
Bagaimana jika kita tertinggal rukun atau perbuatan dalam solat dan hanya tersedar selepas salam?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:
Selepas memberi salam baru kita teringat telah tinggal satu rukun contohnya fatihah adakah boleh kita masuk semula atau kena qadha semua sekali dari awal solat?
JAWAPAN:
Seorang yang telah memberi salam dari solatnya kemudian baru teringat dia telah meninggalkan satu rukun maka hendaklah ia masuk semula di dalam solat dengan syarat belum lagi panjang jarak masa antara beri salam dan teringatnya itu atau belum lagi dia lakukan perkara yang membatalkan solat seperti makan dan minum atau memegang najis.
Berkata Imam Nawawi :
فلو تذكر بعده – أي السلام – أنه ترك ركنا بنى على ما فعله إن لم يطل الفصل ولم يطأ نجاسة
Maksudnya :
Maka jika teringat seorang itu selepas beri salam bahawa dia telah meninggalkan satu rukun maka sambunglah atas apa yang dia tinggal itu selama belum lagi lama perceraian dan tidak menyentuh ia akan najis.”
(Kitab Ar-Raudhah)
Dan tidak mengapa jika selepas dari salam itu telah berpusing dari kiblat atau berjalan sedikit atau berkata-kata sedikit.
Tersebut pada kitab I’anah At-Talibin :
وخرج بالشك ما لو تيقن ترك فرض بعد سلام فيجب البناء ما لم يطل الفصل، أو يطأ نجسا، وإن استدبر القبلة أو تكلم أو مشى قليلا.
Maksudnya :
Dan keluar dengan syak itu perkara yang diyakinkan tinggal satu rukun kemudian daripada beri salam maka hendaklah menyambung tempat tertinggal itu selama belum panjang perceraian atau belum terkena najis sekalipun telah berpaling dari kiblat atau berkata atau berjalan sedikit.”
Oleh itu jika sudah panjang masa perceraian antara beri salam dan teringat itu nescaya tidak boleh lagi ia menyambung sembahyangnya itu tetapi wajiblah dimulakan dari awal.
Kadar Masa Perceraian
Para fuqaha’ berselisih pada kadar lama manakah yang dikatakan panjang perceraian dari masa beri salam kepada masa teringat itu.
Menurut wajah yang paling kuat ialah jika jarak antara memberi salam dengan masa teringat itu sekurang-kurang sempat serakaat sembahyang yang ringkas maka itu sudah dikira panjang dan jika kurang dari itu dikira tidak panjang perceraian.
Tersebut pada kitab Hilyatul Ulamak Fi Ma’rifati Mazahibi Al-Fuqahak:
نسي ركعة من ركعات الصلاة وذكرها بعد السلام فإن لم يتطاول الفصل أتى بها وبنى على صلاته وإن تطاول الفصل استأنفهاوفي حد التطاول أوجه أحدها قال أبو إسحاق إن مضى قدر ركعة فهو تطاول وقد نص عليه الشافعي رحمه الله في البويطي
Maksudnya :
Seorang terlupa satu rakaat dari rakaat-rakaat solat dan hanya teringat selepas memberi salam maka jika belum panjang masa perceraian hendaklah dia menyambung semula akan rakaat tersebut dan masuk ke dalam sembahyang dan jika sudah panjang masa perceraian maka hendaklalah ia mulai dari awal.
Dan pada kadar panjang mana itu menurut wajah yang paling kuat salah satunya ialah yang berkata oleh Abu Ishaq jika telah berlalu kadar satu rakaat maka ia dikira panjang.
Telah menaskan atasnya oleh Imam Syafie di dalam kitab Mukhtasar Al-Buwaithi.”
Disini Saya Buat Contoh Cara Untuk Masuk Semula ke Dalam Solat
Contoh Pertama:
Katakan seorang telah meninggalkan baca fatihah pada rakaat terakhir dan dia teringat selepas memberi salam maka hendaklah dia berdiri kemudian membaca fatihah sebab tadi dia terlupa membaca kemudian rukuk semula dan lakukan semua rukun yang selepas rukuk hingga kepada memberi salam.
Dan sunat dia lakukan dua kali sujud sahwi sebelum memberi salam.
Contoh Kedua:
Selepas memberi salam maka seorang itu baru teringat bahawa dia hanya kerjakan tiga rakaat sembahyang zuhur maka hendaklah dia berdiri dan baca fatihah kemudian rukuk kemudian iktidal dan turun sujud dan baca tahyat akhir serta sujud sahwi sebelum memberi salam.
Maka jadilah rakaat yang baharu ditambah ini sebagai rakaat yang kurang dari sembahyang zuhur tersebut.
Contoh Ketiga:
Dan kalau terlupa sujud dua kali dan teringat selepas memberi salam bahawa tadi dia hanya sujud sekali sahaja pada rakaat terahir maka hendaklah dia masuk dengan cara duduk kemudian sujud sekali sahaja dan membaca semula tahyat akhir dan sujud sahwi kemudian memberi salam.
Dan perlu diingat jika sudah panjang masa perceraiaan antara memberi salam dan teringat itu atau sudah makan minum atau terkena najis nescaya tidak boleh lagi disambung bahkan wajib dimulakan dari awal sembahyang.
Semoga dengan keterangan yang ringkas ini memberi faham kepada pihak tuan.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum ustaz. Ketika duduk antara dua sujud,ada muncul ragu dah Iktidal ke belum, dan takde keyakinan awal, maka saya berdiri dulu, pastu rukuk, pastu iktidal, pastu teruskan rukun yg seterusnya smpi tahiyyat akhir. Betul ke cara sy nk kembali pd rukun iktidal? Klu sy terbaca bacaan rukuk dlm hati, xper ke? Sbb sy bkn niat nk tambah rukun, cuma nak kembali pada rukun yg ragu td. Sblm salam sy dh lakukan sujud sahwi. Solat sy sah ke ustaz?
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam situasi ini, insya-Allah solat itu sah, kerana:
Justeru itu, insya-Allah solat awak sah dan tidak perlu diulang. Apa yang awak lakukan menunjukkan sikap berhati-hati dalam menjaga kesempurnaan solat, dan itu adalah satu perkara yang sangat terpuji.
Wallahu a’lam
Assalamualaikum ustaz. Ketika solat maghrib, saya ada baca surah al fatihah secara laju pada rakaat ketiga. Sblm rukuk dh yakin dah lengkap 7 ayat surah al fatihah. Ketika rukuk, dia muncul keraguan samada bacaan sy ada salah ke tak. Tp sy yakin bacaan sy betul. Ketika iktidal dia dtg blk keraguan, tp sy abaikan. Sy sampai terfikir nk kembali baca surah al fatihah atau tidak, tp sy teruskan solat smpi selesai tanpa kembali bc al fatihah semula, sbb sy amik keyakinan awal yg bacaan sy dh betul. Lps solat, sy practice bc surah al fatihah sbb nk check bacaan sy ketika solat. Bila sy baca, sy yakin betul. Adakah solat sy sah sekiranya berlaku keraguan bacaan al fatihah ketika solat, tp sy abaikan keraguan itu smpi selesai solat? Sbb ada sorg ustaz ckp klu kita teruskan solat dalam keadaan masih ragu, solat blh jd batal.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih atas soalan yang dikongsikan. Semoga Allah terus memelihara kesungguhan awak dalam menjaga solat.
Berdasarkan situasi yang awak jelaskan, solat awak adalah sah, insya-Allah. Ini kerana:
1/ Awak yakin bacaan al-Fatihah telah lengkap dan betul sebelum rukuk. Keyakinan ini menjadi asas yang sah bagi meneruskan solat.
2/ Keraguan yang muncul selepas itu adalah waswas, dan waswas tidak memberi kesan terhadap kesahihan solat selagi mana ia tidak membawa kepada perbuatan yang membatalkan solat (seperti bercakap atau menambah rukun secara tidak sah).
3/ Dalam kaedah fiqh disebut:
Yakin tidak hilang dengan sebab syak (ragu-ragu).
Maka apabila seseorang sudah yakin telah membaca dengan betul, kemudian datang keraguan, maka keraguan itu diabaikan, dan tidak perlu kembali mengulang bacaan. Ini sepertimana yang awak telah lakukan, ia adalah tindakan yang tepat.
Berkenaan pandangan sesetengah pihak bahawa “solat boleh batal jika diteruskan dalam keadaan masih ragu”, ia perlu difahami dalam konteks ragu yang berterusan dan tidak disertai dengan keyakinan langsung terhadap bacaan yang dilakukan.
Namun dalam kes tuan, ragu itu hanya lintasan yang datang dan pergi, dan tuan masih berpaut kepada keyakinan awal. Maka tidak termasuk dalam kategori yang membatalkan.
Semoga Allah terus menetapkan hati awak dan kita semua dalam ibadah. Abaikan lintasan waswas, dan teruskan solat dengan tenang.
Wallahu a’lam
Assalamualaikum ustaz. Ketika sy berdiri utk membaca surah al fatihah pada rakaat yg kedua, sy ragu sama ada sy dah lakukan duduk antara dua sujud atau tidak pd rakaat pertama. Sy belum start baca al fatihah utk rakaat kedua lg sbb lama berfikir ttg itu. Bila dah yakin yg sy dh duduk antara dua sujud tu, baru sy baca surah al fatihah. Adakah solat sy sah sekiranya keraguan itu dalam tempoh yg lama dan kembali ingat yg sy dah duduk antara dua sujud?
Waalaikumussalam warahmatullah.
Solat puan adalah sah, insyaAllah. Keraguan yang berlaku sebelum memulakan bacaan Al-Fatihah rakaat kedua, dan kemudian puan kembali yakin bahawa telah duduk antara dua sujud pada rakaat sebelumnya, tidak menjejaskan kesahan solat.
Dalam fiqh, jika seseorang ragu tetapi belum melakukan rukun seterusnya, dan akhirnya yakin telah lakukan rukun sebelumnya, maka solat tetap sah dan tidak perlu sujud sahwi.
Yang penting:
Solat sah dan tidak perlu ulang atau sujud sahwi dalam kes ini.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum ustaz, jika saya tambah rakaat, selepas salam kerana terlupa rukun, seperti sujud, adakah sah solat ataupun batal kerana tidak terus duduk, saya mempunyai rasa was-was yang tinggi, sudah cuba untuk membuangnya tapi perasaan tersebut selalu datang, jadinya solat saya sentiasa akan menambah rakaat selepas salam kerana takut tidak sah dan tidak diterima, kemudian, ketika mula menambah rukun perlu takbiratul ihram yang baharu dan mula dari awal untuk satu rakaat sahaja kan ustaz?. penat rasanya beribadah macam ni ustaz, saya harap ustaz dapat membantu.
Waalaikumussalam warahmatullah,
Jika awak terlupa rukun dalam solat (contohnya sujud atau rukun lain yang wajib), solat tidak terbatal, tetapi rakaat tersebut perlu diperbaiki.
Cara betul untuk membetulkan kesilapan:
1️⃣ Jika masih dalam solat dan belum salam → kembali ke rukun yang tertinggal dan teruskan solat seperti biasa.
2️⃣ Jika sudah salam dan baru teringat ada rukun yang tertinggal → bangun dan tambah satu rakaat sahaja untuk menggantikan rakaat yang tidak sempurna.
3️⃣ Tidak perlu takbiratul ihram seperti solat baru, cukup dengan berdiri dan teruskan rakaat yang tertinggal.
4️⃣ Sebelum salam, lakukan sujud sahwi sebagai langkah berhati-hati.
Penting:
Jika waswas masih mengganggu, cuba baca:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (A’udzu billahi minasy-syaithanir rajim)
Dan yakin bahawa Allah menerima solat hamba-Nya yang berusaha dengan ikhlas.
Semoga Allah mempermudahkan ibadah awak dan menghilangkan rasa waswas.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum ustaz. Ketika solat asar, pada rakaat yg ketiga, mula2 yakin dah duduk antara dua sujud. Ketika nak tahiyyat akhir, sy jadi ragu dah duduk antara dua sujud ke belum pada rakaat ketiga td. Maka, saya jadikan rakaat keempat sbg rakaat ketiga dan saya bangun utk tambah satu rakaat, dan telah buat sujud sahwi. Adakah solat saya sah ustaz?
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
1. Hukum Ragu dalam Solat
Dalam solat, jika ragu tentang sesuatu rukun yang telah dilakukan, perkara asas yang perlu dilakukan ialah:
2. Sujud Sahwi
Sujud sahwi yang dilakukan untuk menampung keraguan tersebut juga adalah tindakan yang tepat. Sujud sahwi bertujuan untuk menampung kekurangan atau kesilapan kecil dalam solat.
Solat puan adalah sah kerana puan telah mengambil langkah yang betul, iaitu mengikut keyakinan (menganggap rakaat keempat sebagai ketiga), menambah satu rakaat, dan melengkapkannya dengan sujud sahwi.
Semoga Allah menerima solat puan dan mempermudahkan urusan ibadah. 😊
Assalamualaikum ustaz.
Apakah hukum sekiranya seorang imam lupa untuk melakukan rukuk dan meneruskan solat sehingga selesai tanpa sujud sahwi..
Sekiranya imam mmg terlupa dan makmum tidak memberikan isyarat bahawa imam tertinggal rukuk
1) Adakah sah solat tersebut?
2) Apakah sah solat makmum?
3) Apakah yg harus makmum lakukan sekiranya terjadi hal tersebut
Sekian,
Terima kasih
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Berikut adalah penjelasan lengkap berdasarkan situasi yang dinyatakan:
1. Adakah Sah Solat Imam?
Sekiranya imam terlupa melakukan rukuk dalam solat, solat imam tersebut tidak sah, kerana rukuk adalah salah satu rukun solat. Tanpa rukuk, solat dianggap tidak sempurna.
Firman Allah SWT:
“…Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, ayat14)
Rukun solat perlu dilakukan secara tertib dan tidak boleh ditinggalkan, sama ada sengaja atau kerana lupa.
2. Adakah Sah Solat Makmum?
3. Apa yang Harus Makmum Lakukan Jika Imam Lupa Rukuk?
Semoga penjelasan ini membantu tuan memahami situasi yang berlaku
Assalamualaikum ustaz. Jika kita terlafaz salam selepas memberi salam yg kedua hanya utk pastikan sebutan salam tu betul adakah ia menambah rukun ustaz? Sdgkan niat dia hanya utk check bacaan saja.
Wa’alaikumussalam
Jika seseorang melafazkan salam sekali lagi selepas salam kedua dengan niat untuk memeriksa atau memastikan bacaan salam itu betul, ia tidak dianggap sebagai menambah rukun dalam solat. Salam yang wajib hanyalah sekali, dan mengulangi lafaz salam selepas itu tidak membatalkan atau menambah rukun solat, asalkan niatnya bukan untuk menambah salam sebagai sebahagian daripada rukun.
Oleh itu, solat awak tetap sah, dan lafaz salam tambahan untuk memeriksa sebutan tersebut tidak menjejaskan kesahihan solat. Perbuatan ini hanya dianggap sebagai lafaz tambahan dan bukan niat untuk menambah rukun.
Semoga penjelasan ini memberikan ketenangan.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum. Jika kita ragu dah iktidal ke belum, dan terus muncul keyakinan yg kita dah lakukan iktidal, pastu muncul blk keraguan semula, adakah kita blh amik yg yakin yg kita dh lakukan iktidal? Adakah sah solat jika kita mengabaikan keraguan tersebut?
Waalaikumussalam.
Dalam keadaan ragu-ragu semasa solat, prinsip yang dipakai dalam mazhab Syafi’e ialah mengambil yang lebih yakin. Jika seseorang merasa ragu-ragu sama ada dia sudah melakukan iktidal atau belum, dia perlu berpegang kepada keyakinan yang asal, iaitu belum melakukan iktidal. Namun, jika selepas itu muncul keyakinan yang kuat bahawa dia telah melakukan iktidal, maka dia boleh mengambil keyakinan tersebut dan tidak perlu mengulang iktidal.
Jika keraguan tersebut datang berulang kali selepas keyakinan muncul, abaikan keraguan tersebut. Dalam fiqh, perkara sebegini dikenali sebagai was-was, dan kita disarankan untuk tidak melayan perasaan ragu-ragu yang berlebihan kerana ia boleh merosakkan fokus dalam solat.
Maka, solat awak sah sekiranya awak berpegang kepada keyakinan yang iktidal sudah dilakukan dan tidak melayan was-was yang timbul semula.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum. Ketika menyebut salam “assalamualaikum warahmatullah” dalam solat, jika perkataan “kum” tak pasti dengar ke tidak, tapi mulut mmg ada menyebut perkataan “kum” ketika menyebut assalamualaikum, adakah sah solat atau batal?
Waalaikumussalam.
Dalam solat, menyebut salam adalah rukun qauli (rukun yang berkaitan dengan bacaan), dan ia mesti dilakukan dengan betul. Namun, sekiranya mulut memang telah menyebut perkataan “kum” dalam “assalamualaikum” tetapi anda tidak pasti sama ada ia didengar atau tidak, solat tetap sah selagi mulut telah bergerak untuk menyebutnya dengan betul.
Perkara utama di sini ialah niat dan perbuatan. Jika anda yakin bahawa mulut anda telah menyebut perkataan “kum,” walaupun anda tidak mendengar bunyinya dengan jelas, maka itu sudah mencukupi. Solat tidak akan batal hanya kerana bunyi tersebut tidak didengar dengan jelas, asalkan bacaan dilakukan dengan cara yang betul.
Oleh itu, solat anda sah dan tidak perlu diulangi.
Wallahu a’lam.
Assalammualaikum. Jika terlupa sujud dan masuk balik dalam keadaan duduk perlu takbiratul ihram ke. Terima kasih.
Walaikumsalam. Ya kena takbiratul ihram.