di tengah-tengahnya. Jika lafaz itu terputus contohnya sebut โAllฤhโ, kemudian diam untuk niat, kemudian sambung โakbarโ, maka takbir tidak sah kerana tidak menepati syarat berturutan (muwฤlฤt).
Niat dalam solat sebenarnya tempatnya di hati, dan ia perlu hadir sebelum atau semasa melafazkan takbir, bukan di sela-sela antara perkataan. Lafaz โAllahu Akbarโ itu sendiri mesti dibaca dalam satu nafas dan tidak dipecahkan.
Berkenaan solat yang lalu, jika puan pasti pernah diam dan memutuskan lafaz takbir, maka solat itu perlu diqada. Namun, jika hanya sekadar ragu-ragu atau tidak pasti, maka tidak perlu qada, kerana dalam Islam kita berpegang pada kaedah: โYakin tidak hilang dengan syak.โ
๏ปฟ
Semoga puan diberi ketenangan hati dan terus istiqamah dalam memperbaiki ibadah. Wallahu aโlam.
assalam, saya nak tanya boleh ke ketika takbir, Allah dan akhbar dipisahkan/didiamkan sejenak, contoh sebut Allah, diam (sahaja aku solat..) lepastu bunyi balik akhbar, I mean Allahu akhbar tu x senapas, dah komen tanya kat tt UAI tapi x jawap
Waalaikumussalam,
Takbiratul ihram mesti dilafaz โAllฤhu akbarโ secara bersambung. Jika dipecahkan dengan diam yang jelas โ contohnya berhenti selepas โAllฤhโ untuk berniat lalu menyambung โakbarโ โ lafaz itu tidak memenuhi syarat berturutan (muwฤlฤt) dan takbir batal.
Jadi, niat hendaklah sudah hadir di hati sebelum lidah mula mengucap takbir, bukan di sela antara dua perkataan tersebut. Ulang takbir dengan betul seandainya terputus; jika solat telah diteruskan tanpa mengulang, solat perlu diulang.
Wallฤhu aโlam.
Assalam
Mohon pencerahan pecahan qasad, taarud dan taayiin bg niat solat jenazah. Syukran jaziilan.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan.
Terima kasih atas pertanyaan yang sangat baik. Untuk niat solat jenazah menurut Mazhab Syafiโi, ada tiga komponen penting yang perlu ada dalam hati:
Contoh niat (dalam hati) bagi imam atau makmum: โSahaja aku solat fardu kifayah ke atas jenazah lelaki/perempuan ini kerana Allah Taala.โ
Jika ingin melafazkan niat di mulut (sunat, bukan wajib), boleh guna lafaz Arab: โUsolli โala hadzal mayyiti fardal kifayah lillahi Taโala.โ
Semoga bermanfaat dan moga Allah menerima amalan kita semua.
Wallahu aโlam.
Syukran ya ustaz. Cuma kalau lafaz dlm arab kedudukannya qasad, taayiin dan taarudh. Betul tak?
Benar, tertib maknawi (susunan di dalam hati) menurut Mazhab Syafiโi ialah:
Namun bagi lafaz Arab di bibir, para ulama membenarkan unsur-unsur tersebut disebut dalam satu rangkap tanpa mensyaratkan susunan yang rigid, selagi semua komponen disatukan sebelum takbiratul-ihram selesai.
Contoh lafaz:
โUแนฃollฤซ สฟalฤ hฤdzฤl-mayyiti fardal-kifฤyah lillฤhi Taสฟฤlฤ.โ
Jadi dalam contoh lafaz ini, urutannya ialah qasad โ taสฟayyun โ taสฟarudฬฃ. Ia tetap sah kerana ketiga-tiga unsur hadir sebelum takbir berakhir.
Kesimpulannya, yang penting ialah makna ketiga-tiga komponen itu lengkap di dalam hati, manakala tertib lafaz Arab boleh didahulukan mana-mana frasa tanpa menjejaskan sahnya niat.
Wallahu aสฟlam.
Assalamualaikum ustaz…adakah apabila kita mengucapkan niat dalam hati samada niat solat atau puasa ianya perlu di lakukan sekali nafas , tidak bolih di buat dalam dua kali sedutan nafas?
Waalaikumussalam warahmatullah.
Untuk menjawabnya secara ringkas: niat tidak perlu dibuat dalam satu nafas. Tidak ada syarat dalam agama yang menetapkan niat mesti dilakukan dalam satu sedutan nafas sahaja.
Yang penting, niat itu hadir dalam hati, iaitu kita sedar dan yakin bahawa kita sedang mahu solat atau berpuasa. Ia boleh berlaku dalam satu nafas atau lebih, asalkan niat itu sudah terbentuk sebelum kita memulakan ibadah. Contohnya, sebelum takbir solat atau sebelum masuk waktu Subuh untuk puasa.
Niat bukan bacaan atau zikir yang perlu dirapikan sebutannya, tapi ia lebih kepada lintasan dan keazaman dalam hati.
Wallahu aโlam.
Assalamualaikum ustaz. Jika kita dah berniat semasa takbir, tiba-tiba ada rasa syak ttg niat ketika rakaat ketiga, tp yakin niat dh betul, cuma tiba2 terniat tanpa sengaja. Tp xde niat nk niat semula, cuma nak ingatkan apa yg sy niat tu je. Batal x solat?
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Jika puan telah berniat dengan betul semasa takbiratul ihram, lintasan hati atau rasa syak tentang niat semasa rakaat ketiga tidak membatalkan solat, kerana niat hanya wajib dilakukan di awal solat. Ingatan tentang niat tanpa sengaja semasa solat juga tidak membatalkan solat.
Solat puan sah, dan was-was seperti ini boleh diabaikan.
Wallahu aโlam.
Assalamualaikum ustaz. Saya menghadapi kesukaran berniat semasa takbir. Maka saya berniat sebelum takbir. Maka saya berniat โaku solat fardu maghribโ dalam hati sebelum takbir. Selepas solat maghrib, saya ragu sama ada perkataan maghrib itu sebelum saya menyebut โAllahโ dalam takbiratul ihram atau semasa menyebut โAllahโ dalam takbiratul ihram. Tapi saya yakin niat saya dah betul. Kalau semasa menyebut โAllahโ dalam takbiratul ihram sah ke solat saya?
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
1. Kedudukan Niat dalam Solat
Dalam mazhab Syafie, niat adalah rukun solat yang mesti dilakukan bersama dengan takbiratul ihram atau sekurang-kurangnya serentak dengan permulaan takbiratul ihram.
Ini bermaksud niat mesti hadir dalam hati semasa mula menyebut “Allahu Akbar” atau tepat sebelum takbiratul ihram.
Jika tuan berniat dalam hati sebelum menyebut takbiratul ihram dan yakin niat tersebut sudah hadir semasa memulakan takbiratul ihram, solat tuan adalah sah. Namun, jika niat hanya hadir selepas menyebut takbiratul ihram sepenuhnya, maka niat tersebut tidak sah, dan solat perlu diulang.
2. Ragu-Ragu Selepas Solat
Perasaan ragu-ragu yang timbul selepas selesai solat tidak memberi kesan kepada kesahihan solat, selagi tuan yakin bahawa niat telah dilakukan dengan betul. Dalam Islam, terdapat kaedah:
“Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan” (ุงููููู ูุง ูุฒูู ุจุงูุดู).
Oleh itu, jika selepas solat tuan merasa was-was sama ada niat berlaku sebelum atau semasa takbiratul ihram, tetapi yakin bahawa niat itu telah hadir dengan betul, maka solat tersebut tetap sah.
3. Kesimpulan
Semoga penjelasan ini memberikan kejelasan kepada tuan. Jika ada sebarang pertanyaan lain, jangan segan untuk bertanya.
Wallahu aโlam.
Assalam ustaz, pecahan niat (qasad, taarud dan takyeen) bagi solat jenazah mcm mn? Perlu ada fardhu kifayah n 4 takbir?
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Niat Solat Jenazah dalam Mazhab Syafi’e
Dalam solat jenazah, niat adalah rukun yang penting dan perlu dilakukan dengan betul. Menurut Mazhab Syafi’i, niat terdiri daripada tiga komponen utama:
Cara Berniat Solat Jenazah
Anda perlu memasukkan ketiga-tiga komponen ini dalam niat anda. Oleh itu, niat solat jenazah adalah seperti berikut:
Dalam Bahasa Melayu:
“Sahaja aku solat atas jenazah ini fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.”
Dalam Bahasa Arab
“Usolli ‘ala hazal mayyiti fardhal kifayati lillahi ta’ala.”
Perlu Ada Fardhu Kifayah dalam Niat?
Ya, perlu. Menyebut fardhu kifayah dalam niat adalah penting kerana ia menentukan hukum solat tersebut (ta’arudh). Ini membezakan solat jenazah sebagai ibadah yang wajib secara kolektif (fardhu kifayah) berbanding solat sunat.
Perlu Menyebut Empat Takbir dalam Niat?
Tidak, tidak perlu menyebut bilangan empat takbir dalam niat. Bilangan takbir adalah rukun dalam perlaksanaan solat jenazah, tetapi ia tidak perlu dinyatakan dalam niat. Fokus niat adalah pada qasad, ta’arudh, dan ta’yin seperti yang disebutkan.
Secara kesimpulannya:
Semoga penjelasan ini memudahkan anda dalam memahami cara berniat untuk solat jenazah. Semoga Allah SWT menerima ibadah kita semua.
Wallahu a’lam.
Syukran jaziilan ya syeikh.
Assalamualaikum ustaz. Boleh ke. Saya menyebut niat solat seperti ini `usholli fardu’ sebab sekolah dulu diajar sebegini.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam Mazhab Syafie, niat solat adalah wajib, tetapi lafaz niat (menyebut niat dengan lisan) adalah sunat dan bukan rukun solat. Oleh itu, cara menyebut niat tidak akan membatalkan solat selagi niat yang sebenar di dalam hati adalah betul dan tepat.
Berkenaan Lafaz Niat “Usholli Farduโ”:
Lafaz niat seperti “
Usholli fardu'...” yang diajarkan di sekolah adalah dibenarkan dan tidak menjejaskan sahnya solat. Dalam Mazhab Syafie, lafaz “usholli” (bermaksud “aku solat”) diikuti dengan jenis solat yang ingin didirikan (contohnya, “farduโ...“) hanyalah sebagai panduan untuk memastikan niat di dalam hati sudah ada.Yang penting ialah:
Oleh itu, jika puan menyebut “
usholli fardu'...” sebagai lafaz niat berdasarkan apa yang dipelajari di sekolah, ia tidak ada masalah dan tidak menjejaskan sahnya solat. Apa yang paling penting adalah niat yang tepat di dalam hati.Kesimpulan:
Lafaz niat seperti “
usholli fardu'” adalah dibenarkan dan tidak menjejaskan solat.Niat dalam hati adalah yang menentukan sahnya solat, dan lafaz hanyalah sunat untuk membantu menguatkan niat.
Wallahu a’lam.