
Adakah sah solat jika masih ada kesan darah pada kain sembahyang yang telah dibasuh?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANJika kain yang terkena darah haid dan telah dibasuh tetapi masih ada warna darah tidak hilang adakah dimaafkan boleh dibawa sembahyang atau wajib basuh sampai tidak ada warna tersebut?
JAWAPAN
Jika pakaian yang terkena darah sudah dibasuh dengan kuat tetapi masih tinggal kesan warna darah maka hukumnya dimaafkan boleh dibawa mengerjakan sembahyang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata beliau telah berkata oleh Khaulah r.a. :
Wahai Rasulullah andainya masih ada kesan darah tidak hilang?
Jawab Rasulullah: Memadai engkau basuh dengan air dan tidak memudaratkanmu oleh kesan warnanya.”
(Riwayat Tirmizi)
Tersebut pada Kitab Ibanah Al-Ahkam:
Dimaafkan dari apa yang tnggal dari kesan warna selepas bersungguh pada membasuhnya dengan dalil “tiada memudaratkanmu oleh kesan warnanya” yang datang pada hadith selepasnya.”
Telah berkata oleh Imam Nawawi:
Dan jika tinggal warna darah sahaja dan mudah menghilangkannya nescaya tidak suci ia.
Dan jika susah menghilangkannya seperti darah haid yang mengenai kain dan kadangkala tidak hilang ia selepas bersungguh basuhnya dan selepas mengosok dan mengikisnya nescaya suci ia.”
Maksudnya apabila pakaian yang kena darah seperti darah haid maka wajib dibasuh untuk menghilangkannya kerana darah itu najis.
Setelah dibasuh dengan digosok tetapi masih ada kesan warna darah tersebut nescaya dimaafkannya yakni kain itu telah dihukumkan sebagai suci harus dipakai untuk sembahyang.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..