Hukum Perempuan Azan & Iqamah

perempuan azan

Apakah hukum perempuan azan dan iqamah dalam solat berjemaah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya ada terdengar dalam satu ceramah seorang ustazah yang menyampaikan ceramah menyebut orang perempuan yang hendak menunaikan solat berjemaah sesama perempuan harus seorang darinya azan tapi dengan perlahan.

Yang saya dengar selama ini haram orang perempuan azan jadi adakah harus orang perempuan azan?


JAWAPAN:

Berkata ulamak fiqah ketika ada kaum lelaki hendak sembahyang bersama maka adalah orang perempuan dilarang dari azan dan iqamah.

Ada pun ketika jemaah yang hendak didirikan itu hanya kaum perempuan sahaja tanpa orang lelaki atau perempuan itu bersendirian maka disunatkan bagi perempuan iqamah tetapi harus ia azan dengan suara yang perlahan.

Yang diharamkan ialah azan perempuan ketika ada kaum lelaki dengan mengangkat suaranya dan jika dengan suara yang perlahan makruh hukumnya.

Berkata Imam As-Suyuthi, maksudnya :

Dimakruhkan bagi perempuan melakukan azan dan disunatkan baginya iqamah kerana sungguhnya pada azan itu mengangkat suara tidak sebagaimana pada iqamah. Inilah hukumnya.”

(Kitab Al-Asybah Wa An-Nazhair)

Dan berkata Syeikh Nawawi :

Disunatkan bagi perempuan iqamah bagi setiap sembahyang yang dikerjakannya samada qadha atau tunai sebagaimana telah lalu dan tiada sah azan dari perempuan.

Dan hanya disunatkan iqamah bagi perempuan itu maksudnya iqamah bagi dirinya atau bagi jemaah perempuan bukan bagi kaum lelaki.

Akan tetapi jika perempuan azan ia bagi jemaah perempuan tanpa mengangkat suaranya nescaya tidak diharamkan dan tidak dimakruhkan.

Begitu juga jika azan perempuan itu bagi dirinya jadilah ia zikir akan Allah.

Maka jika azan perempuan dengan suara yang kuat melebihi dari yang didengar dari sesama jemaah perempuan nescaya haram hukumnya atas pendapat yang sahih.”

(Kitab An-Nihayah)

Jadi apa yang disebut oleh ustazah tersebut adalah benar iaitu harus perempuan azan itu ketika tiada kaum lelaki hadir disitu.

Kesimpulan

Ketika bersendirian atau bersama jemaah perempuan sahaja maka harus perempuan azan dan sunat dia iqamah.

Ketika bersama kaum lelaki maka haram perempuan azan dengan mengangkat suara.

wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Wan Rohaida
Wan Rohaida
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Boleh saya tahu adakah boleh perempuan azan ketika memasuki rumah baru dimana tiada lelaki untuk azan ketika itu. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Nur kayla
Nur kayla
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum… Sah ka solat bila tidak laungkan azan dan iqamah ? selama ni Sya solat bsma kakak sya d rumah..tp setiap kmi solat fardhu kmi tidak azan dan iqamah..sbb kmi baru dapat thu