Hukum Cium Tangan Guru Dan Ulamak

cium tangan guru

Apakah hukum cium tangan guru atau ulamak?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Selalu kita lihat selepas guru agama selesai mengajar samada di masjid atau di surau atau lainnya sebahagian jemaah ada yang mencium tangan guru tersebut ketika bersalam.

Adakah benar orang yang berkata perbuatan tersebut adalah makruh?


JAWAPAN

Harus hukumnya mencium tangan ulamak dan orang soleh dan dan yang seumpama mereka dari orang-orang yang diberikan kelebihan yang bangsa akhirat dan sebahagian ulamak menyebut hukumnya adalah sunat.

Yang dimakruhkan mencium tangannya itu ialah orang yang fasiq atau orang zalim atau ahli dunia dan ahli maksiat atau yang seumpamanya.

Berkata Imam Nawawi:

Disunatkan mencium tangan orang soleh dan yang zuhud dan yang alim dan seumpama mereka itu dari ahli akhirat.

Dan ada pun mencium tangan kerana dia kaya atau kerana dunianya atau kerana dia berkuasa dan kerana masyhurnya disisi ahli dunia dengan dunia dan umpama yang demikian itu maka hukumnya adalah makruh yang bersangatan.

Dan berkata Imam Al-Mutawali tidak harus ia.”

(Kitab Al-Majmu’)

Begitu juga dibenci perbuatan mencium tangan kerana bermegah-megah dengannya dan kerana menyombongkan diri.

Berkata Imam Ibnu Hajar:

Dan hanyalah dimakruhkan mencium tangan itu apabila adalah atas rupa takabbur dan mengagung-agungkannya.

Ada pun apabila adalah ia kerana mendekatkan diri kepada Allah kerana agamanya atau ilmunya atau kemuliaannya maka sungguhnya harus ia.”

(Kitab Fathul Baari)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments