Hukum Dan Definisi Hiburan Dalam Islam

Hiburan Dalam Islam

Apakah konteks hiburan dalam Islam?

Dan apakah hukum berhibur dalam Islam?

Artikel ini akan menerangkan definisi hiburan dalam Islam, hukum berhibur dan syarat-syarat yang dibenarkan.

Mari kita mulakan..

Pengenalan

Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh semua manusia.

Semua orang menginginkan hiburan untuk menghiburkan hati mereka.

Namun, adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan terasebut untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT?

… atau menyalahgunakan hiburan tersebut untuk perkara-perkara maksiat?

Takrif Hiburan Dalam Islam

Dalam bahasa Arab disebut sebagai al-lahw ( اَللَّهْوُ ) iaitu semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidur mereka.

Hiburan juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.


Takrifan menurut Mustafa al-Bugho, Mustofa al-Khin, Ali al-Syarbaji, 2005. Al-Fiqh al-Manhaji. Jil 8. Terjemahan Ridzuan bin Hasyim, Juanda bin Jaya, Azizi bin Ismail, Mohd Asri bin Hashim, Salehan bin Ayub. Malaysia: Prospecta Printers Sdn Bhd. hlm. 2129

Hukum Hiburan Dalam Islam

Hukum hiburan dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Hiburan Yang Tidak Memberi Apa-Apa Kesan Yang Buruk atau Baik

Contohnya, berada dalam majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa.

Hukum hiburan sebegini adalah makruh


2. Hiburan Yang Memberi Kesan Buruk

Memberi kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat, contohnya berhibur sehingga mengabaikan solat, bekerja mencari rezeki dan sebagainya.

Hiburan sebegini hukumnya adalah haram.


3. Hiburan Yang Memberi Kebaikan

Hiburan yang memberi kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandingan memanah, permainan yang berfedah, dan apa sahaja hiburan yang diterima baik oleh rasional manusia.

Hukum hiburan sebegini adalah harus dan dibenarkan.

Syarat-Syarat Sukan Yang Diharuskan


Sukan juga adalah tergolong dalam kategori hiburan.

Dalam Islam, terdapat syarat-syarat sukan yang diharuskan melakukannya.

Syarat-syarat tersebut adalah:

  • Tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya.
  • Tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya.
  • Tidak melibatkan perkara-perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan.
  • Tidak wujud penipuan.
  • Menutup aurat.
  • Tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda.
  • Tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama.
  • Tidak membazirkan wang untuk sukan dan peralatan yang terlalu mahal.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul
Nurul
3 tahun yang lalu

..‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Maaf saya nak tanya, kalau perempuan menyanyi hukumnya haram ke? Menyanyi untuk hiburkan hati je. Contoh macam menyanyi dlm apps nama smule tu. Tapi dalam tu semua blh dgr la suara kita. Tapi saya xletak gambar atau video pun. Semata2 suara shj. Ustaz blh tlg bg sy jawapan x? Saya xtahu nk tanya siapa.. tlg sy ustaz..

human
human
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz, jikalau hiburan seperti menonton drama korea dan melayu, mendengar lagu-lagu korea, dan sebagainya tetapi tidak melalaikan tetap tidak dibenarkan ya disisi syariat Islam? Contohnya saya minat mendengar lagu dari korea tetapi tidaklah saya mengidolakan mereka, cuma mendengar sahaja.. apakah hukumnya ya?

Unknown
Unknown
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum, ustaz. Kawan saya ada anjurkan tournament game PUBG. Dia kumpul yuran semua team dan separuh dijadikan sebagai hadiah dan separuh buat belanja tournament. Saya tahu ianya haram dan dikategorikan sebagai judi. Saya memang tidak akan main. Tapi seandainya, saya main, tapi kawan saya yang belanja yuran saya dan saya tidak akan mengambil hadiah tersebut sekiranya team saya menang, hanya teammates saya je yang ambil wang hadiah tersebut, adakah saya tetap dikira berjudi? Soalan kedua, apakah cara untuk menghalalkan tournament tersebut? Sebab saya ada tengok video ustaz yang lain di youtube tentang muhallil, kalau tidak silap saya. Saya kurang jelas berkenan muhallil tersebut bersesuaian dengan fatwa kebangsaan negara kita. Sekian ☺️

Last edited 4 tahun yang lalu by Unknown