
Patah hati atau orang muda-muda sekarang sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan / lamarannya.
Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta.
Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah.
Kalau dilihat dari segi apa-apa pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati.
Status hubungan pasangan atau couple ini tidak jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius.
Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang melampau seperti zina.
Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan.
Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang kamu lakukan itu salah.
Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu.
Mungkin dia hanya pelangi indah yang cuma hanya sesaat menghiasi bumi, dia bukan bulan yang selalu setia menemani bumi dalam menggantikan matahari.
Ingat, Allah sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh.
Dan jangan lupa Allah juga berfirman, ertinya:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
— QS. An Nuur: 26
Kalau kita sudah terlanjur patah hati, jangan gelap mata. Keep think positive.
Kita masih boleh memilih apa yang akan kita lakukan kemudian.
Dan itu terserah pada kita, positif atau negatif.
5 Jenis Ubat Untuk Mengubat Patah Hati
kalau ubat hati itu ada lima, maka ubat patah hati juga ada lima:
1. Jangan mendramatik-kan keadaan
Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama.
Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis.
Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?
2. Putus asa itu dosa
Ingat bahawa berputus asa itu dosa.
Rasulullah bersabda:
Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.”
—HR. Al Bazzar dan Thabrani
3. Jangan Menyendiri
Kamu jangan menyendiri.
Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula.
4. Perbanyakkan Kegiatan Positif
Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan.
Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah.
Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka.
5. Bersyukur, Berusaha dan Doa
Kalau kita putus dari ikatan couple, itu bererti kita terbebas dari perbuatan mendekati zina.
Kita harus bersyukur.
Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni.
Buktikan kita serius.
Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi.
Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti!
.
Ibnu Qayyim rahimahullâh tentang cinta yang terpuji:
“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya.
Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan.
Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”

Terima kasih admin saya harap perkongsian ini berguna untuk saya..semoga Allah sentiasa bersama ngan saya
Saya turut menghadapi masalah yg sama mcm korang semua.Ade jugak yg memahami perasaan ini.Lepas jer si dia menolak cintaku,rasanye sungguh pedih dan perit bagaikan ingin mati.Nasiblah aku ade mak yg slalu doakan kebahagiaanku.Orang yg tak rasa kepedihan cinta tak berbalas ni mmg takkan pernah faham apa yg kita rasa melainkan yg dah pernah jer…Terima Kasih kepada blogger,semoga Allah memberi kebahagiaan kepadamu dunia dan akhirat….
sakit tu memanglah tapi nak buat cammma kan??
hmmmm…rasa lebih tenang maklumlah remaja banyak cabaranya
Sngattt skit
Patah hati memang menyakitkan dan menyedihkan, tidak kira pada peringkat umur berapa pun :( Saya gembira bila baca blog ini dan luahan orang2 yang patah hati. itu menunjukan saya tidaklah keseorangan dalam menghadapi ujian ini.
Silap saya kerana memberikan cinta 100% sebelum berkahwin. Saya berjanji untuk lebih mencintai Allah, rasul dan kedua ibubapa say lebih dari wanita lagi selepas ini. Kerana sudah 4 kali putus cinta dan tak sanggup lagi menghadapi kesakitan putus cinta ini.
Semoga kita semua lebih berhati2 dalam memberikan cinta dan pastikan mereka yang berhak lebih diutamakan dari cinta dari orang yang baru kita kenali.
Doa2kan saya dalam menghadapi dugaan ujian putus cinta ini dan semoga kembali ceria seperti sediakala.
wassalam
terima kasih di atas perkogsian blog ini :)
terima kasih perkongsian ini
rasanya lebih tenang .. Doakn ana sentiasa tabah .. Ana d tggalkn oleh si dia yg paling ana syg, mgkin silap sndiri sbb mnyayangi si dia lbih dri Allah..
Skrg ana sedar , tiada yg dpat mnandingi cinta dan kuasa Allah
Terima kasih atas perkongsian ini.. sangat2 membantu. tenang bila baca..
Baru 2 hari.. Sebak rasanya lg. Kesilapan diri
Skit ati…x dpt byangkan.ya Allah!hnya allah je yg thu.kte hrus kuat,sbr,tbah…b’cinta hnya akn membuat kte lalai sahaja..pengajrn jgn mudah percaya org yg kte syg 100 peratus ..
Alhamdulillah sy d pertemukan dgn perkongsian ini…Allah Maha Pengasih… patah hati…kecewa…sakit hati…itu yg sy rasakan sblmmembaca perkongsian ini…tp alhamdulillah,sy rasa lega skrg…terima kasih kpd yg mewujudkan blog ini…
As Salam
Alhamdulillah. Semoga memberi manfaat kepada awak.
pedih ulu hati…ambil lah gaviskon…
ya baik. hehe
baru lepas pinangan ditolak..alhamdulillah syukur
semoga berjaya =)
make my heart calm again. tengs for the artical =)
welcome sufi..
terima kasih dengan artikel ne..in sha Allah..sy akan cuba amalkan..
sp tgh bce page ni skrg?haha
Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang…^_*….mudah-mudahan Allah sentiasa bersama-sama kita walau apa jua keadaan sekali pun….insyaAllah..
Insyaallah puan..
kucing itu sangat syok.bahagia…
itu 1 lagi ubat patah hati, spend time dengan kucing pun boleh ubat sakit hati/heartache
suka kucing ea? hi3
Alhamdulillah…..sy bersyukur sgt….Allah msh sygkn sy….
saya setuju :) trima ksih krna bkongsi .. :D