
Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.
Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.
JAWAPAN:
Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.
Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.โ
Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.
Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.
Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.
Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.
Tersebut pada kitab Fathul Muโin :
Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.โ
Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.
Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.
Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.
Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.
Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
kalau kita gerakkan sedikit bahu
Tidak batal
assalam ustaz, ketika solat anak kecil sy berdiri d hadapn saya dan pda yg sama memenegang kaca mata sy.. sy mengambil kaca mata sy dan buang ke atas katil kerana takut dipatahkan oleh nya. pergerakan saya hanya adalah tangan dan sedikit tunduk. adakah batal?
Wassalam.
Jika pergerakan tangan tidak melebihi 3 kali dan tidak berturut-turut, maka tidak batal solat.
Adakah mengalihkan badan Kita me Arah kanan/Kiri untuk membetulkan keudukan Kita batal
Wassalam. Tidak batal.
Saya solat asar qadha semasa nak bangun daripada sujud tu telapak tangan saya di sejadah tapi kaki Saya terlompat batalkah?
Jika sedikit dan tidak sengaja, tidak apa.
Assalamualaikum nak tanya mcm mana kalau badan kita bergerak atau bergoyang sedikit adakah membatalkan solat?
Wassalam.
Kalau bergoyang sikit tidak apa, tidak membatalkan solat.
Kalau 4 kali pergerakan adakah membatalkan solat?
Kalau 4 kali pergerakan yang BERTURUT-TURUT, maka batal solat.
Jika tidak berturut, tidak apa, tidak batal solat.
kalau badan bergoyang sendiri dan susah untuk kawal dan pergerakan itu berturutยฒ adakah batal solat
Wassalam.
Tidak batal. Pergerakan yang tidak sengaja tidak akan membatalkan solat.
kalau 5 kali tapi tidak berturut turut kerana masalah ternampak aurat dan gatal hidung?
Kalau pergerakan tidak berturut-turut tidak apa. Banyak kali pun tak mengapa.
Asalkan tidak berlaku secara berturutan.