Bolehkah Melafazkan Niat Sebelum Solat?

Melafazkan Niat Sebelum Solat

Apakah hukum melafazkan niat sebelum solat?

Sesetengah orang mempunyai masalah sukar untuk berniat serentak dengan takbiratul ihram, sehingga menyebabkan angkat takbir berulang kali.

Berkaitan masalah ini, pendapat muktamad (yang dipegang) dalam mazhab Syafi’e ialah sunat melafazkan niat pada semua ibadah.

Ia diqiaskan kepada perbuatan Nabi SAW bertalaffuzh (melafazkan niat sebelum) ketika mengerjakan haji dan umrah, berpuasa dan berkorban.

Qias adalah salah satu sumber hukum (adillah syar’yyati) dalam mengeluarkan (istinbat) hukum dalam Mazhab Syafi’e

DALIL

Rasulullah SAW pernah melafazkan niat ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Daripada Anas r.a beliau berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW mengucapkan, ‘Labbaika, (aku menyahut seruan-Mu ya Allah) aku sengaja mengerjakan umrah dan haji.

— Riwayat Muslim1

Imam Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan di dalam Tuhfah, bahawa Usholli ini diqiaskan kepada haji.

PENDAPAT ULAMA

Imam Ramli menyebutkan di dalam Nihayah al-Muhtaj, 1/437:

Disunatkan melafazkan apa yang diniatkan sebelum (hampir-hampir) takbiratul ihram (solat) agar lidah dapat membantu hati dan agar menghindarkan daripada was-was.

Di dalam Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah ‘Ulama SeMalaya di Kepala Batas, Pulau Pinang setelah merujuk kepada kitab An-Nihayah, At-Tuhfah, Al-Muhazzab, Al-Mughni dan lain-lain dalam mazhab Syafi’e, sebabnya ialah:

  1. Ia menolong hati untuk lebih tetap untuk solat
  2. Menjauhkan was-was
  3. Memelihara qaul (pendapat) yang mengatakan wajib bertalaffuzh.
  4. Qias pada niat haji seperti dalam riwayat Anas di atas2

Menurut Ustaz Azhar Idrus, siapa yang kesukaran ia berniat di dalam takbir maka diberi kelonggaran atasnya bertaklid kepada pendapat imam Hanafi dan Hanbali yang mengatakan sah berniat sebelum takbir dengan masa yang sedikit.

Maksud masa yang sedikit itu ialah berniat ketika hendak mengangkat takbir.

Perkara ini adalah bersandarkan kaedah الأمر إذا ضاق اتسع yang ertinya: 

Suatu perkara itu apabila sempit ia maka dilonggarkan sedikit hukumnnya.”

Maksudnya apabila seseorang itu menghadapai kesukaran untuk menghadirkan niat ketika melafazkan takbir maka diberi kelonggaran hukum baginya untuk berniat sebelum dari takbir.

Begitu juga pendapat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, niat boleh didahulukan daripada takbir.

Begitu juga, niat tempatnya di dalam hati tetapi melafazkan dengan lidah bagi menghadirkan hati adalah dibolehkan mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’ Syafi’iyyah.

PENDAPAT MAZHAB LAIN

MazhabHukum
Mazhab HanafiBid’ah (iaitu bid’ah masnunah (sunat)) dan dipandang baik untuk menolak was-was
Mazhab MalikiSunat bagi orang yang was-was dan khilaf bagi orang yang tidak was-was
Mazhab HanbaliSunat
  • 1 Lihat Syarh Muslim 8/216
  • 2 Rujuk Senjata Syari’at: Pakaian Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah ms.21
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments