7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat

melupakan orang
Melupakan orang yang disayangi tidak semudah yang disangka! | Old Memories by lennuk

Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.

Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..

..tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?

Saya juga seperti anda.

Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.

Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.

Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Kehidupan amat perit saya rasakan.

Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia.

Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.

Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.

Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.

Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri.

Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.

Mereka hanya inginkan yang terbaik.

Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.

Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.

Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.

Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.

Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.

Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.

Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.

Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.

Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.

Pandanglah ia dari sudut positif.

Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.

 

 Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:

Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:

1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]

Hati yang terluka perlukan ubat.

Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.

Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

 


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.

Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.

 


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia.

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

 


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.

Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.

Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

 


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.

Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.

Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

 


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.

Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.

Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.

Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you.

What you need to work on is your relationship with Allah swt.

HE will send her/him to you when you’re ready.

It is only a matter of time”.

 


Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.

Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.

Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.

Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)

Bagaimana dengan anda wahai sahabat?

Sudah yakin mampu mengubat hati?

Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah

Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga  :)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,136 thoughts on “7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat”

  1. Saya juga ambil masa hingga 5tahun untuk move on n sangat struggle dalam tmpoh yg lama telah mmbuatkan hati sya trtutup untuk bercinta lagi..
    Tetapi Allah Maha Penyayang..dngn RAHMAT dan NIKMAT dari-Nya, keceriaan hidup sya BERSINAR kembali..Alhamdulillah..,
    Dan sekarang hati sya trbuka luas untuk tempatkan seseorang wanita yg ikhlas boleh trima sya..
    HARAP DIPERTEMUKAN dngan seorang wanita yang SUDI BERKONGSI HIDUP dunia n akhirat..Aminn~~~~

    Masih single & Sedang mencari…….

    Reply
  2. Mulanya hanya bersahabat lama kelamaan makin sukakan si dia..dia tahu tapi dia ckp jgn terlalu berharap..dia juga yg bagi harapan..lalu dia pergi tanpa khabar berita..di saat cuba melupakan si dia..dia kembali dlm hidup setelah lama menghilangkan diri..
    

    Reply
  3. hi mana saya mohamad khairuddin bin anuar saye ade pengalaman macam orang yang
    saya suka tapi orang yang saye suka sangat sangat tak nampak yang saya ni orang yang setia dan dier ingatkan saye suka memainkan dan sakitkan orang lain tapi tak.

    saya punya orang saye tidak suka menyakitkan atau meninggalkan orang yang saya suka kalau saya suka seseorang itu saya akan bersama hingga akhir hayat saye
    dan kau susah senang tetap bersama dan tak akan tinggal kan sesiape pon

    Reply
  4. sedang mencuba, tak tahu kenapa jauh dekat sudut hati ni dia masih nak kawan, tapi sebab dia ego. tapi 5% je saya rasa. saya dah buat silap dengan msg dia dulu. lepas seminggu tak msg, sy cari dia dulu and say sorry. utk org normal,reply yg sy dpt tu mmg lah buat kite sedar yg dia dah taknak ngan kite, tapi agknya sy ni tak normal, sy masih lagi mengharap dan hampir2 nak msg lagi sekali tanya khabar dia. sy nak delete & block number dia tapi yg 5% ni buat sy tak jadi block. sy dah mohon doa pada ALLAH, utk lupakan dia, walaupun sy baru kenal dia 4 bulan, tapi susah betul nak lupakan. sy harap yg baca ni tolong doa kan sy lupakan dia.

    Reply
    • Saya baru lalui..25/12/2021 separutye saya nikah dgn pilihn hati sya..walaupon sya dan psgan tahu yg keluarga dia tak restu hubugan sya dgn dia..tapi dia sebagai lelaki tetap suruh sya teruslan untuk bernikah dan janji akan sentiasa syg dn setia dgn sya.?..tapi sehari nak nikah dia boleh cakap dgn keluarga dia ..dia tak sedia nak nikah dgn sya..keluarga dia halang sya dri jumpa dia ?sampai la batal kan nikah pon di tak pandag sya..kakak² dia tak kasi sya jumpa dia nk tanya why buat sya mcm ni..sya tak de stu peluang nk berckp 4 mata dgn dia??..sush nk melupakan dia..masih rindu..tpi dia rsa ke mcm sya rsa skrg ??.

      Reply
  5. Kisah hidup saya, sama macam kisah hidup min. Kami dengan rela ingin berpisah untuk mengejar cinta dan redha allah… Sekiranya kami telah dijodohkan, kami pasti akan kembali… Saya percaya padanya, iaitu Allah yang satu, tiada yang lain melainkan dia.. .saya sayang Allah SWT… Kerananya, saya faham apa erti cinta yang sebenar benarnya.

    Reply
  6. Ntah la,susah sangat nk lupekan dy,aku dh buat semua bende tapi tkleh jgak,aku nk bunuh diri,ade yang halang?

    Reply
    • sabar la pikah.Tak semua masalah akan hilang kaau kita bunuh diri.Maybe bila awak bunuh diri tu,awak dh terlepas dari masalah.Tapi yg masih hidup ni la akan menaggung masalah awak tu.Ingt!!!sebelum awak nk bertindak.Fikir sejenak dulu

      Reply
  7. Terpaksa memutuskan untuk tidak meneruskan kerana tiada restu dari pihaknya. Kerana perbezaan usia sy 33 dan dia 25, terlalu jauh untuk dijadikan kenyataan walaupun ada kisah nabi yg boleh dijadikan tauladan. Mohon doakan sy, memandangkan diusia begini tiada mainan hanya serius ingin mnghalalkan. Dan dia juga ingin ke arah yg sama. Tapi halangan keluarga, buat kami akur dengan keadaan. Allahu. Perasaan ini, jika boleh dibuang sekelip mata, maka mudahnya sebuah perjalanan. Sy pernah kecewa 8tahun yang lalu dan baru trbuka hati untuk mencuba lagi, sakit kali ini tak terjangkau rasanya.

    Reply
  8. Dia duakan saya, saya dengan dia hampir 7 tahun. Kami ldr, saya jumpa dia waktu saya balik kg je. Tapi baru baru ni Allah nak tunjukkan dekat saya yang dia dah 1 tahun dengan orang lain. Saya kecewa sangat orang yang saya sayang, paling rapat dengan saya, orang yang paling saya percaya buat saya mcm ni. Saya dah block dia dah buat mcm mcm dia tetap cari saya balik. Dia tak tinggalkan saya, tapi dia tetap nak dekat saya. Saya nak pergi dari dia sebab saya takut dia masih sayangkan perempuan tu. Saya tahu dia masih sayangkan perempuan tu, mestilah dah setahun kan?. Apa sy nak buat nak pergi dari dia? Saya pun sayang sangat dekat dia, saya tktahu mcm mana cara lagi nak pergi dari dia:( saya risau kalau saya block dia lagi saya yang akan lemah. Tapi saya fikir balik dia dah buat mcm mcm dekat saya, saya still takboleh lupakan dia. Sebab kami dah rapat sangat mcm adik beradik?mcm mana saya nak buat

    Reply
  9. Saya muslim dan dia non muslim. Saya sukakan dia sebab dia terpikat untuk masuk Islam. Dan hubungan tak kekal kerana lama kelamaan dirinya menjauh dan menghindar dari ajaran yang saya berikan. Saya niat baik dan tulus untuk mengajar tapi apakan daya dirinya yang selalu menengking bila saya mengajar dan memberi banyak dalih. Its okay saya dah cuba sebaik mungkin dan familynya pula sangat melarang hubungan dengan melayu. N then saya pilih untuk pergi. Dan terus berdoa kepada Allah.

    Reply
    • kesah awak lebih kurg dgn saya sblm ni cuma sikit perbezaan, saya pernh bercinta dgn non muslim, n die or fmily die ok klau die msuk islam n family die syg sgt kt saya mcm anak sendiri, saya cuba nak ajar die slow2 utk die mempelajari islam but die msih an diri dia dan x lama kelamaan tu die block saya n berbulan bru die unblock sya dgn pasangan baru dia , bg dia saya ni mengokong dia, saya buat smua tu sbb saya cuba nk mengajar dia slow2 utk mempelajari islam

      Reply
  10. ASSALAMUALAIKUM WBT saya adalah insan dan hamba yang lemah saya disini ingin meluahkan tentang saya yang merinduikan seseorang yang saya sayangkan dan cintakan selama ini RINDUNYA saya kat dia yang takterucap setiap kali nama dia akan berada didalam doa saya redha kerana saya putus terpaksa ibubapa yang tak merestui dia dalam masanya mungkin waktu yang tak sesuai kerana saya masih belajar tapi saya percaya kalau dia adalah jodoh saya pasti terjumpa balik . saya mengharap saya dijodohkan dengan orang yang saya cintakan selama ini . setiap hari berfikirkan dia setiap hari tenung gambar dia dan bercakap keseorangan sakitt sangat ‘ jika dia jodohku kau jangan lah beri dia kepada sesiapa tetapi jika dia bukan jodohku engkau berikan dia kepada orang yang sempurna dan boleh menjaga dia saya disini akan berdoakan untuk awak sayangg nama awak takkan saya lupa dalam ingatan dan hati saya , SAYA SAYANG AWAK TUNGGU SAYA YEE SAYA AKAN BERSABAR DENGAN UJIAN KITA

    Reply
  11. Saya dan dia memang saling mencintai… Tetapi oleh sebab kitaorang masih belajar lagi.. Dan kitaorang pun tahu couple dalam islam ni haram..so, kitaorang terus membawa haluan masing2 jer..ye perit sesangat.. Lagipun..mak saya mahukan sy belajar dalam masa 7 tahun lagi…memang susah la kan nak kawin.. So, sy rasa dia takkan mungkin sudi menunggu sy..mungkin dia dah ada pengganti

    Reply
  12. Bersyukur jika kehilangan atau bercerai dari suami yng tiada manfaat akhirat. Di dunia saja suda buatvdiri mu lebam biru hitam. Mentang sikap mu yang pemaaf di buatnya wanita ni tiada perasaan. Sekarang doa ku semoga yang baik baik hingga jnnah buat ku dan anak ku serta pembaca sekian maafkanlh.

    Reply
  13. Sy sedang mencuba untk melupakan.. Kali ini terlalu berat untuk sy lupa kan si dia… Beribu kli sy menangis sbb lelaki yg sma… Sy blom kuat untk btol2 lupa kan waktu ini….semoga selpas ini berjumpa dg org yg tepat dan menerima sy seikhlas hati..

    Reply
  14. Saya tidak tahu mngapa sya jdi seperti ini, sy tidk mampu brhadap dgn dia, kerana tidak lama lagi sya akn brsekolah dn akn brhadapan muka brsma nya d dalam kelas, ya Allah aku tidak mampu, smua ini perit, sakit dn membuat kenangan tu mnguasai emosi sya, aih sungguh sakit la baa kalau d ingat balik. Sya nd mampu ya Allah, aih susah betul sya mau jalani nyaa. Doakan sya smga lulus spm untuk tahun ini ?❤

    Reply
  15. Mukin susah saya nak lalui perkara peraka yang sedemikian kerana bukan mudah nak lupakan someone yag pernah hadir dlam hidup atau diri kita kan .. mula mula sekali lepas je kite break atau berpisah dgan si dia atau org yang kita syang kita akan menangis lepas je kita menangis kesedihan itu akan digantikan dgan rasa rindu sunyi masa tu la kite perlu dinasihati atau menerima nasihat dgan org yang terdekat dgan kite .. saya baru je lalui semua ni tapi sya macm tak bleh nk teruskan di mana saya berada di situlah ad kenagan kenagan bersama nya ya sya ikhlas dgan ketentuan yang telah allah berikan kepada sya .. sebb sblum ni sy byak leka kepada allah yang maha pencipta sekelian langit dan bumi ..die turun kan ujian ni utuk sya kerana munkin dia rindu kan sya .. so nak tak nak kite kene lah teruskan hidup .. kene buktikan yang kite bleh hidup ceria tampanya takpa dia hati makn usia bersifat berolak alih tapi sya percaya ad kebahagian atau hikmah tgah tggu sya di masa hadapan …

    SEKIAN

    Reply
  16. Semua orang akan mengalami situasi mcm ni .yang setia pasti akan rasa lebih perit, teruskan kuat utk melupakan Kerana Allah, sebab pasangan yang kita jaga dulu tu pun manusia biasa macam kita, lepas baca artikel ni..cuba la untuk amalkan mana yang perlu..jangan paksa diri, lepas buat, serahkan kat Allah..sebelum buat tu kosong kan minda, Allah takkan kejam dengan hambanya, Ujian yg diberikan mgkin untuk kita muhasabah diri dengan apa kesilapan lepas kita..Rahmat Allah ni luas, jangan kita bodoh utk sempitkan laluan kita sendri sdangkan Allah nak beri lebih pada kita pada masa Akan dtg..inshaaAllah

    Reply
  17. Bertahun lamanya berpisah, malah sentiasa mendoakan agar tiada lagi ingatan terhadapnya.. namun tiada sehari pun dpt lupakan dia.. terkdang muncul dlm mimpi tanpa sebab dan ini cukup menyakitkan hati.. kekadang benci dgn perasaan yg hadir.. kalau ada ubat yg mampu melenyapkan memori dan perasaan tu, akan ku beli walau berapa harganya..

    Reply
    • saya sama seperti ini. hari berlalu, bulan mendatang, tahun berganti. tidak sehari pun boleh menghilangkan ingatan ini.

      Reply
      • ya betul. hadirnya dalam mimpi perkara amat memeritkan. selepas daritu mesti x lena dah tidur. Allahu

        Reply

Leave a Comment