
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
ujianMu memberi aku pengalaman agar tidak mnjdi lemah lgi Ya Allah.
Terimakasih,,, pengalaman dan Cara Melupakan Orang Yang Kita Sayangi
Membantu sekali,, jangan lupa mampir ke blog ane ya kawan :)
terima kasih sarannya, saya rasa ada benar nya dengan apa yang anda saran kan, sudah hampir 3 bulan kami putus tapi masih teringat sama dia, mungkin karna selama ni saya lupa kepada Allah, makanya Allah mungkin memberi cobaan terhadap saya, tapi saya berdoa kepada lupakan dia dari ingatan saya, krna saya tw Allah itu maha tau semuanya yang di inginkan hambanya, terima kasih saran nya. semoga kita slalu dalam lindungan allah
emang sukar kok lupain org yg kita sayang.. aku engak bisa lupain org yg aku syg walaupun aq udah lakukan saranan dia atas.. insha allah aku akan terus mencuba.. aku ditinggalin kerna alasan si dia aku ini penyibuk dalam hidupnya sedangkan aku hanya nanyain kesihatanya lokasinya dan lain2 .. aku harap si dia dapat jodoh yg lebih baik daripada aku
Makasih tips nya ..
Terimakasih telah menghadirkan tips2 serta ilmu2nya untuk kami, Baarakallahu Fiik..
Salam . Terima kasih untuk info ini . Saya bukan putus cinta tetapi saya telah jatuh cinta . Saya berjanji dalam diri saya bahawa tidak akan bercouple kerana tahu hukum . Bercouplekan haram dan dilarang oleh Allah S.W.T jadi saya lebih memilih untuk menyimpan shj perasaan ini di dalam hati . Lagipun umur saya masih muda baru 19 tahun jadi soal itu saya tidak terlalu risau masih banyak pekara ilmu yang mesti saya tuntut dahulu melainkan cinta . Apa yang saya ingin katakan apabila kita memendam perasaan kita yang terluka sendiri . Apalagi orang yang saya suka juga seorang yang dalam kategori menjaga hukum kerana dia pernah menegur saya couple itu haram . Bila saya mencurahkan isi hati kpd Allah hati akan tenang tetapi ia akan terluka kembali . Apalagi dia ramai kawan perempuan , dia bukan curang tapi itu hanya kawan . Cara percakapan dia juga tidak romantis dgn orang lain . Hang , aku je cara dia cakap begitu juga dgn saya . Tetapi dsbbkn saya suka dia dalam diam , saya yang terluka sendiri sebab kalau dia cerita dekat saya yang dia sllu tanya pasal ilmu agama kpd perempuan tu . Jadi saya memilih untuk unistall wechat whatsapp deactive facebook buat sementara untuk tenangkan hati . Memendam perasaan dengan putus cinta rasanya sama . Tapi putus cinta lagi terseksa . Jadi saya memilih tidak bercinta . Biar Allah aturkan semuanya :)
Saya lagila muda..Baru 13 tahun..
sama lah dengan sye sekarang ni..umor kita pon sama..cerita yang sama,,mungkin rasanya Allah bagi dugaan kat kita..kita fikir masa depan kita jelah,,,Sebab Allah dah tetapkan sapa jodoh kita..bersabarlah,,
to Syahira 13 + 1 tahun
Sila belajar kasi habis dahulu sebelom nak bercinta bagai. capai dulu kemajuan diri lepas tu baru la fikir nak becinta. jangan buang masa dengan perkara lalai macam ni.
cari ilmu kerana dengan ilmu boleh membimbing diri dengan baik dan insha Allah sempurna.
Baru kemarin sore saya udahan sama pacar , hubungan kali memang sebentar baru 1thn, sy sayang banget sama dia , sy jg yakin dia pasti sayang sama saya , ehntah semua berubah semenjak ada laki-laki lain yg menurut dia jauh lebih baik dari saya , dan dia jg blm tau klo laki” itu sayang apa ga sama dia , knp sih dia lebih milih laki” yg blm tentu sayang sama dia ? Padahal di sini udah ada yg sayang banget sama dia ..??
Semoga di balik semua ini Allah sudah punya sesuatu ygLebih baik buat saya, amin :'(
saya mau coba deh yg admin saranin di atas, soalnya suka sedih klo di inget” masa” sama doi dulu , semoga bisa cepat hilang dia dari ingatan saya :'(
Gue bakal coba sarannya, tapi gue gak yakin apakah berhasil atau gak, sangat sulit melupakan orang yg kita sayang,dan tak segampang orang membalikan telapak tangan , gue akan coba cara ini ,karna memang ini keputisan dia yg mau akhiri semuanya, gue pacaran hampir mau 5 tahun, gue sayang sama dia,gue juga yakin banget dia masih sayang sama gue,gue tau kenapa dia mau putusin hubungan nya sama gue, semuanya karna gue,gue yg selama ini yakin bahwa dia akan nurut omongan gue,gue yg slama ini yakin dia gak akan peenah ngebantak omongan gue,gue yg slalu egois,gue yg slalu emosi, bahkan sering kali gue berlaku kasar, sebenernya gue juga g mau peelakuin dia kaya gitu, slama ini gue ngelarang dia main,diapergi,ya dikarnakan kenapa dulu lu gue kasih kepercayaan,gue bebasin,lu malah bohongin gue,lu manfaatin kepercayaan gue ,disitu gue mulai g percya sma lu,tapi gue takut kehilangan dia, tapi dengan sikap gue yg terlalu posesif ,gue sadar dilain waktu dan saat ini dia akan sadar ,bahwa dia jenuh , gue pengen dia tau gue begitu karna gue sayang lu T,gue akan berubah buat lu ,
Terimakasih atas sarannya.
Q sdah berusaha melupakannya.. tpi dy slalu aku ingat.. aku bloom ikhlas pergi drinya.. awalnya ini adalah perbuatan aku.. dan aku mmutuskan untuk pergi drinya krna dy slalu tk jujur sma aku. ska bohongi aku. sulit skali mlupakan dy yg sdah bersamaku slama 5 tahun lbih. cuma ada dua plihan kmbali pdanya atw mlupakannya ttapi sulit
Ntah mengpa sdah bbrapa blan aq mncba mlupakn dia tpi kta2 dan jnji dia msih ttap trbayang dlam pkiranq..aq sdah mnganggp dia sbagai cinta trakhirq bhkan jnji mnikah pun tlah kmi bicarakn tpi jnji itu bkanlh prnkhn antra aq dn dia tpi prnkahan dia dgn org lain yach mngkin sdah saat’y bgi aq untuk mnylsaikn pnddknq dn lbih mndkatkn dri kpada ALLAH…
terimakasih buat shrenya..
tp hatiku sangaat sakit sekali..
karna cowok yg bnr” aku sayang telah pacaran sm cewek lain. my just broken
dan yg lebih skit lagi kata” dia yg bilang klw dia cm nunggu aku , tdk ad cewek yg lain di hatinya selain diriku,,
tp kini kepercayaanku telah hilang smua..
dan gara’ dia , aku terjatuh sakit slama 1 minggu..
aku trlalu gmpang trpengaruh dengan omongan laki”. maka dari situ aku gak brni utk pcrn,,,
krna aku gk mw klw aku sakit jatuh sakit lagi karna cowok.. dan aku gk mw nyusahkan mamah qhu..
thu kisah yg aku alami,
kamu hebat, semangat teman…, kamu bisa hidup tanpa dia, biarkan waktu membawamu kepada cowok yg bisa menghargai kamu selamanya. amin
k
SAya dengan dia dah 1 tahun 4 bulan bersama. tapi saya tak dapat melupakannya mungkin sebab saya terlalu sayangkan dia . Sejujurnya saya rasa perit sangat bila ingat dia. saya tak tau macam mana lupakan dia! saya hanya redha dengan ketentuan allah.Walaupun ianya perit tapi kita mesti tabah!
Ntah..sebenarnya sy pulak xde la pernah couple ke apa dgn dia. Mmg kita yg start suka dulu hasil dr persahabatan. Lepas dia tahu, dia x berkata apa2 tp baiknya dia x beri apa2 harapan pun. Ada juga skit harapan yg dia beri tp xpelah benda dh berlalu. Masalahnya bukan boleh buang pun apa2 pasal dia sbb kami still kwn. Cuma dh x contact kalu xde hal penting jer. Tetap akan ingat sampai la jumpa cinta sejati kowt. haha~
saya syg dye
Genap sebulan sy berpisah dgn bekas suami..selama 9tahun kami bersama tidak dikurniakan zuriat.. Belum ade rezeki masa tu.. mungkin disebabkan umur bekas suami masuk 30an..jd die terlampau hendakkan zuriat.. Diri dipersalahkan kerana xmampu beri zuriat.. seminggu selepas diceraikan ,Allah maha kuasa..Allah maha adil.. diri disahkan mengandung 2 bln.. tiada kata mampu diucapkan melainkan Alhamdulillah.. hati memang sgt sygkan bekas suami..tp bila mengenangkan 9tahun bersama die blh tnggalkan sy mcm tu je.. hati hendak melupakn die,tp mampukah diri ini melupakan die sedangkan dlm diri ni ade sebahagian diri nye.. Kebelakangan ni sy byk cr doa bg melupakan seseorng.. hnye Allah yg dpt membantu sy..
Genap sebulan sy berpisah dgn bekas
A important lesson to all. Janganla kita mencintai manusia lebih dari Allah SWT. Nescaya ia akan putuskan hubungan itu jika kita melupakan nya. Banyakan berkawan juga dengan orang lain untuk mengisi kekosongan.mana tahu kita jumpa yang lebih baik. Yg penting kita bertawal dan banyak berdoa
Idz
Jika beliau masih ingin berkawan apa salahnya. Mungkin satu hari insya Allah orang tuanya akan merestui.