Bolehkah Solat Jamak Di Kampung Halaman?

solat jamak di kampung

Adakah boleh melakukan solat jamak qasar apabila berada di kampung?

Contoh situasi:

Ahmad bekerja di Kuala Lumpur dan ingin pulang ke kampung iaitu rumah ibu bapanya di Ipoh.

Apabila Ahmad sudah sampai ke kampungnya, adakah benar dia masih boleh melakukan solat secara jamak dan qasar selama 3 hari?

Bagaimana pula dengan status solat isteri Ahmad? Adakah dia dibolehkan solat jamak & qasar di rumah mertua?

Oleh itu, panduan ini akan menerangkan hukum solat jamak qasar semasa berada di kampung..

Pengenalan

Apakah maksud Solat Jamak Qasar?

Solat Jamak & Qasar adalah satu rukhsah (kemudahan) yang diberikan oleh Islam oleh para musafir yang melakukan perjalanan melebihi 2 marhalah (90KM)

Solat Jamak & Qasar membolehkan kita menghimpunkan solat (jamak) dan memendakkan solat (qasar) dari 4 rakaat kepada 2 rakaat sahaja.

Namun, Solat Jamak Qasar tertakluk kepada beberapa syarat. Antaranya:

  • Mesti melebihi 90 kilometer
  • Hanya boleh dilakukan apabila kita telah keluar dari kawasan mukim (kawasan tempat tinggal)
  • Tidak boleh lagi dilakukan apabila kita telah sampai di tempat bermukim.

Namun timbul satu persoalan:

Adakah kampung halaman kita dikira tempat bermukim atau tidak? Adakah kita boleh melakukan solat jamak qasar selama berada di kampung?

Status Solat Semasa Berada Di Kampung Sendiri

Solat Semasa Berada Di Kampung Sendiri
Situasi Pertama

Jika kampung tersebut telah menjadi tempat mukimnya seperti terdapat rumah miliknya, bilik, atau katil miliknya, meskipun rumah pusaka yang jarang diduduki atau rumah yang telah dihibahkan kepadanya dan masih diduduki orang tuanya – maka tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar.

Ini kerana kampung tersebut adalah watan asal baginya, iaitu dia tidak dianggap sebagai seorang musafir ketika berada di kampung tersebut (seperti berada di rumah atau di kampung sendiri atau seperti tidak bermusafir ke mana-mana).

Situasi Kedua

Jika dia telah bermastautin atau bermukim di tempat lain (mencari kehidupan dan membina rumah tangga sendiri) dan hanya pulang bercuti atau berziarah sahaja, walaupun tempat yang dikunjungi itu adalah kampung asalnya, maka keharusan qasar diberikan berdasarkan tempoh keberadaan/permukiman di tempat tersebut.

Syaratnya adalah tidak terdapat barang-barang yang menunjukkan dia bermukim di situ seperti ada katil atau biliknya.

Jika dia menetap selama tiga hari penuh di situ, statusnya masih seorang musafir dan diberi keharusan  melaksanakan solak secara jamak dan qasar.

Jika dia menetap lebih tiga hari atau empat hari penuh atau lebih (tidak termasuk hari sampai dan hari bertolak semula), maka status musafirnya telah hilang dan dia menjadi orang yang telah bermukim (tidak boleh melakukan solat secara jamak dan qasar)

Status Solat Semasa Berada Di Kampung Mertua

Suami dan isteri sama dari segi hukum musafirnya.

Jika isteri berada di kampung suami (mertua) dan jika pada ketika itu suami diharuskan solat jamak dan qasar, isteri juga akan mengambil hukum yang sama, iaitu diharuskan solat jamak dan qasar walaupun dia bukan berada di kampung kedua-dua ibu bapanya.

Penutup

Saya berharap panduan ini dapat membantu anda memahami status solat semasa berada di kampung.

Jika anda memerlukan panduan tatacara lengkap mengenai Solat Jamak Qasar, anda boleh merujuk pada pautan ini: NIAT & CARA SOLAT JAMAK QASAR (Panduan Lengkap)

Rujukan:

  • Panduan Solat Jamak & Qasar Untuk Para Musafir β€” Ust Zulkarnain Dollah
  • Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Solat Musafir β€” Ustaz Abu Usamah Mohd Hanifiah Haji Hussin
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

11 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
mysera
mysera
3 bulan yang lalu

Bagaimana kalau anak yang merantau kemudian balik ke rumah ibu bapa yang memang disediakan bilik untuk setiap anak. Adakah kami tidak boleh melakukan solat jamak sebab kami mempunyai bilik dan katil sendiri ?

Ainna
Ainna
5 bulan yang lalu

Bagaimana pula sekiranya saya berniat pulang semula ke kampung kerana kerja yg saya buat ini hanyalah sementara?

Alin
Alin
6 bulan yang lalu

Bagaimana pulak sekiranya rumah mak kita tu ada bilik yg dikongsi adik beradik lain.? Maksudnya , kalau saya balik kg, saya duduk bilik tu, kalau adik balik, adik duduk bilik tu. Kalau takde orang balik kg, adik yg duduk bersama mak tinggal dibilik itu. Bilik tu kategori bukan milik kita kan? Boleh jamak Kan Di rumah mak kita tu?

Ena
Ena
Reply to  Muhamad Naim
3 bulan yang lalu

Bagaimana pula dengan barang2 peribadi yang ditinggalkan di kampung? Dan kita akan gunakan barang2 itu apabila berada di kampung. Bilik memang dikongsi cuma barang2 peribadi masih berada di kampung. Apakah hukum jamak dan qasar nye?

Azni
Azni
9 bulan yang lalu

Bolehlah solat jamak qasar bila suami isteri pjj(perhubungan jarak jauh)

Norhayuzi
Norhayuzi
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum.. saya nak bertanya.. saya br blk dari bermusafir dan pada masa saya pulang xsempat nak singgah manaΒ² surau utk selesaikan jamak dan qasar. Persoalannya ialah boleh ke saya jamak apabila telah sampai di rumah tempat tinggal saya? Ada orang kata boleh jamak tapi Qasar yang tidak boleh. Betul ke?..