Bagaimana Tabiat Kita Terbentuk Secara Neurologi?

tabiat
Tabiat terbentuk dengan Istiqamah | cauliflower head by myraincheck

Bagaimana Tabiat Kita Terbentuk?

Pernahkah kamu terfikir bagaimana pemikiran serta tabiat seseorang terbentuk?

Masih ingat lagi apabila kamu cuba untuk melakukan sesuatu azam yang baru seperti ingin berjoging setiap minggu, mahu membaca lebih banyak buku serta berazam mahu mengulang kaji pelajaran setiap hari?

Termasuk juga dengan keinginan untuk melakukan solat tahajud setiap malam. Jadi pernah terfikir mengapa ianya seperti sukar untuk kamu melakukannya dan sering akhirnya tergendala?

Jawapannya.. jaringan neuron yang terbentuk dalam otak kamu berkenaan perkara tersebut masih belum kukuh.

Dan melalui artikel ini kamu akan mengetahui dengan jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan jawapan itu sekaligus memberi semangat untuk kamu melakukan perubahan dengan adanya pengetahuan baru ini.

Baca Sepenuhnya

Terima Hakikat – Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Sekiranya kita selalu mengganggap setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan, maka sebenarnya kita salah.

dibalas dengan kebaikan
The rain by OjosVerde

Dalam dunia nyata yang melibatkan perhubungan sosial manusia sesama manusia — tiada kepastian seperti itu.

Tidak ada jaminan bahawa kebaikan yang kita lakukan akan dilihat sebagai sesuatu yang baik oleh orang lain, apatah lagi untuk dibalas juga dengan kebaikan.

Walau bagaimanapun, kita juga harus beringat bahawa tidak semestinya kebaikan selalu dibalas dengan keburukan.

Ada sebuah kisah mengenai seorang wanita yang hobinya suka menulis.

Setiap hari dia akan menunjukkan kemampuan menulisnya dengan update status dan catatan yang sudah tentu dianggapnya bagus.

Dia sering “tag” sahabat-sahabat facebooknya dengan harapan catatan statusnya itu akan mendapat maklumbalas.

Kini dia sedang dirawat di rumah sakit jiwa.

Mengapa?

Baca Sepenuhnya

Tampil Indah Dengan T-Shirt Dan Jubah dari Butik Muslimah Wafiyya

Butik muslimah
Butik muslimah Wafiyya

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Berhias  merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam.

Islam menganjurkan umatnya agar selalu tampil indah dan cantik kerana Islam itu sendiri amat cantik dan indah.

Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri.

Muslimah yang taat dan patuh kepada syariat, tidak seharusnya membiarkan dirinya kelihatan tidak berseri dan tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum, terutamanya bagi mereka yang sudah bersuami

Satu perkara yang mesti kita ketahui adalah bahawa penampilan kita akan memunculkan kesan bagi sesiapa yang melihatnya. Ketika orang lain yang pertama kali bertemu dengan kita, mereka akan menanggapi kita daripada cara kita berpakaian.

Justeru itu, bagaimana kita ingin dikategorikan?

Baca Sepenuhnya

Tadbir masa dengan baik. Struggle in everything you done!

baik
Baik dalam merancang | Just a wish by Kyuthi

Bismillahi Wal-Hamdulillah.

Assalamu’alaikum wbt. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan kudrat, ruang, masa dan paling buat ana bersyukur lagi, kerana masih dikurniakan ni’mat IMAN dan ISLAM pada ana serta ni’mat memperjuangkan ISLAM. Allahuakbar!

Pertama sekali, mari kita perbaiki syahadah kita; 

“Ana naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.” 

Subhanallah. Al-Hamdulillah. Allahuakbar.

Tadbir dan taqdir.

Kejujuran dan ketelusan dalam memaknai taqdir Allah Ta’ala.

Siapa yang lebih mengetahui keperluan setiap daripada kita?

Dia. Sang Pencipta. Allah Ta’ala. Sang Rabb. Yang Maha Mengetahui selok-belok ‘perjalanan’ kita.

Andai ingin taqdir yang terbaik, kena ada cara yang terbaik untuk mentadbir segala aspek dalam kehidupan ini. Pengurusan yang terancang. Pelaksanaan yang ‘sempurna’.

Ibarat pepatah arab yang acapkali diperkatakan :

Man Jadda Wajada! Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti dapat!

Masa. Salah satu komponen penting dalam kehidupan kita. Terlalu penting.

Suka ana katakan;

Al-waqtu juz’un minal i’laj wat takwim.”

Maksudnya : Waktu itu sebahagian dari rawatan dan pembentukkan.

Ibarat sebuah litar elektrik yang tidak lengkap tanpa komponen yang diperlukan dalam sesebuah litar. Maka, tidak akan ada fungsi litar tersebut.

Tidak ada manfaat pada sekeliling. Sia-sia, kan?

Baca Sepenuhnya

Bukan Mudah Memutuskan Hubungan Tetapi Kuatlah Kerana Allah

hubungan
hubungan yang sukar dipisahkan | Time to let go. by incredi

Kalau lah diikutkan hati remaja ku ini, memang aku tak sanggup nak memutuskan hubungan yang sudah memakan masa dua tahun ini.

Tapi disebalik rasa itu, aku percaya Allah sudah tentukan yang terbaik untuk ku walaupun bukan sekarang tetapi In Sha Allah di akhirat sana.

Perempuan, sungguh hatinya sangat nipis tak seperti kebanyakan lelaki.

Baca Sepenuhnya