
Kencing tidak lawas dan istihadah adalah satu keuzuran.
Terdapat hukum khas mengenai cara berwuduk dan solat bagi bagi pengidap penyakit kencing tidak lawas dan istihadah.
Dalam panduan ini, saya akan menerangkan secara ringkas kaedah wuduk dan solat bagi kedua jenis keuzuran ini.
Penyakit Kencing Tidak Lawas
Jika pengidap kencing tidak lawas hendak mendirikan solat, dia hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
- Apabila masuk waktu solat, dia hendaklah kencing terlebih dahulu.
- Selepas kencing, wajib baginya istibrak iaitu memastikan tiada lagi air kencing yang mengalir dari kemaluannya.
- Selesai istibrak, dia hendaklah terus beristinjak iaitu membasuh kencing.
- Sesudah istinjak, dia hendaklah membalut zakar dengan kain. Bagi perempuan pula memadailah dengan memakai tuala wanita.
- Sesudah itu, terus berwuduk tanpa berlengah-lengah.
- Sesudah berwuduk, hendaklah terus melakukan solat. Jika selepas berwuduk dia tidak terus mendirikan solat, maka dia wajib mengulangi langkah 1 hingga 5.
- Jika sedang solat, tiba-tiba air kencing terkeluar, maka hendaklah dia meneruskan solat sehingga selesai. Solatnya sah walaupun air kencing keluar ketika sedang solat kerana dia berada dalam keuzuran.
Bila Perlu Berwuduk?
1. Jika dia hendak melakukan solat fardu, dia hendaklah berwuduk setiap kali masuk waktu solat kerana satu wuduk hanya sah untuk satu solat fardu sahaja. 2. Sebaliknya, jika dia hendak melakukan solat sunat, maka memadailah baginya berwuduk sekali sahaja. Dia boleh melakukan seberapa banyak solat sunat mengikut kemampuannya. 3. Begitu juga jika dia berwuduk kerana hendak melakukan solat fardu, dengan wuduk itu dia boleh melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat rawatib.Cara Wuduk Dan Solat Bagi Perempuan Istihadah
Perempuan yang mengalami darah istihadah dipanggil mustahadah (Ω Ψ³ΨͺΨΨ§ΨΆΨ©)
Darah istihadah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan nifas.
Perempuan mustahadah wajib mengambil wuduk setiap kali mendirikan solat fardu kerana keadaan hadasnya yang berkekalan.
Sebelum berwuduk, dia wajib membasuh darah istihadah terlebih dahulu.
Selepas itu menyumbat lubang farajnya dengan kain atau kapas. Dalam konteks sekarang, memadailah dengan memakai tuala wanita.
Setelah itu, tanpa berlengah dia hendaklah terus berwuduk.
Selesai berwuduk, dia wajib segera melakukan solat kecuali jika ada maslahat seperti hendak menutup aurat, menunggu iqamah dan menunggu kedatangan jemaah untuk solat berjemaah.
Penutup
Dalam sesetengah kes keuzuran, terdapat kesukaran bagi seseorang untuk kekal suci dari hadas.
Namun adalah kesukaran ini membuatkan dia terkecuali dari solat? Tidak.
Malah syariat menyediakan cara-cara khusus bagi seseorang yang mengalami keuzuran seperti ini melakukan solat.
Rujukan bagi panduan ini adalah dari Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Q&A solat ketika keuzuran.
Semoga panduan ini memberi manfaat.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum ustaz apa hukum terkentut ketika orang itu tengah solat dalam keadaan orang itu ada penyakit kencing tidak lawas? Adakah saya perlu qada’ solat-solat terdahulu sebab saya teruskan solat selepas terkentut ketika solat?
Kalau seseorang itu selalu terkentut waktu tengah solat.bagaimana pulak.
Waalaikumussalam warahmatullah,
Jika seseorang terkentut ketika solat, solatnya batal dan wajib diulang, kecuali jika dia tergolong dalam kategori uzur syarβie (iaitu kentut berterusan tanpa boleh dikawal sepanjang waktu solat).
Bagi orang uzur syarβie, wuduk hanya perlu diambil selepas masuk waktu solat, dan solat tetap sah walaupun terkentut semasa solat.
Jika dahulu tidak ada uzur syarβie dan teruskan solat selepas terkentut, solat tersebut wajib diqada’.
Wallahu aβlam.
Assalamualaikum ustaz,kalau seseorang itu tiada masalah selalu kentut,tapi ada masalah kencing tak lawas,adakah seseorang itu perlu mengmbil wuduk yang baru jika dia tengah solat dan tengah pergi ke surau/masjid.
Saya ada baca satu website mufi tentang hal ini iaitu
Wajib Menggantikan balutan/bandage/plaster/pampers dengan yang baru sekiranya memperbaharui wudhuβ dan wudhuβnya itu akan terbatal dengan perkara-perkara lain yang membatalkan wudhuβ seperti terkentut, gila namun tidak bagi kencing yang tidak lawas meskipun ianya najis.
Linknya disini:
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/1841-irsyad-al-fatwa-ke-148-wudhu-bagi-mereka-yang-kencing-tidak-lawas-salisi-al-baul-dan-hukum-berimamkan-mereka
Jadi adakah saya perlu membersihkan diri dari najis semula,pakai lambin bersih, dan ambil wuduk semula jika saya ada terkentut ketika solat, ataupun nak solat(seperti pergi ke masjid atau surau)
Waalaikumussalam warahmatullah,
Terima kasih atas soalan dan rujukan yang sangat baik.
Bagi mereka yang mengalami kencing tidak lawas, mereka dikira sebagai mempunyai uzur syarβie. Maka, cukup dengan mengambil wuduk selepas masuk waktu solat, dan solat yang didirikan selepas itu adalah sah walaupun ada keluar sedikit najis yang tidak dapat dikawal.
Namun, sekiranya dalam keadaan itu berlaku kentut, wuduk tersebut tetap batal kerana kentut bukan dalam kategori uzur.
Maka wajib:
Hal ini kerana najis yang sedia ada di balutan/pampers lama perlu dibersihkan dahulu sebelum memperbaharui wuduk yang baharu.
Semoga penjelasan ini membantu dan memudahkan urusan tuan.
Wallahu aβlam.
Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya kalau seseorang itu terkentut ketika solat dalam keadaan orang itu ada penyakit selalu keluar najis seperti kencing tidak lawas.Apa hukum solat itu?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Jika seseorang ada penyakit keluar najis seperti kencing tidak lawas dan ia berlaku secara berterusan tanpa boleh dikawal, maka dia dikira uzur syarβie.
Dalam keadaan ini:
Jika sah wuduk mengikut kaedah uzur, solat sah walaupun najis keluar ketika solat.
Wallahu aβlam.
Aslm Ustaz, sahkah solat saya jika saya bersihkan diri dan mengambil wudhu di hujung waktu solat kemudian wudhu waktu solat tersebut digunakan untuk solat seterusnya kerana kesempitan masa(kerja) dan kepenatan. Hal ini kerana saya sering tertinggal solat kerana terlalu penat dan tidak mampu untuk bersihkan diri semula dan memperbaharui wudhu.
Waalaikumussalam warahmatullah,
Jika puan mengalami masalah kencing tidak lawas, maka wuduk yang diambil selepas masuk waktu solat fardu hanya sah digunakan untuk solat fardu pada waktu tersebut sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk solat fardu yang seterusnya β walaupun wuduk itu belum terbatal secara biasa.
Jadi, dalam situasi puan:
Namun, jika puan bukan tergolong dalam keadaan uzur syarβi, dan wuduk masih sah (tidak terbatal), maka tidak menjadi masalah untuk menggunakannya bagi solat berikutnya.
Semoga Allah memudahkan urusan kerja puan dan memberi kekuatan untuk menjaga solat dalam apa jua keadaan.
Wallahu aβlam.
Adakah saya perlu qada semula solat-solat yg sebelum ini?
Assalamualaikum Ustaz, saya mempunyai kemusykilan tentang membasuh kemaluan ketika membuang air kecil ( kencing ). Adakah saya perlu melihat kepada kemaluan untuk pastikan kemaluan sya bersih sepenuhnya untuk mengelak was was @ sekadar membasuhnya tanpa melihat kepada kemaluan? Mintak penhelasan daripada Ustaz ttg hal ini. Terima Kasih
Waalaikumussalam,
Dalam hal bersuci selepas membuang air kecil, tidak diwajibkan untuk melihat secara langsung kepada kemaluan ketika membersihkannya. Memadai dengan memastikan air sampai ke seluruh kawasan yang perlu dibersihkan secara yakin. Jika seseorang telah yakin bahawa bahagian tersebut telah bersih tanpa melihat pun, maka itu sudah cukup, dan tidak perlu berlebihan sehingga menimbulkan was-was.
Apa yang penting ialah keyakinan hati bahawa kawasan tersebut telah bersih, kerana Islam amat mementingkan kesederhanaan dan tidak memberatkan umatnya.
Wallahu a’lam. Semoga jawapan ini membantu menghilangkan keraguan tuan.
Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya jika saya hendak solat qada dan bukan solat sunat adakah saya perlu mengambil wudhuk baru ketika mahu qada solat tersebut ? Contohnya saya hendak qada subuh, asar dan magrib, jadi ketiga tiga solat tersebut adakah boleh saya nak pakai air wudhuk yang sama serta dengan lapit tissue dan sebagainya atau saya perlu ambil wudhuk baru setiap kali nak qada solat 3 waktu tersebut ?
Walaikumsalam,
Ya, betul. Jika seseorang ingin qadaβ tiga solat fardu sekali gus (contohnya Subuh, Asar, dan Maghrib), dia perlu mengambil wuduk yang berasingan untuk setiap solat.
Ini kerana solat qadaβ dikira sebagai solat fardu, dan dalam keadaan kencing tidak lawas, setiap solat fardu memerlukan wuduk yang baru selepas masuk waktu solat tersebut.
Namun, jika selepas solat qada’ fardu dia ingin melakukan solat sunat, dia boleh menggunakan wuduk yang sama selagi tidak terbatal.
Semoga jelas.
Wallahu aβlam.
Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya kalau kita melakukan perkara yang tiada kaitan dengan solat tapi kita lakukan dengan cepat,contohnya mengambil barang seperti dompet dan handphone yang terjatuh di lantai tandas, kemudian itu, basuh tangan selepas berwuduk,apa hukum dia,sahkah solat saya.
Waalaikumussalam warahmatullah,
Bagi individu yang mengalami kencing tidak lawas atau istihadah, wuduk mereka mempunyai syarat khas, iaitu perlu segera menunaikan solat selepas berwuduk tanpa melakukan perkara lain yang tidak berkaitan.
Mengambil barang selepas wuduk, adakah menjejaskan wuduk?
Jika mengambil barang seperti dompet atau telefon bimbit yang terjatuh di lantai tandas dilakukan dengan cepat, maka ia masih dalam kategori keuzuran yang dimaafkan, dan wuduk tidak terbatal.
Namun, jika berlengah atau melakukan perkara lain yang tidak perlu sebelum solat, seperti bersembang atau menangguhkan solat tanpa sebab yang mendesak, maka wuduk menjadi tidak sah dan perlu diambil semula.
Hukum membasuh tangan selepas berwuduk:
Membasuh tangan selepas berwuduk tidak membatalkan wuduk, kerana ia tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk.
Namun, jika tangan menyentuh najis secara yakin (seperti lantai tandas yang basah dan kotor), ia perlu dibersihkan dahulu sebelum solat, tetapi tidak menjejaskan wuduk jika tidak ada najis yang melekat.
Semoga penjelasan ini membantu.
Wallahu a’lam.
Salam ustaz
Jika penyakit kencing tidak lawas menyukarkan utk bersuci ketika waktu solat Jumaat di mana tandas sentiasa penuh dan perlu beratur, adakah cukup memadai dgn membasuh kemaluan sebelum masuk waktu solat Jumaat dan melapik dgn tisu..kemudian hanya memperbaharui wudhu setelah masuk waktu tanpa perlu mencuci lg kemaluan?
Waβalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam keadaan kencing tidak lawas (salis al-baul), seseorang dikategorikan sebagai uzur jika air kencing keluar secara berterusan tanpa dapat dikawal.
Dalam kes ini, ada rukhsah (keringanan) dalam bersuci:
Namun, jika air kencing keluar dalam keadaan tidak berterusan, maka wudhuβ terbatal setiap kali najis keluar dan perlu dicuci sebelum berwudhuβ semula.
Kesimpulan: Jika air kencing keluar tanpa kawalan dan berlaku secara berterusan, cara yang puan lakukan sudah memadai dan boleh terus solat Jumaat tanpa perlu mencuci semula kemaluan selepas masuk waktu.
Wallahu aβlam.
Assalamualaikum ustaz. Nak tanya soalan.
1. Apa hukum jika darah istihadah keluar sebelum sempat berwudhu tapi lepas sudah selesai istinjak dan melakukan stepΒ² tersebut? Ini kerana kadang ada masjid yang tandasnya jauh dari tempat wudhu begitu juga kalau dekat rnr, tandas dan surau jauh. Perlu bersuci semula atau boleh teruskan berwudhu dan solat?
2. Boleh ke gunakan tisu dan bukannya kapas atau kain untuk menutup tempat keluarnya darah?
Itu saja. Terima kasih.
Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh,
Berikut adalah jawapan kepada soalan puan:
1. Hukum jika darah istihadah keluar selepas selesai istinjak tetapi sebelum sempat berwudhu:
Dalam kes darah istihadah, ulama bersepakat bahawa ia termasuk dalam kategori darurat. Oleh itu, darah istihadah tidak membatalkan wudhu jika ia keluar secara berterusan, asalkan puan mengikuti kaedah berikut:
Langkah yang perlu dilakukan:
Jika darah keluar lagi selepas wudhu, ia tidak membatalkan wudhu kerana keadaan istihadah ini dimaafkan oleh syariat dalam situasi darurat. Firman Allah SWT:”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)
Jika masjid atau R&R mempunyai tandas yang jauh, puan boleh terus berwudhu di tempat wudhu selepas menutup tempat keluar darah, tanpa perlu kembali ke tandas untuk bersuci semula. Yang penting, tempat keluar darah telah dibersihkan dan ditutup sebelum berwudhu.
2. Bolehkah menggunakan tisu untuk menutup tempat keluarnya darah?
Ya, menggunakan tisu untuk menutup tempat keluarnya darah adalah dibolehkan, dan hukumnya adalah sah. Tidak ada keperluan khusus untuk menggunakan kapas atau kain sahaja. Yang penting ialah bahan tersebut bersih dan mampu menyerap atau menahan darah daripada terkena pakaian atau tubuh semasa beribadah.
Namun, jika puan berada dalam situasi yang memerlukan solat dalam tempoh waktu lama, kapas atau kain mungkin lebih sesuai kerana ia lebih tahan lama berbanding tisu, yang mudah koyak atau tidak menyerap dengan baik.
Secara ringkasnya:
Semoga jawapan ini membantu. Jika ada lagi persoalan, jangan segan untuk bertanya. π
Terima kasih ustaz :)
Sama-samaπ€οΈ
Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya.Apa hukum saya basuh kaki sekejap sebelum solat di masjid atau ambil dompet (sebab nak bawa kad pengenalan)dari rumah atau kunci pintu rumah atau pagar sebelum solat berjemaah di masjid untuk solat secara berjemaah selepas bersihkan diri dari najis,pakai lampin dan ambil wudhu.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Berdasarkan situasi yang tuan nyatakan, berikut adalah panduan yang boleh diikuti:
1. Membasuh Kaki Sebelum Solat di Masjid
Jika tuan telah mengambil wuduk di rumah dan kemudian berjalan ke masjid, kaki tuan mungkin terkena kotoran atau najis. Dalam keadaan ini, membasuh kaki sebaik sahaja tiba di masjid adalah tindakan yang baik untuk memastikan kebersihan sebelum solat. Ini tidak membatalkan wuduk selagi tuan tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk.
—
2. Mengambil Dompet atau Kunci Selepas Wuduk
Selepas berwuduk, jika tuan perlu mengambil dompet, kad pengenalan, atau mengunci pintu rumah sebelum pergi ke masjid, ini dibenarkan. Aktiviti seperti ini tidak membatalkan wuduk selagi tuan tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk. Namun, pastikan tuan tidak menyentuh perkara yang boleh membatalkan wuduk, seperti menyentuh kemaluan tanpa lapik.
—
3. Persediaan untuk Solat Berjemaah di Masjid
—
Aktiviti seperti membasuh kaki sebaik tiba di masjid atau mengambil barang selepas berwuduk tidak membatalkan wuduk selagi tuan tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk. Pastikan tuan menjaga kebersihan dan segera ke masjid untuk solat berjemaah selepas berwuduk.
Semoga penjelasan ini membantu tuan dalam persediaan untuk solat berjemaah di masjid.
Wallahu aβlam.
Assalamualaikum ustaz, Apa hukum saya solat fardhu secara bersendirian di masjid sebaik sahaja saya sampai di masjid selepas saya sucikan diri saya dahulu,kemudian pakai lampin bersih,kemudian ambil wudhu dan pakai seluar di rumah terlebih dahulu. Selain itu, kalau saya solat fardhu secara bersendirian di masjid sebaik sahaja saya sampai di masjid dalam keadaan saya nak solat berjemaah di masjid tapi tak sempat solat berjemaah di masjid selepas saya sucikan diri saya dahulu,kemudian pakai lampin bersih,kemudian ambil wudhu dan pakai seluar di rumah terlebih dahulu.Apakah hukum solat fardhu tersebut?
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Berikut adalah penjelasannya:
1. Solat Fardhu Secara Bersendirian di Masjid
Solat fardhu secara bersendirian di masjid adalah sah selagi semua syarat dan rukun solat dipenuhi, termasuk berwuduk dengan sempurna dan memastikan kebersihan pakaian serta tubuh daripada najis.
Dalam kes tuan, jika telah membersihkan diri, memakai lampin bersih, dan berwuduk, maka solat tuan adalah sah. Walaupun solat berjemaah di masjid lebih afdal, solat bersendirian tetap diterima.
2. Tidak Sempat Solat Berjemaah
Jika tuan berniat untuk solat berjemaah tetapi tiba di masjid setelah solat berjemaah selesai, maka solat bersendirian adalah dibolehkan dan tetap sah.
Namun, jika terdapat kumpulan jemaah lain yang ingin mengerjakan solat berjemaah, tuan digalakkan menyertainya kerana solat berjemaah mempunyai kelebihan pahala sebanyak 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.
Kesimpulan:
Solat fardhu tuan tetap sah jika dilakukan bersendirian di masjid, baik kerana tidak sempat berjemaah mahupun atas sebab lain. Namun, jika ada peluang untuk berjemaah, disarankan untuk menyertainya kerana kelebihannya yang besar di sisi Allah SWT.
Semoga Allah menerima ibadah tuan dan mempermudahkan urusan tuan untuk terus istiqamah dalam menjaga solat.
Wallahu a’lam.