NIAT & CARA SOLAT SUNAT NIKAH (Panduan Lengkap)

solat sunat nikah

Bagaimana cara solat sunat nikah?

Ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk melakukan solat sunat nikah.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Apa yang menarik:

Panduan ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Jika anda berminat panduan ini, mari kita mulakan..

Apakah maksud Solat Sunat Nikah?

Solat sunat nikah adalah solat yang dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah yang telah memberi kita jodoh sebagai peneman hidup.

Menurut pendapat para ulama, pasangan suami isteri yang baru bernikah disunatkan melakukan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum mereka bersama sekiranya isteri tersebut dalam keadaan suci.

Setelah akad nikah, kedua-dua pengantin (terutamanya pengantin lelaki) disunatkan untuk mengerjakan solat sunat nikah.

Dalam kitab Fatawa Nur ‘ala al-Darb karangan Syeikh Ibn Baz menyebut bahawa terdapat beberapa atsar daripada para sahabat yang menyatakan solat dua rakaat sebelum mempergauli isteri adalah sunat.

Hukum Solat Sunat Nikah

Berkenaan dengan solat sunat nikah atau solat dua rakaat sebelum mempergauli isteri, tidak ada hadis daripada Nabi is tentang sunnahnya tetapi hal tersebut menjadi amalan sebahagian para sahabat sebagaimana dalam atsar mereka

Dalam sebuah atsar daripada Abu Said iaitu hamba kepada Abu Usaid, katanya: Aku baru sahaja berkahwin ketika aku masih berstatus hamba. Aku telah menjemput beberapa orang sahabat Rasulullah ﷺ iaitu Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Hudzaifah. Aku pun berkata kepada mereka: Ajarkanlah kepadaku sesuatu kebaikan dalam rumah tanggaku:

Ketika kamu menemui isteri kamu, maka solatlah dua rakaat. Kemudian mohonlah kepada Allah Ta’ala dari kebaikan yang dimasukkan kepadamu. Dan mohonlah perlindungan dengan-Nya. Kemudian setelah itu urusan kamu dengan isterimu.

(Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah)

Seterusnya dalam atsar yang lain pula disebutkan:

Diriwayatkan daripada Syaqiq katanya: Seorang lelaki yang disebut sebagai Abu Jarir telah datang menemui Ibn Mas’ud, lalu dia berkata: Aku telah berkahwin dengan seorang hamba yang mash gadis tetapi aku bimbang dia akan membenciku.

Maka, Ibn Mas’ud memberi bimbingan:

Kasih sayang itu daripada Allah dan perpecahan itu daripada syaitan. Syaitan menginginkan kebencian di antara kamu atas apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Apabila isteri kamu sudah selesai dipergauli, perintahlah dia agar bersolat dua rakaat secara berjemaah bersamamu.

(Hadis riwayat In Abi Syaibah)

Jumlah Rakaat

Jumlah rakaat bagi solat sunat nikah adalah sebanyak dua rakaat dan dituruti dengan sujud syukur selepasnya.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Nikah

Solat sunat Nikah sunat dilakukan sebelum dan selepas pasangan suami isteri itu bersama.

Solat ini berfungsi sebagai permohonan ke hadrat Allah agar perkahwinan mereka dikurniakan dengan kebaikan dan dijauhi daripada sebarang keburukan serta mohon dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata bagi pasangan tersebut.

Solat sunat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada siang ataupun malam dan sebaik-baiknya dilakukan sebelum pasangan tersebut mengadakan hubungan kelamin.

Niat Solat Sunat Nikah

Lafaz niat solat sunat nikah ini adalah:

Niat solat sunat nikah

Usolli Sunnatal ‘UruSi Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat berkahwin (nikah) dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Solat Sunat Nikah

Langkah-langkah cara mengerjakan Solat Sunat Nikah

  • Mulakan solat dengan niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat nikah dua rakaat kerana Allah Taala” sambil mengangkat takbir.
  • Bacalah Surah Al-Fatihah, kemudian baca surah lazim seperti Surah Al-Kafirun.
  • Lakukan rukuk, diikuti dengan dua kali sujud sambil menjaga ketenangan.
  • Rakaat Kedua. Mulakan dengan takbir intiqalat, baca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan surah lazim seperti Surah Al-Ikhlas. Kemudian, lakukan rukuk dan sujud.
  • Duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.
  • Setelah selesai solat, lanjutkan dengan bacaan doa meminta perkahwinan yang diberkati.

Apabila selesai bernikah, lakukanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah SWT semata-mata.

Tunaikan solat sunat ini sebanyak dua rakaat dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain.

Solat in sunat dilakukan secara berjemaah bersama pasangan.

Jika solat ini didirikan pada waktu siang, bacaannya secara perlahan. Sebaliknya jika didirikan pada waktu malam, bacaannya boleh dibaca kuat.

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Nikah secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat nikah dalam hati.

Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:

Niat solat sunat nikah

 Usolli Sunnatal ‘UruSi Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat berkahwin (nikah) dua rakaat kerana Allah Taala.

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al-Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


12. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

tahiyat akhir

20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Melakukan Sujud Syukur Selepas Solat

Selepas memberi salam, maka lakukan sujud syukur.

Cara mengerjakan sujud syukur adalah seperti berikut:

Pelaksanaannya, hendaklah dalam keadaan berwuduk, berdiri mengadap kiblat. Seterusnya bertakbir (Allahuakhbar) dan berniat:

Sahaja aku mengerjakan sujud syukur kerana Allah Taala.

Lalu terus sujud sekali dengan tidak rukuk.

Bacaan Dalam Sujud Syukur

bacaan sujud syukur

  Subhanallah Walhamdulillah Wala iLaaHa ilLalLah Wallahuakhbar.[/su_highlight]

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.

Kemudian duduk dan memberi salam.

Nota

Anda juga boleh terus dilakukan sujud syukur terlebih dahulu selepas akad tanpa mengerjakan solat sunat nikah yang ditangguhkan pada sebelah malam nanti.

Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan pasangan tersebut untuk melakukannya.

Rujukan

Panduan lanjut mengenai sujud syukur boleh dibaca pada pautan ini: cara mengerjakan sujud syukur

Memegang Ubun-Ubun Isteri Sambil Membaca Doa

Bagaimana doa selepas solat sunat nikah?

Terdapat satu doa selepas akad nikah yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW, dengan cara pengantin lelaki memegang ubun-ubun isterinya.

Dianjurkan kepada seorang suami meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya.

Ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala.

Si suami hendaklah meletakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri (biasanya selepas bersolat sunat berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah agar perkahwinannya mendapat keberkatan.

doa nikah memegang ubun-ubun isteri

Allahumma Inni As’aluka Min Khairiha Wa Khairi Ma JabalTaha ‘Alaihi. Wa Aa’UuDzubika Min Syarriha Wa Syarri Ma JabalTaha ‘Aalaihi

Doa ini boleh juga dibaca dalam bahasa Melayu:

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”

Penutup

Perkahwinan ini adalah satu kesempurnaan hidup

Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.

— Hadis riwayat al-Baihaqi r.a

Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah.

Oleh itu, wajar untuk kita melaksanakan solat sunat nikah untuk memanjatkan kesyukuran dan memohon agar rumah tangga kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah.

Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada anda :-)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad Zamri
Muhammad Zamri
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas artikel ini. Sungguh bermanfaat. Cuma saya ingin bertanya, bolehkah panduan ini digunakan juga untuk orang yang sudah lama berkahwin?