Cara Istinjak Yang Betul (Panduan Lengkap)

istinjak

Bagaimanakah cara istinjak yang betul?

Panduan ini akan membantu anda memahami maksud dan cara istinjak yang betul secara mudah dan ringkas.

Artikel ini juga akan membantu anda mengetahui syarat-syarat dan benda yang tidak boleh dilakukan semasa istinjak.

Tanpa buang masa, jom kita mulakan..

Apa Maksud Istinjak?

Istinjak adalah menyucikan najis dari tempat keluarnya, sama ada qubul atau dubur (Jalan hadapan atau jalan belakang). Sama ada dengan batu atau dengan air. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.

Najis yang perlu dibersihkan sama ada najis yang biasa seperti tahi dan air kencing atau yang jarang-jarang seperti air mazi, air mani atau darah.

Cara-Cara Istinjak

Disini adalah langkah-langkah yang betul untuk melakukan istinjak:

  • Hilangkan najis dengan menggunakan benda-benda yang kesat seperti batu atau tisu.
  • Basuh qubul atau dubur menggunakan air mutlak sehingga hilang rupa, warna, dan bau najis itu. Ini adalah cara istinjak yang utama.
  • Sekiranya tidak ada benda-benda kesat, memadai beristinjak menggunakan air.
  • Sekiranya diberi pilihan antara menggunakan benda-benda kesat atau air, lebih utama menggunakan air.

Syarat-Syarat Menggunakan Batu atau Benda Kesat

Syarat menggunakan batu atau benda kesat semasa istinjak adalah seperti berikut:

  1. Benda yang dijadikan alat bersuci perlu suci, kering dan kesat sehingga dapat menghilangkan najis. Contohnya batu, kayu, daun dan tisu.
  2. Najis yang hendak disucikan itu belum kering dan tidak dibasahi oleh air atau benda-benda lain.
  3. Najis itu tidak meleleh dari tempat keluarnya. Contohnya air kencing tidak melebihi kepala zakar dan najis yang keluar dari dubur tidak melebihi bahagian punggung yang bertangkup ketika berdiri.
  4. Mengulanginya sebanyak tiga kali menggunakan sekurang-kurangnya tiga ketul batu atau tiga penjuru batu untuk batu besar. Apabila perlu ditambah, sunat ditambah mengikut bilangan ganjil seperti lima, tujuh dan seterusnya.

Benda-Benda yang Tidak Boleh Digunakan untuk Istinjak

Terdapat beberapa syarat mengenai objek-objek yang tidak boleh digunakan untuk istinjak.

  1. Najis atau benda yang sudah terkena najis.
  2. Makanan seperti roti atau tulang.
  3. Benda-benda yang mulia seperti lembaran ilmu dalam buku, maksud al-Quran dan potongan hadis.

Adab-Adab Membuang Air dan Istinjak

Berikut adalah adab-adab dalam membuang air dan melakukan istinjak

Adab Memilih Tempat

  • Tidak boleh membuang air di tempat laluan awam, di dalam lubang binatang, di dalam tanah atau dinding, di bawah pokok dan di dalam air yang bertakung.
  • Membuang air di atas kubur adalah haram.
  • Seeloknya perlu membuang air di tempat yang disediakan iaitu tandas.
  • Tidak mengadap atau membelakangi kiblat apabila terpaksa membuang air di tempat terbuka iaitu tidak berdinding atau jaraknya dengan dinding lebih dari tiga hasta (150cm)
  • Tidak membawa benda-benda yang bertulis ayat-ayat al-Quran atau nama-nama Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Adab Masuk dan Keluar Tandas

  • Sunat masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.
  • Tidak boleh membawa masuk benda-benda yang bertulis nama-nama Allah SWT atau ayat-ayat al-Quran serta nama Rasulullah.
  • Sunat membaca doa sebelum masuk tandas dan doa keluar dari tandas.
  • Tidak memandang najis dan kemaluan.
  • Tidak berkata-kata ketika membuang air kerana hukumnya makruh.
  • Beristinjak menggunakan tangan kiri. Makruh menggunakan tangan kanan kecuali terpaksa.
  • Memakai alas kaki untuk memastikan kaki bersih daripada najis.

Penutup

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah berkaitan taharah dalam kehidupan seharian. Jika anda ada sebarang soalan atau kemusykilan, sila nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.

Nota Rujukan

  1. Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
  2. Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

38 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zafry
Zafry
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Jika mengumpul air menggunakan tisu tandas dang menggunakan air perahan tisu tersebut untuk mencuci tempat membuang air kecil, adakah ianya suci dan diterima untuk solat? Tempat saya susah untuk mendapat tandas yang ada air. Saya yakin ianya suci tapi perlukan pandangan orang lain untuk meyakinkan kawan2 juga. InsyaAllah.

Contri
Contri
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya saya mengalami was was istinja kerana agak jahil dalam ilmu penyucian ketika istinja, kekeliruan saya ialah

1. Ketika istinja , ada najis di badan , pada basuhan pertama , jika menjirus air , air itu membawa najis ke bawah , perlu ke menjirus air lagi ke tempat yang pernah ada najis itu? Adakah kena dua kali , atau masa najis tu hilang masa basuhan pertama

2. Percikan ketika istinjak , bagaimana mahu bezakan yang bernajis atau tak kerana sering kali air terpercik ke badan dan akhirnya saya mandi semula, dua jam lebih kadaran juga baru habis mandi setiap kali istinja swbab takut tak bersih.

3. Ketika puasa , saya kalau buang air besar akan memasukkan air kedalam dubur guna hos air yang laju ke arah dubur , untuk mengeluarkan sisa najis yang ada kerana saya selalu tak keluar habis kalau buang air besar kerana sembelit dan sebagainya , walaupun ketika buang air besar normal pasti ada najis tertinggal dalam dubur dan saya kena masukkan air juga dalam dubur untuk buang lebihan najis , adakah ini membatalkan puasa saya , kalau ia begitu membatalkan puasa , saya kena qada puasa saya yang lepas lah ya pada hari hari yang saya yakin saya buang air besar pada hari itu , sebab saya dari dulu guna cara ini untuk buang air sebab saya tak tahulah , macam tak lawas .

4. Tempat yang bernajis tapi sudah hilang dengan waktu dan takda kesan maksudnya dibiarkan sahaja sehingga hilang takda kesan , adakah masih bernajis tempat itu?

Contri
Contri
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Baik ustaz tapi rongga badan tu seperti dalam dubur ke area rectum? Sebab pernah baca dalan mufti punya page untuk orang buasir dimaafkan rasa tapi saya tak sure dan x ingat , saya pernah ada buasir tapi kecik sahaja plus saya ni selalu sembelit tak lawas , apa pun kena masuk air untuk tolak keluar najis

Contri
Contri
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Ouh ya dan juga jika basuh baju yang kena kencing dalam tandas , cukup mengalirkan air sahaja kah sehingga basah satu baju itu kerana kadang tak pasti masih ada najis atau tidak jadi saya basahkan terus satu baju tu , tapi kadang lepas tu pun masih was was walaupun takda bau

Contri
Contri
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya saya mengalami was was istinja kerana agak jahil dalam ilmu penyucian ketika istinja, kekeliruan saya ialah

1. Ketika istinja , ada najis di badan , pada basuhan pertama , jika menjirus air , air itu membawa najis ke bawah , perlu ke menjirus air lagi ke tempat yang pernah ada najis itu? Adakah kena dua kali , atau masa najis tu hilang masa basuhan pertama

2. Percikan ketika istinjak , bagaimana mahu bezakan yang bernajis atau tak kerana sering kali air terpercik ke badan dan akhirnya saya mandi semula, dua jam lebih kadaran juga baru habis mandi setiap kali istinja swbab takut tak bersih.

3. Ketika puasa , saya kalau buang air besar akan memasukkan air kedalam dubur guna hos air yang laju ke arah dubur , untuk mengeluarkan sisa najis yang ada kerana saya selalu tak keluar habis kalau buang air besar kerana sembelit dan sebagainya , walaupun ketika buang air besar normal pasti ada najis tertinggal dalam dubur dan saya kena masukkan air juga dalam dubur untuk buang lebihan najis , adakah ini membatalkan puasa saya , kalau ia begitu membatalkan puasa , saya kena qada puasa saya yang lepas lah ya pada hari hari yang saya yakin saya buang air besar pada hari itu , sebab saya dari dulu guna cara ini untuk buang air sebab saya tak tahulah , macam tak lawas .

4. Tempat yang bernajis tapi sudah hilang dengan waktu dan takda kesan maksudnya dibiarkan sahaja sehingga hilang takda kesan , adakah masih bernajis tempat itu?

Ddaayuu
Ddaayuu
1 tahun yang lalu

Salam, maaf tanya, adakah perlu membaca niat istinja semasa membasuhi kedua dua lubang? Saya diajar dari kecil niat istinja kecil dan besar, adakah ini wajib? Mohon pencerahan. Terima kasih

RAZ
RAZ
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya jika seluar terkena kencing setitis dua titis , atau pun seluar dalam , kalau saya basuh dengan cara melalukan air yang banyak sehingga kesan basah air tu melebihi kesan titisan kencing tu adakah memadai , saya hanya was was sahaja ada kencing ke tak terpercik sebab saya tanggal seluar sebelum buang air dan sebagainya, kalau saya was was , saya just basuh dengan biarkan air lalu di seluar walaupun saya masih memakainya . Dan juga najis yang kering takkan berpindah jika anggota badan atau benda lain keringkan ? Dan juga najis hukmi tidak berpindah juga kan walaupun dalam keadaan basah , hanya perluk lalukan air dalam satu siraman sahaja bukan , dan juga air itu statusnya mustamal

Edu
Edu
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum
, saya nak tanya , saya ni jenis yang kalau buang air besar, mesti kena cebok dulu masukkan air dalam dubur sebab ada lebihan najis , saya jenis tak lawas , maaf tapi kadang kadang najis tu ada jatuh di lantai (sikit saja) , ok lepastu saya alirkan air untuk bawak najis tu ke lubang najis , tapi saya perasan kadang bila air tu kita pakai hos bila halakan ke lantai ada percikan percikan kecil , tapi air air di lantai masih lagi tidak berubah warna , kadang saya risau sebab ianya akan terpercik ke dinding dan pintu , saya khuatir bila saya alirkan air ke pintu sehingga bawah lantai , ia akan menyebar ke luar tandas takut jadi najis , sebab risau percikan tu jadi najis , sebab selalu masa alirkan air untuk tolak najis tu ke lubang akan ada percikan percikan kecil sebab direct contact dengan lantai , apa hukum percikan tu , saya ni jenis sembelit jadi najis tu tak mudah pecah sebab macam ketulan batu , bila kena air pun tak berubah air .

Dan juga semasa mandi wajib , hanya perlu cangkung sahajakan dan alirkan air di zahir dubur , yang mana rasa sahaja ? Perlu ke meneran semasa membersihkan dubur , saya khuatir terbuang air selalu sebab pelvic floor saya agak bermasalah dan saya sedang buat terapi untuk membetulkannya balik.

Ouh ya dan last sekali , bagaimana nak bezakan was was dengan keyakinan? Kadang saya keliru mana betul ni , saya tau was was akidah memang setan , tapi was was dalam kebersihan ni kadang saya pening mana satu betul ni , sebab saya ni jenis short term memory loss, jadi benda singkat memang akan lupa , memory pun tak kuat sangat sebab saya jenis zoning out kadang

Last edited 1 tahun yang lalu by Edu
Hagiz
Hagiz
1 tahun yang lalu

Maaf saya nak Tanya kalau najis itu susah dihindari di dalam tandas adakah dimaaf? Ada satu hari ni saya rasa ada air mangkuk tandas terpercik masa saya tengah siram kemaluan pastu saya berangapan itu was was tapi hari yang seterusnya saya rasa macam yakin yang betul betul terpercik jadi adakah dimaaf? Saya ingatkan itu was was sebab saya selalu was was Sy sedang Cuba untuk buang rasa was was tapi kalini yakin saya tinggi ia terpercik

Last edited 1 tahun yang lalu by Hagiz
insan20
insan20
1 tahun yang lalu

maaf bertanya, boleh saya tahu… selepas qada hajat perlukah saya basuh drpd pinggang hingga ke hujung kaki… krn khuatir najis pada badan mungkin terpercik semasa istinjak?

Atul Talib
Atul Talib
2 tahun yang lalu

Nak tanya, jika buang air besar, kita hanya menjirus air ke dubur sehingga diyakini bersih tanpa menggosok menggunakan tangan kiri, adakah suci dalam islam? Terima kasih

Ahmad wisam
Ahmad wisam
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum wrt wbt…sila beri pendapat bagi situasi yg saya akan sebutkan

Seseorang terpaksa membuang hajat ditepi jalan atau didalam hutan kerana tidak tahan kemudian dia beristinjak dengan barang kesat…kemudian dia pulang kerumah lalu mengambil wudu dan melakukan solat sesudah tiba di rumah tanpa dia membasuh kembali tempat keluar hajat…adakah solatnya sah,atau perlukah dia membasuh kembali tmpt keluar najis tersebut sebelum melakukan solat

Mohon penjelasan..terima kasih

Muhammad Salah
Muhammad Salah
Reply to  Ahmad wisam
2 tahun yang lalu

Atas Nama Allah Yg Maha Pengasih Maha Penyayang.Demi KeEsan’Nya Allah Yg Maha Tunggal, Dan segala pendapat itu adalah Bukan diriku. MahaSuci Allah Yg Tiada Sekutu BagiNya. Dan, Segala Puji Hanya Nyata. Kerana, Allah. Yg Ada Hanya Allah.

Muhammad Salah
Muhammad Salah
Reply to  Muhammad Salah
2 tahun yang lalu

Allah Hu Alim