Seperti yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam.
Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula-mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan kita.
Sabda Nabi S.W.T:
Tidak diterima solat tanpa bersuci”
— Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar
Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat.
Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat.
Tidak sah solat tanpa bersuci.
Ok, itu dari sudut agama.
Kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi.