Kawan Baik Tapi Kenapa Kawan Baik Sendiri Yang Menyakitkan Hati?

kawan baik
kawan baik yang mengkhianati

Sakit.. yang amat!

Backstab!

Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik-beradik sendiri.

Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.

Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih.

Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit.

Sakit tanpa luka.

Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

kawan baik

Baca Sepenuhnya

Apakah Cantik Itu Salah?

cantik
cantik

Dik, kamu harus pakai tudung. Wajah kamu cantik, boleh mengundang lelaki untuk memandang..

MUNGKIN ungkapan itu pernah anda terima daripada seorang teman. Sebuah nasihat yang bersulam rasa keikhlasan daripada seorang teman, bukan perintah ataupun cemuhan.

Memang, menjadi wanita yang cantik bukan perkara yang mudah.

Mereka sering dipersalahkan menjadi punca apabila ada lelaki yang gagal menundukkan pandangan lantaran terpasung oleh kecantikan muslimah itu.

Cantik

Muslimah pada zaman moden ini rata-ratanya memang mempunyai rupa fizikal yang cantik.

Kulit putih, gigi yang rapi, mata yang berkaca, senyuman yang manis dan ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis fesyen muslimah sekarang ini menjadi bukti kecantikan seseorang.

Kecantikan seorang muslimah boleh menangkap dan menyita pandangan setiap lelaki, lantas hati terpikat dan terpanggil untuk memiliki pemilik seraut wajah yang indah bak purnama itu.

Maka tidak hairanlah apabila kaum muslimah sering  mendapat godaaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miscall.

Tapi apakah itu semua adalah salah mereka?

Apakah ini semua berlaku lantaran kesilapan mereka kerana mempunyai wajah yang memikat?

Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka hanya memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.

Baca Sepenuhnya

Kelebihan Hari Jumaat dan Surah Al-Kahfi

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Baca Sepenuhnya

5 Tips Mengubat Patah Hati Yang Berkesan

patah hati
patah hati

Patah hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan / lamarannya.

Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta.

Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah.

Kalau dilihat dari segi apa-apa pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati.

Status hubungan pasangan atau couple ini tidak  jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius.

Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang melampau seperti zina.

Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan.

Baca Sepenuhnya