Ini adalah panduan lengkap bacaan tahlil ringkas dan doa tahlil arwah serta doa selamat.
Panduan ini disediakan secara tersusun langkah demi langkah, dan dilengkapi bantuan Audio serta transliterasi Rumi untuk memudahkan anda mengikutinya — terutama kepada mereka yang kurang mahir membaca teks quran.
Objektif utama panduan ini:
Artikel ini bertujuan untuk menyediakan panduan yang terperinci dan menyeluruh mengenai tatacara tahlil dan doa arwah.
Saya juga turut menyediakan salinan tahlil ini dalam bentuk PDF untuk anda.
Dengan memahami langkah-langkah, bacaan, dan tujuan di sebalik amalan ini, pembaca diharapkan dapat melaksanakan tahlil dengan lebih yakin dan tenang, serta memahami hikmah di sebalik setiap bacaan yang dilakukan.
Semoga bermanfaat, InsyaAllah.
Maksud Tahlil
Tahlil adalah satu amalan zikir yang menekankan penyebutan kalimah لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ (La ilaha illa Allah) yang bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Allah.”
Dalam konteks amalan masyarakat Islam di Malaysia, Thailand dan Indonesia, tahlil sering dilakukan sebagai sebahagian daripada majlis doa arwah. Majlis ini biasanya diadakan untuk mendoakan kesejahteraan roh orang yang telah meninggal dunia, memohon keampunan dan rahmat Allah SWT buat mereka.
Amalan tahlil ini telah menjadi tradisi dalam masyarakat Nusantara, di mana ia sering kali dikaitkan dengan kenduri arwah atau majlis tertentu. Walaupun asal usulnya berasal dari zikir yang dianjurkan dalam Islam, tahlil telah diadaptasi menjadi sebuah amalan yang menggabungkan bacaan doa, zikir, dan selawat, dengan niat khusus untuk mendoakan orang yang telah meninggal dunia.
Perbezaan pendapat mengenai amalan ini wujud, terutamanya dalam kalangan ulama yang berbeza mazhab. Tetapi dalam Mazhab Syafi’e, ia dianggap sebagai satu amalan yang baik dan bermanfaat (perkara ini akan diterangkan dengan lebih lanjut pada bahagian akhir panduan ini)
Panduan Bacaan Tahlil
Susunan bacaan tahlil ini adalah bersumberkan dari Kitab Majmu’ Syarif. 1
Saya juga menyertakan bacaan Audio, transliterasi rumi dan juga terjemahan pada setiap ayat.
Semoga susunan zikir, tahlil, dan doa tahlil ini dapat memberi bermanfaat dan membantu pembaca sekalian.
Mulakan dengan ayat pembuka Al-Fatihah.
إِلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ شَيْءٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَةَ
Ilaa Hadrotin-nabiyyi Sollallaahu ‘Alaihi Wassallama Wa Alihi Wasohbihi Syai’un Lillahi Lahumul-Faatihah
Maksudnya
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Untuk yang terhormat Nabi Muhammad SAW, segenap keluarga, dan para sahabatnya. Bacaan Al-Fatihah ini kami tujukan kepada Allah dan pahalanya untuk mereka semua. Al-Fatihah…”
Seterusnya baca Al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad (3 Kali)
Maksudnya
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Dialah yang maha esa. Allah adalah tuhan tempat bergantung oleh segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Nya.’” (3 kali).
Seterusnya Tahlil dan Takbir
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Laa ilaha illallaahu wallahuakbar
Maksudnya
Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”
Seterusnya Surah Al-Falaq
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥
Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq. Min Syarri Mā Khalaq. Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab. Wa Min Syarrin-Naffāṡāti Fil-‘Uqad. Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad
Maksudnya
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Aku berlindung kepada tuhan yang menguasai waktu subuh dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);. Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia mendengki.’”
Seterusnya mengucapkan Tahlil dan Takbir
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Laa ilaha illallaahu Wallahuakbar
Maksudnya
Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”
Seterusnya membaca Surah An-Nas
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās. Malikin-Nās. Ilāhin-Nās. Min Syarril-Waswāsil-Khannās. Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās. Minal Jinnati Wan-Nās
Maksudnya
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.”Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
Seterusnya mengucapkan Tahlil dan Takbir
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Laa ilaha illallaahu Wallahuakbar
Maksudnya
Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.
Seterusnya membaca surah Al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya membaca lima ayat terawal surah Al-Baqarah
الٓمٓ ١ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ٣ وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ ٤ أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٥
Alif Lām Mīm. Żālikal-Kitābu Lā Raiba Fīh, Hudal Lil-Muttaqīn. Allażīna Yu’minūna Bil-Gaibi Wa Yuqīmūnaṣ-Ṣalāta Wa Mimmā Razaqnāhum Yunfiqūn. Wallażīna Yu’minūna Bimā Unzila Ilaika Wa Mā Unzila Min Qablik, Wa Bil-Ākhirati Hum Yūqinūn. Ulā’ika ‘Alā Hudam Mir Rabbihim Wa Ulā’ika Humul-Mufliḥūn
Maksudnya
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alif lam mim. Demikian itu kitab ini tidak ada keraguan padanya. Sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada kitab Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari tuhannya. Merekalah orang orang yang beruntung.”
Seterusnya Al-Baqarah ayat 163
وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ ١٦٣
Wa ilaahukum ilaahuw Waahid, Laa ilaaha illaa Huwar-Rahmaanur-rahiim
Maksudnya
Dan Tuhan kalian adalah Tuhan yang maha esa. Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Dia yang maha pengasih lagi maha penyayang.”
Seterusnya membaca Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥
Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm
Maksudnya
Allah, tiada yang layak disembah kecuali Dia yang hidup kekal lagi berdiri sendiri. Tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberikan syafa’at di sisi-Nya kecuali dengan izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui sesuatu dari ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat menjaga keduanya. Dia maha tinggi lagi maha agung.”
Seterusnya Al-Baqarah ayat 284
لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٢٨٤
Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr
Maksudnya
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Seterusnya Al-Baqarah ayat 285
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ ٢٨٥
Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr
Maksudnya
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
Seterusnya Al-Baqarah ayat 286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٢٨٦
Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn
Maksudnya
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Seterusnya baca surah Hud ayat 73
Yaa Arhamar-RaaHimiin IrHamna (ulang 3 kali). Rahmatullaahi Wa Barakaatuhuu ‘Alaykum Ahlal-Bayt, innahuu HamiiDum-Majiid
Maksudnya
Wahai Tuhan yang maha kasih, kasihani kami,” (3 kali). Dan rahmat Allah serta berkatNya (kami harapkan) melimpah di atas kamu sekalian wahai ahlul bait. Sungguh Dia maha terpuji lagi maha pemurah,” (Surat Hud ayat 73).
Seterusnya baca surah Al-Ahzab ayat 33
إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرٗا ٣٣
InnaMaa YuriiDullahu Liyudz-hiba ‘Ankumur-Rijsa Ahlal-bayt Wa YuThahHiraKum That-Hiiraa
Maksudnya
Sungguh Allah berkehendak menghilangkan segala kotoran padamu, wahai ahlul bait, dan menyucikanmu sebersih-bersihnya,” (Surat Al-Ahzab ayat 33).
Seterusnya baca surah Al-Ahzab ayat 56
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا ٥٦
Innallaaha Wa Malaa ‘ikatahuu YuSolluuNa ‘Alan-Nabiyy, Yaa AyyuHalLaziina AamaNuu Sollu ‘Alaihi Wa SalliMuu TasLiiMaa
Maksudnya
Sungguh Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bacalah shalawat untuknya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Seterusnya selawat ke atas Nabi
Allahumma Solli Afdhola Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika HabiiBillah Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, ‘AdaDa Ma’LuuMaTika WamiDaaDa KaliMaaTika KullaMaa ZakaRaKaz-ZaakiRuuNa Wa GhoFala ‘AnDzikRikal-GhooFiLunn
Maksudnya
Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhlukMu yang paling bahagia, yang menjadi Kekasih Allah, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad dan kepada kepada keluarganya sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan bilangan tinta untuk mencatat kalimahMu, selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa kepadaMu”
Disambung dengan selawat yang seterusnya
Allahumma Solli Afdholas-Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika SyamSid-Dhuha Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, ‘AdaDa Ma’LuuMatiKa WamiDaaDa KaliMaaTika KulLamaa ZakaraKaz-ZaaKiruuNa Wa GhoFala ‘AnZikRikal-GhooFiLunn
Maksudnya
Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhlukMu yang paling bahagia, yang menjadi penerang laksana matahari di waktu Duha, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad dan kepada kepada keluarganya sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan bilangan tinta untuk mencatat kalimahMu, selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa kepadaMu”
Disambung lagi dengan selawat seterusnya
Allahumma Solli Afdhola Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika Badrid-Dujaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, AdaDa Ma’LuuMatika WamiDaaDa KalimaaTika KullaMaa ZakaRaKaz-ZaaKiruuNa Wa GhoFala ‘AnZikRikal-GhooFiLunn
Maksudnya
Ya Allah, berilah sebaik-baik rahmat kepada makhlukMu yang paling bahagia, yang menjadi penerang laksana bulan purnama di waktu gelap, penghulu dan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad dan kepada kepada keluarganya sebanyak bilangan barang yang Engkau ketahui, dan bilangan tinta untuk mencatat kalimahMu, selama masih ada orang yang ingat dan orang yang lupa kepadaMu”
Seterusnya salam ke atas Nabi
وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللَّهُ تَعَالَىٰ عَنْ أَصْحَابِ سَيِّدِنَا رَسُولِ اللَّهِ أَجْمَعِينَ
WasalLim WaroDhiyallahhu Taala ‘An AsHaaBi Sayyidina RasuulilLahi Ajmaiin
Maksudnya
Semoga Allah yang maha suci dan tinggi meredhai para sahabat dari pemimpin kami (Rasulullah).”
Seterusnya Zikir Tawakkal daripada Surah Ali Imran ayat 173 dan Surat Al-Anfal ayat 40.
حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِيلُ. نِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُ
HasbuNallahu Wani’mal Wakil. Ni’mal MauLaa Wani’man-Nassiir
Maksudnya
Cukup Allah bagi kami. Dia sebaik-baik wakil. (Surat Ali Imran ayat 173). Dia sebaik-baik pemimpin dan penolong,” (Surat Al-Anfal ayat 40).
Seterusnya Membaca Hauqalah
وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
Walaa Haula WaLaa QuwwaTa ilLaa Billahil ‘Aliyyil ‘Adziim
Maksudnya
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha tinggi dan agung.”
Seterusnya baca Istighfar (3 kali)
Astagfirullahal-Adziim
Maksudnya
Saya mohon ampun kepada Allah yang maha agung.” (3 kali). (Allah) yang tiada tuhan selain Dia yang maha hidup, lagi terjaga. Aku bertobat kepada-Nya.”
Seterusnya baca ayat berikut
أَفْضَلُ الذِّكْرِ فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Afdoluz-Zikri Fa’Lam AnNahu Laa ilaHa illalLahh
Maksudnya
Sebaik-baik zikir–ketahuilah–adalah lafal ‘La ilāha illallāh’, (tiada tuhan selain Allah)
Seterusnya Tahlil 33 atau 100 kali.
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Laa ilaHa illallaah
Maksudnya
Tiada tuhan selain Allah.” (100 kali).
Seterusnya kalimah syahadah dan pengakuan keimanan
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهَا نَحْيَا وَعَلَيْهَا نَمُوتُ وَعَلَيْهَا نُبْعَثُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَىٰ مِنَ ٱلۡاٰمِنِينَ ٱلْفَاتِحَةَ
Laa ilaHa illaallahu Muhammadur-Rasulullah, Sollallahu ‘Alaihi Wassalam. ‘AlayHa NahYaa Wa ‘AlaiHaa NaMuuTu Wa ‘AlayHaa Nub ‘A-tsu ‘insyaaAllahu Taala Minal AamiNiin. Al Fatihah!
Maksudnya
“Tiada tuhan selain Allah. Nabi Muhammad SAW utusan-Nya.” Dengan kalimat itu, kami hidup. Dengannya, kami wafat. Dengannya pula insya Allah kelak kami dibangkitkan termasuk orang yang aman.”
Di akhiri dengan al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Selepas selesai tahlil, maka dibacakan pula doa arwah seperti di bawah
Doa Tahlil Arwah (Khusus)
Ini adalah doa arwah yang boleh dibacakan setelah selesai tahlil. Ia adalah doa yang khas (ditujukan khas kepada nama arwah).
Untuk memudahkan anda, saya turut menyediakan audio bacaan agar anda dapat mendengar bacaan audio sambil mengikuti teks doa yang disediakan.
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Ḥamdan Yuwāfī Ni‘amahu Wa Yukāfi’u Mazīdah, Yā Rabbana Lakal-Ḥamdu Kamā Yanbaghī Lijalāli Wajhika Wa ‘Aẓīmi Sulṭhōnik.
Allāhumma Ṣolli ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Ṣolātan Tunajjīnā Bihā Min Jamī‘il-Ahwāli Wal-Āfāt, Wataqḍī Lanā Bihā Jamī‘al-Ḥājāt.
Wa Tuṭahhirunā Bihā Min Jamī‘ is-Sayyi’āt, Wa Tarfa‘unā Bihā ‘Indaka A‘lād-Darajāt, Wa Tuballighunā Bihā Aqṣal-Ghāyāt, Min Jamī‘il-Khairāti Fil-Ḥayāti Wa Ba‘dal-Mamāt.
Allāhumma Taqabbal Wa Awṣil Tsawāba Mā Qara’nāhu Minal-Qur’ānil-‘Aẓīm.
Wa Māstaghfarnāhu Min Qawli Astaghfirullāhal-‘Aẓīm. Wa Mā Hallalnāhu Min Qawli Lā Ilāha Illallāh. Wa Mā Sabbahnāhu Min Qawli Subḥānallāh.
Wa Mā Ṣollaināhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Ṣollallāhu ‘Alaihi Wa Sallam Fī Hāżal-Majlisil-Mubārak Hadīyatan Minnā Wāṣilatah Wa Raḥmatan Minka Nāzilatah Wa Barakatan Shāmilah Nu’hdīhā Wa Nuqaddimuhā Ilā Ḥaḍratin-Nabī Muḥammad Ṣollallāhu ‘Alaihi Wa Sallam.
Tsumma Ilā Jamī‘i Ikhwānihi Minal-Anbiyā’i Wal-Mursalīn Wa Ālihi Wa Aṣḥābihi Wa Azwājihi Wa Dzurriyyātihi Wa Ahli Baytihi Ajma‘īn Wat-Tābi‘īn Wa Tābi‘it-Tābi‘īn Wal-Khulafā’ir-Rāshidīn Wal-A’immatil-Mujtahidīn Wal-Awliyā’i Wash-Shuhadā’i Waṣ-Ṣāliḥīn Wal-‘Ulamā’il-‘Āmilīn Wa Jamī‘i Mashāyikhinā Wa AsātiDzatinā.
Tsumma Ilā Jamī‘i Ahlil-Qubūri Minal-Muslimīn Wal-Muslimāt Wal-Mu’minīn Wal-Mu’mināt Min Mashāriqil-Arḍi Wa Maghāribihā Barrihā Wa Baḥrihā Ābā’inā Wa Ummahātinā Wa Ajdādinā Wa Jaddātinā Wa Naḳhuṣṣu Khuṣūṣan Manijtama’nā Hāhunā Bisababihi Wa Li’ajlihi.
Wa Khuṣūṣan Ilā Rūḥil-Marḥūm ……………….. Wa Uṣūlihi Wa Furū‘ihi Wa Man Yantasibu Ilaihi Ajma‘īn.
Wa Khuṣūṣan Ilā Rūḥil-Marḥūmah ………………. Wa Uṣūlihā Wa Furū‘ihā Wa Man Yantasibu Ilaihā Ajma‘īn.
AllāhummaghFirhum Warḥamhum Wa ‘Āfihim Wa‘fu ‘Anhum (3x)
Allāhummaj‘al Qubūrahum Rawḍatan Min Riyāḍil-Jinān Wa Lā Taj‘al Qubūrahum Ḥufratan Min Ḥufarin-Nīrān.
Allāhumma Biḥaqqil-Qur’ānil-‘Aẓīm BiJāhi Kalāmikal-Qadīm, Ij‘alil-lāhumma Tsawāba Żālika Ba‘dal-Qabūli Fidā’an Lahum Minan-Nār Wa Sitran Lahum Minan-Nār.
Ij‘alil-lāhumma Al-Qur’āna Yā Allāhu Fī Qubūrihim Mu’nisan Lahum Wa Fil-Qiyāmati Syāfi‘an ‘Alan-Nār Sitran Wa Ḥijābaa, Wa Ij‘alil-lāhumma Al-Jannata Ma’wāhum.
Allāhumma Anzilir-Raḥmata Wash-Shafā‘ata Wal-Maghfirata ‘Alā Jamī‘i Ahlil-Qubūri Minal-Muslimīn Wal-Muslimāt Wal-Mu’minīn Wal-Mu’mināt, Arfa‘ Lahumud-Darajāt Wa Ḍā‘if Lahumul-Ḥasanāt Wa Kaffir ‘Anhumus-Sayyi’āt Wa Adkhilhumul-Jannata Ma‘al-Ābā’i Wal-Ummahāt.
Rabbana Aghfirlanā Wa Li’ikhwānināl-Lażīna Sabaqūnā Bil-Īmān. Rabbana Innaka Ra’ūfun Raḥīm.
Yā Ayyatuhan-Nafsul-Muṭma’innah, Irji‘ī Ilā Rabbiki Rāḍiyatan Marḍiyyah, Fadkhulī Fī ‘Ibādī, Wadkhulī Jannatī.
Rabbana Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanah Wa Fil-Ākhirati Ḥasanah Waqinā ‘Ażāban-Nār. Wa Ṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn Wa Salāmun ‘Alal-Mursalīn Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Al-Fātiḥah.
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Āmīn Āmīn Āmīn Yā Rabbal-‘Ālamīn, Rabbana Taqabbal Minnā Du‘ā’anā Innaka Antas-Samī‘ul-‘Alīm, Wa Tub ‘Alainā Yā Mawlānā Innaka Antat-Tawwābur-Raḥīm, Wa Lā Tu’ākhidznā Bil-‘Aẓā’imi Wal-Jarā’im Yā Karīm, Wa Ākhiru Da‘wānā Anil-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Taqabbalallāhu Minkum.
(Minkum Taqabbal Yā Karīm)
Maksud Doa Arwah Khusus
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, puji-pujian yang setimpal dengan nikmatNya, dan yang melengkapi nikmat yang bertambah-tambah. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian, puji yang selayaknya bagi keagunganMu. Yang Maha Mulia, kegagahan dan kebesaranMu.
Ya Allah, limpahkan selawat ke atas junjungan nabi kami Muhammad SAW dengan satu selawat yang menyebabkan kami selamat dari semua ketakutan dan malapetaka yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang menyebabkan Engkau mensucikan kami dari semua kejahatan yang menyebabkan Engkau mengangkat kami ke darjat yang tinggi di sisiMu dan yang menyebabkan Engkau menyampaikan semua cita-cita kami berupa kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat.
Wahai Tuhanku, terimalah dan sampaikanlah pahala bacaan al-Quran yang agung yang telah kami baca, bacaan istighfar kami dengan ungkapan ‘Aku Memohon Keampunan Keampunan Kepada Allah Yang Maha Agung’, bacaan tahlil kami dengan ungkapan ‘Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah’, bacaan tasbih kami dengan ungkapan ‘Subhanallah’, dan bacaan selawat kami atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW di majlis yang penuh berkat ini sebagai hadiah daripada kami, rahmat yang diturunkan dan keberkatan yang disampaikan kepada hadrat kekasih, junjungan dan penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan kepada semua saudaranya daripada golongan para Nabi dan Rasul, ahli keluarga, para sahabat, para isteri, zuriat-zuriat dan semua ahli baitnya, para tabi’in, pengikut tabi’in, Khulafa’ al-Rasyidin, para imam mujtahid di jalan Allah, para wali, para Syuhada’, orang-orang Soleh, para ulama yang mengamalkan ilmunya, para masyaikh dan guru-guru kami kami.
Kemudian kepada para ahli kubur dan golongan orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dari golongan beriman lelaki dan perempuan, dan dari belahan sebelah timur dan barat, baik yang ada di darat mahu pun yang berada di lautan, khususnya kepada bapa-bapa dan ibu-ibu kami, datuk-datuk kami, nenek-nenek kami, dan kepada orang yang menyebabkan kami semua dapat berkumpul di sini dan untuk keperluannya.
Dan khusus kepada al-marhum/al-marhumah ……………………………… dan usul serta cabangnya. Dan semua orang yang berhubung kait dengannya.
Ya Allah, berilah keampunan serta rahmat kepada mereka, dan berilah maaf dari kesalahan mereka (3X)
Ya Allah, jadikanlah kubur mereka salah satu dari taman-taman syurga, jangan jadikan kubur mereka salah satu dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, dengan kebenaran al-Quran yang mulia dan kebesaran ungkapanMu yang Qadim, jadikan pahala tersebut selepas penerimaanMu sebagai tebusan untuk mereka dari api neraka dan penghalang dari api neraka.
Jadikan al-Quran di kubur sebagai peneman, di hari kiamat sebagai sebagai syafaat, di dalam syurga sebagai penghalang dan penghadang api neraka untuk mereka. Dan jadikan syurga sebagai tempat tinggal mereka.
Wahai Tuhanku! Turunkan rahmat, berikan syafaat dan keampunan kepada para ahli kubur dari golongan orang-orang Islam lelaki dan perempuan dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, angkatlah darjat mereka, gandakan ganjaran mereka, hapuskan kesalahan dan dosa mereka, gandakan kebaikan mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga bersama-sama bapa dan ibunya.
Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMU.
Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu!) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari siksa api neraka.
Semoga rahmat Allah dan kesejahteraan selalu tercurah kepada junjungan kami iaitu Nabi Muhammad, kepada keluarga dan sahabatnya.
Maha suci Tuhanmu yang mempunyai kemulian dari apa yang disifatkan (dituduhkan oleh orang kafir), salam sejahtera semoga tercurah kepada para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam.
Alfatihah!
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Perkenankanlah permintaan kami ya Allah, wahai tuhan yang mentadbir seluruh alam.
Ya Tuhan kami, terimalah doa kami, Sesunguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Terimalah taubat kami ya Allah, sesungguhnya engkaulah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
Janganlah Engkau mengenakan kami dosa-dosa besar, wahai Tuhan yang Maha Mulia dan kami akhiri doa ini dengan segala pujian bagi Mu Allah Tuhan semesta Alam.
Semoga Allah menerima doa kita semua.
Doa Tahlil Arwah (Umum)
Berikut adalah doa tahlil yang umum (tanpa menyebut nama arwah) dan sesuai jika majlis untuk mendoakan arwah yang ramai.
Seperti doa khusus di atas, saya juga turut menyediakan audio bacaan doa yang umum ini agar anda dapat mendengar bacaan audio sambil mengikuti teks doa yang disediakan.
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Ḥamdan Yuwāfī Ni‘amahu Wa Yukāfi’u Mazīdah, Yā Rabbanā Lakal-Ḥamdu Kamā Yanbaghī Lijalāli Wajhika Wa ‘Aẓīmi Sulṭhonik.
Allāhumma Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Ṣalātan Tunajjīnā Bihā Min Jamī‘il-Ahwāli Wal-Āfāt, Wataqḍī Lanā Bihā Min Jamī‘il-Ḥājāt, Watuṭahhirunā Bihā Min Jamī‘is-Sayyi’āt, Watarfa‘unā Bihā ‘Indaka A‘lā-d-Darajāt, Watuballighunā Bihā Aqṣa-l-Ghāyāti Min Jamī‘il-Khayrāti Fil-Ḥayāti Wa Ba‘da-l-Mamāt.
Subḥānaka Lā Nuḥṣī Thanā’an ‘Alaika Kamā Athnaita ‘Alā Nafsik, Falakal-Ḥamdu Ḥattā Tarḍā Walakal-Ḥamdu Idhā Rāḍīta Walakal-Ḥamdu Ba‘da-r-Riḍā.
Allāhumma Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Fil-Awwalīn, Wa Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Fil-Ākhirīn, Wa Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Fil-Malā’il-A‘lā Ilā Yawmi-d-Dīn, Wa Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Ḥattā Taritha-l-Arḍa Wa Man ‘Alaihā Wa Anta Khayru-l-Wārithīn.
Allāhummaj‘al Wa Awṣil Wa Taqabbal Thawāba Mā Qara’nāhu Minal-Qur’ānil-‘Aẓīm, Wa Mā Hallalnāhu Min Lā Ilāha Illallāh, Wa Mā-staghfarnāhu, Wa Mā Qulnāhu Min Yā Allāh, Wa Mā Ṣallaināhu ‘Alā-n-Nabiyyi Muḥammad Ṣallallāhu ‘Alaihi Wa Sallam Fī Hāżihi-s-Sā‘atil-Mubārakah Hadiyyatan Minnā Wāṣilatan Wa Raḥmatan Minka Nāzilah, Wa Barakatan Shāmilah, Wa Ṣadaqatan Mutaqabbalah Nuqaddimuhā Wa Nuḥdīhā Ilā Ḥaḍrati Sayyidinā Muḥammad Rasūlillāh Ṣallallāhu ‘Alaihi Wa Sallam.
Thumma Ilā Arwāḥi Azwājihi Wa Dhurriyyātihi Wa Aṣḥābihi Wa-t-Tābi‘īn Wa Tābi‘i-t-Tābi‘īn Lahum Bi-Iḥsānin Ilā Yawmi-d-Dīn.
Allāhumma-j‘alhu Fikākan Lahum Minan-Nār, Wa Najātan Lahum Minan-Nār, Wa Sitra Lahum Minan-Nār, Wa Fidā’an Lahum Minan-Nār.
Allāhumma-ghfir Lahum Warḥamhum Wa ‘Āfihim Wa-‘fu ‘Anhum. (3x)
Thumma Thawāban Mithla Thawābi Żālika Ilā Arwāḥi Wālidīnā Wa Mashā’ikhinā Wa Wālidaihim Wa Mashā’ikihim Wa Jamī‘i-l-Muslimīn Min Mashāriqi-l-Arḍi Ilā Maghāribihā.
Allāhumma-j‘alnā Fī Ṣaḥā’ifinā Wa Ṣaḥā’ifi Wālidīnā Wa-s-Sādāti-l-Ḥāḍirīn Wa Wālidaihim, ‘Umma-l-Jamī‘u Bi-r-Raḥmati Wa-r-Riḍwān, Wa-adkhilnā Wa Iyyāhum Fī Fasiḥi-l-Jinān, Yā Ḥannān, Yā Mannān, Yā Badī‘as-Samāwāti Wal-Arḍ, Yā Żal-Jalāli Wal-Ikrām.
Allāhummanqulhum Min Ḍīqil-Qabri Wal-Luḥūd, Ilā Jannatika Jannātil-Khulūd, Ilā Ẓillin Mamdūd, Wa Mā’in Miskūb, Wa Fākihatin Kathīrah, Lā Maqṭū‘ah Wa Lā Mamnū‘ah, Wa Furushim Marfū‘ah, Ma‘al-Ladhīna An‘amta ‘Alaihim Minan-Nabiyyīna Waṣ-Ṣiddīqīna Wash-Shuhadā’i Waṣ-Ṣāliḥīn, Wa Ḥasuna Ulā’ika Rafīqā, Yā Arḥamar-Rāḥimīn.
Wa Ṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Al-Fātiḥah.
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yawmid-Dīn. Iyyāka Na‘budu Wa Iyyāka Nasta‘īn. Ihdināṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭal-Ladzīna An‘amta ‘Alaihim Ghairil-Magḍūbi ‘Alaihim Walā-Ḍḍāllīn.
Āmīn, Āmīn, Āmīn Yā Rabbal-‘Ālamīn, Rabbana Taqabbal Minnā Du‘ā’anā Innaka Antas-Samī‘ul-‘Alīm, Wa Tub ‘Alainā Yā Maulānā Innaka Antat-Tawwābur-Raḥīm, Wa Lā Tu’ākhidhnā Bil-‘Aẓā’imi Wal-Jarā’imi Yā Karīm, Wa Ākhiru Da‘wānā Anil-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Taqabbalallāhu Minkum.
(Minkum Taqabbal Yā Karīm)
Maksud Doa Arwah Umum
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.
Wahai Tuhan kami, kepadaMu tertumpu segala pujian sebagaimana layak bagi kebesaran pemerintahanMu. Ya Allah, kami pohonkan selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sebagai selawat yang melepaskan diri kami dari bala bencana, Tunaikanlah ya Allah segala hajat kami, dan selawat itu engkau bersihkan kami dari segala keburukan dan Engkau angkatkan kami disisiMu setinggi darjat dan Engkau sampaikan ke hujung harapan dan cita-cita kami dari segala kebaikan semasa kami hidup dan selepas mati.
Maha suci Engkau ya Allah, kami tidak dapat mengira pujian kami ke atasMu sebagaimana Engkau puji ke atas diriMu, maka kepadaMu segala pujian sehingga Engkau redhai dan untukMu pujian apabila Engkau redha dan untukMu pujian selepas Engkau redha. Ya Allah pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di permulaan dan pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di hari penghabisan dan pohon selawat ke atas Nabi Muhammad setinggi-tingginya sehingga hari kiamat dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sehingga diwarisi bumi dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris.
Ya Allah jadikanlah, sampaikanlah dan terimalah pahala bacaan yang kami baca daripada kitab Al-Quran yang agong, dan pahala bacaan yang kami tahlilkan dari “La ilaha illallah” dan pahala bacaan istighfarnya dan pahala bacaan zikir dari sebutan “Ya Allah” dan pahala selawat dan salam kami ke atas Nabi Muhammad pada saat yang berkat ini sebagai hadiah dari kami sebagai penghubung dan ia sebagai rahmat dariMu yang turun membawa berkat yang meliputi, juga sebagai sedekah yang diterima, dikemukakan dan dihadiahkan kehadrat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. kemudian kepada roh-roh para isterinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan tabiin, tabi’ tabiin bagi mereka kebaikan hingga hari kiamat.
Ya Allah, jadikan selawat itu pemisah, penyelamat, pendinding dan penebus mereka dari api neraka. Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, sihatkanlah dan maafkanlah mereka. Kemudian berikanlah pahala sedemikian juga kepada roh-roh ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa dan guru-guru kepada ibubapa kami seterusnya sekelian orang Islam dari timur ke barat.
Ya Allah, jadikanlah kami dan rakan-rakan kami dan rakan ibubapa kami juga dengan sekelian yang hadir dan ibubapa mereka semuany berada dalam rahmat dan kasih sayang. Masukkan kami dan mereka ke dalam syurgaMu yang saujana luas, Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, penganugerahan yang mengindahkan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah, pohon pindahkan dari mereka kesempitan lubang kubur dan lahad kepada syurga abadiMu, kepada naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk bersama orang-orang yang mendapat nikmat yang terdiri dari para-para Nabi, siddiq, syahid, orang-orang Solih dan Orang-orang yang mendampingi mereka dengan baik, Wahai Tuhan Yang Amat Kasih Sayang.
Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.
Doa Selamat Penutup Tahlil
Secara kebiasaannya, doa selamat sering dibacakan sebagai penutup kepada majlis tahlil. Ia bertujuan untuk melengkapkan amalan dengan memohon keselamatan dan kesejahteraan dari Allah SWT, sesuai dengan keperluan dan keadaan semasa.
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Was-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad, Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Ajma‘īn.
Allāhumma Innā Nastawdi‘uka Adyānana Wa Abdānana Wa Anfusana Wa Ahlīna Wa Awlādana Wa Amwālanā Wa Kulla Shay’in A‘ṭaytanā.
Allāhummaj‘alnā Fī Kanafika Wa Amānika Wa Jawārika Wa ‘Iyādhika Min Kulli Shayṭānin Marīd Wa Jabbārin ‘Anīd Wa Żī Baghyin Wa Żī Sharrin Kullin, Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr.
Allāhumma Jammilnā Bil-‘Āfiyah Was-Salāmah, Wa Ḥaqqiqnā Bit-Taqwā Wal-Istiqāmah, Wa A‘iżnā Min Mūjibātin-Nadāmah Fil-Ḥāl Wal-Māl, Innaka Samī‘ud-Du‘ā.
Wa’ghfirlanā Wa’rḥamnā Wa Wālidaynā Wa Ikhwānanā Wa Aḥbābanā, Wa Liman Aḥsana Ilaynā, Wa Liman Lahu Ḥaqqun ‘Alaynā, Wa Lijamī‘il-Muslimīn Wal-Muslimāt Wal-Mu’minīn Wal-Mu’mināt, Bi-Raḥmatika Yā Arḥamar-Rāḥimīn.
Allāhumma Bi-Jamālika ‘Alā Rasūlika Sayyidinā Muḥammad, Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallim, Wa’rzuqnā Kamālal-Mutāba‘ah Lahu Ẓāhiran Wa Bāṭinan Fī Salāmah Wa ‘Āfiyah Bi-Raḥmatika Yā Arḥamar-Rāḥimīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.
Maksud Doa Selamat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarganya, dan para sahabatnya seluruhnya.
Ya Allah, kami menyerahkan kepada-Mu agama kami, tubuh badan kami, jiwa kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta benda kami, dan segala sesuatu yang Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah, tempatkanlah kami dalam lindungan-Mu, dalam keamanan-Mu, dalam perlindungan-Mu, dan jauhkanlah kami daripada setiap syaitan yang durhaka, daripada orang yang sombong dan zalim, serta daripada segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, hiasilah kami dengan kesihatan yang baik dan keselamatan, serta teguhkanlah kami dengan ketaqwaan dan keistiqamahan. Lindungilah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan penyesalan dalam kehidupan dan harta. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.
Ampunilah kami, kasihanilah kami, kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami, dan orang-orang yang kami kasihi, serta orang yang berbuat baik kepada kami, dan orang yang mempunyai hak ke atas kami.
Dan bagi semua kaum Muslimin lelaki dan perempuan, serta orang-orang beriman lelaki dan perempuan. Dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, dengan keindahan-Mu atas Rasul-Mu, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarganya, dan para sahabatnya. Limpahkanlah keselamatan ke atas mereka.
Berikanlah kepada kami kesempurnaan dalam mengikuti ajarannya secara zahir dan batin, dengan keselamatan dan kesejahteraan, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dalil Mengenai Keharusan Tahlil
Amalan tahlil sememangnya tidak disebut secara spesifik dalam Al-Quran atau Hadis sebagai satu amalan yang wajib atau disyariatkan secara khusus.
Namun, beberapa ayat dan hadis sering dikaitkan dengan konsep mendoakan orang yang telah meninggal dunia, yang menjadi asas kepada amalan seperti tahlil. Contohnya, dalam Surah Al-Hasyr ayat 10, Allah SWT berfirman mengenai doa kepada orang beriman yang telah meninggal dunia:
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: ‘Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.’” (Al-Hasyr ayat10)
Selain itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa doa daripada orang yang masih hidup, termasuk melalui amalan seperti tahlil, boleh memberi manfaat kepada si mati.
Pandangan Dalam Mazhab Syafi’e
Dalam Mazhab Syafi’e, amalan tahlil dianggap sebagai salah satu bentuk zikir dan doa yang dibolehkan, terutamanya jika ia bertujuan untuk mendoakan orang yang telah meninggal dunia.2
Ulama Syafi’iyyah seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali memandang tahlil sebagai satu amalan yang baik, dengan syarat ia dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak mengandungi unsur-unsur bidaah yang terlarang.3
Amalan seperti membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati juga dianggap sebagai sesuatu yang dibolehkan dan dapat untuk memberi manfaat kepada mereka.4
Adakah Tahlil Merupakan Suatu Perbuatan Bidaah?
Isu bidaah sering dibangkitkan dalam perbincangan mengenai amalan tahlil.
Bidaah bermaksud pembaharuan dalam agama yang mana ia tidak mempunyai asas daripada Al-Quran atau Sunnah5. Dalam hal ini, tahlil dianggap sebagai bidaah hasanah (bid’ah yang baik) oleh sebahagian besar ulama Syafi’iyyah, kerana ia tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Dan tujuan utamanya adalah untuk mendoakan kesejahteraan orang yang telah meninggal dunia
Namun, ada juga pandangan yang lebih keras, terutamanya dari ulama yang berpegang pada mazhab lain seperti Mazhab Maliki, yang melihat amalan tahlil sebagai tidak mempunyai asas yang jelas dalam syariat, dan oleh itu, mereka cenderung tidak menganjurkannya.6
Secara ringkasnya, amalan tahlil adalah satu amalan yang diterima dalam Mazhab Syafi’e, dengan syarat ia dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Meskipun terdapat perbezaan pandangan antara mazhab-mazhab lain, tahlil tetap menjadi sebahagian daripada tradisi dalam masyarakat Islam di Malaysia, Thailand dan Indonesia dalam amalan berkaitan kematian.
Hukum Mengadakan Tahlil Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Apakah hukum mengadakan tahlil?
Ini adalah petikan jawapan daripada mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam kita di Malaysia merupakan salah satu daripada permasalahan khilafiah.
Berkenaan isu ini, Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 23 – 25 Februari 2006 telah bersetuju memutuskan bahawa:
- Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah merupakan perkara khilafiah yang tidak perlu diperbincangkan secara meluas kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dan perpecahan masyarakat.
- Mesyuarat mengesyorkan supaya JAKIM, JAIN dan Jabatan Mufti memperbanyakkan agenda penerangan kepada masyarakat secara menyeluruh mengenai isu khilafiah dengan pendekatan secara hikmah melalui penulisan, terjemahan buku, khutbah, kurikulum program takmir masjid dan wacana.
- JAKIM dengan kerjasama agensi berkaitan hendaklah memberi teguran kepada individu-individu tertentu supaya isu khilafiah ini tidak diperbesarkan.
Amalan tahlil merupakan gabungan antara bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memberi makan kepada orang ramai.
Semua perkara tersebut merupakan amalan yang disyariatkan di dalam Islam.
Dalam satu haditih yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Salam RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamukanlah makan (kepada orang ramai) dan bersembahyanglah ketika orang sedang tidur, maka kamu akan masuk ke dalam Syurga dengan sejahtera.
Begitu juga, berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang digalakkan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Quran maksudnya:
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
(Surah Muhammad : 19)
Kami meraikan ‘uruf dan adat setempat yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam di sini sejak sekian lama.
Maka, kami menerima pengamalan tersebut selagimana amalan tersebut tidak mengandungi perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Download Salinan Panduan Ini (PDF)
Untuk memudahkan anda mengikuti panduan ini dengan lebih teratur, kami telah menyediakan panduan ini dalam bentuk PDF yang boleh dimuat turun.
Anda boleh mencetaknya atau menyimpannya di peranti anda untuk rujukan mudah bila-bila masa.
Sila masukkan emel anda dan kami akan hantar segera secara PERCUMA!
Penutup: Tidak Perlu Bertengkar Mengenai Hukum Tahlil
Perbahasan ulama mengenai isu tahlil telah berlangsung selama berabad-abad dengan pelbagai pandangan yang dikemukakan dalam suasana yang penuh hormat. Sebahagian ulama membenarkan amalan ini berdasarkan dalil dan pandangan mereka, manakala yang lain mungkin mengambil pendekatan yang berbeza.
Namun, perbezaan ini bukanlah alasan untuk pertengkaran, tetapi sebaliknya, mengajar kita tentang kepelbagaian pendekatan dalam Islam yang semuanya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh itu, sikap berlapang dada, menghormati perbezaan, dan mengamalkan toleransi adalah yang terbaik untuk dihayati dalam menangani isu-isu khilafiah seperti ini.
Nota Hujung
- Kitab Majmu’ Syarif adalah sebuah koleksi doa, zikir, selawat, dan surah-surah pilihan yang telah menjadi panduan amalan harian bagi umat Islam di Nusantara selama berabad-abad. Kitab ini digunakan secara meluas dalam majlis-majlis keagamaan seperti tahlil, yasin, serta amalan zikir harian. Ia juga merupakan rujukan utama untuk amalan-amalan tertentu seperti talqin dan fadhilat surah-surah tertentu dalam al-Quran. ↩︎
- Dalam al-Majmu’ oleh Imam Nawawi, jilid 5, halaman 144, dinyatakan bahawa bacaan Al-Quran dan mendoakan si mati adalah dibolehkan dan dapat memberi manfaat kepada si mati jika dilakukan dengan niat yang ikhlas. Imam Nawawi juga merujuk kepada amalan ini dalam Minhaj al-Talibin di mana beliau membincangkan tentang pentingnya niat dalam setiap amalan, termasuk amalan yang bertujuan untuk menghadiahkan pahala kepada orang yang telah meninggal dunia ↩︎
- Imam Ghazali, dalam Ihya Ulumuddin, khususnya dalam bab tentang fadhilat zikir dan doa, menyebut bahawa amalan-amalan yang dilakukan dengan ikhlas dan mengikut sunnah Nabi SAW akan memberi manfaat kepada si mati. Dalam kitab Al-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran, beliau juga menekankan kepentingan adab dalam bacaan Al-Quran dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan untuk si mati. ↩︎
- Dalam rujukan lain, seperti yang terdapat dalam Mughni al-Muhtaj oleh Imam al-Khatib al-Syarbini, amalan tahlil dan zikir untuk si mati adalah disokong dengan syarat ia dilakukan tanpa sebarang unsur bidaah yang dilarang. ↩︎
- Imam Asy-Shafi’e, menyatakan bahawa setiap perkara baru yang tidak selari dengan Al-Quran, Sunnah, atau ijmak ulama dianggap sebagai bid’ah yang tercela. Namun, beliau juga mengakui bahawa terdapat bidaah yang membawa kebaikan dan ini tidak dilarang dalam Islam jika ia tidak melanggar prinsip-prinsip syarak ↩︎
- Mazhab Maliki sangat menekankan amalan yang berasaskan sunnah Nabi Muhammad SAW dan amalan para sahabat yang tinggal di Madinah. Oleh itu, amalan-amalan yang tidak mempunyai rujukan yang jelas dari sunnah atau amalan masyarakat Madinah pada zaman Nabi, seperti tahlil dalam bentuknya yang biasa dilakukan hari ini, dilihat dengan skeptikal dan tidak dianggap sebagai sebahagian daripada sunnah yang sahih dalam pandangan mereka. Sebagai contoh, amalan seperti mengkhususkan doa tertentu pada waktu tertentu dianggap sebagai bidaah oleh ulama Maliki ↩︎
Tinggalkan Komen Anda..
Terima kasih. Sebelum ini terdapat sedikit kesilapan dari ayat Quran. Telah diperbetulkan. Alhamdulillah
Alhamdulillah, terima kasih atas maklumbalas tuan.
Assalamualaikum ustaz , kalau nak baca tahlil yang khusus dan yang umum , boleh ke doa nya saya baca yang umum , dan boleh ke doa tahlil yang khusus saya amek yang bahagia nama arwah tu
Walaikumsalam. Boleh tiada masalah tuan.
Ustadz boleh minta pdfnya kah
Maaf, buat masa sekarang PDFnya belum tersedia.
Terima kasih ustad doa tahlilnya semoga berkah dan bermanfaat bagi semua orang yang mau mempelajarinya Amin yrbr
Sama-sama, alhamdulillah. Semoga doa tahlil yang dipelajari ini memberi manfaat dan keberkatan kepada semua yang mengamalkannya, insyaAllah. Teruskan usaha dalam mendalami ilmu agama, dan semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Salam..
Boleh kah kita baca tahlih saja tanpa bacaan yasin dimajlis kenduri arwahan.
Waalaikumussalam.
Dalam majlis kenduri arwah, tidak ada kewajiban khusus untuk membaca Yasin. Bacaan tahlil sahaja sudah mencukupi dan ia merupakan amalan yang baik untuk mendoakan arwah. Bacaan tahlil bertujuan untuk memohon rahmat Allah dan memohon ampun bagi si mati. Walaupun dalam sesetengah masyarakat menjadi kebiasaan untuk mengiringi tahlil dengan bacaan Yasin, ia bukan satu kewajiban yang mesti dilakukan.
Maka, tidak ada masalah jika majlis kenduri arwah hanya diisi dengan bacaan tahlil tanpa bacaan Yasin. Yang penting adalah niat untuk mendoakan arwah dan melakukan amalan yang baik, tidak kira sama ada ia diiringi dengan bacaan Yasin atau tidak.
Wallahu a’lam.
Assalamu’alaikum Ustaz NaimBoleh kah baca tahlil selepas baca Yasin seorang diri selepas sembahyang fardhu?
Wa’alaikumussalam warahmatullah.
Boleh, tidak ada halangan untuk membaca tahlil selepas membaca Yasin seorang diri, sama ada selepas solat fardhu atau pada bila-bila masa yang sesuai.
Walaupun tahlil biasanya dilakukan secara berjemaah, amalan ini juga boleh dilakukan secara bersendirian tanpa sebarang masalah. Oleh itu, selagi mana seseorang itu berniat ikhlas dan mengamalkan bacaan tahlil serta Yasin untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah, amalan tersebut adalah baik dan bermanfaat.
Sekiranya anda mempunyai tujuan tertentu, seperti mendoakan seseorang yang telah meninggal dunia atau memohon kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga, amalan ini boleh diteruskan. Yang paling penting adalah keikhlasan dalam beribadah dan keyakinan bahawa segala amal kebaikan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Semoga jawapan ini membantu, dan semoga Allah menerima amalan anda.
Asalamualaikum ustaz
Terima kasih atas ilmu yang diajarkan
Sangat bermanafat
Semoga Allah memberi balasan di atas usaha ini
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih atas doa dan kata-kata yang baik. Segala puji bagi Allah yang memberi ilmu dan manfaat. Semoga usaha kecil ini diberkati dan terus memberi kebaikan kepada kita semua. Saya doakan agar saudara/i juga mendapat keberkatan dalam kehidupan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Amin.
Jika ada sebarang soalan atau perlukan penjelasan lanjut, jangan segan untuk bertanya. Saya sedia membantu, insyaAllah.
Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat-Nya.
Salam ustadz .. ada tk Doa Selamat full?
Walaikumsalam.
Saya cuba usahakan hujung minggu ini.
Alhamdulillah.. terima kasih diatas perkongsian ustadz. Semoga Allah swt memberi pahala yg berganda kepada ustadz. Amin
Alhamdulillah sama-sama ツ
Qobiltu. Izin guna ustaz.
Silakan tuan.
Kenapa susunan doa ditukar? Jadi susah nak baca… Dulu setiap ayat diletak yg rumi, jd senang nak rujuk. Skrg doa yg arab di atas semua, yg rumi dibawah semua… Susah nak baca dan nak rujuk ust. Harap dpt dikembalikan seperti sblmnya… 🙏🙏🙏
Diambil maklum. InsyaAllah saya usahakan untuk format doa seperti dulu iaitu transliterasi secara perenggan demi perenggan. Minta maaf atas kesulitan.