7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Sa pernah kecewa..sa yg buat keputusan untuk putuskan dia..dalam hati memang sa rasa sgt sedih,. Sa dah mula ska pada dia sejak dari awal lg..mengetahui dia pun menyukai sa, sa gembira sgt time tu..tuhan jak yg tau pa sa rasa time tu..tp insan mana yg x melakukan kesilapan, dengan kesilapan itu la dia mula bersikap dingin dgn sa..sa rasa akan perubahannya..smpaikan sa mendapat jawapan yg dia secara jujurnya xtau pa perasaan dia terhadap sa..sa sedih sgt time tu..sa tau, bak kata pepatah ‘terlajak pErahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya..sa putuskan dia. Sa tau sa xdpt tuk kembalik pada dia wlu mcmmn pun sa syg dan berharap..sa harap awak d cna sihat sentiasa n menemui kebhagian awak en.khairee izwan sham..jan mandi hujan, lau bleh bw la payung tu simpan d ofis n jan mkn udang n sotong :) sa hanya mampu doakan yg terbaik untuk awak kat cni.

    Reply
  2. Terima kasih atas nasihatnya,, insyaallah saya cuba,, memang,,melupakan org yg kita sayang memang sakit,,tpi dgn mengingati Allah,, saya tahu saya pasti boleh,,saya yakin,,tq again..

    Reply
  3. Terima kasih atas nasihatnya,, insyaallah saya cuba,, memang,,melupakan org yg kita sayang memang sakit,,tpi sgn mengingati Allah,, saya tahu saya pasti boleh,,saya yakin,,tq again..

    Reply
  4. Berikan sy kekuatan utk menghadapi ujian ini… 13 thn bersama suami, kami hdp dlm rukun dan damai, malangnya dtg org ketiga tk sampai 4 bln suami mengenalinya terus jatuh hati dan ingin berkahwin dgnnya. Sy telah dibenci, di hina, di maki dan sanggup suami menaikkan tangannya kpd saya…gara2 perempuan itu…sanggup suami menghina sy dgn kata2 kesat…sanggup halau sy keluar dr rumah…hanya kerana perempuan itu… kesian suami…terjerat dgn kemewahan yg d berikan oleh perempuan itu…wang…rumah…kereta…tanah…sehingga dia lupa siapa yg selama ini bekerja keras untuk dia…sanggup berhutang utk dia…sanggup berkorban apa sj utk dia…sy tk pernah minta apa2 dr suami sejak kami kenal sehingga sekarang…kemewahan yg dia dpt dlm sekelip mata dari perempuan itu mbuat dia alpa…siapa yg sentiasa bersama dia di saat sedih, gembira, suka, duka….dia minta saya redha sdgkan dia sendiri tidak redha dgn ujian Allah kpd nya..saya makin mendekatkan diri kpd Allah…mohon petunjuk dari NYA…sapa yg tidak sedih dh lama dgn suami tiba2 d rampas oleh org ketiga yg dtg entah dr mana…terus beri segala kemewahan yg dia ada pd suami…suami gelap mata..Ya Allah…berikanlah petunjukmu kpd suamiku, agar dia sedar kesilapan yg d lakukannya…berikanlah kesempatan kpd suamiku utk kembali ke jalan yg benar dan bertaubat kepada MU ya Robb…jauhkanlah suamiku dr terus melakukan perkara yg haram d sisi mu ya Allah…kau bukakanlah pintu hati suamiku..kau bukakanlah mindanya…kau sedarkanlah dia dari apa saja yg d kenakan kpdnya oleh perempuan itu…sy br tau bahawa perempuan itu adalah seorg bomoh…..sanggup minta fasakh dr suaminya…semata2 mau berkahwin dgn suami saya…sanggup menggunakan mantera penunduk…Ya Allah…kau keluarkan suamiku dari kemelut ini…jauhkan suamiku dr perbuatan sumbang mahram ini….ampunkanlah suamiku….

    Reply
    • Terlalu berat dugaan puan.Tapi percayalah puan,Allah menghantar ujian itu kepada puan kerana puan mampu. Saya hanya mampu doakan agar puan kuat menempuh dugaan ini. Be strong. Allah with us.

      Reply
  5. ini sangat membantu mba, terimakasih :) baru kemarin” saya merasakan yang sangat dikecewakan. Ya Alloh Kuatkan hamba Mu ini, semoga bisa ikhlas dan ridho aminn

    Reply
  6. tq for sharing….ALLAH dh atur segalanya….setelah 4 tahun…dia bkn lagi insan yg ALLAH jdohkan utk sy… 2bln lps prepare utk bertunang….sy xcident… after 3month… dia bertunang saat sy perlukan kekuatan yg ketika itu sy kehilangan kerja…kekuatan dan kelebihan sebagai wanita…dan kesan xcdent yg membuatkan sy tidak mampu utk melakukan rutin harian… setiap hari sy menangis…kami bertemu kembali 29hari sblm dia bernikah dgn wanita yg dia knl selama 3 bln…..lirik lagu pun ada mengatakan sekelip mata kau berubah.. 4 thun dia blh sabar bersama dgn saya..hanya kerana sy xcdent….3 bln sudah mmpu mengubah hati dia utk meninggalkan sya… ini lah di namakan bukan jodoh.. hampir 2 thn….sy masih dgn hati sya…blm mampu menerima penggantinya…. wlpn dlm diam..kdg kal sy masih ingtkan dia…. ini dugaan yg menguji segala kekuatan saya…. dlm redha…saya tetap doakan dia bahagia dgn wanita pilihan nya…INSHAA ALLAH… bila tiba waktunya… ALLAh akan berikan sy tulang rusuk yg lebih dari yg sblm ini…. Semoga hati saya terus kuat untuk melupakannya…

    Reply
    • Percayalah saudari, segalanya berhikmah. Usah ditangisi perkara yang bukan milik kita.Bersabarlah.Luka itu akan sembuh seiring waktu.Insyaallah,bila tiba masanya saudari akan menemui jodoh saudari.Yang mampu menerima saudari seadanya.Yang mampu membahagiakan saudari,

      Reply
  7. Assalammualaikum…. Kepada admin…say a baru putus cinta…dia lepaskn saya…disbbkn kslhn saya…saya Syg Sgt smpai tkt kehilangan dia..saya juga cmbru ….smlman saya ngis…tapi benda trjadi….saya xkuat hadapi…..APA Cara yang boleh saya buat untuk nie?..saya terlalu sedih…:(

    Reply
  8. ada kalanye betul…dsebabkan cinta kte bleh lpe diri kita yg dlu sggup wat ap je. mgkin ni cra terbaik untk sye lupekan die. thanks for sharing.

    Reply
  9. sy pernah bercinta slama 4tahun lebih . selama 4 taon lebih tu mcm2 terjadi sampai pernah putus slama setahun lebih sbb dia nk fokus blaja tp last2 kantoi jgk dia dh kapel dgn org lain . slama 1 tahun lebih tu sy bertahan, sy still taruh harapan sampaikan satu masa sy putus asa dan ambil keputusan nk berjauhan dgn dia . selepas beberapa bulan sy putus asa dia dtg balik pada sy untuk kembali kapel . mula2 sy jual mahal tapi last2 sy terima jugak dia sbb sy masih sayangkan dia . lepas kitorang kapel balik sampai setahun lebih dan sekali lagi dia kecewakan sy, dia mintak putus lagi atas alasan family . kadang2 sy xfaham apa yang dia nk sbenarnya . susah nk faham perasaan dia. tapi xpelah , sy tau dia dh xperlukan sy lagi . skrg sy cuba terima kenyataan walaupun perit . sy harap Allah akan beri sy kekuatan untuk hadapi semua ini :’)

    Reply
    • Be strong. Percayalah.Anda akan temui seseorang yang lebih baik. Jangan pernah putus asa.Bersangka baiklah dengan Allah.Insyaallah,everything is going to be ok.

      Reply
  10. Aku takut patah hati , karena saya tahu betapa sakitnya patah hati iku. Sekarang saya lagi TTMan sama temen sebangkunya mantanku.Bagaimana caranya agar kita siap menghadapi patah hati ?? :O

    Reply
  11. 5 tahun kami bercinta.. susah senang..masa berduit, tak berduit… kami bersama.. sedang rancang2 nak bertunang… tiba2 dia putuskan saya. Allahuakbar.. dah kenal famili masing2… saya rasa jodoh kami kuat.. tapi dia terjumpa bekas kekasih lama dan terus berubah.. saya rasa sgt sakitt… tapi apa sy boleh buat? Saya penat nangis… mungkin ini ujian Allah menguji kesabaran dan keimanan saya…

    Reply
    • Sama mcm saya..Tiba2 dapat tahu dia kahwin dgn orang lain.TUHAN saja tahu betapa sedih,sakitnya hati..Rasa nak menangis sepanjang masa.Sampai ada jugak terpikir nk buat bnda bukan2 tp Alhamdulillah Tuhan masih bagi saya fikiran yang waras..Saya dapatkan nasihat dari kawan dan dia bagi ceramah kt saya.Alhamdulillah saya sedar dan perlu menerima kenyataan ini.Hari2 saya baca Al-Quran untuk tenangkan diri..busykan dengan kerja.Saya perlu terima kenyataan yang dia xakan menjadi milik saya lagi.Esok 9 januari 2015 birthday dia n slalu sy yg 1st wish selama 3 tahun berturut2..Sekarang sy hanya mampu kirimkan Al-fatihah buatnya..Bohong laa cakap hati kecil ini xpernah ingat kt dia but v must move forward.In Sha ALLAH Tuhan sebaik2 perancang. La Tahzan InnALLAH Ma”ana..Salam..

      Reply
    • inshaAllah… kalau dia jodoh awk. dia akan kembali…. balik la kepada Allah.. DIA tahu segalanya… inshaAllah awk akan lebih tenang…

      Reply
    • Saudari,bersangka baiklah dengan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.Insyaallah,saudari akan temui insan yang betul suatu hari nanti. Bersabarlah

      Reply
  12. Saya telah dizalimi dan dianiayai oleh insan yg bergelar suami..digntung x bertali…tidak smpai sebulan lg pernikahan kami…hanya 2 mnggu sahaja sy bahagia…selepas itu terus mghilangkn dri.. hanya doa mnjadi peneman sy…doakan sy dapat bertemu dengan suami saya dan menyelesaikan masalah ini..sy redha jika tiada jdoh antara saya dn dia..tp jgn digantung tidak bertali…sy skrg hdup dlm tanda tnya…

    Reply
  13. Sya berhubungan 2.5 thn tanpa ada kta putus.dia sdh tdk mau telpon atau sms.setiap saya telpon n sms tdk pernah mau balas atau mau angkat telepon.cuman karena pinjam uang tdk aku beri.berujung kehancuran tanpa sebab

    Reply
  14. Lalu bagaimana cara untuk tidak berada pada posisi tiba2 mengingatnya disaat kamu akan tidur di malam hari. Bahkan jika kamu telah menyibukkan diri di siang hari, tidak luput bahwa dimalam hari dan setiap malam kamu akan mengingatnya kembali setiap detail dan bertanya2 apa yg salah

    Reply
  15. saya mau koreksi, kenapa di kalimat “HE will send her/him to you when you’re ready” apa anda tau allah swt itu berjenis kelamin?

    Reply
    • kerana dalam bahasa inggeris tidak ada perkataan DIA. dalam hubungan ini HE (dalam bahasa inggeris) bermaksud DIA (salam bahasa Melayu). Perkataan HE sebagai ganti DIA adalah perkataan standard yang digunakan dan dipersetujui oleh semua ulamak seluruh dunia. WALLAHUA’LAM

      Reply

Leave a Comment