Hukum Kejut & Membangunkan Orang Tidur Supaya Solat

Membangunkan Orang Tidur

Apakah hukum mengejutkan & membangunkan orang tidur supaya bangun solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika kita tinggal dirumah sewa dan pada waktu subuh ada teman serumah yang tidak bangun dari tidurnya adakah wajib kita bangunkannya?


JAWAPAN

Berkata setengah ulamak membangunkan orang yang tidur kerana mengerjakan solat yang sunat itu sunat hukumnya.

Dan membangunkan orang yang tidur kerana mengerjakan solat yang fardu itu wajib hukumnya apabila tidak ada orang lain selainnnya dan waktu solat telah masuk.

Ada pun jika belum masuk waktu solat yang fardu maka tidak wajib membangunkannya.

Berkata Imam As-Suyuthi :

Dan ada pun membangunkan orang yang tidur yang belum solat maka jika telah masuk waktu maka wajib hukumnya kerana masuk dalam bab mencegah kemunkaran.

Dan ada pun yang sedang tidur dan waktu belum masuk maka tidak wajib membangunkannya kerana sungguhnya taklif syarak tidak berlaku atasnya.

Akan tetapi apabila dikhuatiri atasnya mudarat seperti terlajak maka yang lebih utama ialah membangunkannya supaya mendapat ia akan sembahyang di dalam waktu.”

(Kitab Asybah Wa An-Nazha’ir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berkongsi ilmu adalah perkara paling baik yang dapat dilakukan untuk mengubah dunia kepada yang lebih baik. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments