Mengapa kita sering Mementingkan Hasil daripada Usaha?

mementingkan hasil dan usaha
Adakah kita tidak patut mementingkan hasil dalam setiap apa yang kita usahakan?

Pernah ataupun tidak, apabila sesuatu yang kita kerjakan tidak menjadi seperti yang diharapkan, perasaan kecewa laju memanah hati kita?

Adakah ini cara yang betul dalam hendak mencapai kejayaan dalam hidup?

Apakah cara yang efektif dalam mencapai kehendak hidup kita?

Kebiasaannya, jika seseorang lebih mementingkan hasil, maka dia akan cenderung untuk kecewa, putus asa dan tidak menghargai usahanya apabila dia tidak mendapat apa yang diimpikan.

Sebaliknya, jika dia mementingkan usaha lebih daripada hasil, apa sahaja keputusan yang dia akan pada akhir nanti, dia akan cenderung untuk menutupi kegagalannya dengan alasan “ aku dah buat yang terbaik, nak buat macam mana, tiada rezeki”.

Bukanlah saya kata semua yang mementingkan satu perkara ini akan berakhir sedemikian, cumanya ada kecenderungan yang tinggi ke arah itu.

 

Situasi di atas sering berlaku dalam masyarakat kita kini.

Kita harus mengubah cara berfikir semua insan untuk menggalakkan proses pembangunan dalam masyarakat kerana ketidakseimbangan dua perkara ini hanya akan meruntuhkan masyarakat.

Apa buktinya?

Mari kita renung isu yang berlaku dalam masyarakat kita.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menunjukkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lepas.

Apakah kaitan statistik ini dengan usaha dan hasil?

Tajuk perbincangan hari ini merupakan salah satu faktor penekan kepada penceraian.

Jika pasangan suami isteri itu mengalami krisis rumahtangga yang melibatkan masalah ekonomi dan juga sering bergaduh akan perkara kecil.

Hasil yang diharapkan mereka adalah ingin mencapai duit yang banyak dan juga tidak mahu bergaduh akan perkara kecil.

Bagi mereka yang mementingkan hasil, mereka akan cenderung untuk mengabaikan pendidikan di dalam insititusi keluarganya kerana terlampau sibuk bekerja lebih masa untuk mencapai wang yang banyak dan apabila dia tidak mencapai ‘target’ yang diimpikan, kekecewaan itu dibawa ke rumah dan orang rumah terkena tempiasnya dan tercetuslah pergaduhan.

Lain pula bagi mereka yang mementingkan usaha, perasaan ego akan timbul di dalam diri mereka dimana apabila mereka rasa masing-masing dah cuba yang terbaik untuk tidak bergaduh perkara yang kecil dan jika pergaduhan tercetus, itu bukanlah salah mereka, tetapi salah pihak yang lagi satu.

Ego mereka akan memandu mereka kepada perasaan “ nak buat macam mana, tiada rezeki, cerai sahajalah.

Lihat betapa pentingnya tajuk perbincangan hari ini kerana jika kita tidak membetulkan pemikiran kita mengenai perkara ini, ia bukan sahaja memberi impak kepada insititusi kekeluargaan, malah ia akan beri impak dalam semua aspek di dalam sesebuah masyarakat.

Jika anda terjerumus di dalam situasi yang melebihkan salah satu perkara yang sedang hangat diperbincangkan ini, anda berada di dalam zon bahaya!

Akibat memposisikan diri kita di dalam zon bahaya ini adalah tidak terkira.

Berikut adalah antara yang kita sering kita alami atau lihat berlaku dalam kehidupan:

  • Yang pertama, ia akan menjadikan kita seseorang yang tidak yakin dengan diri sendiri dan selalu sahaja mengharapkan orang lain.
  • Kedua, ia menjadikan kita seorang yang tidak berdikari. Ketiga, kita boleh kerap murung dan memori kegagalan itu sentiasa menghantui kita.

Akibat ini dapat diteruskan sehingga seribu ataupun sejuta kerana kebahayaannya itu kita tidak nampak.

Berada di dalam zon ini dapat diumpamakan seperti ingin duduk di atas kerusi yang kelihatan selamat tetapi sebenarnya rapuh, bila sudah duduk, baru kita tahu apa itu erti kesakitan.

Melihat perbincangan di atas ini, kita dapat menimbulkan satu persoalan yang utama: Apakah solusi terhadap permasalahan ini? Bagaimana kita hendak mengimbanginya?

Secara luarannya, kita mampu lihat jika seseorang itu mengimbangi dua perkara ini di dalam hidupnya. Manifestasinya adalah seperti berikut.

Katakan bahawa anda sudah berusaha bersungguh-sungguh dan anda gagal. Anda tidak merasakan yang usaha anda sia sia dan pada masa yang sama, anda juga mahukan hasil yang memberangsangkan.

Maka dengan ini, anda akan cuba analisa usaha anda dengan mengenal pasti apakah kekurangan ataupun lompong yang wujud di dalam usaha anda yang menghalang anda dalam mencapai matlamat yang anda inginkan tidak kira berapa kali anda gagal atau jatuh.

Inilah jawapan kepada permasalahan di atas. Inilah apa yang anda harus lakukan dalam hidup anda.

Bunyi mudah kan? Realitinya adalah sukar untuk dilaksanakan, tetapi ingat, ia tidak mustahil kerana ia memerlukan semangat juang hidup yang tinggi untuk berterusan bersifat sebegitu.

Akan tetapi perlu diingat bahawa anda lah orang yang harus menetapkan apakah itu gagal, lulus dan cemerlang.

Jangan biarkan orang lain mempengaruhi anda. Tambahan kepada akibat kita berada di dalam zon bahaya adalah kita senang dipengaruhi orang.

Sebagai contoh, jika orang sekeliling kita berkata bahawa lulus adalah gred C. maka kita pun menerima bahawa lulus adalah gred C.

Bila mindset kita sudah begitu, maka prestasi kita tidak akan beberapa menyerlah dan akan sama rata sahaja dengan orang lain.

Tetapi cuba lihat pula situasi ini:

Jika anda meletakkan bahawa gagal itu adalah gred C dan lulus adalah gred B (walhal pada hakikatnya lulus adalah gred C) dan cuba mengubah kemampuan diri anda ke arah hasil yang anda inginkan.

Anda akan lihat perubahan dalam prestasi anda kerana anda telah meletakkan target hasil yang tinggi dan anda ingin membuktikan bahawa anda mampu menjadi sesuatu lebih daripada yang anda jangkakan.

Mempunyai perasaan seperti di atas tidak menghasilkan ketidakseimbangan antara dua perkara.

Malah ia lebih membantu dalam proses keseimbangan kerana bila anda sudah meletakkan hasil yang tinggi, anda akan sentiasa merasakan bahawa usaha anda perlukan lebih improvasi, ini menunjukkan bahawa anda sudah mencapai tahap analisa dalam memastikan usaha anda adalah yang terbaik untuk mencapai apa yang anda inginkan.

Ini adalah amat berlainan dengan orang yang mementingkan hasil yang telah dikatakan di atas. Orang yang sebegitu tidak mempunyai cara berfikir sedemikian.

Dia hanya mahu hasil yang memberangsangkan.

Itu sahaja matlamatnya tanpa meletakkan kayu ukur kegagalan dan kejayaan yang sesuai dengan kemampuan dirinya.

Jadi tunggu apa lagi? Masih mahu diselubungi kekecewaan sepanjang hidup anda? Berubahlah ke arah yang lebih baik.

Semoga berjaya!

Artikel ini adalah kiriman oleh Wan Harith Iskandar Bin Wan Roslan, pelajar UIAM (Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law). Blog beliau boleh diakses DISINI. 

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
PRO100
PRO100
7 tahun yang lalu

Untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat, kita mesti meningkatkan program kita untuk pembangunan sumber manusia dengan pesatnya. Memang ada keperluan untuk menjamin kewujudan masyarakat Bumiputera yang mampu supaya setaraf dengan masyarakat bukan Bumiputera. Memang ada keperluan untuk revolusi mental dan perubahan budaya. Semua tugas untuk memajukan diri perlu kita lakukan sendiri. Dalam usaha memperbetul ketidakseimbangan ekonomi, perlu wujud penekanan penuh untuk mencapai kemajuan dengan segera serta hasil yang produktif – pada kos paling rendah dari segi ekonomi dan masyarakat.

K3Cottage
K3Cottage
7 tahun yang lalu

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. 10. Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

WEBMARKA
WEBMARKA
7 tahun yang lalu

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. 10. Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.