Rukun Qauli, Fi’li dan Qalbi (Panduan Lengkap)

rukun qauli

Apakah itu rukun fi’li, qauli dan qalbi?

Rukun-rukun fi’li, qauli dan qalbi amat penting untuk difahami dalam solat.

Oleh itu:

Artikel ini akan menerangkan secara ringkas (tetapi lengkap) mengenai rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbi.

Pembahagian Rukun Solat

Ibadah solat terdiri daripada 13 rukun.

Dalam 13 rukun solat tersebut, rukun-rukun ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu fi’li, qauli dan qalbi.

  • Maksud qalbi ialah hati
  • Maksud qauli pula ialah perkataan atau bacaan.
  • Manakala rukun fi’li ialah pergerakan atau perbuatan.

Baik, mari saya jelaskan melalui infografik di bawah..

rukun qauli dan fi'li

Rukun Qalbi

Rukun qalbi (hati) adalah melibatkan perkara yang perlu dilakukan dalam hati.

Antara perkara yang terdapat dalam rukun qalbi ada dua, iaitu:

  1. Niat
  2. Tertib

Rukun Qauli

Rukun qauli (perkataan atau bacaan) ialah rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya.

Jika tertinggal satu huruf, maka wajiblah diulangi bacaan itu.

YouTube video

Antara bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah:

  1. Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
  2. Al Fatihah
  3. Tahiyat Akhir
  4. Selawat atas nabi
  5. Salam yang pertama

Bacaan sunat yang lain seperti zikir dan rukuk adalah tidak wajib didengari, tetapi jika didengarkan maka akan mendapat pahala bacaan.

Rukun Fi’li

Seperti yang telah diterangkan di atas, rukun fi’li adalah rukun pergerakan atau perbuatan.

Dalam rukun fi’li terdapat enam rukun.

Rukun tersebut adalah:

  1. Berdiri (qiam).
  2. Rukuk.
  3. Iktidal.
  4. Sujud.
  5. Duduk antara dua sujud.
  6. Duduk tahiyat akhir.

Jika terlupa atau tertinggal diantara rukun ini, maka perlu berpatah balik kepada rukun tersebut.

Namun, jika seseorang telah sampai pada rukun sama yang ditinggalkan itu pada rakaat seterusnya, contohnya dia terlupa rukuk di rakaat pertama, tetapi dia tersedar ketika telahpun melakukan rukuk di rakaat ke-2, maka rukuknya ketika itu menjadi rukuk rakaat pertama.

Dan perbuatan sebelumnya itu tidak dikira (menjadi lagha) (Fathul Mu’in)

Dalam solat berjemaah, jika seorang makmum tertinggal rukun fi’li, dia tidak boleh berpatah balik apabila imam sedang sama rukun dengannya.

Ini kerana makmum telah terikat dengan pergerakan imamnya.

Apa yang perlu adalah diteruskan sahaja ikutannya dengan imam.

Kemudian tambah rakaat lepas salam bagi menggantikan rakaat yang ketinggalan rukun itu.

Perkara Diharuskan Dalam Solat

Terdapat beberapa perkara yang diharuskan dalam solat.

Perkara tersebut adalah:

1. Bergerak atau berjalan ke hadapan atau ke belakang, ke kiri atau ke kanan sekiranya ada keperluan dengan syarat tidak sampai tiga pergerakan berturut-turut.

  • Apabila salah seorang ahli jemaah meninggalkan saf solat, makmum di belakang atau di sisi boleh bergerak ke tempat yang kosong itu.
  • Atau apabila najis cicak tiba-tiba terjatuh ke tempat sujud, maka diharuskan bergerak ke tempat lain untuk mengelakkan terkena najis yang menyebabkan batal solat.

2. Membunuh binatang berbisa yang membahayakan nyawa ketika sedang solat seperti lipan, ular dan kala jengking.


3. Mengingatkan imam yang terlupa ayat yang sedang dibacanya. Makmum boleh mengingatkan dengan membaca bacaan itu.


4. Membetulkan imam dengan niat berzikir apabila imam tersilap seperti tersalah bilangan atau terlupa bacaan al-Fatihah.

Makmum lelaki dibolehkan membetulkan imam dengan bertasbih (subhanallah).

Bagi makmum wanita, perlu memperbetulkan imam dengan menepuk tangan ke atas belakang tapak tangan kiri.


5. Membaca dengan melihat al-Quran. Seseorang yang tidak hafal surah atau ayat al-Quran yang hendak dibaca dalam solat, boleh melihat al-Quran atau lembaran kertas yang bertulis ayat tersebut.


6. Menggerakkan anggota badan seperti menggaru-garu di tempat yang gatal dengan syarat tidak sampai tiga kali berturut-turut.

Sekiranya menggaru menggunakan anggota kecil seperti jari, tidak mengapa apabila melebihi tiga kali.


7. Menangis yang tidak mengeluarkan bunyi dan tidak tersedu-sedu atau hingga bergerak-gerak badan. Menangis di sini adalah kerana takut dan rasa berdosa kepada Allah SWT.

Peringatan Dalam Solat

  1. Solat batal apabila makmum mendahului imam sebanyak dua rukun fi’li (perbuatan) dengan sengaja.

    Apabila makmum mendahului imam secara tidak sengaja seperti ketika bangun dari sujud dan dia mendapati imam masih sujud, dia perlu duduk menunggu imam yang sedang sujud dalam kedudukan itu.
  2. Melangkah dua langkah yang berturut-turut dalam solat, tidak batal solat, tetapi sekiranya melangkah tiga langkah berturut-turut maka solat itu batal.
  3. Menambah rukun fi’li seperti sujud atau rukuk yang berlebihan maka batal solatnya.
  4. Sesiapa yang solat menghala ke arah dinding, tiang atau apa-apa yang dibuat sebagai sekatan maka disunatkan dia menolak orang yang melintas di hadapanya jika jarak di antaranya dengan sekatan yang tersebut tidak lebih daripada tiga hasta yang sederhana.
  5. Melintas ke hadapan orang yang sedang solat itu hukumnya haram.
  6. Mengangkat muka ke langit hukumnya makruh.
  7. Makruh menahan buang air kecil atau besar atau angin (kentut)
  8. Makruh solat sekiranya makanan sudah dihidangkan dan perut terasa lapar.
  9. Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.

    Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.

    Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali. Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.

    Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.

Penutup

Semoga artikel ini dapat membantu anda.

Jika anda ada sebarang persoalan, boleh tinggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaaAllah saya akan cuba membantu.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

65 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hafizul
Hafizul
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz saya mau bertanya bagai mna rukun mengambil wudhu apa kah sah wudhu seseorang apa bila membaca niat waktu membasuh tangan,

Hafizul
Hafizul
10 bulan yang lalu

assalamualaikum ustaz bagaimana pula dengan bacaan rakaat ketiga dan keempat apakah harus terdengar oleh telinga sendiri atau boleh di baca dalam hati ustaz assalamualaikum

Hafizul
Hafizul
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz boleh saya nak bertanya bagaimana hukum Qauli pada solat zuhur dan asar apakah wajib bersuara saat solat atau boleh baca dalam hati tolong penjelasannya ustaz assalamualaikum

Talib
Talib
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustaz
Boleh saya nak tanya Adakah bagi orang Pekak masalah pendengaran wajib dalam bacaan ataupun niat atau baca dalam hati walau orang masalah tidak boleh suara?vDan bacaan Rumi atau bahasa Melayu atau bahasa Arab yang mana wajib?
Tolong percerahan Terima kasih

Talib
Talib
Reply to  Muhamad Naim
11 bulan yang lalu

Ustaz
Banyak terima kasih kerana jelas dan terang..

Zainal
Zainal
1 tahun yang lalu

Adakah sah solat jika bacaan tajwid Dan makraj tidak sempurna kerana sudah terbiasa Dan sulit diperbetulkan

daus
daus
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz .saya nak tanya cara bacaan rukun qauli yang tahiyat akhir dan selawat tu macam mna..

Sebab dalam tahiyat akhir kan ada selawat kita kena baca kuat dri start attahiyatul tu smpai fila’lamin ke atau

attahiyatul lpas tu kita baca dlm hati smpai part selawat kita kuatkan balik bacaan

Icha
Icha
2 tahun yang lalu

Salam saya nak tanya mcm mne pula dgn pergerak mulut ketika bacaan surah bg perempuan..

Icha
Icha
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Contoh mcm dye membaca al fatihah tapi pergerakan mulut dye mcm terlampau over ad yg sampai terjelir lidah ad yg buka mulut terlalu luas…

Munirah
Munirah
2 tahun yang lalu

boleh saya tahu rujukan dari kitab mana? boleh tak kalau lepas ni sekalikan rujukan.. terima kasih

Fian
Fian
2 tahun yang lalu

Terimakasih banyak banyak pelajaranya pak ustaz..jazakallohu khoiron katsiroo .amiin ya robb

adam
adam
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,

Kalau saya baca niat ‘usolli fardhu’ tapi asalnya usolli fardho’ . sahke solat saya
terima kasih