
Bagaimana cara Solat Sunat Fajar?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan Solat Fajar.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Bacaan doa selepas solat fajar juga turut disediakan.
Apa yang penting:
Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Mari kita mulakan..
Pengenalan
Sebelum mendirikan solat fardu subuh, disunatkan mendirikan solat sunat fajar terlebih dahulu sebanyak dua rakaat.
Waktu mengerjakan solat ini adalah apabila bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.
Waktu Mengerjakan Solat Sunat Fajar

Bilakah waktu untuk mengerjakan Solat Fajar?
Waktu melakukan solat sunat Subuh adalah setelah masuknya waktu Subuh dan sebelum menunaikan solat fardhu Subuh.
Diriwayatkan oleh Abd al-Razaq, Sabda Nabi SAW:
لَا صَلَاةَ بَعْدَ طُلُوعِ اَلْفَجْرِ إِلَّا رَكْعَتَيْ اَلْفَجْرِ
Maksudnya;
Tidak ada solat selepas terbitnya Fajar melainkan dua rakaat (Sunat) Fajar
— Bulugh al-Maram (28)
Lafaz Niat Solat Sunat Fajar
Lafaz niat solat fajar adalah seperti berikut:

Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”
Cara Mengerjakan Solat Sunat Fajar
Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Fajar
- Mulai dengan Takbiratul Ihram dan niat: “Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala” (Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala)
- Baca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan surah pendek seperti Al-Kafirun
- Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali
- Rakaat Kedua. Bangun, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas, lalu rukuk dan sujud seperti sebelumnya
- Tahiyyat Akhir dan Salam. Duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan salam ke kanan dan kiri
Tempoh melakukan solat sunat ini adalah dalam jangka masa yang sederhana dan tidak terlampau lama.
Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah memendekkan solat sunat subuhnya sehingga aku berasa ragu-ragu sama ada baginda membaca al-Fatihah ataupun tidak.
— Hadis direkodkan oleh Ahmad
Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat sebelum subuh secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat fajar dalam hati.
Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:

Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.
Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.
Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Rakaat Kedua
11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

12. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas:

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi
14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Doa Selepas Solat Sunat Fajar
Selepas memberi salam, disunatkan membaca salah satu daripada doa ini:

Allahumma Robbu Jibrila Wa Israfila Wa Mika-i-la Wa Muhammadin Nabiyyi Sollallahu Alayhi Wassalam, A’uzuuBika Minan-narr.
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.
Keterangan Doa
Dalam kitab Ibnu Sunni, daripada Ibnu Abi al-Malih – namanya1 A’mir bin Usamah – daripada ayahnya daripada [datuknya Usamah bin U’mair r.a.2] bahawa dia solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan Rasulullah SAW juga solat sunat dua rakaat disisinya, kemudian dia mendengar baginda mengucapkan sambil duduk [doa di atas]

Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalaaLi Wal-ikraaam, As-Aluka Anta Tuhyiya Qalbi BiNuuri MaghRiFatika Ya Allahu Ya Allahu Ya Allahu Ya Arhamar-Rahimin.
Maksudnya:
Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.”
Keterangan Doa
Menurut Syaikh Abu Bakar Syatha dalam kitab I’anatut-Thalibin, doa ini dianjurkan dibaca sebanyak 41 kali selepas solat sunat fajar.
Adakah Solat Ini Sama Dengan Solat Sunat Qabliyyah Subuh?
Secara ringkasnya, YA.
Solat sunat fajar adalah solat yang sama dengan solat sunat qabliyyah subuh.
Ikuti kupasan lanjut dari Ustaz Jafri Abu Bakar dalam video di bawah:
Kelebihan Mengerjakan Solat Fajar
Menurut Mufti Wilayah, solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar.
Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya.
Hal ini berdasarkan sebuah hadith:
1. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ
Maksudnya:
Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]
2. Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya:
Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]
Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan “وَمَا فِيهَا” adalah kesenangan dunia.
Penutup: Lakukanlah Solat Sunat Untuk Berjaya
Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka”
— Surah al-Mukminun 1-2
Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan amalan sunat.
Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukannya.
Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.
InsyaaAllah mereka akan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada tuan dan puan
1 Yakni nama Abi al-Malih
2 Nama di dalam […] adalah merupakan tambahan dari periwayatan imam al-Tabarani seperti yang terkandung di dalam kitabnya yang berjudul al-Kabir. Sanad tidak dapat disambung melainkan diperhalusi melalui salasilah perawinya. Sila lihat Tahzib al-Kamal, ibnu Abi Malih ialah Mubassyir bin A’mir bin Usamah bin U’mar
