Mengapa Kita Harus Lupakan Untuk Nampak Baik dan Sopan?

orang sopan
Selalu dipergunakan kerana anda baik dan sopan?

Apa salahnya untuk menjadi sopan?

Sepanjang hidup ini, saya selalu dicop sebagai budak sopan.

Selalunya sebab kerana saya ini jenis pendiam, pemalu dan kononnya nampak baik.

Apabila saya fikir dan imbas kembali, sebenarnya menjadi ‘terlalu sopan’ ini kadangkala boleh memberi banyak masalah kepada saya.

Apabila kita berusaha untuk nampak baik dan tidak mempedulikan perasaan serta kehendak kita sendiri, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap diri kita.

Mereka nampak kebaikan dan kesopanan itu satu kelemahan.

Kelemahan yang boleh diambil kesempatan.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Cara Masuk Kerja Kerajaan Secara Mudah?

cara senang masuk kerja kerajaan
Bagaimana cara yang betul masuk ke kerja kerajaan?

Bagaimana cara masuk ke kerja kerajaan?

Apakah panduan daftar masuk ke SPA secara betul?

Dan adakah berbaloi berusaha bermati-matian untuk masuk ke kerja kerajaan?

Kelebihan dan keburukan bekerja disektor kerajaan

Saya telah bekerja di kedua-dua sektor ini, swasta dan kerajaan.

Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan kelebihan dan kekurangan bekerja dikedua pihak, iaitu pihak swasta dan kerajaan.

Secara ringkasnya, kerja kerajaan ada sedikit kelebihan dari sudut ketenangan jiwa. Mengapa?

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Mengingat dan Menyerap Buku yang Dibaca?

bagaimana mengingat buku?
Bagaimana menyerap buku hingga ke salur darah otak?

Bagaimana untuk mengingati buku yang dibaca?

Membaca buku yang baik boleh menjadi satu pengalaman yang berharga.

Tetapi ia juga boleh menjadi satu perkara yang mengecewakan apabila maklumat yang kita baca hanya terapung melalui kepala tanpa melekat dalam ingatan kita.

Namun terdapat beberapa kaedah yang benar-benar boleh memberi kesan dalam mengekalkan maklumat dan menyerap buku yang kita baca.

Kaedah ini berguna dan efektif dalam mengingat informasi yang kita baca dari sesebuah buku.

Mari saya terangkan satu persatu.

Baca Sepenuhnya

Jangan Memudahkan Perkara ini dalam Kehidupan, atau Anda akan Menyesal..

Kita semua inginkan kehidupan yang mudah.

Kehidupan yang mudah, tenang dan gembira.

Saya juga begitu, tidak berbaloi untuk menjalani kehidupan yang singkat ini dengan hati yang dingin, keras dan dilalui dengan sukar.

Kehidupan kita, kitalah yang berhak menentukan.

Kitalah yang memilih sama ada hidup dengan tenang, atau ingin hidup dengan penuh penyesalan.

Namun memudahkan kehidupan tidak semudah yang kita sangka.

Ia memerlukan kita menilai kembali pemberatan setiap aspek dalam kehidupan kita dan setiap keputusan yang ingin kita ambil.

Walau apa pun yang kita buat untuk memudahkan kehidupan seharian kita, ada beberapa perkara kita harus sensitif dan berhati-hati, serta tak boleh kita abaikan.

Baca Sepenuhnya

Mengapa kita sering Mementingkan Hasil daripada Usaha?

mementingkan hasil dan usaha
Adakah kita tidak patut mementingkan hasil dalam setiap apa yang kita usahakan?

Pernah ataupun tidak, apabila sesuatu yang kita kerjakan tidak menjadi seperti yang diharapkan, perasaan kecewa laju memanah hati kita?

Adakah ini cara yang betul dalam hendak mencapai kejayaan dalam hidup?

Apakah cara yang efektif dalam mencapai kehendak hidup kita?

Baca Sepenuhnya