Bolehkah perempuan haid jawab azan?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSaya ada satu soalan bolehkah perempuan yang sedang haid menjawab azan?
JAWAPAN
Perempuan yang sedang haid disunatkan juga menjawab azan sebagaimana disunatkan ke atas orang yang suci.
1.Tersebut pada kitab Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Arba’ah:Menjawab azan itu disunatkan bagi orang yang mendengar azan walaupun dia orang yang sedang junub atau adalah ia perempuan yang sedang haid atau nifas.”
Dan disunatkan juga dia menjawab iqamat.
2. Berkata Syeikh Nawawi Bantan:Dan disunatkan bagi yang mendengar akan orang yang azan dan iqamat bahawa menjawab walaupun yang tiada berwuduk atau junub atau haidh atau nifas.”
(Kitab Nihayah Zain)
Dan sebab tidak dilarang perempuan yang haid menjawab azan itu adalah kerana azan itu bukan daripada Al-Quran bahkan ia adalah termasuk zikir maka perempuan yang haid juga dituntut atasnya berzikir.
3. Berkata Imam Nawawi:Telah berkata oleh Ashab kami dan disunatkan mengikut sekelian ucapan yang disebut oleh muazzin kepada sekelian yang mendengarnya samada dari orang yang suci atau yang berhadas kecil dan yang junub dan yang haidh samada dari orang dewasa atau kanak-kanak kerana sungguhnya ia adalah zikir dan sekelian mereka itu orang yang patut oleh berzikir.”
(Kitab Al-Majmu’)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..