Hukum Azan Menggunakan Rakaman

Azan Menggunakan Rakaman

Apakah hukum azan menggunakan rakaman?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah boleh jika sekiranya azan masuk waktu sembahyang menggunakan rakaman dari mp3 atau yang seumpamanya?


JAWAPAN

Azan untuk memberitahu masuk waktu sembahyang di masjid atau surau tidak memadai dengan menggunakan suara yang dirakam kerana yang diperintahkan melaungkan azan apabila masuk waktunya itu ialah manusia.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

Tidak memadai dengan azan dengan pita rakaman atau siaran radio.

Maka sungguhnya orang Islam yang dituntut dengan azan itu sebagaimana sahih pada sabda Nabi saw: Apabila hadir waktu sembahyang maka hendaklah salah seorang dari kamu azan dan menjadi imam oleh yang qari daripada kamu. Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Dan azan itu adalah sunat muakkad sebagaimana berpendapat oleh Imam Hanafi dan Imam Syafie.

Dan telah berkata Abu Bakar bin Abdul Aziz azan itu adalah fardu kifayah dan yaitulah qaul kebanyakkan ashab Imam Ahmad bin Hanbal dan qaul sebahagian ulamak amzhab Maliki.

Dan tidak dapat tidak hendaklah azan itu daripada seorang Islam dan tidak memadai memperdengarkannya dengan menggunakan rakaman.”

(Majlis Fatwa Negeri Mesir)

Kesimpulannya azan yang diperdengarkan di masjid hendaklah dari seorang Islam yang bertugas setiap kali masuk waktu solat.

Tidak memadai menggunakan rakaman suara azan untuk menggantikan muazzin.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments