
Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah.
Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.
Cinta – bukan mudah melupakan orang yang kita cintai..
..tapi kehidupan perlu diteruskan.
Ya, Bercakap Memang Mudah. Tapi Tak Mustahil Kan?
Saya juga seperti anda.
Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan.
Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah.
Lebih perit bila cinta tidak direstui.
Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Kehidupan amat perit saya rasakan.
Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.
Terdengar lagu itu, saya teringat dia.
Terlihat tempat makan itu, teringat si dia.
Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.
Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?
Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk.
Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA.
Bukan mudah untuk memulihkan hati.
Suatu hari, saya bermuhasabah diri.
Menempatkan diri saya pada diri orang lain.
Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya.
Mereka hanya inginkan yang terbaik.
Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.
Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya.
Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan.
Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi.
Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.
Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya.
Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.
Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu.
Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta.
Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai.
Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.
Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan.
Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup.
Pandanglah ia dari sudut positif.
Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.
Beberapa Cara yang Saya Lakukan Semasa untuk Melupakan Orang Tersebut:
Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan:
1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 28]
Hati yang terluka perlukan ubat.
Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia.
Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan.
Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.
4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan.
Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati.
Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia.
Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia.
Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai.
Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.
Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu.
Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.
Allah has already written the names of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah swt.
HE will send her/him to you when you’re ready.
It is only a matter of time”.
Kesimpulan
Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka.
Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.
Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.
Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’)
Bagaimana dengan anda wahai sahabat?
Sudah yakin mampu mengubat hati?
Berkongsilah pengalaman anda pada ruangan komen dibawah
Artikel ini dikongsi oleh Fatin Syuhaida Yusri ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jika anda rasa artikel ini baik, sila share agar sahabat kita yang lain dapat manfaatnya juga :)
?? entah macam mana nak lupa si dia.. sya dah cuba semua artikel ini tapi sy tetap gagal.. padahal si dia sudah dgn lelaki lain.. disini sy letak kan no saya.. sya mohon agar seorang wanita yg sama mcm sya disini sanggup menerima dan sama2 menerima dgn apa adanya
?? wahai wanita jgn korang anggap lelaki itu sentiasa kuat kami juga punya kelemahan diri ia la CINTA bila seorang lelaki itu tulus syg dgnmu Hargai la sebaik baiknya..
hubungi la saya
di 0136175791
semoga kita sama2
dapat mengubati
luka yg tertinggal
dihati kita dan dpt
menerima kenyataan
masing2 ??
saya mengalami situasi yg sama… perhubungan yg tak direstui… walaupun berkali kali kami cuba utk bsatu… tapi disbbkan keluarga saya tak merestui.. jadi saya akur utk melepaskan dia… perhubungan kami selama 4 tahun… susah senang bersama…dri dia naik motor sampailah dia ada kereta… kami sama² lalui.. siap dah jmpe family dia…sanak saudara dia.. dah kenal semua org sekeliling dia… haah..? perit rasanya… mmg susah utk kita lupakan kenangan itu..now sy dah berkahwin dan si dia pun dah berkahwin..harap masing² bahagia till jannah…. “yg berlalu biarkan berlalu pergi, yang ada sekarang kita cintai dan hargaiinsyaAllah… aturan Allah swt itu baik.. fikir yg baik²… sayangi diri sendri , jgn trus mengingati …?Bukan senang kan walaupun sudah saya Bakit demi keluarga dan untuk terus hidup dalam kejayaan sendiri saya x kan ulang kesilapan yang sama??
Kuatkanlah semangat, sy memang sukar terima kenyataan, bercinta sejak zaman universiti, sehinggalah masing2 kerja, susah senang, jatuh bangun bersama, dia lah tulang belakang bagi saya, saya juga lah tulang belakang bagi dia, tapi cinta ini tidak direstui, tapi kami masih teruskan juga sehinggalah dia ditakdirkan berjauhan, si dia pula berjumpa dengan yang lain.. dia dilemma, dan sy memilih untuk undur diri kerana dia mempunyai masa depan yang cerah, sy korbankan cinta sy utk dia.. tapi sy yang sakit, amatt sakit bila mengenangkan setiap memory yang lalu, saya tak kuat ?
Kisah kita hampir sama. Dah berbincang soal perkahwinan dah pun. Dah jumpa keluarga. Masa dia susah, saya lah yang sentiasa ada untuk dia. Bila dia dah mula senang, dah bekerja, dia rasa nak berkongsi kesenangan dia dengan someone tapi jarak memisahkan kami. Dalam masa yang sama kenalan lama dia hadir dan masih menyimpan rasa pada pasangan saya. Dia buntu taktahu nak pilih siapa. Jadi saya relakan diri untuk pergi dan sedikit terkilan sebab dia langsung tidak pertahankan hubungan kami? orang baru yang hadir tak sampai sebulan dalam hidup dia memaksa dia untuk buat pilihan. Andai kata mereka tidak berjodoh, sejujurnya saya sanggup menerima kembali kerana dia adalah yang pertama dan satu satunya yang saya ingin jadikan suami. Kalaupun orang kata saya bodoh, saya rela.
cerita kita sma bro. bcinta masa dari universti. tapi cara putus berbeza. putus tanpa rela. sya dah xda acc media sosial dh. sb tkt org lain yg bgiakan dia. saya rela dia bhgia. cukupla dengan tahu dia bhgia. saya cut down semua media sosial sya tapi masih stalk dia daripada twetr. dia hapy sgt. dh berteman dh pun. bcinta bagaikan lupa dia perna bhgia bersama saya. berthaun berlalu, smpai skrng, saya masih cuba untuk mlupakan dia.
hai assalam,
sye Aiman,sye juga baru sahaja terjadi perkara yg sye xnk pun brlaku,
sye rse mcm xleh move on sbb dielh org yg pling sye syg,sye rse mcm xde impian dlm hidup ni???
sye bercinta dgn org indon nmenye aulia,tpi aulia dijodohkn dgn org lain melalui ayhnya,
mohon minta bnyk lgi tips untuk melupakn org yg sye syg,
terima kasih
Perkataan “move on” ni memang mudah nak ucapkan.. tapi nak melaksanakannya hanya Allah jer yang tahu bertapa perit dan susah nak lupakan dia..
walau hati berat rasa cam nak remuk sudah bnyk air mata keluar sampai kering rasa…kadang2 otak serabut pikir sampai bila nak sedih sbb dia..nak hadap dia lagi cam xrasa bersalah ??hnya Allah tmpt sy mengadu, tmpt sy melepaskan tangis..rasa cam xkuat rasa..ya Allah kuatkan la hamba mu ni ya Allah..
Sy jua punya masalah yg sama…., perlu berpisah..perlu lupakan dia…kena paksa diri…walau hati berat, langkah longlai.. sudah bnyk air mata..kdg2 otak sy entah kemana..semua celaruuu ..serabutt…hnya Allah tmpt sy mengadu, tmpt sy melepaskan tangis sy… Sy tahuuu seiring masa, smua ni akan pergi jua. Dna maslh yg paling perit dn berat bgi sy, sbb hari2 sy kena hadap dia..hari2 kna tngok kete dia..ya Allah kuatkan akuuu….
hi bunga sama2 la kita kuat.. mmg hati ni rasa xbole move on tp kadang2 pikirkan kita je yg pikir smpi kije pon xbole nak buat..
saya sudah melakukan semua tips ini selama berbulan2 tapi waja si dia masih menghantui saya pada setiap hari doakan saya berjaya melupakan dia dan hidup dgn lebih tenang
tq. ?
Saya sedang cuba untuk melupakan sidia..tapi semakin cuba untuk melupakan, semakin kuat lagi cinta kepada dia..sudah dibuat solat tahajjud, solat hajat & solat istikarah..tapi kenangan bersamanya masih teringat2 di dalam hati ini…sy sudah tidak tahu bagaimana untuk melupakannya…bantu saya sahabat2 sekalian..
Semoga Sya dpt melupakan dia cepat mungkin..
Saya still sedih lagi entah kenapa apa yang Akan terjadi dekat saya Selepas Ni sgt sedih
Sy sedang berada di fasa ni juga. 4 tahun sy dan dia bercinta. Dulu ibu dia boleh terima sy dan sy selalu juga datang ke rumah keluarganya untuk berbuka puasa bersama, makan malam dan mcm2 lagi bentuk perjumpaan. Tapi hati manusia boleh berubah sekelip mata. Sekarang ibu dia sudah tidak berkenan lagi dgn sy. Sy cuba lagi ambil hati dia antaranya seperti hantar whatsapp tanyakan resepi, dia respon dgn baik tapi kemudinnya dia berpesan pada anak lelaki dia yg dia masih tak boleh terima sy lagi. Sy dan dia masing2 anak tunggal. Mungkin ibu dia terlalu sayangkan dia dan takut kasih sayang anaknya dibahagikan dgn orang lain. Dia pernah cerita pada sy pasangan2 dia yg sebelum ini pun lalui perkara yg sama dan jujur dia pun sudah buntu.
Sy sedih sbb dia terlalu baik dan sentiasa ada bila saat sy perlukan. Sukar utk sy terima kenyataan sampailah sekarang ni pun sy tahu dia masih sayangkan sy dan sy pun sayangkan dia. Tp tanpa adanya restu ibu dia pun hati tetap tak tenang. Ibu dia berkahwin dengan suami baru manakala ibu sy seorang ibu tunggal. Ibu sy telah beri restu akan apa2 pilihan hati sy asalkan sy bahagia. Tapi keadaan sgt sukar. Sy mohon sesiapa tolong doakan sy agar sy kuat hadapi rintangan ni.
Nama kita sama. Saya percaya orang yang nama sarah seorang yang kuat dan tabah untuk lalui ujian Allah. Macam tu juga untuk semua wanita diluar sana, tak kira apa sekali pun nama yang disandang. Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa. Awak dan dia sama² utamakan redha ibu dan redha Allah. InshaAllah, Allah pasti kurniakan kebahagiaan buat awak. Nanti ada masa terluang, awak baca kisah² Sarah, isteri Nabi Ibrahim. Moga terinspirasi dan lebih tenang dalam kehidupan ni. Sarah seorang yg kuat, ceria, tenang, sabar dan tabah. Moga dipermudahkan segala urusan awak dunia akhirat.
Terima kasih awk. Sy akan luangkan masa untuk cari tahu tentang maksud nama Sarah ni. Sy juga sedang belajar untuk larikan fikiran dari asyik fikirkan dia. Pada kali terakhir sy jumpa dan masih juga pujuk dia, dia beritahu pada sy yg ibu dia berhasrat untuk menjadikan anak kawan baiknya sebagai calon menantu. Luruh hati sy bila tahu berita ni. Memang dah tak boleh diselamatkan lagi hubungan yg selama 4 tahun terjalin.
peritnya melepaskan orang yang kita sayang..kawan saya nak kawen..
Saya yakin awak pun kuat aina. Sentiasa dekatkan diri dgn Allah ya dear. Moga terus sabar dan kuat. Awak kuat, ingat tu tau ^^
Assalamualaikum thankyou sbb adakan artikel ni ❤️ saya mmg tgh move on serious saya cakap susah ya allah sampai kadang rasa mengeluh kenapa saya yg kena hadap kesedihan ni kenapa bukan dia? Sedih sangat org yg kita sayang selama 2 tahun lebih tinggal kita mcmtu je setiap masa menangis je doakan saya kuat ye
Walaupun salam itu bukan dituju buat saya, tapi saya nak jawab juga supaya keselamatan dn sejahtera sentiasa mengiringi awak, aisyah. Waalaikumussalam ^^. Menangis bukan tanda aisyah lemah, tapi menangis juga untuk kumpulkan kekuatan. Apa pun, jangan terlalu kerap menangis kerana manusia ya dear. Sifat manusia itu, datang dan pergi. Tapi percayalah, semua itu ada hikmahnya. Awak kuat, sebab tu awak pun antara hamba Allah yang diuji dgn ujian ini. Moga ujian ini buatkan awak lebih dekat dgn Allah. Moga awak sabar dan lebih tabah. Moga ketenangan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi awak dunia akhirat. Begitu juga buat semua yang baca penulisan ni. Kita sama² kuat ya ^^.
Terima kasih inshaallah ?❤️
Sama sama kasih aisyah. Saya faham perasaan awak. Aisyah seorang yang kuat, ingat tu tau.
Salam Asar ^^
Saya dalam usaha utk move on… Sedih hati ni bila diperlakukan begini… Disebabkan dia, saya mula.membenci semua lelaki…pd saya lelaki semua sama…. Saya dlm proses mencari diri saya semula… Sy usaha dekatkan diri dgn Allah… Doakan saya sahabat2 agar saya kuat dan menjadi hamba Allah yg lebih berguna…
Assalam…jgn terlalu mudah untuk menghukum kaum lelaki kerana ada juga kaum lelaki yang hatinya robek & dgn mudah ditinggalkan begitu sahaja. :(
Lelaki ataupun wanita, kedua-duanya manusia ciptaan Allah SWT yang kedua-duanya mempunyai hati & perasaan..cuma yang membezakan setiap insan itu adalah perjalanan hidup mereka..jadi nasihat saya, jgn mudah menghukum secara lamsum angkara 1 insan punya kesalahan..harap anda faham & sy minta maaf sekiranya komen balas sy ini mengguris perasaan anda..different people, different struggle in life..so dont judge…
InshaAllah, Allahumma aamiin. Moga Allah sentiasa permudahkan urusan awak. Moga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama awak azie. Dan percayalah, Bila niat baik awak tu utk jadi hamba Allah yang solehah, dan awak nak kejar cinta Allah, pasti Allah limpahkan rezeki, keberkatan dan ketenangan dalam hidup awak. Manusia yang hadir dalam hidup kita turut ada hikmahnya, memberi pengalaman dan juga pengajaran. Saya faham keadaan awak masih belum pulih sepenuhnya. Apa pun, bukan semua lelaki sama. Bukan semua lelaki hadir dalam hidup utk memberi kedukaan dan kesedihan. Saya doakan juga moga awak dikurniakan jodoh pasangan yang soleh dan dapat pimpin awak bersama menuju redha dan cinta Allah. Ingat azie, awak seorang yang kuat. Moga sentiasa dlm perlindungan Allah ^^
Allahu, datangnya membawa 1 harapan perginya membawa 1001 kedukaan.
Susah dn berat
susah ya mau lupa kan orang yang paling kita sayang?
Assalamualaikum…saya S.. saya tak tahu macam mana nak buat untk melupakannya..saya cuba..Allah..berat sekali..baru ni saya udah bernikah dengan bf saya yang dah lama kami kenal dulu..tpi saya tak dapat melupakan hamba Allah yg saya kenal masa saya bertunang hingga kini..beberapa hari lepas, alhamdulillah saya semakin cuba untk menerimanya sebagai seorg teman..tpi ada segelintir hubungi saya dan terus memberitahu tentang dia kepada saya bahawa dia sudah mempunyai teman lain..naik kereta sama sama..saya jadi sedih…and saya terus contact dia..dulu saya kerja sama tempat dengan dia..lps bernikah,saya ambik keputusan untk berhenti sbb saya sakit hati melihat dia dengan teman rapat saya…saya kecewa…sedih…sampaikan rasa sakit sangat hati ni..erm..kini..saya still contact dengan dia..sbb kami fikir kena terima n jangan putuskan hubungan ini…biar hubungan ini terus menjadi teman..aku buntu…tak tahu mcm mne lagi nk buat..erm..dia seorang yang sangat baik sekali..ingatkan aku untuk terus solat..jaga diri..Allahuakbar..berat sekali..gi mana aku harus teruskan ini…dalam masa yang sama aku fikir berdosa kerna suamiku enggak tahu aku mesej sama dia..erm..Allahu…
Sy tengah hadapi skrg baru saja berlaku…sy xkuat hadapi ujian ni sy seorang xkuat pada hati???
Memang ambil masa yang lama..saya ambik masa 3 bulan..sampai tiap kli solat..sujud terakhir saya selalu berdoa untuk kuatkn diri..masih fikir dia jodoh saya..menangis smpai xtahu la mau cakap mcm mne..Akhirnya Allah tunjukkan siapa diri dye yg sebenarnya..dia snggup bercinta dgn kwn baik saya sendiri..walaupun da bnyk kli saya dengar kisah dye dgn perempuan tu tpi saya cuba kuat..whatsapp dye tnye betul ke..dia kata jangan percaya cakap orang..Akhirnya,saya nmpak dengan mata saya sendiri..Allah itu sebaik-baik perancang..kita perlu percaya dengan takdir dan jodohNya..sabar ye..lepas kejadian tu..walaupun smpai sekarang kami ada jugak contct walaupun jarang..tpi hati ni da xnk rasa da kesakitan dan rse sayang mcm dulu..kepercayaan pada diri dia pon xmacam dulu jugak..lepaskan semuanya..walaupun ada kata2 manis yg dia cuba minta maaf semua..saya ssh untuk percaya sepenuhnya lepas apa jadi..n sekarang saya fikir saya kena lupakan…lebihkan perhatian kepada suami kita..kuatkan semangat..istiqomah..kamu akan kuat…Allah beri jodoh yg terbaik untuk diri kamu..percaya dgn jodoh Allah..kita sama doakan yg terbaik untuk diri kita okay..make a move n selalu cuba untuk bahagiakan diri..jika terfikir tentang dia..cuba selitkan kisah kita dengan suami kita ..n one day..kita akan sedar yg kita xde terfikir pasal dia da..goodluck okay dear..hwaiting! ??
Terima kasih admin, berguna sangat ni!!