Hukum Tertinggal Rukun Dalam Solat Dan Sedar Lepas Salam

tertinggal rukun dalam solat

Bagaimana jika kita tertinggal rukun atau perbuatan dalam solat dan hanya tersedar selepas salam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Selepas memberi salam baru kita teringat telah tinggal satu rukun contohnya fatihah adakah boleh kita masuk semula atau kena qadha semua sekali dari awal solat?

JAWAPAN:

Seorang yang telah memberi salam dari solatnya kemudian baru teringat dia telah meninggalkan satu rukun maka hendaklah ia masuk semula di dalam solat dengan syarat belum lagi panjang jarak masa antara beri salam dan teringatnya itu atau belum lagi dia lakukan perkara yang membatalkan solat seperti makan dan minum atau memegang najis.

Berkata Imam Nawawi :

فلو تذكر بعده – أي السلام – أنه ترك ركنا بنى على ما فعله إن لم يطل الفصل ولم يطأ نجاسة

Maksudnya :

Maka jika teringat seorang itu selepas beri salam bahawa dia telah meninggalkan satu rukun maka sambunglah atas apa yang dia tinggal itu selama belum lagi lama perceraian dan tidak menyentuh ia akan najis.”

(Kitab Ar-Raudhah)

Dan tidak mengapa jika selepas dari salam itu telah berpusing dari kiblat atau berjalan sedikit atau berkata-kata sedikit.

Tersebut pada kitab I’anah At-Talibin :

وخرج بالشك ما لو تيقن ترك فرض بعد سلام فيجب البناء ما لم يطل الفصل، أو يطأ نجسا، وإن استدبر القبلة أو تكلم أو مشى قليلا.

Maksudnya :

Dan keluar dengan syak itu perkara yang diyakinkan tinggal satu rukun kemudian daripada beri salam maka hendaklah menyambung tempat tertinggal itu selama belum panjang perceraian atau belum terkena najis sekalipun telah berpaling dari kiblat atau berkata atau berjalan sedikit.”

Oleh itu jika sudah panjang masa perceraian antara beri salam dan teringat itu nescaya tidak boleh lagi ia menyambung sembahyangnya itu tetapi wajiblah dimulakan dari awal.

Kadar Masa Perceraian

Para fuqaha’ berselisih pada kadar lama manakah yang dikatakan panjang perceraian dari masa beri salam kepada masa teringat itu.

Menurut wajah yang paling kuat ialah jika jarak antara memberi salam dengan masa teringat itu sekurang-kurang sempat serakaat sembahyang yang ringkas maka itu sudah dikira panjang dan jika kurang dari itu dikira tidak panjang perceraian.

Tersebut pada kitab Hilyatul Ulamak Fi Ma’rifati Mazahibi Al-Fuqahak:

نسي ركعة من ركعات الصلاة وذكرها بعد السلام فإن لم يتطاول الفصل أتى بها وبنى على صلاته وإن تطاول الفصل استأنفهاوفي حد التطاول أوجه أحدها قال أبو إسحاق إن مضى قدر ركعة فهو تطاول وقد نص عليه الشافعي رحمه الله في البويطي

Maksudnya :

Seorang terlupa satu rakaat dari rakaat-rakaat solat dan hanya teringat selepas memberi salam maka jika belum panjang masa perceraian hendaklah dia menyambung semula akan rakaat tersebut dan masuk ke dalam sembahyang dan jika sudah panjang masa perceraian maka hendaklalah ia mulai dari awal.

Dan pada kadar panjang mana itu menurut wajah yang paling kuat salah satunya ialah yang berkata oleh Abu Ishaq jika telah berlalu kadar satu rakaat maka ia dikira panjang.

Telah menaskan atasnya oleh Imam Syafie di dalam kitab Mukhtasar Al-Buwaithi.”

Disini Saya Buat Contoh Cara Untuk Masuk Semula ke Dalam Solat

Contoh Pertama:

Katakan seorang telah meninggalkan baca fatihah pada rakaat terakhir dan dia teringat selepas memberi salam maka hendaklah dia berdiri kemudian membaca fatihah sebab tadi dia terlupa membaca kemudian rukuk semula dan lakukan semua rukun yang selepas rukuk hingga kepada memberi salam.

Dan sunat dia lakukan dua kali sujud sahwi sebelum memberi salam.


Contoh Kedua:

Selepas memberi salam maka seorang itu baru teringat bahawa dia hanya kerjakan tiga rakaat sembahyang zuhur maka hendaklah dia berdiri dan baca fatihah kemudian rukuk kemudian iktidal dan turun sujud dan baca tahyat akhir serta sujud sahwi sebelum memberi salam.

Maka jadilah rakaat yang baharu ditambah ini sebagai rakaat yang kurang dari sembahyang zuhur tersebut.


Contoh Ketiga:

Dan kalau terlupa sujud dua kali dan teringat selepas memberi salam bahawa tadi dia hanya sujud sekali sahaja pada rakaat terahir maka hendaklah dia masuk dengan cara duduk kemudian sujud sekali sahaja dan membaca semula tahyat akhir dan sujud sahwi kemudian memberi salam.

Dan perlu diingat jika sudah panjang masa perceraiaan antara memberi salam dan teringat itu atau sudah makan minum atau terkena najis nescaya tidak boleh lagi disambung bahkan wajib dimulakan dari awal sembahyang.


Semoga dengan keterangan yang ringkas ini memberi faham kepada pihak tuan.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Mun
Mun
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Jika kita terlafaz salam selepas memberi salam yg kedua hanya utk pastikan sebutan salam tu betul adakah ia menambah rukun ustaz? Sdgkan niat dia hanya utk check bacaan saja.

Mun
Mun
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Jika kita ragu dah iktidal ke belum, dan terus muncul keyakinan yg kita dah lakukan iktidal, pastu muncul blk keraguan semula, adakah kita blh amik yg yakin yg kita dh lakukan iktidal? Adakah sah solat jika kita mengabaikan keraguan tersebut?

Mun
Mun
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Ketika menyebut salam “assalamualaikum warahmatullah” dalam solat, jika perkataan “kum” tak pasti dengar ke tidak, tapi mulut mmg ada menyebut perkataan “kum” ketika menyebut assalamualaikum, adakah sah solat atau batal?

Anuar Musa
Anuar Musa
8 bulan yang lalu

Assalammualaikum. Jika terlupa sujud dan masuk balik dalam keadaan duduk perlu takbiratul ihram ke. Terima kasih.

nur
nur
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum macam mana dengan yang tertinggal sujud dan tahiyat awal ..? Apakah tidak sah solat ..sebab Saya bingung imam tertinggal sujud kedua dan terus tahiyat awal ..lepas sujud pertama imam baca tahiyat awal lepastu bdiri tegak ..Saya tunggu nak sujud imam bediri Pula

Edu
Edu
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, Bagaimana kalau was was , sama ada saya tertinggal duduk antara dua sujud ataupun tidak , kerana selepas tahiyat akhir , dan setelah beberapa minit berlalu , rasa was was pula yang saya belum duduk antara dua sujud masa rakaat terakhir , tapi saya antara yakin dan , yakin sebab tak mungkin saya terlupa duduk antara dua sujud , mungkin sebab ianya kebiasaan untuk duduk antara dua sujud , saya tak sedar melakukannya dan terlupa , sebab pikiran saya agak terawang awang tadi , lepas qada solat juga , saya seperti yakin yang saya memang dah duduk antara dua sujud , tapi masih was was , nak buat macam mana tu? Adakah jika terlupa rukun dan tidak mengetahuinya , atau was was , akan invalidate solat saya itu dan kena qada kalau terlepas waktu ?

aina
aina
4 tahun yang lalu

Assalammualaikum ustaz,
soalan pertama ,kalau dia terlupa membaca al fatihah pada rakaat kedua adakah perlu dia membaca tahiyat awal dan menambah lagi dua rakaat?

soalan kedua,bagaimana ingin masuk sekiranya dia terlupa duduk diantara dua sujud?