
Bagaimana niat puasa nazar?
Ini adalah panduan lengkap tentang niat puasa nazar (dengan ejaan rumi)
Panduan ini juga membincangkan hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan nazar.
Jika anda sedang mencari mengenai topik ini, maka ini adalah panduan untuk anda..
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Nazar?
Secara definisi, nazar adalah:
Berjanji dengan Allah untuk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat.
Contohnya, jika dia lulus dalam peperiksaannya nanti dia akan berpuasa tiga hari.
Nazar adalah pengakuan bersumpah bahawa seseorang akan melakukan sesuatu apabila tiba satu-satu masa atau apabila berlaku satu-satu peristiwa,untuk sebarang tujuan yang dibolehkan oleh Syara’.
Nazar hanya dibolehkan kepada perkara kebajikan dan sekiranya bernazar perkara haram dan makruh maka tidak sah nazarnya seperti bernazar untuk merogol dan selainnya
Contoh-contoh nazar yang dibenarkan adalah:
- Berpuasa
- Mencukur rambut
- Sedekah
Lafaz Niat Puasa Nazar
Niat puasa nazar adalah seperti berikut:

Nawaitu Shauma Nadzri Lillahi Taala
“Sahaja aku berpuasa nazar pada esok hari kerana Allah Taala”.
Hukum Puasa Nazar
Wajib bagi seseorang yang bernazar menunaikan apa yang di nazarkan berdasarkan apa yang disebut ketika bernazar dengan berlandaskan syarak.
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan:
Apabila seseorang itu bernazar puasa sepertimana yang diucapkan contohnya “demi Allah aku akan berpuasa” atau “aku akan berpuasa pada hari berikut dan berikut” maka wajib dia menunaikan puasanya seperti yang dinazarkan.
Dan begitu juga kalau ia bernazar dengan berpuasa sama ada bilangan hari ataupun nama hari yang ditetapkan
( al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/512 )
Niat puasa nazar perlu berturut dan disegerakan untuk ditunaikan dan tidak dilengah-lengahkan untuk mengerjakannya.
Bagi keuzuran tertentu yang dibenarkan oleh syarak, seseorang individu itu boleh qada puasa sekaligus dengan puasa ganti nazar bersama dengan puasa sunat Isnin Khamis atau puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain.
Kafarah Puasa Nazar
Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT.
Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT.
Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.
Namun, jika tidak dapat menunaikannya, maka wajib hukumnya untuk membayar kafarah atau istilah lainnya tebusan.
Berikut ini adalah beberapa kafarah yang dapat ditebus ketika bernazar
- Memberikan makan kepada sepuluh orang miskin atau orang kurang mampu
- Memerdekakan satu orang budak
- Memberikan pakaian kepada sepuluh orang miskin
- Apabila tidak bias melakukan tiga jenis kafarah diatas, diperbolehkan untuk berpuasa selama tiga hari seperti yang diperintahkan Allah dalam surah Al Maidah ayat 89.
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.
— surah Al Maidah ayat 89.
Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:
- Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
- Memerdekakan seorang hamba
- Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.
Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan di dalam Al Quran.
Kelebihan Melakukan Puasa Nazar
Apakah kelebihan melaksanakan puasa nazar?
Sekurang-kurangnya ada dua faedah kepada diri kita:
1. Memupuk Sikap Bersyukur
Melakukan puasa nazar merupakan ungkapan rasa syukur kita kepada Allah SWT, atas segala nikmat dan keberhasilan yang didapatkan.
Ia bukan sahaja sebagai sebuah kewajipan, tetapi juga sebagai bentuk tanggungjawab dan tanda syukur atas nikmat yang telah diterima.
2. Menjadi Orang Yang Menepati janji
Puasa nazar merupakan janji yang dibuat dan diikrarkan seseorang pada dirinya sendiri dengan Allah SWT.
Dengan demikian, belajar menepati janji atau ikrar tersebut merupakan sikap yang sangat baik untuk membuat seseorang menjadi tanggung jawab terhadap janjinya.
Penutup
Semoga panduan ini dapat membantu anda.
Jika anda sebarang pertanyaan berkaitan puasa, anda boleh tinggalkan soalan tersebut pada ruangan di bawah.
InsyaaAllah saya sedaya upaya akan membantu anda
Assalamu’alaikum, ustaz, sy nak tanya, sy niat puasa nazar pada waktu mlm, tetapi esok hari pada waktu petang baru saya teringat sy niat puasa nazar utk hari tu. Jadi sy cuma kena gantikn puasa nazar utk hr tu kan?
Wassalam. Ya. Jika awak sudah makan, minum dan buat perkara yang membatalkan puasa sebelum petang itu, maka puasa hari itu tidak sah dan kena buat pada hari lain.
ustaz , bolehkah saya bernazar , sekiranya saya lulus temuduga pekerjaan (sekian sekian) , saya akan sedekah kpda kakak, adek2 saya setiap bulan? . sekiranya gagal temuduga tu? adakah saya kne tunaikan niat itu?
Boleh.
Jika gagal, maka tidak perlu tunaikan nazar.
Salam Ustaz, saya ingin bekas isteri kembali kpd saya. Adakah boleh saya bernazar untuk itu dan bagaimana caranya? Jika saya berpuasa nazar sekarang tetapi isteri belum kembali, adakah itu dikira bernazar?
Wassalam.
Boleh. Tiada masalah bernazar sebegitu selagi bekas isteri tuan belum berkahwin lain.
Nazar hanya wajib ditunaikan selepas tuan dapat seperti apa yg dihajatkan. Jika belum tercapai, maka tidak perlu tunaikan nazar
salam ust jika saya telah bernazar untuk berpuasa selama 60 hari tp tidak secara berturut-turut..dan sy berpuasa sunat pd hari khamis tetapi tidak niat pd waktu malam dan sekali dgn nazar..adakah diterima ust?
Wassalam.
Jika tidak bernazar secara berturut-turut, maka boleh lakukan secara sikit-sikit.
Boleh niat pada siangnya, tetapi dengan syarat masih belum makan atau minum pada hari itu.
Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya, untuk puasa 3 hari sekiranya tidak mampu melakukan 3 kafarah yang disenaraikan.
Wassalam,
1) Ya dilakukan secara berturut-turut. Jika terputus, kena ulang semula dari hari pertama.
2) Boleh niat dalam bahasa melayu sahaja. Contohnya “sahaja aku niat puasa kafarah nazar kerana Allah Taala”
Assalamualaikum, ustaz saya serius nak bertanya, kalau kita bernazar untuk perkara seperti pasukan bolasepak menang piala ni wajib bayar juga ke ustaz? Adakah saya sudah bernazar untuk perkara yang tidak membawa manfaat? Saya sudahpun berpuasa dan sudahpun membayar kaffarah nazar saya dengan memberi makan 10 fakir.
Wassalam. Ya kalau sudah niat nazar maka wajiblah tunaikan.
Yang tak boleh adalah bernazar perkara haram dan makruh maka tidak sah nazarnya seperti bernazar untuk merogol, mencuri, nak berbogel dikhayak ramai dan selainnya.
Assalamualaikum mohon pencerahan ustaz. Saya sangat keliru sekarang ni. Saya ada niat untuk bernazar apabila khatam quran untuk berpuasa sehari. Tapi saya melambat2 kan sampai lah saya dah khatam lagi sekali. jadi saya kena bayar kafarah kan dengan berpuasa 3 hari? Mohon bantu saya.
Wassalam.
Awak boleh berpuasa 3 hari kalau tak mampu lakukan tiga perkara ni:
Assalamualaikum Ustaz,
saya pernah bernazar puasa sehari dan disertai hendak buat sedekah selama setahun yakni 12 bulan tapi saya terlewat dan baru hendak menunaikan nazar tersebut.
Hari ini saya sedang melakukan puasa Qada Ramadhan sekali dengan puasa Nazar sehari tu dan saya juga sudah bersedekah sejak bulan lepas. (Maknanya bulan 8 dan 9 saya sudah bersedekah untuk 2 bulan berturut-turut dan akan diteruskan untuk 10 bulan lagi.)
Namun saya ada kekeliruan, kifarah saya hanya 3 hari puasa sahaja kah sbb kelewatan melakukan 2 perkara tersebut?
atau 2 x kifarah, satu untuk puasa, satu untuk sedekah?
Bolehkah niat puasa nazar dan sedekah itu dlm bahasa melayu ustaz.
lagi satu , boleh ke sekalikan puasa QADA ramadhan dengan puasa nazar/kifarah ni?
kalau ada perkara yang patut saya perbetulkan mohon pencerahan ustaz, terima kasih.
Wassalam.
1) kalau awak tak mampu untuk lakukan 3 perkara ni:
.. barulah awak lakukan puasa 3 hari berturut.
2) Boleh, tiada masalah untuk niat dalam bahasa melayu
3) Boleh, tiada masalah untuk sekali kan puasa qada dan puasa nazar
Assalamualaikum ustaz, nak Tanya Disebabkan saya sudah terlalu lewat utk buat nazar derma, saya masih perlu lakukan nazar derma saya beserta kaffarah 3 hari puasa kan ustaz. Kafarrah 3 hari tu straight ke ustaz?
Wassalam. Ya 3 hari tu secara berterusan.
Assalamualaikum tuan/ustaz. Saya berniat nazar untuk berpuasa selama 30 hari iaitu sbulan. Pada hari ke empat saya tidak berpuasa ( 1 hari ) dan sambung kembali berpuasa pada hari ke 5. Bolehlah begitu? Kerana pada waktu sy berdoa utk bernazar sy tidak menyebut berturut2. Tapi hanya menyebut akan berpuasa selama sebulan. Tolonglah sy tuan. Sy sedikit keliru. Boleh kah sy SKIP puasa. Tapi tetap akan cukupkan sebulan. Atau definisi sebulan itu adalah bermaksud berturut2?
Wassalam.
Begini, nazar adalah mengikut apa yang tuan niatkan.
Jika tuan memang niat puasa sebulan tapi buat sikit-sikit, maka dibolehkan puasa sebegitu.
Jika masa niat itu tuan niat untuk puasa berturut-turut, maka kena puasa berturut-turut lah. Jika tidak dapat, maka kena bayar kafarah.
Assalamualaikum, Saya pernah bernazar jika sembuh dari penyakit, saya ingin menderma darah.. Alhamdulillah sekarang saya sudah sembuh.. Dan saya bertanya kepada doktor boleh kah saya menderma darah.. Atas saranan dokter saya tidak dibenarkan derma darah disebabkan masih mempunyai masalah kesihatan lain.. Bagaimana dengan nazar saya? Adakah saya perlu membayar nazar? Terima kasih.
Wassalam.
Puan boleh menangguh dahulu sehingga benar-benar mampu menderma darah
Atau jika dirasakan memang sudah tidak dapat melakukannya, maka puan boleh bayar kafarah bagi menebus nazar tersebut.
Assalamualaikum, saya telah bernazar untuk berpuasa selama 5hari kalau saya mendapat keputusan baik dalam PMR.. saya lalai sehingga sekarg saya belum tunaikan nazar saya itu lebih kurang 20 tahun lalu.. Jadi apa kah panduan untuk saya tunaikan nazar saya itu.. Adakah masih sah saya melakukan puasa selama 5hari sebab sudah lama saya tidak tunaikan nazar saya.. Terima kasih
Wassalam.
Pada dasarnya puasa nazar itu wajib ditepati tanpa bertangguh.
Jika tuan sudah tertangguh untuk buat nazar tersebut, maka kena tambah satu perkara lagi iaitu bayar kafarah (puasa nazar 5 hari tersebut + kafarah)
Kafarah untuk menebus nazar adalah seperti berikut:
Boleh pilih salah satu kaedah kafarah di atas
Assmlkum ustaz, contoh kalau sy dh bernazar nk sedekah duit kt msjid jika sy berjaya dlm spm..tpi sy sedekah tu bukan selepas tpi time sy exam tu sy dh sedekah.. boleh kee
sy sedekah awal sbb sy tkut bila dpt keputusan yg bguss nti sy lupa nk tunaikan jnji sy tu ataupn mpunyai mslah wang dngn tiba2.. Jadi ustaz x salahkan kalau sy sedekah awal2 lps dh bernazar nk sedekah duit kt msjid
Boleh, tapi ia tidak dikira nazar. Ia dikira sebagai sedekah sahaja.
Sebab definisi Nazar adalah pengakuan bersumpah bahawa seseorang akan melakukan sesuatu apabila tiba satu-satu masa atau apabila berlaku satu-satu peristiwa,untuk sebarang tujuan yang dibolehkan oleh Syara’.
bagaimana bacaan niat untuk berpuasa bagi yang melanggar nazar?
asslammualaikum ustaz,,,saya bernazar utk berpuasa selama 14 hari kerana anak saya dapat menyambungkan pengajiannya..
saya ingin bertanya..bolehkah puasa itu kita lakukan tanpa henti selama 14 hari berturut-turut atau boleh dilakukan dengan berselang hari sehingga cukup 14 hari …mohon minta pencerahan..terima kasih
Wassalam,
Begini, kalau puan masa niat nazar itu, berniat untuk puasa 14 hari ‘berturut-turut’ maka wajib kena puasa secara berturut-turut.
Jika puan niat nazar puasa 14 hari sahaja (tanpa ada berturut-turut), maka boleh dilakukan secara selang hari sehingga cukup.
Ustaz, saya pernah bersumpah tahun lepas bahawa saya tidak akan lagi melakukan onani 3 kali.Tetapi malangnya, saya telah melanggar sumpah tersebut. Jadi, selepas saya melanggar sumpah tersebut, saya telah beronani dengan berulang-ulang kali. Jadi, Perlukah saya membayar kafarah setiap kali saya beronani? Atau saya hanya perlu membayar kafarah sekali sahaja? Adakah saya perlu bayar kafarah? sebab umur saya 13 tahun. dan saya Hanya mampu berpuasa 3 hari.
Ustaz, saya pernah bersumpah tahun lepas bahawa saya tidak akan lagi melakukan onani 3 kali.Tetapi malangnya, saya telah melanggar sumpah tersebut. Jadi, selepas saya melanggar sumpah tersebut, saya telah beronani dengan berulang-ulang kali. Jadi, Perlukah saya membayar kafarah setiap kali saya beronani? Atau saya hanya perlu membayar kafarah sekali sahaja? Adakah saya perlu bayar kafarah? sebab umur saya 13 tahun. dan saya Hanya mampu berpuasa 3 hari.
Saya pernah bernazar untuk puasa selama 7 hari.namun saya leka dan lupa tentang nazar saya?
Dan kini saya nak laksanakan nazar itu tetapi saya keliru sama ada laksanakan nazar puasa 7 hari yg saya tidak laksanakan atau membayar kafarah mohon admin beri penjelasan saya keliru…
Bolekah sy berniat tuk bpuasa nazar selama sehari?
Boleh
Saya berusia 25 tahun, sihat. Bolehkan saya berpuasa sekaligus dengan puasa ganti?
Boleh, tiada masalah :-)
sya nk bernazar berpuasa selama seminggu.. dengan niat supaya kawan sya sihat dari sakit buatan org.. boleh tk ea.? ?
Boleh..